Jumaat, 29 Januari 2010

layyinul harir - selembut sutera

Wanita itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki..

Bukan dikepala untuk dijunjung..

Bukan di kaki untuk dipijak..

Tapi disisi untuk dilindung..

Dilindung dari segala macam bahaya dunia..

Bahaya yang membawa kepada kehancuran ummah..

Untuk dididik dengan penuh hati-hati..

Kerana terciptanya dia dari tulang rusuk yang bengkok..

Bukan mudah mahu meluruskan tulang bengkok itu..

Andai tidak kena caranya..

Patahlah ia..

Bahkan mampu membawa mudarat bahaya kepada sekalian umat..

Mampu mengundang fitnah terbesar untuk dunia dan isinya..

Sekaligus kehancuran bakal berlaku..

Wahai kaum hawa sekalian..

Jagalah dirimu dari mengundang fitnah..

Peliharalah dirimu dengan panduan dari Al-quran dan Assunnah..

Ingatilah akan janji-janji Allah buat wanita solehah..

Sesungguhnya janji Allah itu pasti..

Jadilah wanita yang punya ketegasan di sebalik kelembutan..

Seperti sutera yang tinggi kualitinya..

Yang punya hiasan akhlak yang sungguh cantik..

Dilukis dari acuan Al-Quran dan Assunnah..

Diimpikan untuk dimiliki setiap insan..

Namun tak semua mampu untuk mendapatkannya..

Hanya insan yang benar-benar bertuah layak memilikinya..

Salam buat wanita solehah sekalian..selamat bermujahadah

Alhamdulillah..setinggi kesyukuran pada Allah yang memberi nikmat dan mengurniakan segala macam kurniaan kepada hamba-hambaNya..28/1/10-29/1/1..minggu layyinul harir utk warga penghuni amk..minggu yang hanya dikhaskan untuk wanita..tanpa ada seorang pun sang adam bersama..bermotifkan pemantapan ukhwah dan bahasa terutamanya bahasa Arab dan bahasa inggeris..antara aktiviti yang telah dijalankan..

nasyid-hanya menggunakan bahasa inggeris dan bahasa arab sahaja..diharamkan menggunakan bahasa melayu

pentomen-bahasa Arab sahaja

busana muslimah - jawab soalan in bahasa arab dan bahasa inggeris.

video - sama ada iklan. cerita pendek atau video klip

tilawah dan khat..

dan alhamdulillah..majku yang bergabung bersama maj 6 semester 2 berjaya mendapat naib johan untuk pertandingan nasyid dan pentomen..tahniah..suka aku berkongsi lirik lagu salah 1 dari lagu yang kami bawa..semoga mendapat manfaat(teringat kata-kata ustaz amin "lagu itu dilihat dari liriknya..bagaimana kita memahami lirik itu untuk kebaikan")

Insya Allah
Album : Munsyid : Maher Zain
Everytime feel like you cannot go on

You feel so lostThat feel you so alone

All you is see is nightAnd darkness all around

You feel so helplesscan`t see which way to go

Don`t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake

You feel you can`t repentAnd that its way too late

Your`re so confused,wrong decisions you have made

Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way

Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way

Turn to AllahHe`s never far away

Put your trust in Him

Raise your hands and pray

OOO Ya Allah

Guide my steps don`t let me go astray

You`re the only one that showed me the way,

Showed me the way 2x

Insya Allah3x

Insya Allah we`ll find the way

p/s : semua assgnmentku sudah dihantar..alhamdulillah..

minggu ni minggu bz..minggu menyelesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan..test ulum hadis juga minggu ni..

SMARTIES '10 di SMKA wataniah Besut..4-6/2/10/...Ya Allah permudahkan urusan kami..

tiket balik untuk raya cina ni dah beli..tak sabar nk balik..

Ahad, 24 Januari 2010

banyaknye keje..

Alhamdulillah Ya Rahman, syukran Ya Rahim atas semua nikmat yang Kau kurniakan..ampuni dosa kami..sesungguhnya kami hambaMu yang sering khilaf..ampuni kami..herm, aku baru saja usai menjalani kem bagi mahasiswa n mahasiswi apium np sem4..kem yang bermatlamatkan pemantapan ukhwah..agak bagus kem ni walaupon ada beberapa kekurangan..biasa la, mana ada kem yang benar-benar sempurna..anggap saja ini ujian..bukankah ujian tanda kasih sayangNya? (peringatan untuk dri sendiri)..

