Rabu, 26 Oktober 2011

yang cantik, yang gagah

Assalammualaikum..

entri ini saya mahu berkongsi tentang bagaimana menjadi yang cantik dan gagah dalam kehidupan..saya jumpa di facebook..bila salah seorang teman saya berkongsi..saya kira ia punya manfaat buat kita dalam berdepan kehidupan yang pelbaai cerita..

ok, ini tips tu..tips menjadi cantik untuk sang adam dan gagah buat sang hawa :)

Kecantikan Lelaki
1_511578276l Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

38378142218061m[1] Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.

Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab:Ayat 71
"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."

jom kita menjadi cantik dan gagah untuk redhaNya Dia..:)

p/s : alhamdulillah..presentation bhsa arab sudah setel

fiqh aulawiyat sangat diperlukan saat ini T__T

semoga dipermudahkan segala urusan..

jatuh cinta dengan lagu Dengan KuasaMu-Nur One..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan