Rabu, 30 Disember 2009

mudahnya berkata-kata...

"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (As-saff:2-3)


Ya, satu perkara yang sangat dibenci Allah bahkan sekalian makhluknya buat sesiapa jua yang hanya pandai berkata-kata tapi tidak berbuat apa yang dikata atau dengan perkataan yang lebih mudah, cakap tak serupa bikin..ini satu peringatan buat kalian yang bergelar insan dan aku selaku hambaNya yang hina..


Hari ni, Allah telah membuka ruang fikiranku untuk berfikir berkenaan 'cakap tak serupa bikin' ini...apabila sejak kebelakangan ini, aku dikelilingi oleh orang sebegini..orang-orang yang hanya tahu memberi nasihat, sedang diri jauh dari apa yang dinasihati..orang-orang yang sangat pandai berkata-kata tapi hakikatnya, berbeza dengan apa yang dikata..kasihan ye...mungkin mereka tidak sedar, atau tidak disedarkan atau sengaja tidak mahu sedar..entah, hanya mereka yang tahu...


Cuba buat tengok


pernahkan dikalangan kita terjadi perkara sebegini, sedang kita menasihati seorang lalu dia menempelak dengan berkata "cakap memang senang, cuba buat tengok"...apa perasaan kita tatkala itu? marah? terdiam? mencari-cari alasan yang terbaik untuk menjawab tempelak itu? tepuk dada tanya iman...sungguh, berkata-kata itu sangat mudah, tidak perlu menggunakan banyak tenaga untuk membuka mulut dan berkata-kata, tapi hakikatnya...susah untuk melaksanakan apa yang dikata...kerana itu, berhati-hatilah apabila berkata-kata..


sabda Rasullullah s.a.w : barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah menyakiti jirannya dan barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamu dan barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, berkatalah dengan kata-kata yang baik atau diam..


kata-kata yang sedikit itu kadang-kadang boleh membawa kesan yang sangat besar..terutama apabila kata-kata itu digunakan untuk 'cakap tak serupa bikin'...mampu membawa kepada perpecahan, terbit dendam di hati, dan paling parah...hilang rasa hormat pada individu itu, bahkan mungkin mampu mengundang rasa benci..nauzubillah, minta kita dijauhkan...tapi hakikatnya inilah yang terjadi...


mudah kan, cakap je dengan penuh berkobar-kobar dan menasihati satu dewan untuk menyokong sesuatu dan menasihati sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan..menyeru agar sekalian manusia turut sama dalam menyertai sesuatu dan beri saranan apa yang seharusnya dilakukan..tapi apabila dipinta untuk menolong bagi melancarkan lagi...dengan mudah juga berkata..tak boleh, tak mahu, ada kerja dan seribu satu alasan lagi..haha kelakar rasanya..sangat kelakar..Ya Rahim, limpahkan hidayah dihatinya...

Ya Allah, tuhanku yang maha Agung, yang mengetahui tiap sesuatu..aku mohon agar aku dan sahabat-sahabatku jua muslimin muslimat dijauhkan dari melakukann perbuatan yang dibenci Mu..kami takut kemurkaanMu ya Azim..sesungguhnya kami banyak berbuat dosa..ampuni dosa-dosa kami samaada sedar atau tidak Ya Karim..sesungguhnya hanya padaMu kami bersandar dan meletakkan setinggih harapan..semoga cita-cita kami untuk berada di syurgaMu mampu kami perolehi dengan redhaMu ya Rahman...

p/s: geram dengan beberapa orang..semoga Allah berikanku ketenangan..

banyak sangat masalah..tapi aku yakin pasti ada jalan keluar kerana Allah ada bersamaku...

dlm proses menyiapkan asgmnt n menyelesaikan masalah yang datang...hanya padaNya aku bersandar....

Isnin, 28 Disember 2009

jom potong kuku

Alhamdulillah, segala yang berada disekelilingku masih lagi diberikan padaku..herm, malam ni, macam-macam mende terjadi..aku dinobatkan pendebat terbaik BM, n merangkul naib johan bagi pertandingan debat itu..dan Liqa untuk program asyura anak-anak ikhlas jumaat ni juga terjadi tadi...terima kasih ya Rahman untuk semua kesempatan itu..sesungguhnya kami hanya hambaMu yang brhrap dan besandar padaMu..Syukran Ya Rahim...

sedikit perkongsian..semoga mendapat manfaat

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

p/s : to thaha..seteruk-teruk kita, masih ada jasa yang disumbang..biar apa pun, kita masih digelar bekas pelajar SAM Rawang..mereka yang hanya tahu menghukum itulah sebenarnya teruk...ni pndpt aku...

semoga program asyura akan datang berjalan lancar...Ya Allah, permudahkan urusan kami..

tahniah sem 2 anak-anak ikhlas untuk mahabbah yang lepas..teruskan lagi...jangan lalai dengan tanggungjawab kalian...

Ahad, 27 Disember 2009

bertanya pasal cinta

PRS '06..Fairuzah, intan n ama..
Setelah sekian lama tidak membongkar isi laptop ku..malam ini diberi kesempatan olehNya untuk menelaah isi laptop kesayanganku..sedang asyik membuka 1-1 file yang ada, lalu aku terpandang kepada file 'TEMAN'..ingatanku melayang ke zaman sekolah dahulu..zaman suka-suki buat setiap insan yang bergelar pelajar..TEMAN ini adalah salah satu majalah mini di sekolahku dulu di bawah pembimbing rakan sebaya..dan merupakan kenangan buatku dan sahabat-sahabat PRS 2006 (k.fai, intan n sharif) yang menjadi perintis bagi TEMAN ini..suka duka ditempuh bersama...



inilah salah satu catatan dalam teman...suka aku berkongsi dengan semua..hanya tatapan..


dikurniakan mata untuk melihat,
telinga untuk mendengar,
dan akal untuk berfikir..renungkan...


Bertanya pasal cinta


Adakah tapak tangan kita berpeluh dan hati kita berdebar dan suara kita tersekat di dada?
Itu bukan CINTA, itu SUKA

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan CINTA, itu NAFSU

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan CINTA, itu KEMAHUAN

Adakah kita tetap mengatakan kiti menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan CINTA, itu BELAS KASIHAN

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita melompat?
Itu bukan CINTA, itu TERGILA-GILA

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya?
Itu bukan CINTA, itu PERSAHABATAN

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan?
Itu bukan CINTA, itu DUSTA

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan CINTA, itu KEMURAHAN HATI...




p/s: apa agaknya khabar TEMAN sekarang...semoga masih berterusan dan terus menjadi wasilah pencetus revolusi pemikiran remaja...

herm, banyak sangat kerja menanti...pening..Ya Allah, permudahkan urusan kami...ameen

Khamis, 24 Disember 2009

Tahniah Jiha

Dari kiri: ira, aku n jiha..(gambar raya 09)

Alhamdulillah..setinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Dia yang memberi nikmat..hanya pada Dia aku bersandar dan berharap..hari ni, hari yang cukup bermakna aku kira buat mereka yang bertungkus lumus menelaah sepanjang tahun ini..buat mereka yang berusaha untuk keputusan terbaik..juga buat mereka yang menduduki pepriksaan PMR...di antara kalangan mereka itu, ada insan yang bernama NUR AIN NAJIHAH MISRON..adik kesayanganku..yang turut merasakan hari bermakna ini...

pagi-pagi lagi..aku dah telefon rumah..masa tu, mama n jiha dah bersiap untuk kesekolah..then, aku bagi satu mesej untuk jiha
tabahkan hati, tenangkan fikiran, terima dengan redha..biar apa pun keputusan ko..tahniah..bersandar dan bertawakal hanya padaNya..tahniah...
dan sedang aku dalam perjalanan ke bank membayar hutang..enset maxisku nyaring berbunyi..
"kak..aku dapat 8a..sediakn aku hadiah..hehe" suara kegembiraan dihujung sana...
"Alhamdulillah, tahniah..ok la, japg ak nk g KB Mall..t ak cri r mne yang ok..tahniah.." aku tersenyum, dalam hati terselit bangga untuk adikku..Ya Allah, syukran untuk keputusa itu..dan perbualan terus berlanjutan..
buat adikku sayang Nur Ain Najihah bt Misron..teruskan brusaha, jangan mudah mengalah..akhirnya terbukti kau mampu untuk berjaya..jangan cepat putus asa..jadikan kejayaan hari ini sebagai kunci untuk kejayaan-kejayaan seterusnya..jangan pernah merasa cukup dan berpuas hati dengan yang sedikit ini kerana masih banyak yang menanti..jangan berhenti berusaha..teruslah menjadi anak solehah kebanggan keluarga..tahniah adikku..

Isnin, 21 Disember 2009

dan akhirnya...

Alhamdulillah, nikmat hidup bersama-sama iman dan akidah itu masih ada...ini adalah entri sesudah saja aku selesai membentangkan hujah..lega sangat rasanya..akhirnya dengan debat ini, aku sudah meleraikan rindu untuk bermujadalah dengan baik...biar apa pun keputusannya..aku terima dengan redha kerana rezki itu milik Dia...Terima kasih Ya Rahman untuk kesempatan ini..


Seribu kemaafan dan sejuta terima kasih dihulu buat kalian yang membantu...syukran...sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalasnya...untuk anda yang bernama....


Fatin: tin la orang pertama yang ajak amal masuk debat dan membuka ruang dan peluang untuk amal melepaskan rindu..terima kasih..sesungguhnya ini adalah kenangan yang sangat tak boleh dilupakan..maaf atas salah silap sepanjang proses pendebatan ini....syukran ya sadiqi...semoga Allah merahmati kamu...


Iffah : yang membantu untuk memulakan perdebatan..biarpun sekali, tapi ia masih kenangan..terima kasih dan mohon maaf


Zikri: terima kasih kerana sudi membantu biarpun minta di saat akhir..dan terima kasih atas setiap yang diberikan..kenagn ini tetap dihati...maaf andai ada yang tak kena di hati sepanjang perdebatan..syukran...


kepada sahabat-sahabat yang pernah bersama di meja perjuangan suatu masa dahulu...haikal, hazim n faisal yang memberi bantuan dari pelbagai sudut...terima kasih..maaf andai menganggu kalian..juga buat sahabat-sahabat yang memberikan pandangan bagi setiap usul yang diutarakan...sungguh, biarpun sedikit, tapi ia sangat berharga..to en fitri, thanx cz tlg cri bhn bg last round ni...i really appreciate it...


kesimpulannya...pipih xkn dtg melayang, bulat xkn dtg bergolek..setiap peluang yang ada perlu dimanfaatkn sebaiknya..dan hargailah ia....sesungguhnya segalanya adalah ketentuan darinya...jadi, selamat menyambut peluang yang ada...


Ya Azim yang maha mengetahui...aku memohon kebaikan dalam setiap perbuatanku..seandainya kemenangan itu adalah terbaik untukku..maka Kau takdirkanlah..jika tidak, aku terima Ya Rahim...kerana aku hanya hambaMU yang bersandar padaMu..terima kasih untuk kesempatan ini...

p/s : site, smarties, kem kepimpinan plus asgmnt berlambak sedang menanti..

Ahad, 20 Disember 2009

di sebalik mendung KLCC

"kak fai kat mana ni? kitorg kat depan masjid dh ni..tpi x nmpk pon pondok" mataku melilau mencari kelibat sahabat-sahabat yang berjanji untuk bertemu bagi ber meeting berkenaan projek alumni kami.

