Jumaat, 3 Jun 2011

pengalaman baru, menggamit memori lalu

ya! itu ungkapan yang sesuai yang saya rasakan sewaktu menjalani kem nadwah keheningan diri..entri kali ini saya mahu bercerita tentang pengalaman itu..

eh, lupa pula bagi salam..

Assalammualaikum..

eheh, baru seronok nak mula cerita ^__^..

27-28 mei 2011 yang lepas, saya dipanggil oleh encik arif dan diamanatkan untuk menjadi fasilitator bagi kem Nadwah Keheningan Diri di SMK Syed Mashor, Batang kali..

bagi saya, kem ini berbeza dengan kem lain biarpun modul yang digunakan hampir sama dengan kem yang pernah saya jalanka sebelum ini..hemm, ap yang lain ye..

lain dari sudut ujian yang Allah kurniakan untuk kami..sungguh, ia benar-benar menguji hati dan kecekalan dalam menyelesaikan amanah Dia..biar apa pun, ia adalah manis kerana ujian itu tanda Dia sayang dan ingat akan hambaNya..dan ujian ini benar-benar akan menjadi suatu pengajaran bermakna untuk saya..

“Apabila kita sendiri di uji dgn apa yang kita dakwahkan,itu petanda Allah sdg mendidik kita agar mlaksanakn ape yg kita perkatakan. B'syukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkn manusia”

pengalaman itu menggamit memori saya di zaman sekolah dulu..apa pun alhamdulillah, Allah kurniakan masalah bersama penyelesaian..ianya dapat diselesaikan dengan baik..

DSC02386

yang penting disini, input yang mahu diberikan kepada adik-adik..ambillah sebanyak mungkin input yang diberikan sebagai pedoman hidup..sesungguhnya, perubahan itu menuntut pengorbanan..semoga pengorbanan adik-adik sekalian menjadi bermakna dengan rahmat Allah.

kem nadwah fasi n urusetia copy

buat urusetia dan fasilitator yang terlibat..tahniah..teruskan usaha ini..jangan pernah berhenti..berjuanglah selagi hayat masih dipinjam Dia..moga diberkati usaha dan ukhwah yang terjalin..maaf dari diri ini andai ada terkurang di hati kalian..panjang umur, ada rezki, kita jumpa lagi..   moga Allah redha ^__^

p/s : next is kem insan rabbani..moga dipermudahkan segalanya..

tahniah untuk kantong atas perkahwinan beliau bersama isteri tercinta, esok akan menjadi reunion di hari persandingan kantong..hehe (eheh, teringat zaman gado2 ngan pakcik ni masa sekolah dulu..dah besar rupanya atuk ni :P)

sudah mencari kerja..moga lekat salah satu..mengisi masa cuti yang panjang..

 

2 ulasan:

  1. hidayah dari Allah. tp kita kena cari. aku tak tahu... mana nak cari.

    BalasPadam
  2. hijau..

    hidayah tu kte cari bukan dengan mata tapi mata hati..

    bagaimana?
    cari dengan ilmuNya..
    dalam doa setiap hari..
    dalam perbuatan sebagai mukmin..

    teruskan..
    usaha hingga jumpa..
    sampai akhirnya rasa bertuhan itu ada..

    jangan..
    memberi alasan 'belum berjumpa hidayah'
    selagi belum usaha..

    selamat berusaha mencari..
    moga hidayah milik kamu..

    BalasPadam