Selasa, 24 November 2009

Wahai diri

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..

Diriku…
Seringkah kau mencari jalan
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu..?
Ketahuilah diriku,Hatimu itu keras, khusyukmu kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu..

Diriku..
Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalanUntuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku…
Pada nawafil dan amalan sunat
Ada jalan yang hampir utkmu berkasih sayang dengan
Tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya
Di situ ada bekalnya..
Lazimilah awal harimu dengan al-Ma'thurat
Pasti kau akan mengenali dirimu sebagai daie

Diriku..
Pada tawadhuk, pada ukhwafillah, pada infaq fisabilillah
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat
Ada ketenangan dan kekuatan

Diriku..
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatanTuhanmu
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan iradatNya
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN...

Ya Allah, ampunkan aku Ya rahim..sesungguhnya aku hambaMu yang banyak berbuat dosa..pimpini aku menuju redhoMu..sesungguhnya hanya padaMu aku bersandar...ampunkan dosa-dosaku ya Rahman..

Isnin, 23 November 2009

boleh terima ke??

Salam ukhwah buat semua yang membaca..syukran kerana sudi menjenguk blogku yang seadanya ini...maaf berjuta maaf dihulur andai ada entri yang menyebabkan kalian tak berpuas hati atau tak bersetuju denganku kerana segala yang ditulis adalah dari pendapatku sebagai hambaNya yang banyak kekurangan...mungkin ada yang berfikiran segala tulisanku hanya sekadar tulisan tanpa isi..tapi ketahuilah dan ingatlah..segalanya hanyalah pendapatku, luahan hatiku, dan yang didalam fikiranku...

Alhamdulillah, nafas masih lagi menderu untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya..hari ni cuaca agak baik berbanding sebelumnya..semoga banjir yang melanda sesetengah tempat beransur reda..dan aku dapat pulang ke rumahku dengan dipermudahkan olehNya..hmm..hari ni, seseorang telah membuat aku berfikir tentang dakwah..tentang method yang seharusnya digunakan untuk menegakkan kalimah la ila ha illa Allah terus meniti di bibir-bibir manusia di dunia ini..sesuatu telah berlaku menyebabkan aku berfikir lebih dalam tentang ini..sebelum aku menyuarakan pendapatku..ingin aku tekankan..ini pendapatku berdasarkan pengalamanku sepanjang bernafas 19 tahun ini..andai ada terlintas di hati atau fikiran kalian bahawa aku tidak layak untuk berbicara soal dakwah ini..simpan sendiri..aku tak ingin tahu..kerana ini hanya pendapatku berdasarkan pengalamanku dan orang sekelilingku...

Wahai sekalian manusia yang sibuk melaungkan kalimah dakwah..adakah kalian pernah berfikir adakah dakwah yang kalian bawa selama ini diterima mad'u kalian atau dibenci?? andai diterima..tahniah..semoga hidayah Allah terus mengiringi kalian dan mad'u kalian..andai dibenci..pernahkan kalian renung kembali method dakwah yang kalian bawa..

Sahabat, berdakwah itu perlu melihat siapa yang ingin didakwahkan..nak berdakwah pada si kecil berbeza caranya..pada para remaja, lain pula caranya begitu juga pada yang dewasa..kemudian, lihat pula persekitaran mad'u itu..adakah persekitaran mereka berdasarkan biah solehah yang diajar islam atau jauh menyimpang dari landasan islam..kemudian, pembawakan dakwah kalian..adakah sesuai dengan mereka yang ingin didakwahkan..

sepanjang aku belajar hampir 4 semester di nilam puri..aku belajar sesuatu..sesuatu yang tak mungkin aku dapat di tempat lain..suatu budaya yang ada di sini..bila berprogrm mesti ada SYADID(dahsyat dan garang)..dahsyat bila difikir..hingga mengakibatkan komplikasi yang dahsyat juga..sehinggakan ada yang trauma untuk mengikuti program lain yang dianjurkan pihak sini..kelakar juga bila diingat..jejak kaki saja bumi nilam puri ini, minggu haluan siswa(mhs) aku lalui..sebelum datang ke sini, hatiku sangat berat untuk meneruskan pengajian disini kerana cita-cita dan impianku bukan disini..tapi jauh di sana (biarlah jadi kenangan)..sepanjang mhs itu menambahkan lagi rasa beratku kerana pembawakan yang dibawa koordinator program yang sangat aku tak boleh terima..datang-datang dah kena marah..dari hati yang pudar bertambah kelam untuk menerima segala yang diberi..aku faham, itu adalah sebahagian dari tarbiyah..tapi aku msih tak bersetuju dengan mereka yang menguruskan program itu...

maaf pada yang berkenaan..suara ini adalah suara sebahagian dari kami yang melalui mhs itu..lalu dari situ aku belajar bahawa tidak semua mampu menerima pembawakan yang syadid sebegitu..dari hati tak suka bertambah benci jadinya..inilah kesilapan yang akhirnya menyebabkan masalah komunikasi antara daie dan mad'u..yang menyebabkan terhijabnya segala yang ingin disampaikan sang daie walaupun daie itu membawa kebenaran hakiki..ambil pengajaran dari situ..

sahabat, bayangkan keadaan ini...seseorang yang berkobar-kobar untuk makan makanan yang digemari selama ini, sedang dia ingin makan..ada orang yang menyebabkan seleranya mati..lalu adakah makanan yang digemari itu akan dimakan?? pastilah tidak bukan?? bahkan kemungkinan makanan itu dibuang sahaja dan kemungkinan juga hati dia membenci orang yang menyebabkan seleranya mati..begitu juga dalam berdakwah..andai berdakwah tidak kena cara, mungkin, intipati dakwah itu tidak akan diterima bahkan mungkin si daie itu akan dibenci..kerana perasaan benci inilah hijab ini berlaku..

islam itu turun beransur-ansur..turun dengan penuh kesyumulan..jangan sempitkan islam itu..islam itu sesuai untuk setiap zaman..dalam islam, ada tolak ansur..kita seringkali menghukum manusia..bila saja seseorang berbuat salah, atau melakukan sesuatu yang diluar batasan islam..mudah saja kita menghukum dia berdosa..astaghfirullah, kita bukan siapa-siapa untuk menghukum manusia lain..pernahkan kita cuba menyelami dia..selami hatinya dan mengajak dia untuk berjalan bersama di atas landasan islam dengan memimpin tangannya..bukan menarik dengan paksa..fikirkan..

sekali lagi maaf aku pohon..maaf andai ada yang tak mampu menerima pendapat dan buah fikiran ku..semoga tulisan ini mampu membuka mata kita tentang bagaimana seharusnya dakwah itu berlaku..kaji siapa mad'u kalian..jangan senang-senang membuat peraturan tanpa memikirkan keadaan mad'u kalian..ingat..hidayah itu bukan milik manusia..tapi milik Allah..

Ya Allah yang maha Agung..kami pohon ampunan dariMu..sesungguhnya kami banayak berbuat dosa padaMu..Ya Allah, limpahkan kami hidayahMu..jangan Kau palingkan hati kami dari hidayahMu..tetapkan hati kami dengan agamaMu ini..sesungguhnya kami sayang Islam ini dan sangat inginkan agama tercinta ini tertegak di bumiMu..permudahkan urusan kami Ya Allah...ameen

Jumaat, 20 November 2009

indahnya islam

Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.

Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit

Kelebihan solat berjamaah dari sudut pandangan seorang bukan Islam .

Diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam.

Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita.Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita ke keadaan normal.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulahkeseimbangan cas-cas positif/negatif. Semakin lamapergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.

Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat. Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan.

Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat maghrib(berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud. Malam amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini (tidak perlu diterangkan di sini).

Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untukkita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam menghambakan diri kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi. Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk memeluk agama Islam.

Subahanallah... inna ma'al 'usri yusra - sesungguhnya sesudah kesukaran ada kemudahan

selembar bulu mata

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,
"
Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Dia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong- konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Tolong ingatkanku andai aku terlupakan Tuhan dalam kelapangan dan kesibukan, dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkanku jangan jadi biadap, mama abah dilupakan, jangan diluka hati dan perasaan
Tolong ingatkanku supaya ingat pesanan guru bukan sekadar peringatan tapi pendidikan berpanjangan
Tolong ingatkanku jadilah sahabat yang baik sentiasa memberi peringatan, sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkanku diri ini milik Yang Kuasa, kepadaNya jiwa diserahkan segala-galanya Dialah tumpuan
Tolong ingatkanku hidup ini satu kembara kutiplah mutiara dalam perjalanan moga di sana menjadi bekalan
"Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik"

Khamis, 19 November 2009

mama, abah....akak rindu

rindunyeerrr....perasaan ini yang sedang di hatiku...tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki di rumahku..menghabiskan waktu seminggu untuk keluargaku..aku ingin berbakti sepenuhnya untuk keluargaku..aku memang sangat rindu saat ini..hmm, nape ye? padahal tak sampai sebulan aku sampai di kelantan ni..dan minggu depan, rabu malam..insyaallah aku akan bertolak balik(doakan perjalanan ku selamat sampai)...eheh, cam pelik kan..tapi nilah hakikatnya..

actually, tadi aku terbaca blog seseorang yang menceritakan tentang kehilangan orang yang disayangi...lalu aku membayangkan seandainya aku juga kehilangan orang yang sangat-sangat aku sayang..apakah yang akan jadi padaku..ditambah tanggungjawab ku sebagai anak sulung kepada 4 orang adik dibawahku...aku masih tak dapat bayangkan kehidupanku nanti...tapi aku harus akui bahawa, setiap yang hidup pasti akan pergi juga..tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah..astaghfirullah, ampunkan aku kerana terlupa akan hakikat ini...

bagaimana tingkah kita dengan ibu bapa kita?? menyenangkan hati mereka?? atau sering membuat fikiran mereka merunsingkan mereka?? kita sering marah bila saja ada yang tak kena..tapi pernahkah kita terfikir bahawa setiap yang mereka lakukan adalah kerana sayangnya mereka pada kita?? semalam, aku menonoton 360 di tv3...berkisar tentang remaja yang inginkan kebebasan..lalu aku terfikir, kebebasan bagaimana agaknya yang mereka perjuangkan?? melepak tanpa arah tujuan, melakukan sesuatu yang akhirnya menyebabkan mereka binasa dan sebagainya..adakah itu kebebasan yang mereka inginkan?? aku juga remaja seperti mereka..tapi aku masih tidak memahami erti kebebasan yang mereka inginkan...

mungkin kebebasan bagi mereka adalah bila lepas dari pandangan ibu bapa,boleh berbuat apa saja tanpa ada sesiapa yang membebel..ketahuilah remaja sekalian, tiada ibu bapa yang inginkan keburukan pada anak mereka..segala yang dilakukan ibu bapa kita adalah kerana sayangnya mereka pada kita..tapi cara mereka menzahirkan sayang itu berbeza..saat kita kecil, kita dipeluk, didukung, dicium penuh manja..lalu masa terus berjalan meninggalkan kita dan kita menjadi remaja...masa inilah kita lupa bahawa ibu bapalah sebenarnya segalanya buat kita...tapi jiwa muda lebih diturutkan...kita mudah marah bila kehendak dan tuntutan kita tidak dipenuhi...tapi pernahkah kita cuba memahami kenapa kehendak itu tidak dipenuhi??

pernahkah kita bersyukur kerana dikurniakan kedua ibu bapa??..biar siapa pon dia, dia tetap ibu bapa yang telah melahirkan dan mendidik kita...pernahkah kita meluahkan perasaan sayang kita pada mereka?? kadang-kadang kita terlalu ego untuk mengaku itu..malu kononnya..bila sesuatu itu hilang dari pandangan mata barulah dikesali ketiadaannya..bila sayang, katakan sayang......

pengorbanan mereka terlalu besar...tak mampu dibalas hatta diberi segunung emas permata...kasih mereka tak pernah berhenti buat kita...Ya Allah, bertambah rasa rindu di hatiku..mama, abah..akak minta maaf andai pernah mengguris hati kalian..akak sayang sangat-sangat mama n abah...maaf andai diri ini tak mampu menjadi anak dan kakak yang terbaik...akak tahu, akak banyak buat salah...terima kasih kerana mendidik akak hingga kini...hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian..akak sayang mama abah....Ya Allah, Ya Azim, sayangilah ibu bapaku sebagaimana mereka menyayangiku ketika aku kecil hingga kini..sesungguhnya, dihatiku hanya ada mereka ya Allah..berikan mereka hidayahMu..jangan jauhkan mereka dari cinta dan sayangMu...ameen...

mama, abah...akak rindu...

Rabu, 18 November 2009

Bez of Luck

assalamualaikum... herm, entri hari ini sekadar mengucapkan salam imtihan untuk sahabat-sahabat yang sedang mengambil STPM.. juga kepada junior-junior SAM Rawang yang sedang menduduki SPM..semoga kalian terus berusaha untuk keputusan terbaik di antara yang terbaik..sesungguhnya doaku akan sentiasa mengiringi kalian...ma'attaufiq binnajah..insyaallah

Yang dilihat dan diukurnya bukan sejauh mana usahamu...
tapi sejauh mana TAWAKKAL & PERCAYAmu nan jitu...
pergantunganmu padaNya..
tapi tak bermakna tak perlu berusaha..
Usahalah semampumu..
tapi jangan sekali beraqidah bahawa banya usahamu penentu kejayaan..
tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata kepadaNya..
itulah penentu kejayaanmu...
GooD LuCk =)

Selasa, 17 November 2009

vice versa

Dalam dunia ni, Allah jadikan setiap makhluknya berpasangan. Ada lelaki maka ada wanita, ada jantan pasti ada betina, ada kiri ,kanan juga turut serta. Ya, tiap yang hidup itu berpasangan. Namun pernahkah kita berfikir dan merenung hakikat penciptaan itu? Sejauh mana kita mensyukuri nikmatNya yang sangat bernilai ini.