"kak ama naik ckit pastu nmpak pak guard 3 org..kitorg kat cni" kak fai terus memberi arahan. dan aku terus berjalan..terlihat kelibat azim n fitri..kak fai n jannah ada kat pondok..kakiku terus melangkah laju ke rah mereka..

dan lalu meeting itu bermula setelah menunggu kehadiran beberapa manusia lagi..hampir jam 1 meeting itu berakhir dengan mencapai beberapa kata sepakat..sedang dlm perjalanan untuk solat zuhur, mendung yang berarak diganti dengan hujan yang lebat...laju kami berlari menju ke masjid..usai solat kami terkandas sementara disitu..

hujn lebat itu tidak terlalu lama..kami terus bergerak masuk ke bangunan klcc dan berpusing mencari makan..usai makan, terus bergerak pulang..

herm, actually, 2 hari itu, aku pulang bersama-sama fatin..bersama-sama dia, aku berjalan-jalan bersama adik-adikku dan bergerak ke klcc utk meeting...sungguh trip selama 2 hari ini, aku puas..macam-macam perkara aku selesaikan..dan aku akhirnya mampu mencapai beberapa kata sepekat..bermakna kepulangan yang sekejap itu sangat berbaloi..tinggal derak kerja seterusnya pula...Ya Allah, terima kasih untuk kesempatan itu dan permudahkan urusan kami...

p/s: ISA melindungi keselamatan rakyat Malaysia..setuju???

Rabu, 16 Disember 2009

usul ditolak lagi...

TYDP, kami selaku perwakilan pembangkang, sama sekali tidak bersetuju dengan usul kita pada hari ini kerana kami yakin dan percaya bahawa sesungguhnya F1 1Malaysia bukan satu pembaziran...

begitu persidangan itu berlaku..dan alhamdulillah, usul itu ditolak..dan apabila ditolak, maka perwakilan pembangkang menguasai persidangan...aku adalah pembangkang jadi bermakna aku menang(mende yang aku belit ni..ngee)..dan sekali lagi...bez debater itu diberi..alhamdulillah..suasana persidangan tadi memang cukup hangat dengan kehebatan kedua-dua pihak...teringat zamn dulu lg..(aisy,asek msuk memory lane je...huhu)

herm, tapi di sebalik semua ini, aku belajar sesuatu..sesuatu yang aku lupakn..sesutu yang menyebabkan aku lalai dan leka..ceritanya begini..malam sebelum debat itu, hatiku sudah sangat frust kerana tak ketemu hujah untuk debat ini..maka aku sangat stress sehingga ada rasa untuk menangis..namun pagi itu, sesuatu telah membuatkan aku berfikir berkenaan matlamat sebenar aku masuk debat ini..dan akhirnya aku tersedar, matlamat sebenar adalah keranaNya..dan mula saat itu, semangatku yang luntur terus melonjak naik dan lebih berkobar-kobar untuk memulakan debat yang benar-benar keranaNya..dan sungguh kali ini aku benar-benar merasakan satu nikmat yang sangat sukar diperoleh...nikmat meletakkan pergantungan dan harapan hanya padaNya...dan aku mula sedar, menang kalah, perkara ke-2..dan akhirnya rezeki itu masih milikku...terima kasih Ya Rahim..semoga hidayah ini terus kekal denganku...ameen...

ingat ye sahabat sayang...tak rugi meletakkan sepenuh pergantungan dan kepercayaan padaNya..kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya..di dalam hidup ini tidak pernah wujud kebetulan kerana setiap perilaku dan perbuatan kita telah ditakdirkan olehNya.teruskan berusaha dan berdoa padaNya...sungguh,..sangat tidak rugi bahkan sangat menguntungkan..

selamat beramal..

Isnin, 14 Disember 2009

keluar masuk dewan itu..

