Selasa, 26 April 2011

suatu perjalanan

Assalammualaikum..

sekarang sedang mood exam..saya sudah selesai menjawab 2 paper..tinggal lagi 4..perjuangan untuk sem ni masih belum selesai..oh, cepatlah habis..T___T..

entri ni saya nak bercerita..tentang sebuah perjalanan..cerita ini sudah lama..tapi ingatan itu masih ada bersama saya dan mereka..sengaja saya mahu bercerita disini..agar suatu masa nanti, bila saya menyingkap ia kembali..senyuman itu akan mekar lagi..alhamdulillah atas kesempatan ini ya Illahi..^___^

ok..cerita bermula..hehe

“amal, kalau siti ajak pergi johor join commit nak x?” cik siti bertanya..

saya senyum dan berfikir..kata orang, pengalaman adalah guru terbaik..maka saya yang kini dalam proses menimba pengalaman sebanyak mungkin menerima dengan hati terbuka..dan ia akan menjadi bekalan saya untuk cita-cita saya insyaallah..

15 april 2011..dan perjalanan itu bermula..agak jauh perjalanan kami menuju sebuah destinasi yang menuntut kami berkorban demi redhaNya..pertama kali dalam hidup saya berprogram di tempat yang jauh yang memerlukan kami kesana dengan hanya berkonvoi kereta.Alhamdullillah perjalanan itu dipermudahkan..

dan pengalaman pertama saya juga berprogram dengan hanya 5 orang dari kami muslimah..9 lagi muslimin..dan Alhamdulillah lagi..ia menjadi mudah atas pertolongan Dia..

juga pengalaman pertama saya berprogram dengan adik-adik tingkatan 5 dan 6 atas SMKA Bandar Penawar..lagi Alhamdulillah atas kesempatan yang diberi..

saya berkongsi sekadar pengalaman hidup saya yang ada di setakat umur yang dikurnia ini..diberi kesempatan bersama adik-adik f6 adalah kesempatan bermakna..saya mendoakan supaya ukhwah antara kami kekal dan berterusan..juga mendoakan yang terbaik untuk mereka..bagi saya mereka berbeza dengan mereka yang lain..(tetibe rindu mereka)

DSC01983

3 serangkai ^__^

 DSC02004

fasi gegurl yang happening..hehe

DSC02063

khusyuk mendengar

 DSC02138

ok, gamba kabur..kalo terer sila cari saya..eheh

 f6 commit

adik-adik form 6..rindu mereka..sumber gamba dari cik bella

 me di commit

sila fokus pada yang bereben tu ye..hadiah spesel dari mereka..^__^

17 April 2011..kami pulang dengan perasaan puas kerana mampu berkongsi sekadarnya..sempat singgah ke rumah cik siti dan pulang dengan selamat..alhamdulillah..

ok..cerita habis..hehe..

p/s : best of luck tuk kawan-kawan saya..moga najah semuanya ya..

sambung stdy untuk next paper..gambate!!..

ulang alik dari rumah ke um..bahagianya..hehe..

nak keje cuti sem ni..ada sape2 nak offer saya kerja x? eheh..

Sabtu, 23 April 2011

Nikmat kurniaan Dia..

Assalammualaikum..

Subhanallah..itu ungkapan yang lahir saat melihat hijaunya alam ciptaan Allah yang Esa..Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan menikmati kehijauan yang tenang itu..semalam saya syibrah, siti dan azmatun mencari kelainan dalam mengulangkaji pelajaran kami..belajar dan menghayati (xlupe, main pon masuk skali..hehe)..sangat berbeza suasana belajar disana dan ditempat biasa kami belajar..ternyata persekitaran sangat memainkan peranan..maka, wahai semua. mau study, cari tempat yang tenang dan menenangkan..hehe..

sebelum memulakan sesi ^____^

DSC02148

antara ciri-ciri orang cemerlang =P

  

model buku teks..haha 

DSC02220

kegirangan selepas study =)

DSC02159

Antara aktiviti kami semalam adalah study, melihat kedamaian, sempat membuat dokumentari (tetibe jadi artis bidan terjun..ada sesape nk offer kami berlakon?? eheh..perasan jap :p)..dan semasa kami makan di kawasan berdekatan, kami terjumpa ini..di saat ‘pejuang-pejuang islam’ sedang mengadap Illahi, mereka ni pula hilang arah..moga mereka dikurniakan hidayah dari Dia yang Penyayang..please, don’t try this anywhere..=(

DSC02186

Astaghfirullah..moga hidayah Allah bersama mereka..

p/s: nk update pasal commit’11 tp tggu gamba..wahai inchik shukor..bila mau kasi gamba??

Alhamdulillah atas setiap kesempatan dan peluang..

terfikir..kembara mencari mad’u..kerana sesungguhnya, sangat ramai yang memerlukan bantuan..ya Allah teguhkan hati ini di jalanMu..

Exam minggu depan..best of luck kawan =)

Khamis, 14 April 2011

buat yang teristimewa

Assalammualaikum..

sekarang sudah tengah malam..dan saya masih belum ngantuk seusai menyiapkan assgment terakhir yang sudah pun dihantar..mengonlinekan diri dan meninjau-ninjau apa yang best.

dan saya terjumpa ini..lagu yang menyentuh jiwa..saya khaskan lagu ni buat mama tersayang saya..