Kerana berpasang-pasangan ini, maka Allah wujudkan perasaan cinta dan sayang di hati makhlukNya antara berlawanan jenis. Maka wujudlah cinta romeo dan Juliet, kisah Qaisy dan Laila dan bermacam kisah cinta lain yang direka manusia untuk memperlihatkan betapa agungnya kuasa cinta itu. Ya, sangat agung sehingga mampu membuat manusia buta untuk menilai mana baik dan buruk sehingga setiap yang dilakukan adalah kerana perjuangan cinta sejati kononnya. Bahkan demi membuktikan cinta sejati ini, segala-galanya sanggup digadaikan hatta maruah dan body sendiri dan akhirnya kedengaranlah suara tangisan bayi di tempat pembuangan sampah, masjid-masjid kerana perbuatan kejam si ibu yang tidak berhati perut. Baru ni, kes tanam bayi hidup-hidup disiarkan di akhbar. Ya Allah, Kau siramkan hidayahMu di hati pelaku ini. Kasihani mereka Ya Allah.

Maka saat ini setiap orang akan menuding jari. Yang lelaki terus menyalahkan wanita. Yang wanita terus menghentam lelaki. jadi akhirnya, siapa yang salah?

Wahai kaumku..para wanita, perempuan, gadis dan muslimah juga diriku…

Dimana malu kalian? kalian tahukan, sesungguhnya Nabi pernah bersabda bahawa antara fitnah terbesar umat akhir zaman ini adalah dajal dan wanita. Kita adalah fitnah terbesar sahabatku. Maka seharusnya kita menjaga diri dari terus menjadi fitnah. Kerana wanita, firaun menerima Nabi Musa, kerana wanita kerajaan bergoyah, segalanya kerana wanita. Tidakkah sahabat sekalian teringat akan kisah wanita di zaman jahiliah dulu? Kita diletak ditempat paling bawah. Sehinggakan apabila seseorang mendapat anak perempuan maka akan hitam mukanya kerana menahan marah lalu ditanam hidup-hidup. Namun islam datang dan mengangkat wanita di tempat teratas sehingga dikatakan syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Tapi akhirnya, kerana malu dengan ajaran agama kalian sanggup menjadi hina kembali. Tidak malukah kalian berjalan memperlihatkan badan kalian yang indah dan telah di amanahkan Allah untuk dilihatkan kepada muhrim kalian sahaja? Kita marah apabila digelar perempuan sundal, perempuan murah. Tapi adakah kita pernah renung kembali setiap perbuatan yang menyebabkan gelaran itu diterima? Renungkanlah sahabat sayang juga wahai diri….

Sahabat,
Perempuan yang baik adalah yang menjaga kehormatan dirinya, keluarga dan orang sekeliling. Wanita yang menjaga kecantikannya dari dilihat orang bukan muhrim. Yang memelihara dirinya dari menjadi fitnah kepada dirinya dan orang-orang di sekeliling. Dan yang mencintai Allah melebihi segalanya. Yang menjadi tulang bagi perjuangan dakwah sang adam. Sesungguhnya permata yang disimpan di dalam kaca yang tak mampu dipegang manusia lain adalah sangat berharga berbanding permata yang disentuh-sentuh berbagai jenis manusia. Wahai kaumku sayang, kembalilah kepada jalan Allah, jalan agama yang benar. Jalan menuju kebahagiaan abadi. Usah risau andai kalian tidak bertemu jodoh di dunia kerna nanti di Akhirat, Allah telah sediakan pasangan untuk kita. Sesungguhnya Allah itu Maha penyayang dan Maha Pengampun. Kembalilah ke jalanNya. Kembalilah..

“ Wahai putriku, demi Allah..jangan engkau percaya kata-kata SEBAHAGIAN lelaki bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Bicara denganmu seperti SAHABAT & apabila bercinta denganmu seperti teman akrab. Sebenarnya mereka BOHONG!!! Jika engkau mendengar sendiri perbualan mereka, pasti engkau takut dan ngeri. Hanya ditanganmu pintu segala kebaikan & bukan ditangan kaum lelaki.” –Ali Thantawi-

Wahai kaum Adam..para lelaki, teruna, dan muslimin.

Kalian dianugerahkan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Tapi mengapa kalian sering meletakkan nafsu di tempat teratas?? mengapa tidak digunakan 9 akal itu untuk melawan 1 nafsu itu?? Ya kuasa nafsu sangat hebat sehingga menjadikan manusia lupa pada hukum Allah. Bahkan membuat manusia buta menilai mana baik dan buruk. Kerana kurniaan 9 akal, Allah telah menetapkan bahawa kalian lah yang menjadi pemimpin. Pemimpin bagi kaum wanita yang dikurniakan 9 nafsu 1 akal. Kalian jugalah yang akan dipersoal dihadapan Rabb nanti tentang tanggungjawab kalian terhadap wanita. Kalian lah yang seharusnya membetulkan tulang bengkok kaum wanita ini. Tapi kenapa kalian gagal? Kenapa kalian lebih mengutamakan nafsu kalian? dimana hilangnya pemuda harapan bangsa yang seharusnya menjadi tunggak kea rah kegemilangan islam?? Sedang di hadapan tv/laptop/computer menonton cerita porno?????? Sibuk mengurat para gadis untuk dijadikan pemuas nafsu kalian????? sedang lena berkhayal tentang perkara yang tak sepatutnya difikirkan???? Sedang sibuk dijalanan menempah maut??? Dimana manfaat ilmu yang telah kalian pelajari??? Sekadar belajar tanpa amal. Sangat rugilah kalian..Bangunlah wahai lelaki… buka mata kalian..lihat kebenaran..

Maaf wahai kaum adam. Mungkin teguran ini agak sinis. Bunyinya seolah-olah aku benci kalian. tapi, siapalah aku ini untuk membenci kalian. kalian juga seperti ku.HambaNya yang lemah lagi tak punya apa-apa. Aku cuma membenci segelintir kalian yang tidak menghargai kelebihan yang dikurnia Allah. Benci segelintir kalian yang lebih mengutamakan nafsu melebihi 9 akal kalian. jangan salah faham, aku tak pernah mengatakan bahawa aku benci semua yang dikategori lelaki. andai aku benci lelaki bererti aku membenci ayahku, adik lelaki kesayanganku jua Rasulullah s.a.w kerana mereka lelaki..Nauzubillah, tak pernah terlintas dihati. Bahkan aku sangat mencintai mereka ini. Ini hanya teguran kerana sayangku pada umat ini..dan ingat ini..sexy is an offense to me!!..pada yang berkenaan..faham-faham lah...............


Ya Allah, tuhan yang Maha Agung, yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kau limpahkanlah hidayahMu pada tiap-tiap nafas muslim didunia ini. Jadikanlah kami hambaMu yag sentiasa taat pada perintahMu. Naungi kami dengan kasih sayangMu Ya Allah. Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami kembali..Ampuni kami Ya Allah…..

Arrijal Impianku..

Aku mengimpikan seorang rijal yang memandangku bukan kerana..
Kecantikan, kekayaan, kelebihan, susuk tubuhku, siapa aku atau apa saja yang berbentuk dunia..
Kerana aku sangat pasti…
Ia akan hilang dan susut ditelan masa…

Tapi kerana..
Agama yang ada padaku..

Kerana pasti nanti,
Cinta itu dilandasan syariah Islam yang ku sanjung..
Juga cinta kerana Allah..

Ya Allah, Kau tautkanlah hatiku dengan seseorang yang mencintaiMu melebih segalanya agar bertambah kecintaanku padaMu..Rindukan aku seseorang yang rindu untuk syahid di jalanMu agar aku tidak lalai di dunia ini..Bantulah aku Ya Allah..Ya Rahman, jauhkan aku dari niat jahat manusia..hijabkan aku dari pandangan jahat mereka…hanya padaMu aku berharap dan bersandar…sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya….

Isnin, 16 November 2009

akhirnya....

agak semggu lebih apium kehilangan wireless...
hari ni dapat balik...
hm..ad kelas kul 3 ni..japg sambung blik...
salam semua...

Selasa, 10 November 2009

Gempak ke??

"amal dah tgk result?" Dayah yang baru muncul di muka pintu menyapaku yang sedang bersiap untuk ke kelas..

"eh, belum..dah keluar ke?" aku bertanya kembali..

"dah..dayah xtgk lagi..takut la, harap-harap xde yang repeat especially math" dayah meluahkan kebimbangannya..