"haikal kene tolong akak..akak kne usul filem asing perlu dihadkan.akak pembgkang..hehe..ad idea x?"

"akak, ni usul kitorg ari tu..tapi kitorang kerajaan..usul dy filem asing perlu dimasukkan..lbh kurg cm akak la..huhu.." aku trsenyum...tanpa membuang masa, aku terus mendail no haikal menggunakan no digi campus yang baru diambil semasa perlawanan futsal tempoh hari..dan lalu perbualan diantara kami dilanjutkan dengan membincangkan usul ini..disertai dengan isu-isu di luar usul..hehe..

dan akhirnya..saat persidangan diteruskan, aku selaku ketua pembangkang terus menjalankan tugas dengan menolak usul ini..dibantu dengan fatin sebagai pembangkag 1 dan zikri( thanx zikri cz sudi tolong walaupon last2 minit mnx..papepon..awak hebat..)selaku jentera pemusnah..keputusannya? usul ditolak..alhamdulillah, sidangdewan menolak usul ini..dan aku? ditakdirkan sebagai pembahas terbaik..rezki Allah..teringat saat-saat kegemilangan aku bersama-sama team debat dalam memperjuangkan usul di SAM Rawang yang sentiasa di hati..terima kasih Ya Allah atas kesempatan ini..sesungguhnya Kau yang mentakdirkan segalanya..kun fayakun...terima kasih Ya Rahman..

esok..aku akan kembali ke dewan itu lagi untuk menolak usul lagi..dan akan berlawan dengan pasukan yang cukup hebat aku kira..semoga perlawanan itu bermula, sedang dan berakhir hanya keranaNya...doakn aku sahabat sekalian...

Jumaat, 11 Disember 2009

dari 2 dewan itu

Alhamdulillah...seminggu telah dilalui di nilam puri ini...dalam seminggu itu bermacam cerita berlaku..sekian lama tidak mengupdate blog ini dengan sesuatu yang baru..akhirnya aku kembali berkongsi seuatu..herm, dari 2 dewan? dewan apa? pasti itu yang berlegar2 di minda kan? minggu ini aku telah melalui 2 dewan..dewan ala-ala parlimen (kat kelas je..ngee) dan dewan gelanggang futsal..


Khamis malam jumaat (10/12/09)...persidangan dimulakan..dengan usul "pilihanraya kecil perlu dimansuhkan" dan aku sebagai kerajaan perlu menyokong usul ini...tugas sebagai menteri 1 aku laksanakn tapi akhirnya usul ini ditolak...herm, tak de rezki..tapi aku puas..setelah sekian lama tidak turun berdebat dan rinduku untuk berhujah serta membidas telah pun dileraikan..hehe(walaupun tak selancar dulu)..persediaan telah kami sediakan...terima kasih buat rakan2 delegasi ku..fatin dan iffah kerana membantuku ntuk meleraikan rindu ini...terima kasih juga kepada hazim, haikal dan faisal yang dulu pernah menjadi rakan seperjuangan melontarkan hujah menegakkan pendirian..membantuku sedikit sebanyak setelah hampir 2tahun tidak berdebat...sungguh, aku rindu untuk duduk bersama kalian bertukar pendapat dan dengan lantang berhujah untuk satu pendirian..juga rindu kepada rakan-rakan debat yang lain..teringat zaman sekolah dulu...terima kasih Ya Rahman atas kesempatan ini....


