Rabu, 10 Ogos 2011

soal cinta yang tak pernah habis..

assalamualaikum

agak lama xupdate post kat cni..dek kesibukan hidup sebagai manusia yang tak pernah habis..eheh, itu normal la kan..entri ini saya mahu bercerita soal cinta..atau lebih kepada perkongsian dari suatu perbincangan..

ops, lupa pula..salam ramadhan buat semua..memandangkan ini entri pertama untuk ramadhan tahun ini..^___^..moga bulan rahmat ini kita gapai dan cari redha Illahi yang tak pernah bertepi..jom kita fastabiqul khairat..(berlumba-lumba dalam kebaikan)..insyaallah, berlumba lumba juga pahala menemani amalan..:)

alhamdulillah, semalam saya sempat ke sekolah menengah saya dahulu..SAM Rawang..untuk bertemu dengan ust Amin..asalnya mahu mengambil buku atas tugasan yang diberikan..tapi sudah kebiasaan, bila berjumpa ustaz, pasti ada isu yang diborakkan..dan entah bagaimana, isu cinta pula yang diperkatakan..

19778_101967113167614_100000629784547_56548_1320320_n ustaz bagi pandangan tentang petunjuk dari Dia..sungguh, petunjukNya bukan sekadar mimpi tetapi juga gerak hati..bila saya tanya bagaimana mahu pastikan itu gerak hati yang betul..kata ustaz, gerak hati yang betul bila nampak bahawa si dia sememangnya mahu dijadikan seorang pasangan masa depan..bukan sekadar couple yang merosakkan masa depan..

saya tanya lagi..macam mana kalau rasa itu masih belum pasti? masih belum yakin bahawa dia orang yang sebenar yang ditakdirkan Dia..jawab ustaz, binalah keyakinan dengan solat’..maksudnya kat cni doa..ya, dalam solat akan ada ketenangan..dan Dia tak pernah gagal memberikan petunjuk buat hambaNya..Dia sentiasa ada buat hambaNya..maka, tawakallah..andai ada jodoh bersama juga sampai saatnya..insyaallah dimudahkan Dia..

ada lagi yang dibincangkan..tapi ini yang paling saya ingat..eheh, sempat jugak ustaz usik saya dan cik fatin..dan menggalakkan kami kawen masa study ni..;p..apa pun, terima kasih ustaz atas perkongsian pendapat dan pengalaman..dan sandaran pada Dia  jangan pernah ditinggalkan..biar apa pun yang jadi akan datang, tawakal dan redha pengikat kekuatan..

saya terjumpa ini di blog Aku Islam..buat saya tersenyum..satu peringatan yang bermakna :)

Untuk Saudariku Yang  Ku Cinta KeranaNya..

Saudari, Kalian  adalah tulang rusuk yang hilang ,

Jika kalian dalam penantian , maka

Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.

Menanti bukan bererti berdiam diri , atau

menunggu tanpa erti.

Kalian adalah bidadari yang di cari.

Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,

Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.

Al-Haya’ (malu)  yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.

Cinta yang tak mampu kau ungkap..

Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..

Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..

Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.

Saudariku, kamu mungkin jauh lebih paham tentang yang ingin saya sampaikan ,

Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,

Atau setidaknya, menasihati diri saya sendiri ..

Beberapa tips mengisi penantian dengan proses yang berkat untuk hasil yang berkat :

Sentiasa mendekatkan diri  kepadaNya.

Taqarub Illalah! Kerana Dialah Sang Pemilik Hati , Yang Menguasai Hati dan Maha Tahu Segala Isi Hati.

Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh.

Tholabul’ilmi never ending!

Percantik diri dengan mempercantik  lahir dan batinmu.

Perbaiki diri kerana InsyaAllah di seberang sana dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya

Yakinlah…!! Bahawa Wanita yang baik hanya untuk Lelaki yang baik pula…

Saudara… Jaga hijabmu agar sentiasa terpelihara..

Jaga Izzahmu kerana engkau adalah calon bidadari syurga.

Buatlah syair , puisi , atau surat cinta untuk sang belahan jiwa.

Curahkanlah segala perasaanmu selama dalam

penantian, tentang cinta dan rindu..

meskipun saat ini  kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan.

Allah sedang merahsiakan…

Tapi , yakinlah.. Sang Sutradara Kehidupan sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu..

Berikanlah surat itu apabila saat waktunya tiba..

Biarlah waktu yang  bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.

InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba merosak komputer hati kamu semua di masa penantian ,

akan terscan  oleh anti virus Iman  dan syiar Cinta untuk dinanti..

Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,

akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…

Jangan buat penantianmu sia-sia.

Bersegera, namun jangan tergesa-gesa,

Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan  ”Si Pemilik Cinta”‘ ,

hati-hatilah menempatkan perasaanmu,

kerana boleh jadi, Cintamu Salah Kau Alamatkan..!

Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,

Kesabaran menjadi bunga,

Sementara waktu berlalu,

Penantian tidak berakhir sia-sia…

Saat Perjalanan adalah pencarian diri,

Laksana Zulaikha menjalani hari,

Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,

Di penantian Mencari diri,

Bermohonkan ampunan,

Di pertemukan…

Allah, hanya Kau Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaMU..

pesan saya..jadikan cinta yang ada itu cinta keranaNya..kerana tiada yang lebih indah melainkan cintaNya..Dia yang tak pernah meninggalkan hambaNya walau sesaat..bahkan setiap yang ditakdirkan Dia tak pernah sia-sia..percayalah, andai hati sudah mencintai Dia, dia akan datangkan hati yang juga mencintaiNya..serahkan segalanya pada Yang Esa disamping usaha..kerana Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya..

dan qoute dari  fb arif ashadi rindu ibu yang agak menarik :)

Ya Allah..
Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan,
Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkalah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam..
Aamiin ya Robb..

p/s : tetibe post ala-ala kejiwangan pulak..hoho

chijau sudah pulih..alhamdulillah..

subjek yang agak mengelirukan T___T

ada lagi urusan yang tak setel..aduh..

berbuka puasa bersama adik2 smkyl…moga dipermudahkan..:)

teringat lagu menjemput bidadari – dani setiawan..hehe

4 ulasan:

  1. sharing is caring

    BalasPadam
  2. nice...i like diz en3..:)

    BalasPadam
  3. Perkongsian yg menarik..(^^,)~lama tak pergi SAMER~

    BalasPadam
  4. tima kasih.....akan terus menanti hingga berjumpa calon yang sesuai.....

    BalasPadam