Selasa, 28 Disember 2010

perang dalam diri

assalammualaikum..

kadang-kadang hati dan akal akan tidak sehaluan dan kadang-kadang, hati dan akal membenarkan satu haluan..begitu lumrah kehidupan..akal akan bertindak melalui kewarasan..tapi hati akan bertindak melalui perasaan..dua perkara yang kadang-kadang bertingkah sesama sendiri..saya membaca artikel ini i iluvislam, sangat kena pada batang hidung sendiri..huhu..sangat mengharukan dan memberi peringatan kepada saya..bahawasanya 'pandulah hati mengikut kewarasan akal'

jom sama-sama baca..


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...


maka, pandulah hati mengikut kewarasan akal..kredit kepada penulis yang menulis..cerita yang membuat saya berfikir..

pepatah melayu..ikut hati binasa..herm..

p/s: terasa macam akal dan hati sendiri yang berbicara..huhu

alhamdulillah..meeting terjadi juga akhirnya..walaupun tak lengkap semuanya..

saya risau tentang duit..adeh..huhu

result keluar esok..cuaknye....

minggu depan setat sem baru..semoga dipermudahkan Allah...

dari mata turun ke hati..hermmm

Rabu, 22 Disember 2010

saya perlu jawapan..

assalamualaikum..

semasa saya membalas komen-komen di ruang sembang saya, cik jana tinggalkan 1 link pada saya..bile saya bukak, link itu tentang contest i need an answer..due date yang diberikan hujung disember ni..cara nak join contest hanya jawab soalan yang diberikan..dan soalan itu adalah:

"bagaimana nak jadi baik kalau semulajadinya jahat??dan berapa harga kebaikan??"

ok, ni jawapan saya..

dosa

setiap manusia itu dicipta bersama satu fitrah..fitrah yang ada dalam setiap individu..iaitu fitrah ke arah kebaikan..maka, tiada istilah semula jadi jahat..dan begitu juga tiada manusia sempurna dan maksum melainkan nabi Muhammad s.a.w..kerana baginda dilindungi Allah dari mebuat kesilapan..tapi manusia itu perlu sentiasa membaiki diri ke arah yang lebih baik..

proses untuk menjadi baik itu perlu mujahadah..ya, mujahadah yang sangat kuat..mujahadah itu pula perlu usaha dan doa..Muhammad b Abdullah Asy-Syibli berpesan: “jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri (tidak menuruti nafsumu). kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNya.” jadi, mujahadah paling utama adalah melawan nafsu..sebab nafsu yang menjadikan manusia jahat..bermakna proses perubahan ke arah yang lebih baik bermula dari peperangan nafsu dalam diri..jawapan untuk persoalan bagaimana mahu menjadi baik adalah perlu melawan nafsu untuk mencapai tahap baik mengikut maksud baik dalam islam..iaitu baik mengikut acuan al-Quran dan Assunnah..

harga kebaikan itu tak ternilai..kerana syurga adalah ganjaran yang telah dijanjikan..bahkan untuk melalui sesuatu kebaikan memerlukan suatu mujahadah yang tinggi kerana suatu kelaziman dam diri manusia..untuk membuat perkara jahat itu sangat mudah..tetapi untuk membuat kebaikan amat payah..mendapatkan syurga bukan semudah mendapatkan gula-gula..perlukan usaha yang konsisten dalam membuat kebaikan..firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki. Maka Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di balik itu  Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas”. [Qs. Al-Mu’minun : 1-7 ]..ini sudah jelas menunjukkan bahawa harga kebaikan itu sangat tinggi untuk dibayar oleh harta manusia kerana syurga dunia dan syurga akhirat suatu yang jauh berbeza..

ok..ni adalah jawapan saya untuk persoalan miss luna..jawapan yang mungkin simple..sekadar memenuhi undangan..orang kata orang berbudi kita berbahasa kan..neway, trimas tuk cik jana kerana sudi singgah ke belog saya..salam ukhuwah ya (^__^)..untuk semua yang berminat join contest ni silakan..maseh ada waktu..selamat mencuba (^______^)

p/s> saya risau lagi pasal duit..huhu

alhamdulillah..titas sudah berjaya didaftarkan..tggl b.i je..