Jumaat (11/12/09)..,bersukan untuk maj8...slogan yang dismskn mas'ulah kepada ku...hehe..aku, aisya, fatin, aini, iffah,mimi, diana, milah, azura, & nabilah...masuk kegelanggang futsal berbekalkan 0 pengalaman...ngee..tapi alhamdulillah, atas perancangan strategi yang berkesan, kami mara ke pusingan akhir dan mendapat tempat ke2 biarpun ada sedikit kekecohan..hmmm..biarlah, yg lepas dibiarkan lepas..usah diungkit..ini kronologi perlawanan maj kami :

maj8 s4 vs maj 7 s4 (4-0)
maj 8 s4 vs maj 6 s2 (4-0)
suku akhir : maj 8 s4 vs maj 8 s2 (4-0)
semi final : maj 8 s4 vs maj 2 s4 (4-2)
final : maj 8 s4 vs maj 6 s4 (2-1)
maj 8 s4 vs maj 5 s2 (2-3)

kami maj 8 s4...keselurhannya, kami menang 5 perlawanan dan kalah 1 perlawanan(silap semalam..bukan 8..huhu..maaf pada yang berkenaan..silap perhitungan) dan keputusannya, maj5 s2 johan, kami tempat ke-2 dan maj 6 s4 tempat ketiga...alhamdulillah...terima kasih atas doa kalian yang mendoakan kami...terima kasih yaRahman kerana kesempatan ini...segalanya sudah ditentukan olehMu...alhamdulillah....


natijahnya..badanku sakit2..ngee, nampak sangat jarang turun padang...hari ni, muslimin pula ke gelanggang futsal..Alhamdulillah, muslimin majku mendapat tempat ke-3...tahniah


Yakin pd Allah bknlah mengharap terkabulnya sgala harapan,yakin pd Allah bknlah mngharap keindahn nikmat,yakin pada Allah adlh meletakkn keredhaan pd ketentuannya, rs bhagia dgn ujian wlaupun perit......indahnya tarbiyah Allah,tersirat rahmat dan hikmah....di uji kita tnda sayangnya......


p/s : setinggi tahniah kepada jtk sukan dan ajk pelaksana perlawanan futsal piala timbalan pengarah ini..semoga acara sebegini mampu diteruskan lagi...majulah sukan untuk apium

Selasa, 1 Disember 2009

kunjungan itu..


Alhamdulillah..kesempatan ini kembali lagi..setelah sekian lama blog ini bersawang akhirnya aku kembali update..now. i'm in semester break..sampai rumah khamis pagi..dan dengan izinNya, aku bersama family tercinta pulang ke kampung halaman untuk berhari raya..biarpun raya aidil adha ini tidak semeriah aidilfitri, kemeriahan dan keriangan itu masih ada..herm, balik kajang jumaat juga dengan jiha ditinggalkan..hehe(kene jadi bibik utk acik as bibik acik dh balik indon) selamat bekerja ye jiha..ahaks..pastu arif lak ikut kami balik kajang (hee, dh mcm tukar adik lak..ngee)


Ahad pula berkunjung ke kenduri kahwin abang maryam..datang sekejap je pastu terus balik coz alot of thing kena setelkan..sorie ye yam.btw thanx 4 da invite..hari isnin, aku, k.fai n fatin kembali kesekolah..(bukan kembali untuk bersekolah) sekadar lawatan untuk ketemu ustaz amin yang sekian lama tidak bersua..berbincang dengan beliau soal program SITE'10 yang menjadi projek terbesar alumni kami..semoga Allah memudahkan urusan kami..balik saja ke rumah, keluarga cikmah(my mama angkat) dh de kat umah..lama dah x jumpa afiq(my adik angkat) main dengan budak kecik tu kejap..pastu diowg balik..herm, t dtg lg ye..


semoga kunjungan-kunjungan ini adalah keranaNya..sesungguhnya pertemuan dan perpisahan itu lumrah kehidupan..bertemu berpisah hanya kerana Allah...


Sabda Rasullullah, " Mahukah kamu ku beritahukan perkara yg dgnnya ALLAH muliakan binaan & meningkatkan darjat ketinggian? Kamu berlemah-lembut trhadap org yg tak mengetahuimu, memaafkan org yg menzalimimu, memberi kpd org yg tak pernah memberi kpdmu & menghubungkan silaturrahim dgn org yg memutuskannya.." [Riwayat Tabarani & al-Bazzar]