Sabtu, 31 Disember 2011

berganti cerita yang baru

Assalammualaikum..

400106_2863435906203_1268894212_3635082_310217209_n

kejap je kan..2011 sudah meninggalkan kita dengan membawa ceritanya yang tersendiri..dan diganti dengan 2012 bersama suatu tapak lagi kehidupan untuk dijejaki..oh, ganti ganti tahun itu perkara biasa bagi setiap yang masih bernyawa..sebab itu sunnah alam yang tak boleh dipisahkan caranya :)

dalam tak sedar, masa semakin jauh meninggalkan kita..apakah kita sudah cukup memenuhi masa dengan sebaiknya? oh, tahun depan akan bertambah satu lagi angka pada umur..terasa macam baru semalam bermain masak-masak dan pondok-pondok..hehe..

dalam tahun 2011 ini, ada bermacam cerita dalam hidup saya, kamu, mereka dan semua..dan pastinya setiap cerita membawa makna tersendiri dalam hidup kita kan..dan pada 2011 inilah..

ada cerita suka dan duka yang mengajar saya untuk terus kuat menghadapi hari..

ada peristiwa yang mendidik saya dengan suatu luka..

ada kenangan yang mengusik tangkai hati..

ada kisah yang membuat saya tersenyum dalam meniti masa..

dan ada perkara yang membuat saya semakin dekat pada Illahi..

biar apa pun cerita yang dialami, saya belajar sesuatu dari semua itu..belajar untuk melihat kehidupan dari satu sudut yang berbeza..bukan hanya sekadar seorang manusia biasa..tapi mencuba melihat ia dari sudut manusia yang punya jiwa untuk dekat pada yang Esa..Alhamdulillah untuk setiap perkara..biarpun saya tahu, masih banyak cacat cela dlam diri yang perlu dibaiki..

bersyukur..punya keluarga, teman dan sahabat disisi..yang bila resah ada mereka untuk dikongsi cerita hati..dan ada dia yang mewarnai hari..terima kasih ya Illahi..:)

 408531_2864805500442_1268894212_3635743_1792942765_n

moga 2012 ini tahun yang membawa suatu erti yang lain pada saya..yang padanya ada sesuatu untuk saya ingati dan teladani buat bekalan dan persiapan menuju Illahi..moga nanti, matlamat hidup yang saya impikan akan tercapai..berusaha untuk menjadi insan terbaik buat diri sendiri dan mereka disekeliling saya..atau mungkinkah tahun yang terakhir buat saya..moga akhir itu nanti adalah dalam keadaan saya husnul khotimah..aminn

oh ya, penutup tahun 2011, melihat bunga api di putrajaya..meraikan sahabat abah saya yang datang jauh dari terengganu bercuti di kuala lumpur..permintaan dia untuk melihat dan berjalan-jalan di putrajaya..abah saya yang rajin berjalan menjadi penunjuk arah untuk mereka..dan kami yang bijak ini pastinya turut mengambil kesempatan..hehe

terima kasih untuk teman saya..yang memberikan satu penutup cerita 2011 dengan cerita yang menghilangkan kekeliruan saya..seperti mana dia, saya juga menyimpan ia lama..cuma terkadang keliru dengan akhirnya ia..maaf, saya bukan yang sempurna..hanya insan biasa yang banyak silapnya..terima kasih menerima seadanya..bersyukur juga punya teman seperti dia yang tak pernah jemu melayan saya..yang sentiasa buat saya tersenyum..yang selalu ada bila saya memerlukan..terima kasih kerana menjadi teman terhebat saya hingga kini..insyaallah, selagi diberi keizinan dariNya, saya akan tunggu,,moga Allah merahmati kamu :)

p/s : penutup tahun yang membuat hati lega..ternyata sabar itu buahnya manis..saya tahu, ada ujian lebih besar selepas ini..moga terus diberikan kekuatan..

alhamdulillah, berjaya melalui 1 sem berulang alik dari kajang ke um setiap hari :)

bakal ke program pertukaran pelajar..maaf pada yang berkenaan..

oh ya, pereka gambar iluvislam diatas adalah hasil kreativiti inchik taharel *give a big clap to him :P

permulaan tahun dengan exam yang bersusun..bittawfiq wannajah sahabat sekalian :)

Khamis, 22 Disember 2011

senyumlah

Assalammualaikum..

lama kan saya tak update blog..2 3 minggu yang lepas saya dalam usaha menyelesaikan misi assignment yang banyak..dan alhamdulillah, semua telah selesai dengan jayanya..tinggal menyiapkan diri untuk exam yang bakal menjelang..moga dipermudahkan..

oh ya, saya menulis hari ini sebenarnya mahu berkongsi..satu lagu yang baru saja saya dengar otw balik rumah tadi dan sewaktu menghadapi jalan yang sesak(oh, lumrah hidup di k.l=.=’)..

such an inspiring song..especially for u..:)

senyumlah jangan bersedih selalu ^___^

Sabar

Bila ku terkeliru
Dengan keadaan
Manakah itu benar
Yang mana itu bukan

Ooohhhh
Usah kau rasa bingung
Usah kau gelisah

Yakinla saja padaNya
Hadapi dengan sabar
Semuaaa yang terjadi
Adalah dengan izinya Tuhan

Ohoooo ohoooo.
Senyum la sayang
Senyum la jangan kau bersedih sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap yang berlaku

Wohoo o
Senyum la sayang
Senyum la jangan kau bersedih sedih selalu
Kerana ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang berlaku

Hidup didunia ini
Penuh dengan cubaan
Harusnya kita menjaga detik kebaikan
Andai timbul keadaan yang makin mencabar
Akan kuhadapi semua
Penuh dengan sabar

 

bila sesuatu yang berlaku bukan kehendak hati, percayalah..Allah sudah sediakan hikmah terbesar buat hambaNya..bersangka baik padaNya..insyaallah hati akan lapang menerima..buang segala dendam yang bersarang dijiwa..hilangkan curiga sesama manusia..berkasih sayang dan menerima ketidak sempurnaan manusia lainnya itu kunci utama untuk hati yang bertakwa:)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.[Riwayat at-Tabbrani]

dan bila hati resah mencari arah..kembalilah kepadaNya..kerana padaNya ada satu ketenangan yang amat luar biasa..bahkan Dia yang memegang hati hambaNya bahkan hanya Dia pemberi ketenangan abadi :)

“Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” (Surah al-Ra‘d 13: 28)

 

p/s: senyumlah..saya selalu mendoakan moga senyuman itu sentiasa ada :)

exam makin dekat..best of luck semua :)

apa cerita entah program pertukaran tu nnt..hermmm

baru selesai pesta ko k..

2011 sudah mahu mghlg..2012 mula menjejak masa..

Selasa, 29 November 2011

buat yang sedang menunggu

assalamualaikum..

saya nak share dengan sume satu lagu..yang pada saya ada makna yang besar..terutama mereka yang sedang menunggu..hehe..jom hayati :)





menunggu disayup rindu

ooo... burung pun bernyanyi
melepas sgala rindu
yang terendam malu
di balik qolbu

ooo...anginpun menari
mencari arti
apakah ini fitrah
ataukah hiasan nafsu

didalam sepi ia selalu hadir
didalam sendiri ia selalu menyindir
kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka

biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar...

sabarlah menunggu
janji ALLAh kan pasti
hadir tuk mdatang
menjemput hatimu

sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati

bila di dunia ia tiada
moga di syrga ia telah menanti
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menunggu

moga ditemukan dengan yang terbaik..semai cinta Illahi dalam hati..itu cinta hakiki :)

p/s : misi selesaikan apa yang patut diselesaikan..

keliru...

Sabtu, 19 November 2011

3 hari 2 malam itu..

Assalammualaikum..

lamanya kan saya tak update blog..kekangan masa sebagai mahasiswa membataskn(kunun..haha)..dan antara sebab lain malas yang mengundang..hehe..entri ini saya mahu bercerita..tentang suatu peristiwa..

11.11.11..ada peristiwa istimewa bersama tarikh yang istimewa..kebanyakan mereka mengambil peluang untuk mengabadikan tarikh ini dengan peristiwa bermakna dalam hidup mereka..ramai yang menikah pada tarikh ni..sweet kn..hehe

saya pun ada peristiwa bermakna tarikh tu..menikah jugak ke? haha..oh tidak..saya masih menunggu prince charming saya turun..;)..peristiwa istimewa saya ialah

Kem Nadwah Kepimpinan Islam SAMER, 11-13 Nov 2011

diberi taklifan sebagai fasilitator untuk adik-adik pemimpin bekas sekolah saya dulu merupakan satu penghargaan buat saya..mana tidaknya, saya juga dulu pernah berada seperti mereka..diberi pula peluang untuk berkongsi ilmu sekadar yang saya ada..alhamdulillah atas kesempatan takdir yang dikurnia Dia yang Maha Memberi..:)

berbangga dengan mereka..moga mereka diberi kekuatan untuk menjadi pemimpin terbaik..sekurang-kurangnya pemimpin terbaik untuk diri mereka sendiri..:)

DSC_1778

Abah Azri bersama ustzah haniza selaku ketua jurulatih :)

DSC_1775

antara barisan fasi muslimat yang terlibat..cik syue tukang amek gambar dan cik syibrah yang smpai pagi sabtu :)

DSC_0038

antara barisan fasi muslimin yang terlibat :)

DSC_0041DSC_0062  

sesi pasang khemah :)

DSC_0064DSC_0062 (2)  

antara aktiviti yang dijalankan :)

DSC_0075

sesi wajib ust amin setiap kali camping..rendam sungai di awal pagi..haha

DSC_0001

bila tembakan berdas-das dikeluarkan inchik fitri pada sesi forum..:P

DSC_0312

ini ahli kumpulan saya..nailah-alfarafisah..(sila abaikan muka ‘cute’ saya)

DSC_0497

pemenang kumpulan terbaik untuk pembentangan warsyah..tahniah :)

DSC_0475

ada macam rosyam noor x? haha   

DSC_1794

bakal pelapis saya nanti..dik atil :)

buat adik-adik yang diingati..moga rahmat Illahi sentiasa memayungi kalian..moga usaha untuk menjadi pemimpin terbaik sentiasa ada dan berterusan..kutip la ilmu sebanyak mana yang diperolehi sebagai pegangan hidup..insyaallah, kejayaan akan menghampiri..:)

terima kasih untuk pihak sekolah yang memberi kepercayaan kepada kami barisan fasi untuk berkhidmat dan memberi sumbangan..mohon maaf andai ada yang kurang dari pihak kami..:)

dan terima kasih juga buat rakan-rakan fasi yang sudi meluangkan msa untuk adik-adik..fitri, asyraf, radi, faiz, zaid, bukhairi, syibrah, syuhada, adila, ili dan maazatil..ada rezeki kite berprogram lagi ye :)

p/s : cik nooi, dh updtae :P

mita selesai..alhamdulillah..seminggu yang bermakna dan kepenatan yang teramat..alhamdulillah, masih penat bermakna :)

assignment yang bersusun perlu diselesaikan..ganbatte wahai diri..

bersama rindu didalamnya satu rasa :)

Rabu, 26 Oktober 2011

dengan kuasa-Mu

Assalammualaikum..

layan lagu jom :)




Dengan kuasa-Mu (Nur One)

Dengan kuasaMu
jiwaku tergoncang
terus melayang
mengembara cinta

Dengan KuasaMu
hati telah terpaut
lalu terikat
ditawan cinta

bukan bibir ini berbicara
namun jiwa ini berbahasa
dalam lamunan ku yakinkan
kau lah teman kebahagiaan

tuhan temukan daku penawar
terluka ditusuk duri cinta
hanya dia, cuma dia
yang kan mampu menyembuhnya

dan terus aku terus berdoa...
terus berdoa

Dengan kuasaMu
mataku memandang
sepenuh sayang
dia tercinta

Dengan kuasaMu
pastiku diseru
dan kan menanti
diambang cinta

terus berdoa..:)

nasyid underground yang tak banyak diketahui semua..menarik dan mendalam maksud liriknya..

biar tiada cinta manusia..asal cintaNya memenuhi jiwa..Allah, kurniakan kami cintaMu :)


yang cantik, yang gagah

Assalammualaikum..

entri ini saya mahu berkongsi tentang bagaimana menjadi yang cantik dan gagah dalam kehidupan..saya jumpa di facebook..bila salah seorang teman saya berkongsi..saya kira ia punya manfaat buat kita dalam berdepan kehidupan yang pelbaai cerita..

ok, ini tips tu..tips menjadi cantik untuk sang adam dan gagah buat sang hawa :)

Kecantikan Lelaki
1_511578276l Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

38378142218061m[1] Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.

Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab:Ayat 71
"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."

jom kita menjadi cantik dan gagah untuk redhaNya Dia..:)

p/s : alhamdulillah..presentation bhsa arab sudah setel

fiqh aulawiyat sangat diperlukan saat ini T__T

semoga dipermudahkan segala urusan..

jatuh cinta dengan lagu Dengan KuasaMu-Nur One..:)

Jumaat, 21 Oktober 2011

hanya bercerita

Assalammualaikum..

lamanya saya tak mengupdate cerita dalam belog ni..banyak yang mahu dikongsi..tapi kesempatan masa membataskan..(eheh, gaya macam bz sangat pulak)..sudah masuk minggu ke 6 saya meneruskan pengajian disini..macam-macam cerita yang memberi makna dalam hidup saya dan mereka disekeliling saya..

ada pelajaran bermakna yang menghiasi setiap masa yang dilalui..ada yang menjadi kenangan manis yang bakal diingati sepanjang hidup..dan ada kenangan yang menjadi teladan dan pelajaran buat diri..

cerita hati

saya percaya bahawa setiap yang dilalui itu atas takdirNya Illahi Rabbi..yang mengajar  untuk terus kuat dalam menghadapi hari mendatang..dari cerita tentang mereka disekeliling, cerita hati yang menjadi rahsia juga cerita mereka yang menjadi teladan buat diri  menjadikan usaha untuk meraih cintaNya adalah matlamat kehidupan..Insyaallah..

hanya berkata tanpa usaha tiada hasil yang mengiringi..usaha itu perlu..bahkan ia kunci untuk kejayaan menghampiri..dekatkan diri pada Illahi atas setiap perbuatan yang dilaksana..insyaallah, rahmat dan kasihNya Dia sentiasa mengiringi..yakinlah duhai hati..Allah itu dekat, bahkan sangat hampir pada hambaNya..semoga mujahadah kecil ini dirahmati..moga hati ini menjadi tenang kerana kasihNya Illahi..

tautan

Allah, kurniakan kami cintaMu..jadikan jihad hati kami jihad yang menjadikan kami semakin hampir padaMu…tiada keindahan dalam hidup ini melainkan saat kami dapat bertemuMu dalam irama ketaatan hanya padaMu..

sesungguhnya cinta Allah sentiasa ada buat hamba yang mengerti..semoga sentiasa didalam cahaya cintaNya..

“Bila hamba Ku bertanya tentang aku katakanlah aku dekat..dst” (Tafsir Imam Attabari Juz 2 hal 158, Tafsir Imam Ibn Katsir Juz 1 hal 219),

p/s : assignment sudah bersusun denga  cerianya..eheh

selesai berkampung di Ulu Yam 3 malam..17 – 20 okt 2011

moga dikurniakan kekuatan menghadapi cerita hati..moga kesabaran ini menjadi bunga..:)

legasi yang memberi erti..^__^

Isnin, 26 September 2011

mula berhempas pulas

Assalammualaikum..

fuhhh fuhhh..sapu-sapu..lap-lap segala habuk dan sawang yang bersarang..sekian lama tak mengupdate akibat ketidak rajinan mengupdate..hehe..juga dek saya sudah memulakan kembali kehidupan sebagai student sepenuh masa yang tertangguh 4 bulan lepas..

sudah masuk minggu ketiga saya sebagai pelajar di univerisiti Malaya..assignment juga sudah mula bersusun untuk diselesaikan..akan mula berhempas pulas menyelesaikan segala tugasan dengan baik dan menghadapi rencah kehidupan yang pelbagai..moga terus dikuatkan langkah..

318859948m Kembara Ilmu ini dimulai..

bersama cita dan azam mengiringi..

tetapkan kaki menuju destinasi..

terus melangkah dengan pasti..

jangan pernah berhenti biarpun diuji..

menggali dan mencari ilmu atas nama Illahi Rabbi..

kebahagiaan dan kejayaan buat mereka yang berusaha tanpa henti..

pasakkan keyakinan..

teguhkan pendirian..

untuk suatu kemenangan..

bersama kasihNya yang tiada bertepian..:)

good luck semua :)

p/s: setiap hari meredah jem dipagi hari..moga ini tarbiah jiwa buat diri..:)

memulakan semester dengan rehlah dikedah..insyaallah update cerita nanti..

ada yang bertanya.. ‘xpenat ke berulang?’..saya jawab.. “penat, tapi puas hati :)”

moga Allah memberi kesembuhan buat teman saya..muhammad asyraf yang dimasukkan ke wad kerana denggi..sama-sama doakan dia

Isnin, 5 September 2011

tentang hidup..

Assalammualaikum..
alhamdulillah..untuk betapa banyakknya nikmat Dia yang dikurnia..
hari ni telah ditakdirkan Illahi genap umur saya 21 tahun diberi peluang merasa suatu nikmat kehidupan..alhamdulillah..
memberi makna dan tanda bahawa sang ajal kian menghampiri..semakin mendekati untuk dihitung segala amalan yang telah diperbuat selama ini..
3dc04a292dd97adc935c5b2e7feb2fb0
muhasabah diri kembali menjengah..adakah selama ini diri sudah menjadi yang terbaik..atau hanya sekadar biasa-biasa..Allah, betapa syurga idaman itu sangat jauh dan sukar dihampiri..tapi seringkali hamba lemah ini lupa dengan kelekaan dunia..
Allah,
hambaMu ini hamba yang sering leka..biar betapa banyaknya nikmat yang telah Kau kurnia..seringkali juga hambaMu ini lalai tika menghadapMu..seringkali juga mengulangi kesilapan yang sama..biar begitu..rahmatMu sungguh melangit luas..rahmat pengampunanMu jua sentiasa ada..Allah, kerdil terasa diri ini..saat mengenang segala nikmat kurniaan Mu pada hamba yang selalu alpa..ampunkan dosa hambaMu ini..tiada tempat yang terbaik sebagai sandaran melainkan hanya padaMu..
Kau yang mendengar segala isi hatiku..Kau yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu..ku mohon pengakhiran yang baik untukku, keluargaku, sahabat2ku, guru2ku serta sekalian umat muslimin..jadikan akhir kehidupan kami dalam ketaatan kepadaMu ya Allah..berikan takdir yang terbaik buat kami..sesungguhnya hanya keredhaan dariMu yang didamba..ampuni dan rahmati kami ya Illahi..
moga usia ini adalah usia saya menuju suatu destinasi yang menuju syurga abadi..hadiah terindah yang dikurnia adalah keluarga dan teman-teman yang mengasihi..terima kasih semua untuk ucapan dan doa yang dikirim..semoga Allah merahmati kalian juga.. :)
dan terima kasih buat kamu-kamu yang berkonvoi semalam..:)
memberi suatu kenangan untuk dikenang dalam hidup..semoga kesempatan seperti ini hadir lagi..panjang umur, murah rezeki kite jumpa lagi atas rahmat Illahi Rabbi :)
 abah azri n the dara
Syuhada, Fatin Akmal, Jannah, Intan Thuraiya dan Liyana Athirah..
abah azri n da teruna
Hazwan, Nasrullah,Taufiq, Faisal, Hisyam dan Fitri..
terima kasih dan mohon maaf dari hati :)
p/s : terharu ramai memberikan doa..moga kita sama-sama diberkati ya..:)
dapat hadiah istimewa dari mama abah..petanda bahawa saya sudah besar :)
mama pesan..dh kne belajar masak n so on..hehe..insyaallah..sedang berusaha..chaiyok..
1st time dlm hidup terasa segan yang terbawak dan lama..adeh..wahai kamu..ada bercerita apa-apa kah?

Sabtu, 27 Ogos 2011

terasa sebak..

Assalammualaikum..

hari ni hari terakhir saya bekerja..sudah mahu pencen dari bekerja disini bak kata teman saya (^^,)..dan kenangan dan pengajaran disini akan sentiasa terpahat di hati..

oh, kenapa tiba-tiba terasa sebak?

saya tiba-tiba terasa mahu menangis..mengenangkan betapa lalainya diri ini dalam usaha merebut cintaNya..mengenangkan masa-masa yang telah saya lalui selama ini kurang dimanfaatkan sebaiknya..

sebak kerana bulan rahmat yang hanya datang setahun sekali ini bakal pergi..bulan yang penuh barakah buat hambaNya yang mengerti..persoalan dihati, apakah telah dimanfaat sebaiknya kedatangan bulan yang dinanti ini?

Rasulullah bersabda :

“Apabila telah tiba Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan”.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi);

Allah, betapa istimewanya bulanMu ini..tapi seringkali di sia-siakan..ampunkan hambaMu ini..moga ramadhan ini membawa suatu perubahan kepada kami..dalam usaha kami menujuMu..