expect unexpexted..herm…

Isnin, 20 Disember 2010

cerita cinta

assalamualaikum..

agak lama saya tak mengupdate blog..kemalasan untuk mengonlinekan diri..hehe..dan antara hobi saya bila online adalah jalan-jalan di youtube..mencari sesuatu yang bermanfaat untuk saya lihat dan dengar..dan seperti biasa..bila saya terjumpa sesuatu yang saya rasa agak bermanfaat dan best, saya akan kongsikan disini..(^_^)

saya terjumpa video ini..suatu cerita yang menarik..(tapi dalam bahasa indon..oh, jangan risau..maseh boleh difahami dong..hehe)..saya suka pengajaran cerita ini..
tambahkan cinta, kurangkan benci
jom hayati (^_^)



hidup ni penuh dengan perkara tak diduga kan..

komen anda?

p/s> saya sangat risau tentang duit untuk kem nanti..ya Allah moga dipermudahkan..

sekali lagi meeting ditunda (T__________T)

saya frust dengan daftar subjek..titas n b.i sudah full..geram je...huhu

rahsia hati hanya Allah yang tahu..


Ahad, 12 Disember 2010

kota damansara punya cerita..

Assalamualaikum..

sabtu lepas, saya dapat satu panggilan dari cik beah..jemputan untuk hadir ke kenduri kawen abang cik beah ni..sebab orang dh menjemput, maka perlu dipenuhi jemputan itu andai tida halangan kan..maka saya pun merancang bersama cik seha untuk ke sana..sepatutnya kami bertiga..bersama cik teha skali..memandangkan cik teha ada urusan lain..maka kami hanya berdua..

sebelum nak ke rumah cik beah ni, saya kena amek cik seha di rumahnya..sesat jugak taw nak ke rumah seha ni..plus tuan punya rumah bagi direction salah..apa da =,=' tapi akhirnya sampai jugak disebabkan saya penah la jugak datang ke sana walaupun sekali..alhamdulillah..dan terus kami bergerak ke kota damansara..saya memang tak pernh sampai ke sana dengan saya drive sendiri..naseb ada cik seha..kami jumpa destinasi rumah beah tanpa sesat..hehe..

lepas kami makan, cik beah suruh kami tunggu pengantin sampai..dan sementara menunggu, kami bergambar..saya tak sangka cik seha ni giler bergambar..hahaha..dari mula sampai la saya hantar ke rumah dia, semua sudut dirakamkan..haha..tapelah seha, yang penting kite happy..hehe


kami bertiga yang manis..hehe

bru lepas makan..Alhamdulillah :)

pelamin yang sangat cantik (oh, ni tempat paling banyak cik seha bergambar..haha)

tq beah sebab jemput kami..nanti ko kawen, kami nak kad yang spesel taw..hehe

saya sangat suka gamba ni..kredit tuk cik seha..nice view..hehe

p/s: sape agaknya antara kami yang akan naik pelamin dulu ek..hihi

good luck untuk mencari sumbangan..(T__T)

semoga segala urusan dipermudahkan..ameen

Khamis, 9 Disember 2010

pakai tudung pun perangai tak senonoh..

Assalamualaikum..

herm, rasa bersalah bila melihat belog yang xdiupdate..tapi nak mengupdate seolah-olah takde idea pulak..adeh..

tapi tadi Allah lintaskan saya tentang ini..semoga membuka mata kita..

tentang persoalan wanita bertudung dan tidak..saya terbaca di fb..jawapan-jawapan untuk mereka yang mempersoalkan..dan ketahuilah "yang tertutup itu indah" (^__^)

As-Salaamu ‘alaikum…

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.


1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.


2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.


3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.


4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.


5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?


6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.


7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.


8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?


Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!