Aku tak nak bercerita panjang berkenaan perjalanan program, tapi aku mahu terus kepada apa yang aku dapat sepanjang program ini..Alhamdulillah, aku diperingatkan kembali berkenaan tanggungjawab dakwah..sesuatu yang sering aku lupakan..semoga aku terus istiqamah bermujahadah dijalanMu..ampunkan aku ya Allah..

dan pemergian aku dan sahabat-sahabatku terutamanya sahabat majmuah 8 bersama-sama dengan assignment mutalaah yang perlu dihantar ahad ini..dan kerana itu, kami banyak menumpukan kepada assignment itu berbanding mendengar..tapi bukan bererti kami tiada di situ..kami ada, cuma kami agak kurang dalam menyertai sepenuhnya ketika slot ceramah..maaf..

minggu ni, minggu bagi kami menghantar segala tugasan yang diberikan dan memulakan gerak kerja tuk projek koku nanti..semoga Allah memudahkan urusan kami..ameen..

kini, aku terfikir betapa nikmatnya nikmat masa lapang itu..benarlah hadis nabi yang berbunyi rebut lima perkara sebelum 5 perkara..dan antaranya..masa lapang dan masa sempit..namun kita manusia yang seringkali lupa untuk bersyukur atas nikmat masa lapang itu..seringkali melakukan perkara kurang berfaedah..ampuni kami ya Allah..pening sungguh,.

p/s : mutalaah dan antar..tinggal yang len lak..banyak sangan mende kene pk..pening..

BUMI - Bina Ukhwah Mahasiswa Islam..bez gak kem ni..1st time dapat makan mee rebus ngn sardin..nak tak nak telan je..

kecewa dengan segelintir mereka..biarlah kami je tahu..yang penting disini, pemimpin itu di perhati..

aku bersajak di BUMI..setelah sekian lama meninggalkan dunia penyajakan(betul ke eja perkataan ni?? ah, lantakla)..

rindu sangat ngan umah..menghitung hari nk balik..

Jumaat, 15 Januari 2010

berbaloi-baloi...

14-15 januari 2010..a trip that been plan from several student from majmuah 8, akademi pengajian universiti Malaya..a trip with a mission..mission for a big project of our class..bt then, it had been a very exciting mission..with 10 gurl and 5 boy..finally the mission accmoplished..everything is on Allah's fate..Alhamdulillah..

akhirnya, inilah yang dikatakan orang bahawa rezeki itu di tangan Allah..sekiranya ia memang ditakdirkan untuk kita maka ia tetap akan menjadi milik kita..buat sahabat sekalian, bersyukurlah atas rezeki yang dikurnia..jangan sesekali kufur nikmat..

jutaan terima kasih buat kalian yang bertungkus lumus...

arif mustaqim dan keluarga:
terima kasih kerana memberikan penginapan buat kami..penginapan terbaik yang diterima..maaf segala kekurangan atau kesusahan yang ditimbulkan..halalkan yang terlebih dan terkurang ya..makcik, jubah n t-shirt makcik cntik2..thanx utk diskaun jubah tu..hehe..tuk amalina adik arif, jangan nakal2 ye..nama kita sama..(",)

sahabat-sahabat yang bertungkus lumus:
anuar, zikri, izuan, meor farid, arif, sakinah, aisyah, nadia, fatin, nabilah, azura, diana, mimi, iffah..terima kasih atas sumbangan tenaga kalian..sungguh, amal sangat2 berterima kasih kerana pengorbanan kalian..semoga trip itu memberikan kenangan indah buat kita..terima kasih..

Ya Allah, terima kasih atas setiap rezeki yang Kau kurniakan kepada kami..sesungguhnya, kami sangat-sangat berharap pertolongan dariMu..Kau yang memberi ujian dan Kau jua memberi penyelesaian..sesungguhnya tiap ujian yang diberi adalah untuk mendidik kami agar kami kuat dan tabah menempuh segalanya..berkati rezeki yang Kau beri ini Ya Allah..alhamdulillah untuk segalanya..

beberapa hari lepas, aku menangis dan kini, aku mampu tersenyum..benar, mendung itu tidak lama..inilah pengajaran yang aku dapat selama beberapa hari..sesungguhnya meletakkan pergantungan padaNya itu sangat menguntungkan..setiap yang terjadi ada hikmahNya..andai beberapa hari lepas aku tidak kecewa, pasti keuntungan hari ini bukan milikku..pasti trip ini tiada..pasti kenangan-kenangan ini tidak terlakar..Alhamdulilah alhamdulillah alhamdulillah....

p/s: duit sumbangan sudah cukup..kini proses memulakan gerak kerja pula..Ya Allah, permudahkan urusan-urusan itu..

seronok sangat trip itu..jalan-jalan sambil mengutp sumbangan..

jumaat :15/1/10..ke UDM berjumpa topx, nuar, suhaila n bean..meninjau2 sekitar UDM..topx blnje makn..hehe..nek kete viva nuar g masjid diowg jupe su..bez sgt..terlerai sedikit rindu ke teman-teman lama..gud luck guys..t dtg UM lak au..t ak lak blnje korg..

