Rabu, 13 Julai 2011

dan kerana itu..

Assalamualaikum..

cuti semester ni adalah cuti bermakna saya..sambil bekerja saya juga sibuk dengan program yang mengisi masa saya..eheh, cuti bermisi yang bermakna..hari ni saya mahu bercerita tentang satu kejaiban ciptaan Illahi..post ni dah lama saya buat..baru-baru ni baru saya perasan yang post ni belum dipublish secara rasmi disini..

post ni dibuat semasa saya sedang sibuk dengan satu program awal tahun dulu..bila saya tersedar betapa apa yang ditakdirkan Allah itu amat sesuai dengan sunnatullah..oh, saya mahu tekankan bahawa ini hanya sekadar pendapat saya..anda mahu bersetuju atau tidak, terpulang..

saya katakan…

bahawa sesungguhnya lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita..

images

ada beberapa perkara yang membenarkan kata-kata ini..sebab sifat-sifat yang dikurniakan Allah untuk wanita dan lelaki..sememangnya, wanita itu punya satu sifat yang tak ada pada si lelaki..sifat terlalu mengikut perasaan..ya, wanita itu sangat suka mengikut perasaan sendiri..dan kadang-kadang moody tanpa sebab..(hanya wanita je tau sebabnya bila tiba ‘masanya’..kn? huhu)..sebab itu, Allah taklifkan tanggungjawab yang banyak kepada lelaki dan bukan wanita..

wanita ini jiwanya mudah tersentuh..bila ada perkara yang melibatkan hatinya, dia akan lebih mengikut perasaannya dalam membuat keputusan dan kadang-kadang tanpa pertimbangan akal yang waras..kerana itu si lelaki perlu memberi panduan..dan perlu memimpin wanita ini untuk membuat keputusan berdasarkan rasional..

lelaki biasanya akan bersifat relaks..walaupun kadang-kadang relaks itu membahayakan..huhu..dan wanita perlu berdiri sebagai pembantu bagi mengingatkan apa yang dilupakan oleh lelaki itu..sebab wanita ini suke berfikir secara teliti..tiap suatu itu pasti akan difikirkan tentang pelaksanaan, kesan akibat dan setiap aspek akan dikaitkan sekali..yang lelaki pula akan berfikir jauh ke depan dan kadang-kadang tak berpijak di bumi nyata..lecturer pembangunan insan saya pernah kata..sudut pandangan lelaki dan perempuan berbeza..perempuan akan melihat seperti burung..sangat luas sudutnya..lelaki pula akan melihat seperti kucing..sudut pandangan agak sempit tapi jauh ke depan..bila di amati memang sangat kena perumpamaan ini..

biasanya bila si wanita memimpin, dia akan menjadi sangat cerewet kerana segala kerja dia mahukan yang paling sempurna..walaupun bukan semua, tapi kebanyakannya begitu..lelaki pun ada yang cerewet..cuma biasanya cerewet mereka tak secerewet wanita ini..bila ada sesuatu yang tak kena, wanita mudah naik angin..terutama bila mood swing sudah datang..maka kerana itu, wanita ini lebih beremosi dan lelaki lebih sesuai untuk diberi taklifan sebagai pemimpin..

saya tidak menafikan..wanita juga punya karisma dalam kepimpinan..tapi dalam sunnah alam..lelaki ditakdirkan untuk punya tanggungjawab yang besar..bukan saja tanggungjawab pada dirinya sendiri tapi juga pada orang-orang disekeliling mereka..berdasarkan sifat yang diberi Allah kepada mereka..dan pastinya ada perkara yang terhad untuk dilakukan oleh sang hawa berbanding sang adam..begitulah sebaliknya..

cantik kan aturan Allah..bagaimana dijadikan wanita dan lelaki dengan ciri-ciri tersendiri..cukup sempurna dengan taklifan tersendiri..subhanallah..kerana itu Allah mentakdirkan lelaki dan perempuan itu saling melengkapi..^__^

ini sekadar pendapat saya..sekadar pemerhatian saya tentang perkara ini..kalian pasti punya pendapat sendiri kan? sama seperti saya atau berbeza?

p/s : kem Insan Rabbani semakin menghampiri..Allah mudahkan urusan kami..

moga kebenaran kan terbongkar jua satu hari nanti..

mahu berterima kasih kepada semua yang pernah sudi menjadi ketua saya..bersama-sama susah dalam menuju perjalanan kearah redhaNya..terutama kamu yang banyak menolong saya..walaupun pernah berat hati menerima tawaran saya..Thanx to u for willing to do it with me..it’s such a big pleasure to have u as the boss..thanx again..(^__^)

mahu kerja sampai bila ye..hermm

1 ulasan: