Jumaat, 31 Julai 2009

H1N1??!! melanda UM_NP

bakal doktor ke??

H1N1?? wabak yang sedang melanda masyarakat Malaysia kini dan digeruni semua. Masuk hari ni, dah 4 orang yang meninggal akibat wabak ini. Dan baru ni, sahabat sendiri terkena wabak yang ditakuti ini, kesian, risau dan bermacam rasa ada.. habis satu kelas dikuarantin hari rabu baru ni.. Kami diperiksa dengan teliti.. Takut ada mangsa kedua..huhu.. Dan akhirnya habis satu APIUM dikuarantin skali..kami ta dibenarkan keluar dari kawasan kampus apatah lagi dibenarkan balik...jauh sekali.. Tapi diharapkan dengan kuarantin ini tidak ada mangsa seterusnya dan semoga sahabat di hospital semakin sembuh..syafakallah..insyaallah..
posing tetap posing..hehe


Sahabat sekalian, renung kembali kenapa Allah turunkan wabak ini kepada Umat Islam di Malaysia ini.. Ada kemungkinan besar kita seringkali lupa untuk mengingati Allah yang Maha Agung.. Ad satu hadis nabi,(maaf tak berapa ingat bagaimana bunyi hadis yang sebenar) yang mengatakan bahawa Allah akan melanda sesuatu kaum yang menjauhkan diri dengan Allah dengan sesuatu wabak yang belum pernah ditimpa mana-mana kaum sebelum ini.. Jadi wahai sahabat sekalian.. Muhasabah kembali diri, sejauh mana kita mengingati Allah dalam kehidupan seharian kita..


siapa aku??

Ada satu kisah diantara majikan dan pekerja.. Dalam kawasan pembinaan bangunan, seorang majikan ingin memanggil pekerjanya yang di bawah.. Setelah puas melaung-laung memanggil pekerja yang di bawah, pekerja masih tidak memandang dek kerana kebisingan kawasan tersebut. Lalu majikan tersebut mendapat idea dengan membaling syiling.. tapi pekerja tersebut masih tidak memndang bahkan mengambil syiling tersebut. Majikan membaling lagi.. dan pekerja masih tidak memandang, lalu akhirnya majikan membaling batu... dek kerana sakit, pekerja tersebut memandang ke atas mencari gerangan siapa yang membaling batu.. dan akhirnya majikan tersebut mampu menyampaikan pesanan. begitulah cara Allah ingin menegur kita..Akibat terlalu banyak nikmat yang diberi kita alpa dan lupa untuk bersyukur padaNya.. dan sesunggunhya ujian itu adalah tanda kasih sayangNya yang tidak pernah padam..

ada nampak cam senyum tak?? eheh


Semoga kita sentiasa menjadi kecintaan illahi Rabbi..AMIN











Jumaat, 24 Julai 2009

Wake up n go with the flow..

Life is not easy as ABC but it has it's own way... Discover life wif smile becoz only smile can make a sadness turn into happiness... So then, smile

Khamis, 23 Julai 2009

sebuah persoalan

Dalam dunia remaja yang penuh pancaroba ini, persoalan tentang kehidupan sering mengasak fikiran.. alam inilah alam dimana proses meniti ke dunia yang lebih matang dilalui… persoalan cinta adalah persoalan yang sering dibelenggu remaja dan setiap tahap umur.. namun cinta itu perlu digariskan kepada sebuah landasan yang betul..bukan dengan landasan nafsu…

Cinta itu lumrah dan fitrah.. namun seringkali lumrah dan fitrah itu menjadi fitnah.. sahabat, ALLAH mengurniakan naluri cinta itu bukan untuk di nodai..tapi untuk dihargai dan digunakan untuk mencari cinta yang selayaknya.. cinta berlainan jenis yang menjadi trend masa kini seringkali disalah ertikan sebagai cinta sejati dan pelbagai istilah lagi… kita lihat kembali, dimana sejatinya cinta itu andai ia dipenuhi dengan maksiat dan mampu menarik diri kepada sebuah kehancuran.. hancur dunia, hancur akhirat..

Islam itu indah, didalam islam.tiada istilah couple atau kekasih di antara bukan muhrim..lihatlah sahabat, bagaimana indahnya islam itu yang menjaga kemaslahatan umatnya.. hanya lafaz pernikahan yang menjadi titik tolak kepada sebuah perhubungan.. ada yang mendakwa mereka kekasih tapi masih menjaga batas-batas(couple islamik)..ya, mereka menjaga batas, tapi adakah mereka mejaga diri dari zina? Rasulullah sudah menerangkan kepada kita jenis-jenis zina..zina mata dengan melihat, zina telinga dengan mendengar, zina mulut dengan bercakap, zina hati dengan sentiasa merindu, zina fikiran dengan sentiasa teringat..mungkin mereka tidak melakukan zina secara terang tapi hakikatnya banyak anggota mereka berzina.. astaghfirullah, adakah ini yang mereka katakan sebagai menjaga batas?
Sahabat, cinta sejati hanya pada ALLAH selayaknya.. siapalah kita tanpa tuhan yang maha berkuasa? Lihat kembali permulaan sebuah kehidupan manusia, penciptaan kita saja sudah cukup hina..namun ALLAH mengangkat manusia untuk menjadi khalifah kepada semua makhluk kerana kurniaan akal dan fikiran yang cukup tinggi nilainya.. adakah kita akan merosakkan keistimewaan itu dengan perkara yang mampu membuat pencipta kecewa dengan ciptaanNYA? Renung kembali sahabat, ALLAH sudah menetapkan bahawa di dunia ini, setiap makhluk itu pasti berpasangan.. jangan risau sahabat, Allah sudah menentukan seseorang untuk kita sebagai pasangan.. buruk baik pasangan itu berlandaskan sifat kita sebagai hamba ALLAH.. semua orang ingin mempunyai pasangan yang baik akhlak dan peribadi, maka jadikanlah diri anda sebagi seorang yang baik akhlak dan peribadi…

Sahabat, perempuan yang baik adalah yang dijaga ALLAH, tidak sedikt pun ALLAH membenarkan mana-mana lelaki untuk menyentuhnya dirinya walaupun hatinya..kerana ALLAH teramat mencintainya.. tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, dimana ALLAH untuk menjaga kita? ALLAH seolah-olah melepaskan kita kepada seseorang yang banyak mengecewakan kita.. andai ALLAH datangkan kesedaran dalam diri untuk meninggalkan cinta lelaki, bermakna ALLAH ingin ambil kita kembali untuk dijagaNYA.. mengapa masih ragu-ragu? Carilah cinta illahi sahabatku.. agar hidup sentiasa dalam ketenangan.. tiada cinta yang lebih indah dari cinta illahi..kekuatan itu harus dicari bukan ditunggu…Semoga kalian menjadi kecintaan ALLAH..

Isnin, 20 Julai 2009

EXPERT Samtaj Sg Besar

Alhamdulillah, setelah 3 hari berkampung di Samtaj, berakhirlah sudah sebuah perjalanan program yang penuh kenangan suka dan duka. Program yang bermatlamatkan untuk membentuk pelajar cemerlang itu dijalankan dengan kerjasama dari semua pihak, samaada pihak sekolah, pelajar mahupun urusetia dan fasilitator berjalan dengan jayanya

Harapan yang digantung kepada kami para urusetia dan fasilitator dari pihak sekolah amatlah tinggi. Atas dasar itulah kami melaksanakan tugas dengan sebaiknya biar masih banyak komitmen lain menanti.

Melihat muka adik-adik tingkatan 3 dan 5 ini membuat kami yakin dan percaya bahawa mereka mampu berjaya. Buat adik-adik sayang, kami hadir sebagai pembantu dan pemudah cara untuk adik-adik melangkah ke hadapan. Perubahan adalah di tangan adik-adik. Semoga terus berjaya.


Buat sahabat-sahabat sekalian, doakan adik-adik kita berjaya dunia akhirat. Semoga apa yang diberi akan dimanfaatkan mereka.

p/s : rindu ngan adik-adik kumpulan 2. semoga terus maju..chaiyok-chaiyok..hehe


Khamis, 16 Julai 2009

sebuah permulaan


"sampaikanlah dariku walau sepotong ayat" itu kata-kata nabi s.a.w yang di amanahkan kepada umatnya.. terdetik di hati untuk memulakan sesuatu yang mampu aku lakukan agar dapat menunaikan taklifan ini.. mungkin diri ini masih belum layak untuk memulakan dakwah atas kekhilafan yang pelbagai namun atas dasar kesedaran "sesiapa yang mengucap dua kalimah syahadah adalah daie" maka digagahkan diri untuk memulakannya..


sebuah blog yang mengungkap pelbagai cerita dan rasa untuk dikongsi bersama.. salah satu wasilah untuk meluahkan pendapat dan pandangan agar dapat dikongsi bersama semua.. ku harapkan dengan blog ini mampu menjadikan diri ini semakin bertambah keimanan kepadaNya dan menunaikan taklifan sebagai hambaNya... Insyaallah..


sebarang bentuk komen mahupun nasihat teruslah diberi agar dapat membaiki diri..


p/s : kak fai, ada pape komen, gtaw la ye.. it's just a beginning..