Isnin, 11 Januari 2010

Terima Kasih Ya Allah

Pernah dengar kan "Di sebalik kepayahan pasti ada kesenangan"..aku sangat bersetuju dengan ungkapan ini kerana setiap yang ditakdirkan Allah bukanlah untuk sesuatu yang sia-sia..kebelakangan ini, hati dan fikiranku penat..penat kerana perlu menguruskan bermacam perkara..namun disebalik semua itu, aku sangat-sangat bersyukur padaNya kerana memberikan mehnah ini..

Ya Allah, terima kasih untuk air mata ini..air mata tanda aku kerdil, aku hambaMu yang hina..yang sangat memerlukan bantuanMu..namun Ya Allah, aku tahu, kau mengurniakan air mata ini sebagai cara untuk aku melepaskan segalanya..sebagai cara untuk mengingatkanku agar sentiasa mengingatiMu bukan hanya saat aku kesusahan tapi juga di saat kesenangan..sebagai pengajaran untukku agar selalu bersedia menghadapi ujianMu dengan sabar..terima kasih atas sedikit kesabaran dan ketabahan yang Kau titipkan buat kami, hambaMu yang sangat berhajatkan pertolonganMu..

Ya Rahman, terima kasih juga untuk sahabat-sahabatku..sahabat-sahabat yang sentiasa bersama di sebalik senang dan susah..sahabat-sahabat yang sangat aku sayangi..sahabat-sahabat yang sentiasa mendokong ku..yang sentiasa membantuku..terima kasih Ya Rahim..limpahkan rahmat dan kasih sayangMu buat mereka..ampuni dosa mereka Ya Ghafur..kasihi mereka Ya Allah..buat sahabat-sahabat maj8..nadia, sakinah, fatin, aisyah, raihan, aini dan semua...terima kasih..(thanx for lending me your shoulders to cry on)..sahabat sebilik yang sentiasa memahami diri ini..syukran ye dayah n hani..uhibbukunna fillah...sayangi dan cintai mereka Ya Allah...

Ya Azim, terima kasih kerana mengurniakan guru-guru yang sentiasa mencurahkan ilmuMu yang tidak bertepi..yang berkorban demi melihat Islam di hati-hati kami..yang mengingatkan kami tanpa jemu dan letih..ampuni dosa mereka Ya Rahman..limpahkan mereka rahmat dan maghfirahMu..

Ya Karim, terima kasih juga untuk keluarga yang aku sayangi..keluarga yang sentiasa dihati..keluarga yang menyokong diri ini..sayangi mereka juga Ya Rahim..ampuni dosa-dosa mereka..limpahkan rahmat untuk mereka..terima kasih mama untuk kata-kata semangat itu..doakan kakak..sesungguhnya anakmu ini terlalu rindu pada keluarga..dan hati ini terlalu ingin berjumpa kalian...ya Allah, tabahkan aku..kejap je lagi amal..perjuangan menuntut ilmu perlukan pengorbanan..ingatlah wahai diri...

Terima Kasih untuk ujian itu Ya Allah..
kerananya aku belajar bermacam perkara yang mendidik jiwa..
kerananya aku kenal siapa dan bagaimana aku ini..
kerananya aku sedar bahawa aku dikurniakan orang-orang istimewa di sekelilingku..
kerananya aku faham, hidup tanpa ujian hidup yang membosankan..
kerananya aku mengingatkan diri bahawa aku banyak berbuat dosa padaMu..
kerananya aku menjadi ingat bahawa Kau sentiasa ada buat hambaMu yang mengingatiMu..

syukran walhamdulillah Ya Allah....

p/s: rabu ni, ke sekolah wataniah untuk pengurusan lagi..malam itu, bergerak bersama-sama ke kuala terengganu..Ya Allah, permudahkan urusan-urusan itu..kerana segalanya sudah ditentukan olehMu..bantulah kami..

Jumaat, 8 Januari 2010

Happy Besday Mama..rindunyer..