Allahurabbi..kami memohon agar mampu ditemukan lagi bulan rahmat ini untuk akan datang..memohon agar diterima segala amalan dan ibadah yang telah kami lakukan untukMu..ampunkan dosa kami ya Rahman..sesungguhnya kami termasuk dalam orang-orang yang kerugian apabila segalanya ditolak olehMu..tiada yang diharapkan dalam kehidupan ini ya Illahi melainkan rahmat dan keredhaanMu semata..

rambu-ramadhan

wahai ramadhan..kunjunganmu pada kami kali ini suatu rahmat buat kami..moga tahun mendatang kita bersua lagi..moga kehadiranmu ini menjadikan kami lebih dekat padaNya..selamat tinggal ramadhan..selamat datang syawal..

duhai ramadhan..kedatanganmu dinanti..pemergianmu ditangisi..

p/s : selamat hari lahir buat adik sayang saya ain najihah..moga Allah merahmati..best of luck SPM mendatang..:)

hari terakhir di kedai..sangat seolah-olah tiada customer..dan hari terakhir on9 disini ^^

esok balik kampung :)

muhasabah diri buat hati yang leka…

Rabu, 24 Ogos 2011

terima kasih wahai kamu

Assalammualaikum

alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kesempatan untuk bernafas demi bertemu Ramadhan bulan rahmat..mungkinkah kesempatan ini akan hadir lagi? Wallahualam..

kini lebaran membuka tirai..bulan kemenangan buat insan-insan yang berjuang mencari rahmatNya..bulan kegembiraan bagi insan yang telah menyediakn diri buat yang Maha Esa..di kesempatan inilah insan-insan saling bermaafan melupakan dendam yang membara..membuang segala sengketa yang bersarang di dada..:)

Allah, jadikan saat ini bermakna..saat yang menjadikan kami lebih dekat padaMu dalam setiap perbuatan dan takdir yang telah direncana..

entri ini mahu berjiwa-jiwa sedikit..eheh..tacing cacing sedikit bak kata cik nasihah basri..;p

mahu menyampaikan ucapan terima kasih dan mohon maaf buat kamu-kamu yang ada disekeliling saya..juga salam lebaran dan selamat hari raya

ya, kamu..kamu-kamu yang sentiasa ada saat diri ini jatuh terkapai mencari hala..kamu-kamu yang menghulur tangan bersama-sama menuju destinasi perjuangan..kamu-kamu yang memberi kata semangat bila diri mula hilang arah..kamu-kamu yang saya sayangi..kamu-kamu yang ada disekeliling saya..

sahabat kamu yang punya banyak kekurangan ini memohon kemaafan..tulus dari hati ini..diri ini tahu betapa banyaknya kesilapan yang telah diukir..yang terkadang mungkin telah mengguris hati kamu-kamu tanpa disedari..terkadang kata, perbuatan mahupun fikiran ini telah melampaui had seorang sahabat yang baik..maaf setulusnya dipinta..

terima kasih kerana sudi menerima seadanya..

terima kasih untuk setiap kenangan yang dicipta..

terima kasih kerana bertahan dengan sahabat kamu-kamu yang sering berbuat silap ini..

terima kasih atas kata-kata dan bantuan yang dihulur..

terima kasih untuk pengajaran bermakna dalam hidup..

terima kasih untuk segalanya..

terima kasih utama buat Dia yang Maha Memberi tanpa berkira..Dia yang mengurnia nikmat biarpun hambaNya sering berbuat dosa..malu terasa saat meminta segala perkara..sedang nikmatNya tak terhitung banyaknya..Allah, alhamdulillah kerana mengurniakan mereka menjadi teman istimewa..menjadikan mereka sahabat untuk berpaut dalam usaha mencari redhaMu..memberikan makna sebuah persahabatan keranaMu, demiMu, untukMu buat selamanya..

redhai persahabatan dan hubungan yang terjalin ini ya Illahi..moga ini jambatan kami menuju Mu dan syurgaMu nan abadi..

sahabat

kamu-kamu yang sentiasa dihati..

keluarga saya yang utama..mama, abah, ira, jiha, amir, anis dan semua saudara mara tercinta..

teman-teman riang saya..fatihah, nasihah, intan, fatin akmal, kak fairuzah, nadzeerah, dan semua yang diingati..xsebut nama bukan bermakna saya lupa..anda tetap dihati selamanya

sahabat terbaik saya..syibrah hanani, cik siti, fara wahidah, maream, azmatun, nazifah, feekha, syikin, sakinah, dan semua..anda juga sentiasa dihati tidak kira masa..

adik-adik tersayang saya..dari smkyl, samer, smka bandar penawar, smka wataniah, smk syed mashor, dan semua yang pernah tercipta memori kita bersama..:)

guru-guru kesayangan saya..ust amin, ustzh hajar, ust yusri, guru-guru Sam Rawang..pensyarah di UM nilampuri dan UM kl..moga kalian sentiasa dirahmati

teman-teman saya..asyrafiah, shuha, ummu aiman, hazwani, kak ani, nurul dan semua yang pernah kenal diri ini..

dan untuk kamu..yang setia menjadi teman saya selama ini..setia mendengar keluh kesah saya..meghadapi bermacam karenah pelik saya..hehe..terima kasih menceriakan hari-hari saya..terima kasih untuk semuanya..maaf untuk semua gurauan dan salah silap sengaja atau tidak yang tercipta ye :)..

dan sekali lagi..ikhlas dari hati..

Terima Kasih~~..(sila baca gaya alleycats ey..eheh)

mohon maaf sebanyaknya..bak kata orang jawa.. ‘keluputanku seng akeh-akeh dijaluk ngapuro ya’..hehe

p/s : ok, lagu dah tukar..ad orang gelakkan lagu saya..katanya macam tengok cite hantu tapi lagu klaka..haha..senget je..

tak sabar nak mula belajar..cuti 3 bulan yang banyak ceritanya..

kawan-kawan, jom baraan raya..hehe

ada bermacam perancangan..moga Allah permudahkan..aminn

akibat terbiasa berdikari..saya ada pengalaman berjalan kaki ke tempat kerja sejauh 1km..dan akibatnya, pening seharian..hoho

terkadang hati bertanya..apa pengakhiran kisah kita?beberapa tahun akan datang..adakah kita masih akan baik seperti ini? wahai  kamu? ada jawapan kah?

Isnin, 22 Ogos 2011

cuti punya cerita ^___^

Assalammualaikum..

salam ramadhan buat semua..agak sudah jarang mengupdate post di cni..alasan biasa, kesibukan melanda..hehe..

tinggal berbaki lagi beberapa hari menuju hari kemenangan..terasa seolah-olah sepanjang hari perjuangan ini tidak dimanfaatkan sebaiknya..Allah, seandainya telah Kau takdirkan ini ramadhan terakhir..terima lah amalan yang tak seberapa nin buat bekalan bertemuMu..

puasa tahun ini berbeza seperti tahun-tahun lepas..sungguh, sedikit sebanyak ia memberi makna buat saya..moga ia makna yang kian membawa saya kepadaNya..insyaallah..bagaimana anda?

sedar tak sedar, masa yang ada semakin berganti..seolah-olah berlari jauh meninggalkan manusia yang semakin kerugian..yang tidak memanfaatkan masa sebaiknya..moga kita dijauhkan dari mereka yang kerugian..moga masa yang berbaki ini dimanfaatkan untukNya, DemiNya dan keranaNya..

cuti saya juga sudah mahu ke penghujungnya..bulan depan sudah mula belajar seperti biasa..oh, saya tak sabar..sudah terasa kebosanan akibat cuti yang lama..juga terasa otak semakin tepu..hehe..

mahu bercerita apa yang saya lakukan sepanjang cuti..alhamdulillah, diberi kesempatan yang pelbagai dalam mentafsir erti hidup yang terbaik..saya bekerja sekadar mencari pengalaman..bukan wang semata yang dicari..tapi juga suatu makna hidup dari perspektif mereka yang lain ^_^

berjumpa dengan bermacam jenis orang membuat saya banyak berfikir..belajar bermacam perkara menjadikan saya faham, ilmu Allah sangat luas..terima kasih ya Rahman atas kesempatan yang telah Kau berikan..Alhamdulillah..

working

sabtu ini hari terakhir..terima kasih kak Ani atas tunjuk ajar sepanjang cik amel ni bekerja ^__^..terima kasih juga cik Nurul untuk setiap yang dikongsi bersama..oh ya, nama panggilan saya ditempat kerja..’amel’ gara-gara kak Ani yang pelat sebut nama saya..eheh..mohon maaf andai ada yang terkurang dari diri ini..terima kasih tak terhingga buat kalian semua..juga auntie sekeluarga yang memberi peluang untuk saya belajar sesuatu di sini..panjang umur, ada jodoh, kita jumpa lagi ^___^

kedai gambar fujifilm prima saujana sentiasa di ingatan..

oh ya, mahu promote sedikit..hehe..mahu print gambar yang berkualiti? mari ke sini ke kedai gambar ljvand fujifilm prima saujana kajang..dan mahu merasa masakan sarawak? sila ke abang cafe juga di prima saujana..hehe (kak ani, mintak komisen ey..haha)

p/s : terima kasih sudi membaca :)

sungguhlah,manusia yang banyak ragamnya..

sabtu jamuan buka puasa di kedai :)

tak sabar mahu mula belajar..ap cerita minor ni ye..hermm

Rabu, 10 Ogos 2011

soal cinta yang tak pernah habis..

assalamualaikum

agak lama xupdate post kat cni..dek kesibukan hidup sebagai manusia yang tak pernah habis..eheh, itu normal la kan..entri ini saya mahu bercerita soal cinta..atau lebih kepada perkongsian dari suatu perbincangan..

ops, lupa pula..salam ramadhan buat semua..memandangkan ini entri pertama untuk ramadhan tahun ini..^___^..moga bulan rahmat ini kita gapai dan cari redha Illahi yang tak pernah bertepi..jom kita fastabiqul khairat..(berlumba-lumba dalam kebaikan)..insyaallah, berlumba lumba juga pahala menemani amalan..:)

alhamdulillah, semalam saya sempat ke sekolah menengah saya dahulu..SAM Rawang..untuk bertemu dengan ust Amin..asalnya mahu mengambil buku atas tugasan yang diberikan..tapi sudah kebiasaan, bila berjumpa ustaz, pasti ada isu yang diborakkan..dan entah bagaimana, isu cinta pula yang diperkatakan..

19778_101967113167614_100000629784547_56548_1320320_n ustaz bagi pandangan tentang petunjuk dari Dia..sungguh, petunjukNya bukan sekadar mimpi tetapi juga gerak hati..bila saya tanya bagaimana mahu pastikan itu gerak hati yang betul..kata ustaz, gerak hati yang betul bila nampak bahawa si dia sememangnya mahu dijadikan seorang pasangan masa depan..bukan sekadar couple yang merosakkan masa depan..

saya tanya lagi..macam mana kalau rasa itu masih belum pasti? masih belum yakin bahawa dia orang yang sebenar yang ditakdirkan Dia..jawab ustaz, binalah keyakinan dengan solat’..maksudnya kat cni doa..ya, dalam solat akan ada ketenangan..dan Dia tak pernah gagal memberikan petunjuk buat hambaNya..Dia sentiasa ada buat hambaNya..maka, tawakallah..andai ada jodoh bersama juga sampai saatnya..insyaallah dimudahkan Dia..

ada lagi yang dibincangkan..tapi ini yang paling saya ingat..eheh, sempat jugak ustaz usik saya dan cik fatin..dan menggalakkan kami kawen masa study ni..;p..apa pun, terima kasih ustaz atas perkongsian pendapat dan pengalaman..dan sandaran pada Dia  jangan pernah ditinggalkan..biar apa pun yang jadi akan datang, tawakal dan redha pengikat kekuatan..

saya terjumpa ini di blog Aku Islam..buat saya tersenyum..satu peringatan yang bermakna :)

Untuk Saudariku Yang  Ku Cinta KeranaNya..

Saudari, Kalian  adalah tulang rusuk yang hilang ,

Jika kalian dalam penantian , maka

Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.

Menanti bukan bererti berdiam diri , atau

menunggu tanpa erti.

Kalian adalah bidadari yang di cari.

Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,

Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.

Al-Haya’ (malu)  yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.

Cinta yang tak mampu kau ungkap..

Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..

Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..

Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.

Saudariku, kamu mungkin jauh lebih paham tentang yang ingin saya sampaikan ,

Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,

Atau setidaknya, menasihati diri saya sendiri ..

Beberapa tips mengisi penantian dengan proses yang berkat untuk hasil yang berkat :

Sentiasa mendekatkan diri  kepadaNya.

Taqarub Illalah! Kerana Dialah Sang Pemilik Hati , Yang Menguasai Hati dan Maha Tahu Segala Isi Hati.

Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh.

Tholabul’ilmi never ending!

Percantik diri dengan mempercantik  lahir dan batinmu.

Perbaiki diri kerana InsyaAllah di seberang sana dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya

Yakinlah…!! Bahawa Wanita yang baik hanya untuk Lelaki yang baik pula…

Saudara… Jaga hijabmu agar sentiasa terpelihara..

Jaga Izzahmu kerana engkau adalah calon bidadari syurga.

Buatlah syair , puisi , atau surat cinta untuk sang belahan jiwa.

Curahkanlah segala perasaanmu selama dalam

penantian, tentang cinta dan rindu..

meskipun saat ini  kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan.

Allah sedang merahsiakan…

Tapi , yakinlah.. Sang Sutradara Kehidupan sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu..

Berikanlah surat itu apabila saat waktunya tiba..

Biarlah waktu yang  bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.

InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba merosak komputer hati kamu semua di masa penantian ,

akan terscan  oleh anti virus Iman  dan syiar Cinta untuk dinanti..

Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,

akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…

Jangan buat penantianmu sia-sia.

Bersegera, namun jangan tergesa-gesa,

Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan  ”Si Pemilik Cinta”‘ ,

hati-hatilah menempatkan perasaanmu,

kerana boleh jadi, Cintamu Salah Kau Alamatkan..!

Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,

Kesabaran menjadi bunga,

Sementara waktu berlalu,

Penantian tidak berakhir sia-sia…

Saat Perjalanan adalah pencarian diri,

Laksana Zulaikha menjalani hari,

Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,

Di penantian Mencari diri,

Bermohonkan ampunan,

Di pertemukan…

Allah, hanya Kau Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaMU..

pesan saya..jadikan cinta yang ada itu cinta keranaNya..kerana tiada yang lebih indah melainkan cintaNya..Dia yang tak pernah meninggalkan hambaNya walau sesaat..bahkan setiap yang ditakdirkan Dia tak pernah sia-sia..percayalah, andai hati sudah mencintai Dia, dia akan datangkan hati yang juga mencintaiNya..serahkan segalanya pada Yang Esa disamping usaha..kerana Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya..

dan qoute dari  fb arif ashadi rindu ibu yang agak menarik :)

Ya Allah..
Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan,
Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkalah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam..
Aamiin ya Robb..

p/s : tetibe post ala-ala kejiwangan pulak..hoho

chijau sudah pulih..alhamdulillah..

subjek yang agak mengelirukan T___T

ada lagi urusan yang tak setel..aduh..

berbuka puasa bersama adik2 smkyl…moga dipermudahkan..:)

teringat lagu menjemput bidadari – dani setiawan..hehe

Rabu, 27 Julai 2011

dan sekali lagi..

