Khamis, 17 September 2009

selamat tinggal Ramadhan, selamat datang Syawal...

Alhamdulillah, akhirnya Ramadhan berjaya dilalui dan Syawal yang dinanti bakal menampakkan diri...dalam kemeriahan menyambut Syawal, muhasabah kembali diri sejauh mana Ramadhan yang dilalui ini mampu menjadikan diri hamba yang sentiasa mendekatkan diri padaNya..mampukah amalan yang dijalankan sepanjang Ramadhan ini dijadikan amalan seharian..apakah yang kita perolehi sepanjang bulan berkat ini..adakah hanya sekadar penat berlapar dahaga tanpa punya apa-apa...biar banyak mana persoalan yang keluar, jawapan ada pada diri sendiri...semoga ibadat yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan ini diterima Allah dan menjadikan kita insan yang sentiasa dekat denganNya dan menjadikan Allah segala-galanya..

Insyaallah, syawal bakal disambut pada ahad ini(20/9/09)...dalam kemeriahan membuat persiapan, jangan dilupa pada insan yang memerlukan..sahabat, sesungguhnya, tiap umat islam itu adalah bersaudara..kita sibuk membeli baju baru untuk dipakai, namun saudara kita di seberang sana bersedih hati kerana kehilangan insan kesayangan...kita seronok bermain bunga api dan mercun, saudara kita? setiap hari menderita dengan bedilan peluru laknatullah..sejauh manakah bantuan kita berikan kepada mereka..sejauh manakah kita mengingati mereka..sesungguhnya kenikmatan yang diberikan kepada kita seringkali membuat kita lupa dan seringkali membuat kita mengeluh tanpa kita sedar sesungguhnya segala yang dimiliki adalah jauh lebih baik dan kita jarang menadah tangan mengucap syukur padaNya yang memberi kenikmatan ini......

Seribu kemaafan dipohon pada kalian:

keluarga tersayang: kakak mintak maaf pada kalian kalau pernah terguris hati akibat perbuatan ataupun kata-kata yang sengaja atau tidak sengaja..sesungguhnya kalian adalah kesayanganku..

sahabat Majmuah 8 08/09: amal minta maaf kalau ada buat korang terasa especially this semester..sungguh, bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang tapi amal beruntung kerana kalian adalah sahabat yang sangat memahami..terima kasih atas komitmen yang kalian berikan sepanjang sem ni..amal sangat berharap, ukhuwah ini terus berkekalan..maaf atas segalanya..

sahabat apium np: amal minta maaf juga ye kalau ada yang pernah terguris hati..to anak-anak ikhlas, kalian da best..semoga ukhuwah ini terus berkekalan..to fara, thanx 4 da watch..i love u..hehe..to orang-orang yang datang blk nk print, sorie kalau ada perkhidmatan yang tak memuaskan..to my roomate, dayah, hani, dya..korang bez..halalkan apa yang lebih n kurang ey..to yang kenal amal: sorie kalau ada gurauan yng menyakitkan hati n ada yang terasa n so on...selamat beraya dengan buku..hehehe..ingat, kite ada exam pasni..good luck everyone..



sahabat di samer dan generasi 20 samer: ama rindukan korang..rindu suasana kita disekolah dulu..mohon maaf andai sepanjang persahabatan, ada yang terguris hati akibat perbuatan atau kata-kata..to tehah, intan, sehah, k.fai, wani fana, thanx 4 being there whenever i need u..thanx 4 being my special friend...i'll kept all our memory as a special memory in my life..i love u all..

ustaz n ustazah yang pernah atau sedang mengajar diri ini di Samer o Nilam Puri: saya minta maaf sepanjang saya bergelar pelajar kalian ada yang tak kena..jasa kalian tak mungkin dilupa dan sentiasa di hati..ilmu yang diberi akan dimanfaat sebaiknya dan menjadi bekalan untuk menempuh dunia fatamorgana ini..terima kasih atas segalanya..saya sayang kalian..(to ust amin: nk wet aye dtg umah..hehehe)

n lastly to semua yang kenal diri ini...jaluk nga puro sing akih-akih..maaf ats kekasaran yang sengaja atau tak sengaja...halalkan yang telebey o terkurang...semoga kalian terus dibawah lembayung rahmatNya..salam lebaran..