My Beloved Family...

aku, mama n ira..


memancar sang suria,
menyinar cahayanya,
begitulah berseri wajah mama ku sayang,

aku sayang mama,
mama ku sayang mama
sayang sayang mama
mamaku sayang

walaupun mama letih mengasuh kami ini,
namun masih tersenyum menyejukkan hati,

9 januari 1965 lahirnya seorang insan yang sangat aku sayangi..insan yang sangat aku hormati, insan yang tidak pernah jemu berkorban untuk diri ini..insan yang tak putus-putus memberikan kasih sayangnya sepanjang aku bernafas hampir 20 tahun ini..Ya Allah, ku bersyukur padaMu kerana mengurniakan mama seperti beliau..

selamat hari jadi mama(Puan Rominah Omar), Ya Allah, ku mohon, sayangi ibu bapaku sebagaimana mereka menyayangi ku semenjak kecil..limpahkan mereka rahmat dan kasih sayangMu..anugerahkan mereka kehidupan bahagia dunia akhirat..aku sayang mereka...

p/s: tetbe rse rindu nk balik..x sabar nk abes..ira ada kat umah..padahal baru seminggu msuk kampus..jeles..huhu

Ya Allah, permudahkan urusan ku....

Khamis, 7 Januari 2010

malu


In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household
(Ahlul Bayt)

Setiap wanita dikurniakan oleh Allah sifat MALU:


kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya,

kerana malu si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya,

kerana malu si wanita gagal diperdaya pujukan nafsunya,


namun kini si wanita sudah hilang MALUNYA


Kerana hilang malu itu, terdedahlah AURATnya lantas hilanglah KEHORMATAN dirinya,

Kerana hilang malu itu, si Wanita gagal menilai apa itu HARAM dan apa itu HALAL!!

Si Wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya NAFSU!!


Golongan LELAKI juga tidak dilupakan ALLAH SWT dengan mengurniakan sifat MALU kepada mereka


Kerana MALU.si Lelaki menasihati dirinya dan Si wanita agar bersama menjaga maruah diri dan aurat mereka,

Kerana MALU si Lelaki mengingatkan tentang BATAS-BATAS PERGAULAN,HALAL dan HARAM,

Kerana MALU juga si LElaki mengaja dan MENDIDIK nafsu..

JANGANLAh mengajak si Wanita untuk berbuat DOSA .

SELALULAh mengingatkan mereka dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !!! "


KINI,si Lelaki itu sudah HILANG malunya !!!


Kerana hilang malu itu si lelaki mengajak si wanita berbuat MUNGKAR!!!

Kerana hilang malu itu si lelaki LUPA hukum ALLAH!!

Kerana hilang malu itu si lelaki hendak HILANG taraf KHALIFAH!!

Sabda NABI SAW...
"Sesungguhnya MALU itu ialah Sebahagian dari IMAN"


Wahai makhluk yang bernama WANITA dan LELAKI...


JANGANLAH menzalimi diri sendiri dengan meletakkan malu itu BUKAN PADA TEMPATNYA!!!


MALUlah kita PAda ALLAH kerana INGKAR suruhanNya,

Malulah kita pada Rasulullah kerana Meninggalkan SUNNAHnya

Malulah kerana kita selalu lupa dan malas baca AlQuran

Malulah kita kerana Tidak menhormati GURU serta melawan kata IBUBAPAdan

MAlulah kita kerana DOSA-DOSA kita..

"MAKA PERCAYALAH MALU ITU MENYELAMATKAN KITA DARI KEMURKAAN ALLAH SWT"

Rabu, 6 Januari 2010

dari hati ini..

Beberapa hari ni, macam2 mende terjadi seiring dengan mood dan perasaan ku...akibat memikirkan banyak perkara, aku mudah sensitif..aku mudah marah...maafkan ku sahabat sekalian..aku gagal dalam menghadapi ujian Allah untuk mendidik jiwa yang sabar..aku lebih turutkan nafsu marahku....maafkan ku...

wahai diri..
jangan mudah merasa kecewa..
tanamkan dalam diri, redha dalam ketentuan illahi...
percayalah, Allah sentiasa ada untukmu...

tenanglah wahai hati..
sesungguhnya ujian dan dugaan itu tanda kasih sayangNya..
tanda kebijaksanaanNya dalam mendidikmu..
mengajarmu erti sebenar sabar dan redha atas ketetapanNya..