Assalammualaikum..

alhamdulillah, tanggungjawab yang digalas mampu diselesaikan sebaiknya..tiada kata mampu menggambarkan perasaan saya saat ini..betapa syukurnya atas rahmat dan takdir Illahi yang menetapkan segala sesuatu..sungguh, bila bergantung harap hanya padaNya, kecewa itu tidak akan datang dengan sia-sia..

eh, apahal puitis bukan main intro ni..eheh..saya mahu bercerita tentang kisah yang baru selesai diusahakan..kisah kami bersama mereka yang menggamit memori..mungkin kisah ini adalah kisah terakhir bersama mereka..siapa tahu kan..takdir Allah penuh rahsia..

kisah itu adalah kisah KEM INSAN RABBANI II..

kem insan rabbani

22-24 julai 2011  mencatat kisah di SMK Yaacob Latif bersama adik-adik tingkatan 1 dan 2..kem ini adalah rentetan dari kem insan rabbani 10 tahun lepas..sekali lagi saya dan kawan-kawan diberi amanah oleh cikgu nazam untuk membimbing mereka..dengan besar hati saya menerima..memikirkan itu amanah sebagai hamba Allah..kerana dakwah itu satu tuntutan bukan alasan..

hampir 6 bulan perancangan menuju ke kem ini..segala masalah menjadikan saya dan sahabat-sahabat kuat dan belajar sesuatu..alhamdulillah..sampai saatnya kem ini dijalankan..sungguh, Allah menguji kami dengan bermacam dugaan..tapi masih ia pengajaran bermakna dalam menguji kekuatan iman kepadaNya..

terima kasih tak terhingga saya kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak..jasa kalian hanya Allah yang akan membalas..doa saya sentiasa mengiringi..

Mohd Syukri bin Zainal Abidin

Nur Amalina bt Misron

Nurul Hana Abdul Mutalib

Mohd Zulfadli bin Abdul Rahman

Norsakinah bt Mohd Isa

Ahmad Fitri bin Aziz

Nur Syibrah Hanani bt Sobri

Mohd Arief bin Othman

Nur Fatin Akmal bt Mohd Raif

Mohd Faisal bin Yahya

Mohd Taufiq bin Aziz

Nurul Jannah bt Shukor

Mohd Khairul Anwar Mohd Sophie

Siti Nur Syuhada Zainudin

Mohd Nasir

Ahmad Zubair

Nadzeerah bt Idris

Siti Solehah bt Ismet Sidqie

juga buat pihak sekolah yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kami dan buat adik-adik yang disayangi..

ambil pengajaran dari setiap yang dikongsi bersama..akak mendoakan supaya adik-adik sekalian sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah..diiringi hidayahNya sepanjang masa..ketahuilah adik-adik..tiada yang lebih berharga dalam hidup ini melainkan melihat kalian membesar menjadi manusia yang benar-benar berguna satu masa nanti..menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain di dalam mengagungkan islam dihati manusia..mohon maaf dari akak andai ada perbuatan yang menyinggung hati kalian..terima kasih atas kerjasama dan ukhwah yang dihulur..

ya Allah, kami bersyukur padaMu atas rahmat dan kasih sayangMu..terima kasih atas tautan hati yang Kau takdirkan..sesungguhnya tiada apa yang mampu menandingi kebesaranMu..jadikan usaha kami dalam mengajak insan mengutamakanMu suatu usaha yang Kau redhai..usaha yang nanti akan menjadi bukti ketika kami datang mengadapMu..usaha yang menjadikan kami lebih dekat denganMu..

Ya Rabbi..kurniakan hidayahMu buat adik-adik ku..jadikan mereka insan yang sentiasa mengutamakan panggilan Mu..berikan kekuatan untuk mereka berubah kearahMu..jangan Kau bebankan mereka dengan sesuatu yang tidak mampu mereka tanggung..sinari hati mereka dengan cahayaMu..agar nanti mereka akan lebih mengasihiMu dan berharap hanya padaMu dalam usaha menuju syurgaMu..

terimalah permintaan dan doa ini duhai illahi rabbi..

mahu berkongsi gambar sepanjang program :)

fasi laki fasi

barisan fasilitator yang terlibat :)

group  ldk 2 ldk 3 ldk

antara aktiviti LDK

 nk sign

nak duit, kene minx sign dlu ye..hehe

sukan 2  

cari dik..sampai jumpa :)

sukanexplorace

riadhah :)

katak

cuba teka apa ada dalam tin tu..eheh

me n syibme, jannah n fatin

priiiiiittttt…teman istimewa saya..cik wisel.. :)..antara gelagat kami

(teringat main kejar-kejar ngan cik syib ;p)

kem insan rabbani

gambar feveret saya..hasil edit adik haidatul..sweet kn :)

p/s : c hijau saya batuk batuk..kena p anta hospital..inchik waja pulak jadi teman p keje..T__T

ramadhan minggu depan..tak sabarnye..

terharu dengan surat yang dikirim adik faten najjah dan maria..tunggu surat balasan ye :)

berfikir bila mau berenti kerja..hermmm..

sori cik fatin..tertinggal..suda diedit dn diboldkn..haha

Rabu, 13 Julai 2011

dan kerana itu..

Assalamualaikum..

cuti semester ni adalah cuti bermakna saya..sambil bekerja saya juga sibuk dengan program yang mengisi masa saya..eheh, cuti bermisi yang bermakna..hari ni saya mahu bercerita tentang satu kejaiban ciptaan Illahi..post ni dah lama saya buat..baru-baru ni baru saya perasan yang post ni belum dipublish secara rasmi disini..

post ni dibuat semasa saya sedang sibuk dengan satu program awal tahun dulu..bila saya tersedar betapa apa yang ditakdirkan Allah itu amat sesuai dengan sunnatullah..oh, saya mahu tekankan bahawa ini hanya sekadar pendapat saya..anda mahu bersetuju atau tidak, terpulang..

saya katakan…

bahawa sesungguhnya lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita..

images

ada beberapa perkara yang membenarkan kata-kata ini..sebab sifat-sifat yang dikurniakan Allah untuk wanita dan lelaki..sememangnya, wanita itu punya satu sifat yang tak ada pada si lelaki..sifat terlalu mengikut perasaan..ya, wanita itu sangat suka mengikut perasaan sendiri..dan kadang-kadang moody tanpa sebab..(hanya wanita je tau sebabnya bila tiba ‘masanya’..kn? huhu)..sebab itu, Allah taklifkan tanggungjawab yang banyak kepada lelaki dan bukan wanita..

wanita ini jiwanya mudah tersentuh..bila ada perkara yang melibatkan hatinya, dia akan lebih mengikut perasaannya dalam membuat keputusan dan kadang-kadang tanpa pertimbangan akal yang waras..kerana itu si lelaki perlu memberi panduan..dan perlu memimpin wanita ini untuk membuat keputusan berdasarkan rasional..

lelaki biasanya akan bersifat relaks..walaupun kadang-kadang relaks itu membahayakan..huhu..dan wanita perlu berdiri sebagai pembantu bagi mengingatkan apa yang dilupakan oleh lelaki itu..sebab wanita ini suke berfikir secara teliti..tiap suatu itu pasti akan difikirkan tentang pelaksanaan, kesan akibat dan setiap aspek akan dikaitkan sekali..yang lelaki pula akan berfikir jauh ke depan dan kadang-kadang tak berpijak di bumi nyata..lecturer pembangunan insan saya pernah kata..sudut pandangan lelaki dan perempuan berbeza..perempuan akan melihat seperti burung..sangat luas sudutnya..lelaki pula akan melihat seperti kucing..sudut pandangan agak sempit tapi jauh ke depan..bila di amati memang sangat kena perumpamaan ini..

biasanya bila si wanita memimpin, dia akan menjadi sangat cerewet kerana segala kerja dia mahukan yang paling sempurna..walaupun bukan semua, tapi kebanyakannya begitu..lelaki pun ada yang cerewet..cuma biasanya cerewet mereka tak secerewet wanita ini..bila ada sesuatu yang tak kena, wanita mudah naik angin..terutama bila mood swing sudah datang..maka kerana itu, wanita ini lebih beremosi dan lelaki lebih sesuai untuk diberi taklifan sebagai pemimpin..

saya tidak menafikan..wanita juga punya karisma dalam kepimpinan..tapi dalam sunnah alam..lelaki ditakdirkan untuk punya tanggungjawab yang besar..bukan saja tanggungjawab pada dirinya sendiri tapi juga pada orang-orang disekeliling mereka..berdasarkan sifat yang diberi Allah kepada mereka..dan pastinya ada perkara yang terhad untuk dilakukan oleh sang hawa berbanding sang adam..begitulah sebaliknya..

cantik kan aturan Allah..bagaimana dijadikan wanita dan lelaki dengan ciri-ciri tersendiri..cukup sempurna dengan taklifan tersendiri..subhanallah..kerana itu Allah mentakdirkan lelaki dan perempuan itu saling melengkapi..^__^

ini sekadar pendapat saya..sekadar pemerhatian saya tentang perkara ini..kalian pasti punya pendapat sendiri kan? sama seperti saya atau berbeza?

p/s : kem Insan Rabbani semakin menghampiri..Allah mudahkan urusan kami..

moga kebenaran kan terbongkar jua satu hari nanti..

mahu berterima kasih kepada semua yang pernah sudi menjadi ketua saya..bersama-sama susah dalam menuju perjalanan kearah redhaNya..terutama kamu yang banyak menolong saya..walaupun pernah berat hati menerima tawaran saya..Thanx to u for willing to do it with me..it’s such a big pleasure to have u as the boss..thanx again..(^__^)

mahu kerja sampai bila ye..hermm

Selasa, 28 Jun 2011

kisah cinta mama

Assalamualaikum…

semalam, mama saya bercerita..tentang kisah dia dan abah saya..sweet..hehe..terbukanya cerita ini bila mama saya bertanya tentang cerita kak miza, kakak sepupu saya..eheh, peristiwa mama dan abah saya cuba memperkenalkan anak buah abah saya ditempat kerja..

kagum dengan kesetiaan abah saya..walaupun ditolak pinangan 3kali..masih setia mencuba..dan inilah yang dikatakan kalau ada jodoh tak kemana..hehe..mama dan abah saya dulu sekelas semasa di sekolah menengah..tapi mama cerita yang disekolah, mereka tak pernah bersapa..semua bermula semasa masing-masing sudah habis sekolah menengah..macam-macam cerita mama ceritakan..dari kisah abah saya mengorat mama saya hinggalah sudah berkahwin..tergelak saya dengar..hehe

banyak cerita yang kami borakkan..sampai masuk bab cerita saya dan adik-adik akan datang..cerita tentang jodoh kami nanti..haha..saya gelak je..sempat juga mama berpesan semalam..

“jangan terlalu memilih..bila dah jodoh, lari macam mana pun dia tetap jodoh kita..nak yang baik, usahalah jadi baik..”

saya hanya senyum…dan saya memang sentiasa ingat pesan mama..hehe..dan saya akan sentiasa berdoa untuk itu..Allah Maha Tahu..sandarkan segalanya hanya padaNya..

19778_101967113167614_100000629784547_56548_1320320_n

takdir Allah penuh rahsia..disitulah keindahan yang ada..maka bertawakallah..Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya..subhanallah…

p/s : saya jumpa macam-macam jenis orang cuti ni..dan macam-macam cerita..tapi masih, ia bermakna..alhamdulillah..

saya risaukan kem insan Rabbani nanti..ALlah, permudahkan urusan kami…

bila dah lama bekerja ni, saya sudah biasa dengan tugas ini.jadi seronok pula..:)

Khamis, 23 Jun 2011

pesanan buat semua

Assalammualaikum..

saat ini saya sedang bekerja..hehe..sempat lak berblog..gara-gara tiada customer..jadi, saya mengambil masa yang ada ini untuk berkongsi sesuatu..berharap agar ia memberi makna kepada semua ^__^

ok, pesanan ini berbeza..saya khaskan buat wong jowo nang malaysia..eheh..orang jawa di malaysia..oh, saya orang jawa..tapi saya agak kurang mahir dalam bercakap..untuk faham boleh la..hehe..

pesanan ini dibuat oleh datuk dr Fadzilah Kamsah..sumber saya temui ini di facebook..saya ditag oleh kawan jawa saya..cik feekha..^__^

jom baca…:)( sila baca dalam nada jawa ye)

Islam-Is-The-Way-Of-Life

As salam wahai konco-konco karo sedulur. Mogo di paringi waras. Wong sing apik, hati ne mulio, mikir sing bening, ngomong sing bener, nolong wong susah, sedekah sing okeh dan ikhlas. Orak nyusah ke wong lain, kerjo ne kenteng, urep pe menyumbang, mati ne akeh wong kangen. Mogo doso di ampuni Pengeran.

Terjemahan daripada Bahasa Jawa ke Bahasa Malaysia

As salam para sahabat dan keluarga semua. Semuga anda semua sihat sejahtera. Orang yang baik hatinya mulia, fikirannya bersih, berkata yang benar, membantu orang yang susah dan banyak bersedekah dengan ikhlas. Mereka tidak menyusahkan orang lain, kuat bekerja, hidupnya banyak berbakti, matinya amat di rindui. Moga segala dosa kita di ampunkan Allah SWT.

semoga bermanfaat :)

p/s : sudah selesa bekerja..:)

semoga dipermudahkan urusan..ditunda lagi..

bila la nk siapkan ni..adeh…

cepatlah masuk study balik…sudah rindu zaman study saya..

Sabtu, 18 Jun 2011

warna warni kehidupan

Assalammualaikum..

fuh fuhh..tiup tiup habuk dan sawang yang bersarang..eheh..

agak lama sudah tak mengupdate cik belog ni..memandangkan kesibukan saya (sibuklah sangat..T__T)..saya sudah memulakan kehidupan bekerjaya..kerjaya sebagai pembantu kedai gambar sementara saja..memandangkan cuti yang lama =.=’

dan sepanjang 2 minggu sudah saya bekerja ini..saya belajar sesuatu..tentang satu sisi kehidupan yang saya tahu ia ada..cuma saya tak memahami ia seperti mana sekarang..dan saya sedang berusaha memahami sisi kehidupan itu..tanpa meninggalkan sebarang prasangka yang mampu menghalang usaha dakwah Islam dari terus berkembang..

dari situ saya mula merasakan bahawa indah hidup ini..bermacam corak dan warna yang telah Allah takdirkan buat hambaNya..cuma terkadang hambaNya leka, lupa dan alpa bahawa segalanya milik Dia..sehingga terkadang corak itu dirosakkan dek warna –warna yang tak sepatutnya..