"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)


“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)


p/s : cuti bermisi lagi..moga dipermudahkan


mane nak cari duit ek..kem lc + JDPI..fuhh..


ada x sesape bermurah hati nk bg sumbgn (T___T)..huhu


meeting bile tah...hermm

Ahad, 5 Disember 2010

wanitaku


Assalammualaikum..

emel dari seorang sahabat saya tentang wanita..menceritakan betapa istimewanya tangisan kurnian Allah untuk wanita..dan bila membaca, saya teringat seseorang yang sentiasa dekat di hati saya..idola saya sejak kecil..

ok, baca ye cerita ni..cerita yang untuk saya memang betul-betul buat saya tersentuh..



Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

cerita ini memang sangat kena seperti dia..insan paling saya sayang..ya, mama saya..seorang yang cukup kuat melayan karenah anak-anaknya..seorang yang sangat memahami saya..bagi saya, tiada siapa yang boleh menggantikan tempat dia..sejak kecil, saya bercita-cita untuk jadi seperti dia..sebab mama saya seorang yang sangat serba boleh..semua perkara dia mampu buat sendiri..sebab abah saya yang sangat sebuk..maka mama saya perlu berdikari..tafsiran saya sejak kecil, orang perempuan kena jadi macam mama..perlu berdikari dalam setiap perkara..

Ya Allah, terima kasih untuk kurniaan ini..kasihi dia ya Rahman..berikan rahmat dan inayahMu kepada Dia..hanya padaMu tempat ku meminta..ameen

p/s> bila nak meeting ek..

adeh, duk umah memang sudah mau belajar..rabu exam..my last paper..moga dipermudahkan..cahiyok3 tuk diri sendiri..huhu

heppy besday Syibrah (^_^)

Sabtu, 4 Disember 2010

penat menongkah arus

Assalamualaikum..

saya masih ada 1 lagi paper untuk ditempuhi..di saat sahabat lain sudah selesai berjuang..tapi takpelah, kerana itu ketentuan saya untuk habis lambat..(!^_^)

walaupun maseh ada 1 paper, saya sudah sedia berada dirumah..memandangkan teman sebilik yang ceria sudah pulang..maka untuk saya duduk berseorangan di bilik adalah tak mungkin..hehe..(bukan bermakna saya penakut ye..hoho)

herm, entah kenapa sejak dua menjak ni, Allah sedang menunjukkan kepada saya hakikat kehidupan dari satu sisi yang tak pernah saya tahu..suatu hakikat yang membuat saya berfikir..bahawa hidup ini amat memerlukan pergantungan yang tinggi pada Dia..sebab kita sememangnya tidak punya apa-apa..hatta nyawa ini..kerana ia pinjaman dari Dia yang Esa..

dan keluhan seseorang yang membuat saya tersentak "dah penat menongkah arus"..menjadikan saya berfikir..betapa hebatnya Allah mengatur perjalanan hambaNya..biarpun keluhan itu terkeluar tanpa disedari, tapi Allah tahu bahawa hambaNya itu mampu..ya, sangat mampu kerana hambaNya itu diuji sekian lamanya tapi masih bertahan hingga kini..andai saya ditempat dia..adakah saya mampu bertahan seperti itu?? herm...

saya doakan dia kuat..sebab saya sangat sayangkan dia..dan sebab pengorbanan dia untuk saya tak terbalas rasanya..juga sebab dia yang mengajar saya erti hidup ini..saya tak tau apa yang saya mampu untuk bantu dia..tapi sedaya mampu saya akan cuba bantu..biar sikit asal ia bermakna..sebab saya tahu juga, dia letakkan harapan yang sangat tinggi kepada saya..

