Ahad, 27 Februari 2011

bila lelaki kehilangan tulang rusuk

Assalammualaikum..

rasa tak best bila melihat belog tanpa ada entri baru..semuanya gara-gara kemalasan dan kesibukan yang melanda T____T..

dengan kerajinan yang ada ni, saya mahu share satu cerita..cerita tentang makhluk Allah yang dicipta untuk saling melengkapi..saya jumpa cerita ni di note fb yang dishare oleh kawan-kawan saya..

ok, slmt membace ^__^

kawanimut_7

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang

rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,

Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang

rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi

merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk

sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan

masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi

membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan

cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai

menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA

lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak

cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga

berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang

telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air

mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad

untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi

Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha

mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi

sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana

banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah

dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan

kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu

nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang

korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan

kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah

kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia

patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.

Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang

dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah

terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata

yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan

*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar

risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan

akibat yang akan diterima?? *

semoga bermanfa'at

Oleh:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp

Ambil Hikmah sebuah Pengalaman

p/s> bln yang sebuk sudah bermula..ya Allah permudahkan urusan kami..

mau iklan disini..siapa yang mahukan rojak buah, boleh la pm saye ye..hehe

kem anak soleh + prgrm khidmat masyarakat..berturut2..mampukah??

Ahad, 13 Februari 2011

rindu pada dia..

Assalammualaikum..

kesempatan mengupdate belog selepas menyelesaikan assignment..alhamdulillah..

esok adalah cuti maulidurrasul..selawat dan salam keatas baginda..rindu untuk bertemunya menggamit hati..tapi kadang-kadang termalu sendiri..layakkah rindu ini kerana masih kurang rasanya diri ini menjadi umatnya yang meneruskan perjuangan baginda dalam menegakkan islam ini..dan kebetulannya, tahun ini maulidurrasul itu sangat hampir dengan valentine yang entah apa-apa..oh, saya tak sambut valentine dan seangkatannya sebab saya orang islam..maka wahai sahabat..usah hampiri zina..jauhi hari kekasih supaya dikasihi yang Maha Mengasih ^__^

tempoh hari saya diminta untuk mereka sajak oleh salah seorang adik fasilitator program saya yang lepas..oh, sajak yang biasa-biasa saja yang saya mampu buat..tapi saya berharap mesej yang saya mahu sampaikan akan terkesan dihati mereka yang mendengar..maka, goodluck ya kamarul..bak kata mama saya, sila baca dengan penuh perasaan..eheh

valentines no

cahaya itu..
menerangi segenap alam..
mengikis gelap pekat kehidupan..
menyisih debu debu kejahilan..
bersama derap perjuangan..
penuh onak liku dalam kehidupan..
ditempuh jua tanpa lelah dan penat..
demi melihat kalimah agung dihati umat..

hadirnya dia..
dihiasi akhlak seindah rupa..
buat tauladan sekalian manusia..
pemberi syafaat di akhirat sana..
bersama kasih dan cinta..
yang tiada tara..

hingga saatnya kembali..
bertemu Illahi Rabbi..
kerisauan dan cinta kian mekar dihati..
siksanya ajal ini..
ya tuhan, tumpahkan saja derita ajal ini kepadaku..
jangan Kau siksa umatku dengan rasa ini..
selamatkan umatku dari siksa ini..
ummatku!! ummatku!! ummatku!!

Ya Rasulullah..
Insan agung kekasih Allah..
kami merinduimu..
Allahhummasoli 'alasaidina muhammad
selawat dan salam buatmu rasulullah..

lagu sampinngan untuk halwa telinga ^__^ –seluruh mahabbah-

semoga beroleh syafaatnya..ameen

p/s : duit tak masuk lagi ni..moga dipermudahkan segala urusan..

hidup hanya berbakti untuk Dia..Insyaallah..

Jumaat, 11 Februari 2011

Isi masa ^__^

saya sedang berbengkel..

poster_bengkel multimedia UM

credit to thaharel bahardin atas hasil kerja poster beliau yang hebat ini ^__^

 

p/s: saya adalah ajk publisiti merangkap ajk xbape nk makanan bersama adila safari..hehe

esok meeting pertama kem anak soleh..semoga dipermudahkan urusan..

Isnin, 7 Februari 2011

kurasa yang kau rasa karena hati bicara..

Assalammualaikum..

saya ada satu habit..mencari lagu yang seronok dan best untuk didengar..dan bila saya dah berkenan dengan lagu tu, saya akan ulang, ulang dan ulang lagu tu sehingga saya jumpa lagu lain yang best juge..sehingga dua roomate saye (syibrah n shikin) jadi hafal lagu nye..hehe

lain orang lain gaya kan ~__^

currently listening to this song..^__^

 

sangat indah dan puitis kata-katanya..silakan dengar ^__^

“terkadang tak perlu terucap kata-kata..tuk selami hatimu”

ada banyak makna yang tersirat..bak kte syibrah..membuat jiwa terawang-awang a.k.a jiwang..hehe..

eh, gaya macam saya dilamun cinta pulak kan..memang saya sedang bercinta..bercinta sama ilmu dan buku juga sedang memburu cinta..cinta abadi yang abadi yang tiada penghujung..cinta illahi..hehe..cinta sesama manusia yang berlainan jenis? oh, belum masanye lagi..jodoh kan ketentuan Allah..maka berdoa sajalah untuk yang terbaik..Allah Maha Mendengar ^__^

p/s: operasi assignment yang bertimbun sudah bermula..

dah lama tak mengarang sajak..ada permintaan buat sajak..boley lagi tak ni..huhu

bengkel multimedia sabtu ni di dewan kuliah sastera UM..jom celik media ^_^

jumaat ni 1st presentation saya..chaiyok3!

Jumaat, 4 Februari 2011

Senjata terhebat kite..

15327046517753l

 

kita hebat..

kita kuat..

sebab kita ada Allah..

Allah yang Maha mendengar..

maka jangan takut dan cemas..

sebab senjata yang Allah kurniakan pada kita hebat..

Senjata orang mukmin adalah Doa..

Ya! berdoalah…

jangan pernah putus asa..

kerana Dia mendengar..

dan berharap hanya pada Dia..

bersama usaha berterusan..

moga RahmatNya sentiasa mengiringi..

Allahu Rabbi, perkenankan doa hambaMU..

p/s> risau dengan keadaan sahabat-sahabat di Mesir..Ya Rahman, berikan keselamatan untuk mereka..

kejap je cuti mid sem sudah nak habis..lepas ni 10 minggu kuliah..good luck semua..

lepas bukak sem ni, a presentation is waiting..Ya Allah, permudahkan kami…

Selasa, 1 Februari 2011

bila lagi kita semua satu hati..

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah atas rahmat Allah yang tak pernah putus mengiringi hambaNya..saya baru selesai menjalani kem pemantapan dai’e..kem yang dianjurkan jabatan saya..jabatan dakwah dan pembangunan insan Universiti Malaya..ternyata memberi satu pengalaman yang bermakna untuk kehidupan mendatang saya..insyaallah..

kem yang menggabungkan 3 ipt (UM, USIM. dan KUIS) ini sememangnya menjalinkan ukhwah yang rapat antara kami..di dalam kem ini, kami diingatkan bahawa kami adalah dai’e yang memegang amanah Allah untuk menyebarkan risalah Islam agung..betapa tugas itu bukan semudah membaca ABC..ia perlu kekuatan dan keikhlasan hati yang tulus dari hati..kerana tugas itu adalah tugas utama kami..kerana ia bukan pilihan untuk kami..semoga Allah memudahkan urusan kami..

Insyaallah apa yang saya dapat dari kem ini akan saya aplikasikan untuk mencapai sasaran saya..moga Allah permudahkan ini juga..sebab usaha saya adalah untuk mencapai redha Allah..itu matlamat utama saya insyaallah..sesuatu yang membuat saya berfikir bila mengungkapkan bahawa “cukuplah Allah bagiku”..adakah selama ini, pergantungan saya cukup kuat kepada Dia..atau saya hanya mencari Dia saat susah..ya tuhan ampunkan hambaMu ini kerana sering melupakanMu..

1st year jdpi  1st year student yang ceria (^__^)

 

kump 6

Para Dai’e kumpulan 6 yang mantap

Ada rezki, panjang jodoh moga berjumpa lagi..insyaallah..persahabatan dan ukhwah yang terjalin untuk Dia..jom sahabat..kita doakan sahabat-sahabat kita di Mesir selamat..hanya Allah yang berkuasa atas segalanya..ya Rahman, bantu mereka menghadapi cabaran ini..berikan keselamatan untuk mereka..

p/s> assignment perlu disiapkan..kerja kuat ye..chaiyok2..

masalah yang satu telah diselesaikan…

Teha, seha ap cerite ni? jadi ke x plan kite? hehe