warna kehidupam

biar bagaimana sekalipun corak itu terhasil, ia masih perlu kembali kepada sang pencipta..biarpun jalan cerita kehidupan itu ada masanya jauh tersasar..kembalilah kepadaNya..kerana setiap yang ditakdirkan punya hikmah tersendiri..hikmah yang terkadang saat ini kita tak nampak ia lagi..tapi ketahuilah, ia akan datang saatnya..cantik kan aturan tu..

saya katakan ia cantik bila aturan yang ditakdirkan itu tersusun dengan cantik..pernah dengar “keindahan akan datang pada waktunya” ?? sebab Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya…cuma kita sering kali mementingkan diri sendiri..lebih mengikut apa dikata hati dari ketentuan Illahi..tak semua mende yang kita nak adalah yang terbaik untuk kita dan tak semua yang dibenci itu adalah terburuk untuk kita..kn?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

hidup hanya sekali..jom kita enjoy..ops, apa ni enjoy-enjoy..tak ingat akhirat ke? eheh..Islam tak pernah menghalang umatnya untuk enjoy..tapi perlu diingat, enjoy dibenarkan itu ada syarat..aisy, banyak betul syarat..ha, ni lah keindahan hidup dengan islam..syarat tu bawak banyakkkkkkk kebaikan untuk kita..ok, saya tak nak bercerita soal kebaikan-kebaikan yang banyak tu..sebab, kalau nak diceritakan sampai tujuh keturunan pun belum tentu habis..eheh..^_^

maka hargai kehidupan yang sekali ini..kita tahu dan faham bahawa ia hanya sekali..takkan datang yang kedua kali..kerana itu, jangan jadikan ia kehidupan yang akan disesali nanti..nauzubillah..moga dijauhi penyesalan tak sudah yang berlagu sepi..jangan berhenti untuk mengejar cinta Illahi..kerana rahmatNya sungguh tak bertepi..subhanallah..

alangkah indahnya hidup ini bila segalanya untuk Illahi…

ok, jom kita hayati lagu ni..pertama kali saya dengar..saya sudah jatuh hati..anda bagaimana? (eheh..dh mcm iklan lak)

p/s : moga kita tetap terus istiqamah dijalanNya..ya Allah tetapkan hati kami dijalanMu..

kem Insan Rabbani II..moga Allah permudahkan urusan..

senyumlah, ada sesuatu yang menanti bersama setiap yang ditakdirkan..

saya ada kawan baru yang berbeza dengan yang lain..^^

tak sabar nak puasa…

Sabtu, 4 Jun 2011

luahan rasa..

 

Assalammualaikum..

entri ini saya mahu berpuisi..eheh, puisi yang saya jumpa di iluvislam..saya percaya puisi ini menggambarkan harapan setiap yang bergelar muslimah untuk bakal pendamping hidup nanti..

jadi, buat sekalian lelaki..hayati puisi ini..kerana ini harapan kami..harapan insan-insan lemah yang mengharapkan kalian memahami bahawasanya kalian bakal menjadi imam kepada satu nakhoda..dalam melayari bahtera kehidupan ke arahNya..

Buat bakal imamku...

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

 

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah

 

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

 

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

 

Kerana….

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

Buat bakal imam Ku..

*kredit buat penulis yang menulis..^__^

wahai teman, jodoh pertemuan ditangan Allah..maka, berdoalah dan jangan terus berhenti berdoa..kerana Dia Maha Mendengar..dan Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya..

untuk dapat yang terbaik, maka usahalah menjadi yang terbaik dahulu..^__^

p/s : luahan hati untuk si dia yang tak pasti siapa..

selamat pengantin baru buat syazwan dan isteri..moga bahagia hingga syurga..=)

dapat soalan cepumas dari ust amin.."ko bila lagi?” eheh..wallahualam la ust..

cuti yang masih panjang lagi…T__T

Jumaat, 3 Jun 2011

pengalaman baru, menggamit memori lalu

ya! itu ungkapan yang sesuai yang saya rasakan sewaktu menjalani kem nadwah keheningan diri..entri kali ini saya mahu bercerita tentang pengalaman itu..

eh, lupa pula bagi salam..

Assalammualaikum..

eheh, baru seronok nak mula cerita ^__^..

27-28 mei 2011 yang lepas, saya dipanggil oleh encik arif dan diamanatkan untuk menjadi fasilitator bagi kem Nadwah Keheningan Diri di SMK Syed Mashor, Batang kali..

bagi saya, kem ini berbeza dengan kem lain biarpun modul yang digunakan hampir sama dengan kem yang pernah saya jalanka sebelum ini..hemm, ap yang lain ye..

lain dari sudut ujian yang Allah kurniakan untuk kami..sungguh, ia benar-benar menguji hati dan kecekalan dalam menyelesaikan amanah Dia..biar apa pun, ia adalah manis kerana ujian itu tanda Dia sayang dan ingat akan hambaNya..dan ujian ini benar-benar akan menjadi suatu pengajaran bermakna untuk saya..

“Apabila kita sendiri di uji dgn apa yang kita dakwahkan,itu petanda Allah sdg mendidik kita agar mlaksanakn ape yg kita perkatakan. B'syukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkn manusia”

pengalaman itu menggamit memori saya di zaman sekolah dulu..apa pun alhamdulillah, Allah kurniakan masalah bersama penyelesaian..ianya dapat diselesaikan dengan baik..

DSC02386

yang penting disini, input yang mahu diberikan kepada adik-adik..ambillah sebanyak mungkin input yang diberikan sebagai pedoman hidup..sesungguhnya, perubahan itu menuntut pengorbanan..semoga pengorbanan adik-adik sekalian menjadi bermakna dengan rahmat Allah.

kem nadwah fasi n urusetia copy

buat urusetia dan fasilitator yang terlibat..tahniah..teruskan usaha ini..jangan pernah berhenti..berjuanglah selagi hayat masih dipinjam Dia..moga diberkati usaha dan ukhwah yang terjalin..maaf dari diri ini andai ada terkurang di hati kalian..panjang umur, ada rezki, kita jumpa lagi..   moga Allah redha ^__^

p/s : next is kem insan rabbani..moga dipermudahkan segalanya..

tahniah untuk kantong atas perkahwinan beliau bersama isteri tercinta, esok akan menjadi reunion di hari persandingan kantong..hehe (eheh, teringat zaman gado2 ngan pakcik ni masa sekolah dulu..dah besar rupanya atuk ni :P)

sudah mencari kerja..moga lekat salah satu..mengisi masa cuti yang panjang..

 

Rabu, 25 Mei 2011

sesuatu tentang rindu..

assalammualaikum..

saya nak share sesuatu..

tentang rasa yang ada pada semua..tapi dimanfaatkan untuk kebaikan..

saya baru lepas baca satu artikel di iluvislam..tajuknya kerana aku lebih sayangkan Allah..dan dalam artikel tu saya tertarik dengan satu barisan kata..

love-wallpaper262

".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram."

maka wahai sahabat..manfaatkan rindu yang tersemat untuk suatu jihad..biar hanya diri dan pemilik diri Allahurabbi yang tahu..usah diberitakan rindu pada sesiapa..moga jihad ini diredhai..

p/s : biar apa pun, jangan berhenti berdoa..kerana Dia Maha Tahu yang terbaik..moga diperkenankan doa itu..

semoga dipermudahkan segala urusan..kem nadwah di batang kali hujung minggu ini..

dapat job dri ust amin..hehe..