BeRlaLu RaMadHan PeNUh kEsAyUaN, KeTiBaAn sYaWaL kITA rAIkAN, yA aLLAH, Di bULAn yAnG mULiA iNI BeRkAtILaH dAN rAhMAtIlAH sAUdARA2ku YnG bAIk DaN iKHlAs . LiMpAHkAN rEzEkiMu kEPadA mEreka, bAhAGiAKan mEreKa dAN kElUArGA MerEka, MUDaHKan uRUsAN MerEkA, TeRiMaLAh iBAdAh MeReKa sErTa aMpUnILAh dOSA MeReKa..sElAmAT hARi rAYA..

Selasa, 15 September 2009

sedihnyeee....

Pejam celik, pejam celik..Ramadhan hampir meninggalkan kita dalam 3 hari lagi...adakah sepanjang sebulan yang dilalui dimanfaat sebaiknya atau dibiar berlalu begitu saja..tepuk dada tanya selera..Tirai Syawal semakin terbuka luas untuk dilalui..dalam bersemangat menyambut lebaran yang bakal tiba..adakah kita muhasabah kembali diri untuk sebulan yang dilalui...Ya Allah, betapa hambaMu ini lalai dalam memanfaatkan masa yang berharga ini yang hanya mampu dilalui sekali setahun...adakah aku mampu untuk bertemu dengan Ramadhan lagi?? saat hampirnya Ramadhan, aku seronok kerana mampu melalui satu bulan barakah yang sangat istimewa..dan aku amat berharap akan bertemu lagi Ramadhan karim ini..Ampunkan dosa hambaMu yang hina ini Ya Rahman yang Maha Pengasih..Hanya padaMu tempat ku bersandar..



semoga 3 hari yang tinggal ini akan dilalui sebaiknya..semoga kita beroleh keberkatan di bulan mubarak yang tinggal ini...syawal yang dirai, sambutlah dengan sederhana..ziarah menziarahi terus dijadikan amalan dan maaf memaafi sentiasa diberi...semoga lebaran terus memberi 1001 makna buat kita semua...mohon maaf andai ada yang pernah terasa hati dengan diri ini....jaluk nga puro sing akih2 ya..



sekadar berkongsi: ada seseorang yang beri pesanan ini melalui YM..baca dan hayati ye..


“Anakku, ingatkan kamu pesan ulama Rabbani, jangan kamu menanam pohonan syurga dengan benih-benih neraka?” Mengerjakan solat dengan kesungguhan tetapi tahajud langsung tidak membantu mendekatkan diri kepada Allah. Hanya tahajud, hanya gerakan badan, sedangkan hati tidak bersama-sama. Hanya bangun di malam hari sedangkan simbahan cahaya pada mata hati redup sekali. Bacaan al-Quran yang hanya menjadi gerakan bibir dan basahan lidah sedangkan akal tidak mengerti dan jiwa semakin kontang. Hanya zikir yang terlafaz sedangkan mata tidak menangis. Hanya merenung dosa dengan ingat-ingatan bukannya dengan jiwa dan rasa mendalam

Isnin, 14 September 2009

aku dan kuih raya..

antara buble rice coklat yang dh siap..(agak messy tmpt ni)

hmm..balik rumah ni sepatutnya aku habiskan dengan baca buku memandangkan exam is around da corner..but then, lain pulak jadinya...mama minta aku untuk siapkan 1 jenis kuih raya cz kat rumah tggl aku sorg je...but its ok..disebabkan mama dh belikan buble rice n coklat, so aku pun dgn senang hati siapkan kuih ni..(ni kuih raya paling simple..hehe)..


anis yang mmg rajin suruh orang buat kuih( seb bek dy rajin tlg..huhu)

ari ahad, mama buat popia..tapi popia ni lain sikit...lbh kurg cm kopok gak..cz ad perisa..hmm, t law x smpt abes, akn dibawa ke klntn..

walaupun suasana raya itu sudah terasa, namun aku masih tak boleh lari dari tanggungjawab sebenar aku as a student...kne stdy beb..aku mst naikkan lagi ponter aku..untuk itu, aku mst stdy smart..tapi..ssh actually nk stdy kat rumah ini especially bila ada gendut a.k.a amir fikri(my only one brother)..hehe, asek nk men je ngan dy...amir, pas ni jgn kacau akak nk stdy...huhuhu

hmm..gud luck to all my fellow friend, blik umah jgn lpe stdy..pas blik ni kite ad exam then, baru bley raye puas-puas..hehehe..salam lebaran untuk semua..semoga 4 ramadan yang tinggal ini dimanfaat sebaiknya..adios..

p/s: raya ni jmput dtg umah..

Khamis, 10 September 2009

semester 3 yang berakhir...


Semakin bertambah hari, maka bertambah jugalah umur yang dilalui..Persoalannya, sejauh mana umur-umur yang dilalui dimanfaat sebaiknya...Alhamdulillah, dengan nikmat yang diberiNya, aku masih mampu hidup dengan baik dan melalui 3 semester dengan baik dan jayanya...berakhirnya 3 semester menandakan tinggal 1 lagi semester yang perlu dilalui dan selepas itu?? aku akan meneruskan langkah, menetapkan cita demi satu matlamat di UM KL nanti..doakan kita sama-sama berjaya...


Semester 3..hmm, a semester that make me know what life is..a semester that tought me about responsibility and solve problem maturely..a very special semester for me..a semester that full with memory...

Seronok rasanya bila memikirkan aku hampir menghabiskan sesi pengajian di kelantan ni..lepas ni, bolehlah aku balik tiap minggu..hehehe..hmm..sekadar nk berkongsi cerita, semester 3 di apium np ini..ditakdirkan Allah, aku ditaklifkan untuk memegang majmuahku as Mas'ulah(orang yang bertanggungjawab a.k.a asst group leader) satu tugas yang agak berat aku kira...saat perlantikan, aku punya misi untuk majmuahku..Aku ingin majmuahku sentiasa berada di depan..depan dalam segala segi...tapi untuk arah itu, aku harus menempuh dugaan yang pelbagai...



pernah suatu ketika aku terduduk akibat kepenatan..mengalir air mata ini kerana tidak tahan..namun aku tahu, segalanya adalah suatu tanda kasih sayang Allah..Allah tidak akan membebankan hambanya sesuai berdasarkan kemampuan hambanya..lantas aku bangkit dan menyedari bahawa aku punya ramai sahabat yang sentiasa ada disisi..terima kasih Ya Rabb..kepenatan aku kerana penat ingin memenuhi kehendak semua, penat memikir pelbagai perkara..dan saat semester ini juga aku diuji dengan sakit ayahku..menambahkan lagi bebanan di kepala ku...zahirnya, aku dilihat kuat, tegas dan mampu melalui apa sahaja...tapi hakikatnya...Allah saja yang tahu...Alhamdulillah segalanya aku mampu lalui sebaiknya atas pergantungan yang tinggi padaNya yang satu..juga aku beruntung dan berbangga kerana ditakdirkan bertemu dan bersahabat dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memahami dalam setiap ketika..terima kasih sahabat sekalian..kalian adalah yang terbaik...

Saat semester ini berjalan juga aku tahu banyak sungguh kelemahan dan kepincangan yang berlaku..dan tiap kepincangan yang berlaku biasanya akan berpusing kembali pada pemimpinnya..bagaimana kepincangan yang berlaku itu terhasil akibat kelemahan pemimpin..maafkan diri ini sahabat sekalian, sesungguhnya aku tak mampu lari dari melakukan kesilapan kerana aku bukan nabi yang maksum...aku hanya insan biasa yang segalanya milik Yang Esa..namun aku sudah usaha sedaya mampu untuk memberikan yang terbaik buat kalian kerana kalian adalah yang terbaik..dan sungguh rasa bangga kerana mempunyai ahli majmuah dan sahabat seperti kalian..