“kaulah ibuku, cinta kasihku..

terima kasihku, takkan pernah terhenti..

kau bagaikan matahari yang selalu bersinar..

sinari hidupku dengan ketaatanku..”

lagu ini mengingatkan saya kepada pengorbanan yang diberikan kedua ibu bapa saya terutama mama saya..saya bangga punya mama seperti beliau..banyak membantu, mendidik dan menyayangi saya dalam proses saya belajar untuk menjadi manusia yang terbaik disisiNya..

mama saya seorang yang sangat memahami..beliau akan sentiasa menyokong apa saja yang dilakukan oleh anak-anak nya yang beliau yakin akan memberi kebaikan untuk anak-anaknya..saya seorang yang sibuk berurusan di luar terutamanya urusan program..apa saja urusan yang saya lakukan, pastinya mama saya akan membantu setakat mana yang terdaya..beliau tidak pernah menghalang saya untuk turun berprogram bila saja saya diperlukan untuk berprogram..malah turut membantu sedikit sebanyak..

dulu masa saya kecil, saya hanya menyanjung 2 insan dalam hidup saya..mama dan abah saya..bahkan matlamat hidup saya juga pasti ada kaitan dengan mama abah saya..dan kini juga matlamat itu masih ada..matlamat apa? biar hanya saya yang tahu..hehe..

menyelusuri setiap saat saya menjadi anak kepada mama dan abah saya, bermacam pengorbanan diberikan kepada saya..dan kerana pengorbanan mereka inilah, saya menjadi seperti ini..alhamdulillah..sesungguhnya saya sangat menyayangi mereka..dan saya akan terus berbakti kepada mereka selagi mana hayat dipinjamkan oleh Illahi..

“ya Allah, sayangi kedua ibu bapaku..berikan mereka kasih sayang dan cintaMu..limpahkan maghfirahMu kepada mereka, keluargaku dan sekalian umat Islam sekaliannya..sesungguhnya hanya padaMu tempat memohon dan mengharap keampunan”

terima kasih mama abah..akak sayang mama abah

love Pn Rominah & En Misron ^___^

p/s :esok saya akan bergerak ke johor..kawan-kawan mohon doanya ya..

commit 11 menanti..exam juga menghitung hari..semoga Allah memudahkan segala urusan..

Khamis, 7 April 2011

selesai ber'khedmat’ dan akan terus berkhidmat..

Assalammualaikum..

sekian lama tidak mengupdate belog akibat kesibukan yang melanda..alhamdulillah, nikmat Allah masih lagi mampu dikecapi untuk digunakan sebaiknya..moga kita dijauhkan dari menjadi hambaNya yang kufur nikmat yang dikurnia..Nauzubillah..

Jumaat – Ahad lepas, saya berkesempatan dan diberi peluang untuk ber’khedmat’ di Sg Udang, klang..program khidmat masyarakat anjuran jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan UM dengan kerjasama SUK Negeri Selangor dan JKKK kg sg Udang..satu program yang melatih saya dan sahabat-sahabat untuk ke luar dalam mendepani cabaran masyarakat yang pelbagai..suatu pengalaman bermakna bagi kami..

Kudrat kami seramai hanya 15 orang untuk menguruskan satu program sebesar ini sungguh menguji kami..alhamdulillah, Allah memudahkan urusan-urusan kami..Syukran Ya Rahman..bagi saya, program ini merupakan titik tolak bagi kami untuk bergerak lebih jauh selepas ini..dalam tugas kami sebagai Daie yang akan pastinya berdepan dengan masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang cintakan Allah, Rasulullah dan Islam ini Insyaallah..

 DSC_2763 copy

ok, antara ramai-ramai ni..sila cari akak kecik ;p

DSC_2890 copy

eh, bendahari sesat disitu.eheh

DSC_2988 copy

Bersama peserta dan keluarga angkat bergambar bersama ^___^

 DSC_2992 copy

kalau terer, sila cari anggota nazifatul’amal..hehe

 DSC_3023

Barisan Urusetia yang ceria..^__^

DSC_1725 copy

amacam. ada gaya tak? eheh

Saya mendoakan agar ukhuwah yang telah dibentuk atas dasar program ini akan terus berkekalan atas dasar Islam..Insyaallah Khedmat ini akan diteruskan kerana ia bukan sekadar Khedmat yang didasari atas nama program..tapi ia adalah suatu khidmat yang akan diberi dan dihulur selagi mana nyawa ini dipinjamkan untuk dibaktikan buat manusia sekaliannya..insyaallah

“Ya Allah tuhan Yang Maha Pengasih, moga program yang kami laksanakan ini mendapat redhaMu ya Rahman..izinkan kami untuk terus berjuang dan berbakti di atas jalanMu..permudahkan urusan-urusan kami..teguhkan kami di jalan ini..kuatkan hati dan langkah kami dalam menuju redhaMu..sesungguhnya hanya padaMu tempat mengadu dan meminta..”

ameen ya Rabbal a’lamin..

p/s : sejarah program ini, tercipta kumpulan baru yang konon-konon akan naik suatu hari nanti..haha..kumpulan nazifahtul ‘amalina (gabungan nama nazifah + amalina..haha..senget)

program ini tugas saya adlah berjalan memusing kg (ok, jalan cari kerja..bukan suka-suka)..oh dan saya berpeluang memegang dslr..hehe

rindu kesibukan yang ada..alhamdulillah, segalanya berlalu dengan senyuman..moga senyuman ini senyuman bermakna..

exam makin mendekat..selamat berjuang sahabat ^_______^