ingat wahai jiwa..
manusia yang kuat adalah manusia yang mampu berhadapan cabaran dengan berani..
yang mampu tersenyum bila dirinya disakiti..
yang tidak mengeluh walau hatinya pedih..
yang mampu memujuk dirinya yang kecewa..
yang rela diri diseksa lantaran ingin jiwanya sekental pejuang-pejuang islam..
yang meletakkan sepenuh pengharapan padaNya...

sedangkan diri ini, hati ini, jiwa ini....
seringkali tewas dalam tarbiahnya..
mudah sekali kecundang menghadapi ujiannya...
mengalir air mata kecewa..
memberontak dan membentak dalam duka..

bagaimana mungkin...
aku mampu menjadi Rabiatul Adawiah yang menghambakan diri hanya buat sang pencipta..
menjadi Saidatina Khadijah yang rela berkorban di belakang dakwah Rasulullah s.a.w..
menjadi setabah Hajar dan Sarah..
jika ujian sekecil ini, jiwaku lemah..
hatiku kecewa..
diriku terluka..

wahai Nur Amalina Misron...
didiklah dirimu untuk bersabar..
Redha kan hati dan jiwamu untuk pendidikan yang mematangkan diri..
kawallah amarahmu dengan zikrullah padaNya..
ingat wahai diri..hanya dengan mengingati Allah hatikan tenang...

Ya Allah, Ampuni dosaku..sesungguhnya hambaMu ini seringkali khilaf..aku sering menurut nafsu..aku sering gagal dalam mendidik jiwaku..aku mohon Ya Azim...hanya padaMu aku berharap dan bersandar..aku inginkan cintaMu ya Rahman..aku ingin kan kasih dan sayangMu memenuhi seganap hatiku..namun aku tahu, aku hanya hambaMu yang hina..yang sering berbuat dosa..ampuni aku ya Rahim...juga sekalian umat islam....

maafkanku sahabat sekalian, andai ada yang terasa dengan perbuatan dan percakapanku..maafkanku..

Isnin, 4 Januari 2010

maafkan saya...

Insyirah termenung panjang..Ya Allah, betul ke tindakan aku ni? berikanku petunjukMu ya Rahman..hatinya nekad..sudah lama dia memikirkannya..hatinya tidak putus-putus berdoa..lantas butang send ditekan..semoga awak tabah dan menerima keputusan ini..maafkan saya awak.....

Assalamualaikum..
awak, maaf andai emel ini mengganggu ketenangan awak..izinkan saya mencuri masa awak untuk seminit dua..maaf sekali lagi..

awak,
dah lama saya fikirkan ini..dah lama juga saya tekadkan hati untuk buat keputusan ini..sebelum itu, saya mohon awak dapat tenang untuk meneruskan apa yang akan awak baca..awak, hubungan yang dibina ini hampir 2 tahun, dan dalam masa 2 tahun ini, macam-macam yang saya dapat..

maafkan saya.
keputusan saya dahulu untuk membataskan kekerapan kita berhubung mungkin telah menyeksa awak, tapi ketahuilah ia amat bermakna buat saya..dan selama itu..saya dan awak ibarat tidak pernah berhubung..tapi awak kembali menghubungi saya setelah sekian lama tidak berhubung..saya terharu awak masih mengingati saya..dan paling saya terharu, awak kembali menghubungi saya semasa hari jadi saya..terima kasih awak..

tapi awak,
saya terkejut bila awak kata awak masih tunggu saya..masa tu, saya tak tau nak cakap macam mana supaya awak lupakan saya sebab saya dah ada kekasih baru..maafkan saya..

kusyairi mustakim,
kehadiran awak telah menyedarkan saya erti berkasih sayang, erti cinta sesama manusia yang dikurniakan Allah untuk hambaNya..terima kasih awak, tapi awak..saya sedar satu lagi hakikat cinta yang tak mampu di lawan oleh mana-mana kisah cinta di dunia ini..cinta yang benar-benar sejati..cinta yang tak mungkin akan mati walau badan hancur di mamah tanah..

awak yang diingati..
saya sayang kekasih baru saya..bila saya sedih, saya ingat Dia..saya akan baca surat-surat Dia..masa tu, hati saya akan tenang sangat..masa saya dengan awak pun awak pujuk saya tapi kekasih saya ini lagi pandai memujuk..awak taw, bila malam, saya suka bersendiri melutut menghadapNya..saya akan merintih dan mengadu tentang apa saja, dan Dia pasti akan mendengar..Dia ni pandai tau awak, macam-macam Dia bagi pada yang meminta tanda kemurahanNya..dan yang penting, Dia lebih memahami saya sebab Dia taw segalanya pasal saya..sebab tu saya tak kesah apa orang nak kata..yang penting, saya ada Dia..saya cintakan Dia awak, saya harap awak pun sama..Allah yang Maha esa...