ok, dah habis sesi perkongsian cerita..7 september 2007..tugas aku berakhir di tarikh itu..kelas ku mengadakan muktamar...sesi lantikan pimpinan baru...setelah diundi berdasarkan sistem demokrasi, satu majmuah sebulat suara melantik Sakinah sebagai penggantiku..sebagai pembantu kepada Ahmad Muhammad(pengganti Meor Farid)..tahniah sahabatku..teruskan perjuangan, jangan patah semangat kerana kami sentiasa ada dibelakang mendukung untuk terus berdiri teguh..maaf andai terpaksa membetulkan kelemahan dan kepincangan yang telah aku lakukan..buat sahabat yang lain..jangan anggap anda tidak punya tanggungjawab kerana anda tidak ada jawatan tapi anda punya tanggungjawab untuk terus memajukan majmuah kita..


hmm, nk berkongsi sedikit aktiviti majmuahku sepanjang semester 3 ini..di awal semester kami diarahkan untuk membuat pembentangan tokoh..tokoh yang perlu dibentangkan adalah Tok Kenali, seorang ulama besar di Kelantan suatu ketika dulu..dan tangan yang bertuah ini mencabut undian yang akhirnya kami menjadi giliran yang pertama(ada hikmah sebenarnya walaupun at first agak cuak..huhu)..selepas itu kami menyertai piala pengetua..kerana hikmah ukhuwah yang kuat, Alhamdulillah, kami menjadi juara dalam permainan bola jaring dan bola tampar serta tempat ke-3 dalam tarik tali..selepas tamat piala pengetua, kami dikejutkan dengan berita sahabat kami Khairun Nazrah yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Lembah Klang(institut bahasa) lalu kami merancang untuk mengadakan sedikit majlis perpisahan di KFC(actually, nak buat majlis hari jadi tapi dah tertukar motif)..kami hadiahkan teddy bear dan bantal love untuknya..semoga terus sukses sahabatku..dan di hujung semester, kami mengadakan program Pro-Murni di Rumah Puteri Harapan, Pengkalan Chepa..suatu kenangan yang amat indah...banyak lagi aktiviti tapi tak mampu dinukilkan..biarlah ia tersimpan kemas di sanubari..

Thanx to all my dearest friend for being there whenever i need you..Ya Allah, kau teguhkan hati-hati kami dalam perjuangan menuntut ilmuMu yang tidak bertepi ini..sesungguhnya kami tidak punya apa-apa kerana segalanya milikMu..siapalah kami andai tidak diiringi redhaMu dalam hidup ini...Ya Rahman, eratkan silaturrahim ini seerat simpulan tali yang kuat dan utuh..jangan Kau biar kami bergaduh kerana segalanya adalah ketentuanMu juga..Ya Azim..

hari yang happy


bila lah nk start ni...



tahniah dik..semoga terus bertuah..



ngan adik-adik..sebelah tu fira..





angkat jgn x angkat...(masa baru sampai)

hmm...seperti yang dijanjikan...entri kali ini dimasukkan sikit gambar masa Pro-murni berlangsung..tak dapat masukkan semua cz byk sgt..jd hanya sikit je yang mampu..sekadar perkongsian..

Ahad, 6 September 2009

1 cerita, sebuah memori tercipta..

Alhamdulillah, nikmat iman dan islam itu masih dikecapi..dan aku terasa sgt2 bersyukur kerana masih mampu hidup dgn pelbagai nikmat..entri kali ni aku nk berkongsi satu cerita, satu pengalaman yang sgta aku hargai sepanjang aku hidup 19 tahun ini..tanggal 5 september 2009..sebuah tarikh bersejarah yang terjadinya 2 peristiwa penting dalam hidup aku...tarikh aku selamat dilahirkan dan mendapat nafas untuk melihat kemuka bumi 19 tahun ni dan tarikh aku bersua dengan adik-adik baru...

Alhamdulillah majmuah 8 berjaya mengadakan program di rumah anak yatim pengkalan chepa dan yang paling istimewa, ia terjadi di tarikh hari kelahiranku dan ia satu hadiah paling bermakna dalam hidupku..hadiah yang mungkin tak mampu aku dapat dimana-mana..hadiah yang sangat-sangat istimewa...

Kami bertolak jam 7.30 pagi..sampai disana kami disambut dengan muka ceria penghuni di sana..program bermula dengan pendaftaran, kemudian pembahagian kumpulan..aku ditugaskan menjaga kumpulan 10..melihat muka mereka terasa sayu di hati..dan aku agak cemburu dengan mereka..mereka diberi nikmat yang sangat istimewa..nikmat ujian untuk manusia yang beriman..x mampu aku bayangkan sekiranya aku ditempat mereka..

program diteruskan dengan sedit permainan dan tayangan video..seronok rasanya melihat muka mereka yang ceria saat bermain..mereka dibenarkan rehat untuk seketika..aku diajak naik oleh salah seorang peserta kebilik mereka..terharu bila menerima layanan baik mereka..saat itu sungguh aku teringat pada adik-adikku dirumah(xpe, jummat ni sampai umah..hehe)..lepas rehat, kami solat berjemaah di dewan arafah, dan bermula sesi tadarus..aku memilih untuk mengajar adik-adik yang masih bertatih membaca iqra'..usai membaca, kami bersembang...disinilah aku mula mengetahui pelbagai cerita..seterusnya bermula lah LDK 1 dan 2..alhamdulillah kerjasama diberikan cukup baik..semoga pengisian yang diberikan juga diambil dengan baik..

kemudian kami solat asar berjemaah..usai solat, kami bermain pengkhianat..(masa ni ad bekeng ckit..hehe..sori dik) macam2 jenis peta terlukis..tahniah buat pengkhianat...hehe..kemudian kami berkmpul..rupa-rupanya, ada salah seorang peserta yang sama tarikh lahir(Fatin Nadhira)..aku maklumkan pada radi dan kami berama-ramai menyanyikan lagu 'ALLAH SELAMATKAN KAMU'..ingat nak senyap-senyap je tarikh sendiri tapi akhirnya bocor juga..kemudian sambung pula nyanyikan untuk aku..malu dan terharu rasanya..tapi ini antara pengalaman trmanis untukku..kemudian kami bersiap untuk berbuka dengan tamar dan segelas air..solat maghrib berjemaah dan langsung berbuka nasi dan lauk pauk(masa ni makan nasi kawah sama dengan adik-adik..tingat zaman skolah dulu)..

usai makan, aku diajak berbual dengan mereka..fatiha, faizah, shafira, husna n ramai lagi..mereka menghalang kami balik..terharu rasa, takpe dik..nnti kami dtg lagi ye..tunggu kami..mse ni lah sesi memberi biodata untuk setiap fasi..lalu diteruskan dengan slot sharing moment by Zikri selepas selesai solat isyak dan terawih berjemaah, saat ni baru aku tahu faizah kehilngn kedua ibu bapanya..sabar ye dik..kamu insan terpilih...Zikri bercerita tentang ayah yang sakit..sungguh aku juga teringat pada ayahku yangsakit..dan sungguh aku juga takut kehilangan..tapi ak tahu, ak harus bersedia..kemudian bas sampai dan kami terpaksa balik..lambaian selamt tinggal mengiringi kami..semoga pertemuan ini membawa beribu erti bagi kami dan mereka..

tahniah diucapkan kepada semua ahli majmuah 8 terutama badan pelaksana..buat adik-adik, jangan cepat putus asa..kalian adalah insan pilihan yang tersangat istimewa..kalian sentiasa dihati..Ya Allah yang maha pengasih, Kau limpahkanlah rahmatMu ke atas jiwa-juwa suci ini..Kau berikan hidayah dan kekuatan buat mereka untuk terus menempuh dunia Mu yang menipu..Lindungi mereka dengan kasih sayangMu..ENgkau yang Maha Mengetahu lagi Maha Penyayang...

p/s: gambar akan dimasukkan untuk entri akan datang...ada plan nk g jupe diorg sblm balik..sape nk ikot?..hehe