Jumaat, 6 Julai 2012

coretan kosong

Assalammualaikum

sudah masuk pagi. dan saya masih tidak ada tanda-tanda untuk melelapkan mata. mood muhasabah diri kembali menusuk tangkai hati. mencari-cari erti hamba pada diri.

mula berfikir kisah hidup yang penuh rahsia ini. betapa tiap langkah dalam takdirNya ada rahsia tersendiri yang buat hati semakin tegar menjalani hari. terkenang kisah lalu yang pernah menyaksikan saya terduduk sepi. tegar menahan hati.  senyum menghiasi hari dan bermacam kisah lagi mula buat saya berfikir akan agungnya Illahi..

tiada takdir dariNya yang sia-sia. setiap yang berlaku ada hikmah yang meneguhkan jiwa. duhai hamba, masih kah kau mahu leka dibaluti dunia sementara. nanti kau akan bertemu Dia. lalu apa hadiah yang akan kau bawa?

oh, terasa malu padaNya. mulut bicara cinta Dia. mengakui kebesaranNya. tapi sering hati terleka dibuai godanya dunia. ampunkan kami duhai Allah. sungguh hidayahMu tak mengenal siapa. tanpa tahu bagaimana cara menyusup dalam jiwa manusia. Alhamdulillah atas nikmat yang diterima. semuanya. Alhamdulillah Ya Azim.

cinta yang hadir itu anugerah Dia. kerana cinta, manusia temui kebahagiaan. manusia mula menemui hakikat dunia. manusia sanggup berbuat apa saja kerananya.

tapi terkadang cinta buat hati keliru. benar kataNya. syaitan itu tak pernah berehat menggoda anak adam dari terus terleka. sering kali tanpa sedar, diri membiarkan durjana syaitan terkekeh ketawa meraikan menangnya dia menghasut anak adam jauh dari Illahi rabbi. dan lalu cinta itu ujian buat jiwa. apa cinta yang hadir itu untuk dekat padaNya atau sekadar mainan nafsu semata?.

dan saya adalah manusia yang juga tak lepas dari diuji cinta ini. bertemu dengan seseorang yang buat saya faham erti cinta dan semuanya benar-benar menguji jiwa. kadang buat saya leka dan kadang buat saya kembali padaNya. tapi hadirnya istimewa. cukup buat saya faham takdir Allah penuh rahsia. lalu sebagai hamba  perlu serah semua pada yang Maha Mengatur. dan bersyukur atas kasih sayangNya pada hambaNya yang hina ini.

mula terasa takut berdepan hari mendatang. takut apa yang diharap tak seperti dalam bayangan. terutama tentang kisah hati. saya tahu Allah sudah sediakan yang terbaik untuk saya, awak, mereka dan semua. ya, urusan jodoh urusan Dia. sebagai hamba hanya perlu berusaha. natijahnya dari Dia.

Ya Allah, penuhi hati kami dengan cinta kepadaMu melebihi cinta kami pada makhlukMu. permudahkan urusan kami. izinkan kami bersatu atas namaMu bila itu atas izinMu. teguhkan hati kami dalam setiap takdirMu. mohon diberkati tiap langkah yang kami lalui. juga usaha yang kami penuhi. Kau tahu setiap inci dari kami. tiada apa yang menjadi rahsia antara kami denganMu ya Illahi Rabbi.  hanya padaMu tempat memohon segalanya. kisah ini hanya Kau tahu Ya Allah. kami memohon hanya yang terbaik dariMu

akan terus bersabar, berusaha dan berdoa.

p/s : sudah pukul 2 pagi rupanya. oh mata sila la tidur.

maaf andai ada yang tak berkenan dengan entri ini.

takut hilang dia. Allah permudahkan bila sampai masanya. doalah duhai hati.

Selasa, 3 Julai 2012

sudah pertengahan rupanya

Assalammualaikum..

tersangat la lama sudah saya tak mengupdate cik belog ni..last update saya adalah pada hujung tahun lepas..dan update saya hari ni adalah pada awal julai..fuhh setengah tahun saya tinggalkan belog bersawang tanpa isi..hehe..

sepanjang setengah tahun ni..macam-macam cerita dah saya lalui..pengalaman-pengalaman yang ditakdir Illahi dalam mematangkan diri semakin banyak ditempuhi..kisah-kisah hati yang menjadi kenangan juga disusuli..bersama mereka yang Allah pinjamkan untuk berkongsi cerita suka duka..keluarga yang tercinta..sahabat-sahabat istimewa dan dia..Alhamdulillah  :)

habis satu semester baru saya terfikir untuk menulis disini..memang semester 4 lepas adalah semester yang agak sibuk bagi saya..eheh..dan semester yang agak kurang kerajinan untuk saya menulis..harapnya selepas ni saya akan rajin sedikit :P

sekarang sedang cuti semester..tapi cuti saya adalah short semester untuk kelas b.i..sengaja diisi untuk memenuhi ruang cuti yang ada..sekurang-kurangnya saya ada sesuatu untuk difikirkan waktu cuti ni..walaupun bersusun agenda untuk difikir selain kelas b.i tu..pheww..

eheh..sudah kehabisan idea untuk bercerita..mungkin selepas saya mula kerajinan ini..akan banyak cerita dari saya..(harap-harapnya :P )

sebelum habis..saya mahu promote satu majalah baru yang bakal terbit bulan julai ini..insyallah.majalah hasil gabungan penulis muda untuk menyebarkan dakwah dan ilmu kepada pelajar sekolah..

288099_4042705747212_403659489_o

ini saya qoute dari encik editor majalah..

Tak lama lagi, Majalah REBORN akan terbit. Sedikit pengenalan, REBORN adalah satu usaha kami untuk menyampaikan dakwah kepada remaja-remaja di sekolah menengah melalui medium penulisan.

Terdapat beberapa pengisian yang menyentuh tentang feqah, hal-hal agama, kecemerlangan pelajar, motivasi, isu-isu semasa di dalam dan luar negara, kaunseling, tutorial, komik dan beberapa lagi slot yang akan dimuatkan.

Dan konsep kami adalah 'Memberi'. Di mana majalah ini dijual kepada pelajar dengan harga semampu yang mereka boleh. Jika 10sen mereka mampu, kami jual dengan 10sen. Jika RM1, atau RM2 mereka mampu, harga itu yang kami jual. Tiada keuntungan dunia yang diperoleh. Untung akhirat ada.

Jadi dengan ini, kami dengan rendah diri meminta sedikit sumbangan dari anda semua supaya majalah ini dapat diterbitkan dengan berkala dan konsisten. Sumbang RM1 pun sudah mencukupi. Dari RM1 tu, insyaAllah akan menjadi RM700 pahalanya.

Surah Al-Baqarah ayat 261 bermaksud: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Jika ada yang berminat untuk menderma, hubungi saya di mesej. Terima kasih banyak-banyak.

~kita mudahkan urusan agama Allah..Allah akan mudahkan urusan kita..xgitu? :)

p/s : entri pertama untuk 2012..*sigh

banyak misi cuti ni..moga dipermudahkan semuanya..

menunggu cik syibrah hujung minggu ni… :)

bersyukur ada dia yang sentiasa ada untuk berkongsi rasa..terima kasih untuk 1412..moga dipermudahkn langkah seterusnya ^___^