Rabu, 2 Januari 2013

eh, dah 2013 lahh

Assalammualaikum..

lamanya tak mengupdate blog ni..ada la dekat setengah tahun jugak kan..haha..sori cik belog..busy yang amat (kononnya..sigh..)

apa nak cerita ye..herm

tentang apa jadi 2012? yelahkan sekarang dah masuk pun 2013..phew, umur dah naik satu angka..maka no more childish wahai diri..haha..

2012 tahun istimewa saya..macam-macam perkara yang berlaku atas takdirNya..Dia anugerahkan saya insan-insan istimewa yang sentiasa ada bila senang dan susah saya..Alhamdulillah..terima kasih Allah :)

saya ada keluarga yang menyokong sepanjang zaman setiap tahun..dan 2012 adalah tahun saya mula selesa berbincang tentang hidup akan datang..hehe..terima kasih mama abah untuk nasihat yang bermakna :)

2012 adalah tahun saya menjadi matang..diberi taklifan yang pelbagai buat saya faham apa itu hidup..pernah diberi amanah sebagai pengarah kepada program besar yang buat saya kadang-kadang tak senang duduk..tapi saya masih tetap tersenyum..ada teman-teman yang setia membantu dan berdiri bersama saya..saya belajar untuk lebih menghargai insan sekeliling saya walaupun kadang-kadang ada luka yang dihadiahkan..tetap saya tersenyum dan bersyukur atas takdirNya :)

buat sahabat-sahabat JABATAN DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN UM, terima kasih untuk semuanya dan maaf bila ada yang tak kena..jom sama-sama terus gigih berusaha untuk menggapai redhaNya..moga ukhwah yang ada ini hingga syurga..ukhwah fillah :)

dan 2012 juga adalah tahun saya mula berfikir tentang masa depan..tentang suatu masa yang dulu-dulu hanya angan-angan saya dan syibrah dan kadang-kadang dengan syikin..angan-angan kanak-kanak kami yang mahu itu ini tentang itu ini..haha..opsss, angan apa? rahsia kami.. heeee..cik syibrah adalah teman baik saya yang saya boleh cerita tentang apa saja..teman buaian saya yang terbaik..terima kasih :)

juga 2012 adalah tahun saya yang istimewa..Allah menganugerah dan menguji..langkah-langkah yang diizin Nya buat saya semakin mengharap pergantungan dariNya..memohon hanya yang terbaik dan dipermudahkan setiap langkah dan jalan nanti..moga usaha kearah tujuan itu diberkati..terima kasih untuk setiap langkah yang dilalui..moga dipermudahkan..terima kasih awak :)

perubahan saya antaranya bila syib kata, suara saya dah xkuat..dan saya dah mula ke arah jadi wanita sejati..haha..gaya macam sebelum ni bukan wanita kann..hehe..bila terfikir macam betul..sebab dah pandai merajuk..dushhh! ntah apa-apa je..habis hilang garang..haha

happy-new-year-2013-wallpapers-hd-01

2013 maknanya umur saya dah 23..wahh, maknanya dah berzaman saya tinggalkan zaman sekolah..lagi terasa bila kawan-kawan saya ramai dah tamatkan zaman bujang mereka..sungguh rindu mereka..zaman yang macam-macam cerita..yang bila ingat sumpah nak gelak..haha..lagi bila dia tolong ingatkan..buat malu je kadang-kadang..tapi still zaman sekolah is the best..heee..awak-awak sekalian, saya rindu awak-awak laaaa..

moga 2013 adalah tahun yang buat saya semakin dekat pada Dia dan makin matang berdepan hidup dunia..andainya ini tahun terakhir..moga tahun ini adalah tahun ketaatan saya..Allah, Ampunkan dosa hambaMu..terima kasih atas nikmat yang tak terhitung dariMu :’)

selamat menempuh final exam kawan-kawan..best of luck :)

Exam_mode___Good_Luck_everyone_by_yeekeru10