Muhd Kusyairi Mustakim b Arifin..
saya mohon maaf berjuta maaf..andai memang benar jodoh kita sudah diatkdirkan, Insyaallah kita akan ditemukan tapi biarlah di jalan yang benar-benar di landasan syarak..dan seandainya tidak, redhakan hati, pasrahkan diri untuk menerima kerana sesungguhnya segala-galanya sudah ditentukan oleh Dia yang maha Bijaksana..saya sentiasa doakan awak akan bertemu seseorang yang lebih baik dari saya dan seseorang yang mampu bersama-sama awak menempuh jalanNya..terima kasih untuk segala-galanya awak..

maafkan saya.....
Nur Insyirah Kamal

kenapa baru sekarang?? argh, aku betul-betul sayangkan dia..kenapa dia buat macam ni....kusyairi membentak di dalam hati..sungguh, hatinya sakit..sangat sakit..seolah-olah ditusuk parang tajam..terus ditutup emel itu..mencapai telefon bimbitnya, mencari nombor sahabat baiknya, nama haziq terus didail..hatinya ingin mencari sesuatu untuk mengubat luka..sesuatu yang akan menghilangkan rasa sakit dihati..sesudah haziq, didail pula nombor akmal untuk menyertai mereka..tempat biasa mereka melepaskan tekanan dituju..pemilik studio jamming itu seolah-olah sudah mengenali mereka..di situlah tempat mereka melepaskan tekanan selepas penat memerah otak untuk belajar dan segala macam perkara lagi..

bersambung...

p/s :
ini cubaan pertama. thanx dayah untuk nama tu..hehe..terima kasih Ya Rahman untuk kesempatan dan idea ini..kerana hakikatnya..........


Ahad, 3 Januari 2010

aku dah besar...

Alhamdulillah, kesyukuran dilimpahkan padaNya yang memberi nikmat pada tiap hambaNya..herm tahun demi tahun semakin meninggalkan manusia seiring masa yang tak pernah menunggu manusia..beberapa hari lepas, aku dapat satu mesej dari sahabat baik ku dari sekolah dulu...
Buat kawan-kawan yang lahir pada tahun 1990,
esok adalah hari terakhir tahun 2009,
ni bermakna, budak-budak yang lahir tahun '90,
esok adalah hari last untuk hidup sebagai budak usia belasan tahun..
lepas ni..kita semua akan say hai kat umo puluhan pulak..
so, selagi ada masa, manfaatkan sepenuhnya usia remaja kita..

mesej ini ditujukan buat yang lahir pada tahun 1990 kerana masuknya tahun 2010 maka bermulalah manusia-manusia ini melangkah ke fasa menjadi dewasa..tiada lagi remaja dan kanak-kanak..segalanya menjadi kenangan buat kami generasi 1990..ya, sangat bernilai setiap saat yang berlalu itu..oleh itu, belajarlah melalui pengalaman, kerana sebaik-sebaik guru adalah pengalaman lalu..

dan aku terfikir, sepanjang umurku dari sa ke belas lalu bakal menjadi puluh ini, apa yang telah aku lakukan untuk diriku, keluarga, sahabat, islam tercinta dan negara ini..entah, serasa tiada apa..lantas aku perlu membaiki diri kerana aku sedar sebaik-baik manusia, adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain..Ya Allah ampuni hambaMu ini..

sahabat sekalian, benar kata mesej itu, manfaatkan sepenuhnya usia remaja kita kerana zaman itu hanya datang sekali..jangan sekali kotori zaman itu dengan perkara yang bakal membuat hidupmu yang mendatang menjadi sia-sia dan tidak berguna apa-apa juga untuk disesali..jadilah remaja muslim terbaik di antara yang terbaik..jangan lekas terperangkap dengan bisikan dunia yang menipu ini..semoga kita dikurniakan hidayah dan petunjuk dariNya..Ya Allah, selamatkan kami dari tipu daya dunia..

selamat tinggal usia belasan..selamat datang usia puluhan...

p/s: macam tak percaya aku dah nak masuk umur 20tahun..rasa macam baru semalam main masak-masak n pondok-pondok..cepatnya masa berlalu...

banyak tugasan...esok kena tasmi' hadis, moga dipermudahkan..