"insyaallah, lulus tu..dayah kan dah usaha..k, amal pergi dulu ye, nak amal tolong tgkkan? hehe"

"eh, tak payahla..nanti dayah tgk sendiri"

aku tersenyum dan bergerak keluar ke bilik nadia untuk sama-sama ke kelas..sebelum ke kelas, kami menuju ke papan kenyataan melihat markah masing-masing..alhamdulillah, aku dan sahabat-sahabatku memperoleh keputusan yang agak cemerlang dengan peningkatan berbanding semester 2 (naik 1 pointer pun peningkatan kan..hehe)..tahniah dariku..semestinya orang pertama yang akan aku beritahu ibu bapaku..ucapan tahniah dari mereka mengingatkan aku untuk lebih berusaha bagi semester akhir ini..Insyaallah mama, abah..akak akan usaha sehabis daya untuk kalian..doakan akak..ye amal!! chaiyok3..jangan malas-malas..hehe

Syukran Ya Allah, terima kasih Ya Rahman Alhamdulillah Ya Rahim..sesungguhnya segala-galanya milikMu..semoga kejayaan ini akan menjadikan kami lebih dekat denganMu, jangan kau jadikan kejayaan ini penyebab aku jauh dariMu..ingatkan kami bahawa sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini..berkati guru-guru kami Ya Rahman, limpahkan rahmat dan kasih sayangMu untuk mereka..sesungguhnya Kau Maha berkuasa atas segala-galanya..ameen

Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan..
Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi..
Ambillah waktu untuk berdoa,
itu sumber ketenangan..
Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan..
Ambillah waktu untuk dicintai dan mencintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan tuhan..
Ambillah waktu untuk bersahabat,
itu jalan menuju bahagia..
Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah muzik menggetarkan jiwa..
Ambillah waktu untuk memberi,
itu adalah membuat hidup terasa lebih bererti..
Ambillah waktu untuk bekerja,
itu adalha nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal,
itu adalah kunci menuju syurga..
Ambillah waktu.......Hargai masa anda =)

Isnin, 9 November 2009

kita adalah pemimpin...



pemimpin?? siapa dia??

sesiapa jua yang bergelar manusia..

setinggi-tinggi pemimpin bermula dari pemimpin negara..

lalu siapa yang terendah??

diri sendiri adalah serendah-rendah pemimpin..

pemimpin kepada anggota badan..

pemimpin kepada nafsu..

pemimpin kepada segala-gala yang dikurniakn Allah..

sedarkah kita?

akan hakikat amanah dan tanggungjawab bagi seorang pemimpin?

satu hakikat yang akan disoal di akhirat kelak..

lalu pernahkah kita merenung kembali...

bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab itu?

terutama menjadi pemimpin kepada diri sendiri..

adakah kita sudah memimpin diri menjadi hamba Allah yang sejati??

adakah kita betul-betul meninggalkan segala yang dilarang Allah??

adakah kita memimpin setiap anggota agar sentiasa beramal untuk Allah??

adakah pimpinan kita ini berjaya melayakkan kita ke syurgaNya??

atau telah mencampakkan kita ke nerakaNya??

renung dan muhasabah wahai diri..

wahai manusia yang diciptakan..

wahai hamba Allah yang tak punya apa-apa..

prihatinlah terhadap amanah Allah ini..

perbaiki pimpinanmu..

jangan diundang murka Allah..

pimpinlah diri melawan nafsu...

pimpinlah diri mendekatkan dirimu padaNya yang satu..

pimpinlah diri untuk menjadi mata-mata rantai perjuangan Rasululullah s.a.w

ingatlah pada sabdanya..


كلّكم راع ، وكلّكم مسؤول عن رعيّته : الإمام راع ومسؤول عن رعيّته ، والرجل راع في اهله ومسؤول عن رعيته ، والمرأة راعية في بيت زوجها ومسؤول عن رعيتها ، والخادم راع في مال سيده ومسؤول عن رعيته ، وكلكم راع ومسؤول عن رعيته

makna: setiap dari kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas rakyatnya. seorang ketua itu gembala, dan bertanggungjawab keatas rakyatnya, seorang lelaki itu gembala kepada keluarganya dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya, seorang wanita itu gembala ke atas rumah suaminya dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya, hamba itu gembala ke atas harta tuannya dan bertanggungjawab ke atas takyatnya..setiap dari kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya....
mengapa Rasulullah mengibaratkan pemimpinitu gembala?? kerana seorang pemimpin atau ketua itu hanya tahu mengarah tanpa berbuat apa-apa, sebaliknya, seorang gembala itu bukan hanya memberi arahan, tapi turut bekerja untuk menjaga rakyatnya...dari hadis ini, Rasulullah s.a.w mengulang ayat setiap dari kamu adalah pemimpin, sebanyak 2 kali..menekankan bahawa setiap yang bergelar manusia itu adalah pemimpin..serendah2 pemimpin adalah memimpin diri sendri...
selamat memimpin....semoga pimpinan kita berhasil melayakkan kita ke syurgaNya....ameen


Ahad, 8 November 2009

sem baru, cabaran baru..

Alhamdulillah, sem baru sudah dimulakan..
kelas aku stat jam 3 petang ni..
hmm, bila tengok jadual baru, my enthusiasm to start my study getting well..
Ya Allah, permudahkan urusanku..
semoga segala onak liku, pahit manis dapat dilalui dengan baik..
salam ukhwah sahabat sekalian..
chaiyok2 tuk last sem ni..
semoga kita berjaya dunia akhirat..
amiin..
Sesungguhnya malaikat jibrail itu diutuskan untuk menyempurnakan hajatnya..
Apabila seseorang kafir itu memohon,
Allah memerintahkan jibrail agar menunaikan hajatnya..
kerana Allah benci mendengar kata-katanya..
dan apabila seseorang hamba muslim yang dikasihi memohon,
Allah memerintahkan jibrail agar menahan, menangguhkan dan jangan disempurnakan dengan cepat hajatnya..
kerana ALLAH AMAT RINDU akan suaranya..
GooD LuCk my dear friEndS..

sabarlah sayang...


Assalamualaikum..salam sejahtera untuk semua yang membaca..Alhamdulillah, aku sudah selamat sampai di nilam puri pagi tadi..dan petang ini, terpanggil untuk menulis sedikit entri untuk peringatan diri sendiri dan anda semua..hmm, aku teringat dengan seorang sahabat yang sedang dilanda masalah keluarga..kasihan dia, sudah lah punya masalah, ditambah pulak sedang menderita sakit..sabar ye sayang..Allah sedang menguji kamu tanda kasih sayangNya..Ya Allah, Kau titipkan kesabaran dan ketabahan di hatinya, jangan Kau biar dia merasa keseorangan dalam menghadapi ujianMu..sesungguhnya aku amat menyayanginya..lindungilah dia dengan kasih sayangMu ya Allah..


Ujian adalah tanda kasih sayangNya untuk kita. sebagai seorang muslim, bila diberi ujian dan muslim itu bersabar maka dianugerahkan balasan yang sangat istimewa kerana kesabarannya..beruntungnya menjadi seorang muslim..maka, ucapkanlah kesyukuran pada Dia yang senantiasa memberikan kasih sayangNya kepada semua hambaNya yang taat akan perintahNya..semoga kita tergolong di kalangan itu...bila saja ditimpa musibah, hati akan merasa sangat sakit dan kecewa, lalu berjujuranlah air mata tanda kesakitan..tatkala iman tidak kuat, seringkali takdir yang disalahkan, mengutuk-ngutuk diri dengan nasib malang. Nauzubillah, mintak dijauhkan,ketahuilah..sesungguhnya setiap yang terjadi itu ada hikmah yang pasti..Allah tidak pernah membiarkan sesuatu itu dengan sia-sia..laluilah hidupmu dengan kesabaran..letakkan pengharapan setinggi-tingginya pada Dia yang maha Berkuasa..sesungguhnya sahabat, dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang..


Bila terasa diri malang, lihatlah manusia yang lebih malang lagi..bila terasa diri lemah, mengadulah pada Dia yang mengetahui segalanya..bila terasa kecewa, selami ayat-ayatNya..kerana disitu terletak segala macam perkara..semoga kita akan terus tabah mengahadapi ujian dan mehnah hidup yang tak pernah berhenti selagi nafas masih menderu...


Renungkan...


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Kata Forest Gump; “Life is like a box of chocolate, you’ll never know what you gonna get... “

Jumaat, 6 November 2009

3 perkara

Cuti aku dah berakhir, maka semester baru pun bermula..bila saja semester baru bermula maka ini bermakna ia adalah semester terakhir aku disini..di apium, di pusat asasi pengajian islam kelantan..sungguh, terasa cepat masa berlalu..and tandenye aku dh tua (but still aku dlm golongan remaja k) mmg la, mne de manusia semakin mengecil..hmm, esok mlm (7 nov 09, sabtu) aku akan meninggalkan kajang dan bergerak menuju kelantan untuk suatu perjuangan menuntut ilmu..doakan perjalanan aku selamat..

Tika ini, aku masih dirumah, menghabiskan sisa-sisa masa kelapangan yang ada kerana selepas ini masa yang ada dirasakan sangat bernilai untuk dibazirkan begitu saja. bila saja kaki ini melangkah ke bumi nilam puri, pelbagai perkara perlu diselesaikan..juga ditunaikan..tanggungjawab sebagai mahasiswa, muslimah dan mujahidah..ya mujahidah dalam melawan nafsu malas n bermacam jenis nafsu demi kejayaan dunia akhirat..Insyaallah..

Rasa rindu untuk bertemu sahabat-sahabat menggamit hati..sahabat sekalian, ini semester terakhir kita bersama..semoga semester in menjadi kenangan yang sangat indah buat kita..ukhwahfillah abdan..APIUM NP kini pasti merasa sedikit kekurangan kerana seorang pendidik yang tak pernah jemu mendidik pelajarnya telah dipanggil illahi..semoga dia tenang bersemadi disana..Alfatihah..

hmm..renungkan kata-kata ini...

3 perkara..

Pandanglah temanmu kerana 3 perkara
1.Kerana Allah,
2.kerana ilmunya
3.hubungannya dengan makhlukNya,

dan Janganlah kamu memandang kerana 3 perkara ini
1.Kerana rupa,
2.kerana kuasa,
3.kerana harta,

dan Elakkan 3perkara semasa bersahabat
1.hasad,
2.dengki
3.tipu helah,

dan Peliharalah 3 perkara semasa bersahabat
1.niat,
2.amal
3.akhlak

sesungguhnya bersahabat itu indah jika kamu tahu caranya sekalipun kau bersahabat dengan musuh..selamat bersahabat=)

Khamis, 5 November 2009

sajak yang sedikit puisi

alhamdulillah, nafas masih lagi bernyawa..kita masih mampu melihat dunia..melihatkan tajuk pasti persoalan berlegar di fikiran..'maaf pakar bahasa..hehe, sje nk bg gempak..huhu..' jom baca..entri kali ni nk kongsi sedikit kata-kata dari seorang guru yang sangat aku hormati sehingga kini..guru yang sangat mengambil berat mengenai pelajar-pelajarnya biarpun alam persekolahan sudah lama berlalu..dialah guru yang selalu bergurau dengan pelajarnya..dialah ustaz amin..

kata-kata ini diberikan semasa berchatting dengan beliau suatu masa dulu..selepas aku mengeluarkan entri 'sebuah persoalan'..masa tu perbincangan berkisar mengenai 'manusia' yang lupa segala yang diajar guru..'manusia' yang kononnya ingin mentarbiah manusia lain dengan cara yang tidak betul...terima kasih ustaz..semoga ustaz terus di bwh lembayung rahmatNya.semoga cinta dan kasihNya sentiasa mengiringi kehidupan ustaz amin..

baca dan renungkan...

Moga yang lena kan sedar dengan hikmahnya
seperti yang dimintakan
tapi kalau tak sedar juga
tu bukan kawan
bukan sahabat
Itu manusia yang sesat dalam sedar
sesat dalam nyata
sesat dalam cahaya
bahkan lebih teruk lagi sesat dan menyesatkan
banyak auta dari hak
berat la kalau nak baca
baca tanpa sedar
baca tanpa hikmah
baca tanpa ilmu
yang ada nafsu
koonon
salah kah aku.
hak aku............
sukati akulah.............
itulah luahan diri
yang meronta dlam kesesatan
yang tenggelam dalam bisikan nafsu amarah
yang lemas dan lemah dalam pelukan
jantan bertopengkan syaitan
dakwah penuh dengan hikmah
tapi kalau da'inya pun sesat dalam mencari hikmah dakwah itu sendiri
itu bukan hikmah
tapi bala
pada diri sendiri
jangan konon atas dasar dan landasan dakwah
diri sesat
dorang nak hikmah kita suapkan
tapi kalau hikmah ini dibuang
itulah hati yang mati
hati yang hilang seri
muka kalau cantik macam siti pun
kalau seri takde
tiada lah NUR dariNya
bila manusia diuji ilmunya
inilah jadi
kalau iman ditolak tepi
tak salah berkawan
tak salah berteman
carilah jalan syarak
bukan jalan syok
itulah manusia
bila maksiat dijadikan hiburan hati
tak kenal mak dan ayah lagi
membanting tulang mencari rejeki
tapi dosa yang diberi
dosa yang di jariahkan
dosa yang di wakafkan
untuk mak dan ayah esok dalam kubur
sedarlah kawan
sedarkan kawan
sedarlah diri
kita hidup tak lama
esok lusa padam jua
lilin tak menyala sepanjang masa
habis lilin padamlah kita
padam pun biarlah dengan megah
membakar diri menerangi orang lain
dengan cahaya iman
dengan nur hidayah
bukan padam kita dengan siraman air bomba
membakar orang lain
memusnahkan kehidupan
memusnahkan jiwa-jiwa suci
yang telus menagih hidayahNya


mungkin agak keras..tapi maksudnya amat mendalam..semoga kita mampu mengambil iktibar..sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik, hari demi hari..Insyaallah..

Selasa, 3 November 2009

perempuan, wanita dan haid..

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam....

kenapa hal ini boleh terjadi??Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'."Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!