Ya Allah..sekali lagi hambaMu yang hina ini memohon..berikan hidayahMu untuk sekalian manusia..jangan Kau biarkan hamba-hambaMu ini dalam kegelapan mencari cahayaMu..suluhkan kami dengan cahayaMu yang mampu membantu kami mencari jalanMu untuk lebih mencintaiMu..bantulah kami ya Allah..

p/s> tak semua perkara perlu dikongsi kan..sebab kadang-kadang hanya Dia dan kita saja perlu tahu..

ya, sangat sakit memendam rasa..

berbicara dari hati ke hati dengan mama tersayang..mengingatkan saya tanggungjawab saya sebagai anak sulung..(T____T)

moga segalanya dipermudahkan..

bila mau meeting ni ek..hermmm

pembangunan insan in on the way..huhu

Rabu, 1 Disember 2010

istimewa..

salam semua..

maseh dalam mood exam sebenarnye..lagi 2 paper is on their way..(jeles bila dengar orang len tinggal 1 paper lagi(T__T)..)..but anyway best of luck tuk semua..chaiyok(^_^)

sedang merehatkan otakku yang pening dengan exam, terjumpa video ni di Youtube..cukup mengharukan..

ditujukan khas untuk abah yang tersayang..terima kasih abah..




hayati dan renungi..

p/s: best of luck tuk diri sendiri dan semua..

meeting kem bila ek..herm

harry potter yang best but macam bese, tergantung...

ngangkung best ke?

Jumaat, 19 November 2010

sangat bermakna

salam..

entri ini hanya mahu berkongsi tentang artikel ini..dari iluvislam..

saya mahu tekankan beberapa kenyataan tentang wanita dan lelaki....duhai wanita..sayangi diri dan maruah kita..kerana 2 perkara itu tersangatlah berharga..duhai lelaki, tundukkanlah pandangan kalian jika benar kalian sayang 'wanita' kalian..

sayang kawan perempuan, tinggalk-tinggalkan.
.

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan?"

"Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan."

"Bukan setakat 'paun', nak pergi 'potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..."

"Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey, teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik... Hmm..."

*** IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL ***

"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak?"

"Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."

"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".

*** PENONTON TERCENGANG! ***

"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah... Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"

"Exclusive hape plak tu ustaz?"

"Ok satu-satu ye? Mula-mula, jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, Eh, mestilah boleh, bukan buat apa-apa pun kan??!!!?"

"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."

"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak?"

"Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"

"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."

"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Di dalam riwayat yang lain,

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....

"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi."

"Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah 'berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi 'berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari 'berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".

"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".

"Kalau jawab ikut 'exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan 'pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua, adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".

Cakap-cakap orang... Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua? Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua? Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa? Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, 'mungkin hal persatuan agaknya'... Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?"

"Inilah yang Allah nak elakkan, 'peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. 'Peluang-peluang' inilah FITNAH".

"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki. But women? Kita bercakap soal 'exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"

"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk 'touch n go'".

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???

"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping... Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu... Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah... Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu... Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

"Even dia tipu dan reka cerita sekalipun kawan-kawanya bukannya tahu!"

"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??

Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?

Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.

Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat. Perempuan... Biar dikerat empat, 'kawan baik' itulah tempat dia curah rasa hati. Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk 'berpisah'.

Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami? 'Sayang'? Dah bagi kat boyfriend. 'Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group. 'Suara bangun tidur'?

Dah bagi kat abang angkat. 'Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar. 'Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot???"

*** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ***

"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?". "Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!" (Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )

*** TUKAR CHANNEL BALIK ***

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,

35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

06 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"

"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah 'fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar..."

*** BLACKOUT, TUTUP TV ***

p/s : moga diambil pengajaran (^_^)

Rabu, 17 November 2010

lets work together

salam..

aritu ada sorang teman kenalkan saya lagu ni..siyes, tak penah taw ada lagu macam ni wujud kat dunia ni..bila saya dengar je terus tegelak..hahaha..terasa macam comey lak lagu ni..liriknye sangat ok..tapi bila dengar rentak dy..haha..rase mcm mau goyang2 kepala..hehe

sila dgr ye..(pesanan teman saya, dengar dan angguk2 kepala..hehe)



p/s: nama teman tidak dapat ditulis untuk mengelakkan kontroversi..hoho

malasnya nak balik kolej..huhu

exam sangat sudah dekat..risaunyeeeee...