Khamis, 24 Mac 2011

sakit itu dari Dia, penyembuh juga Dia..

Assalammualaikum..

Moga Allah memberi kesihatan yang baik untuk semua..perkongsian lagi..artikel yang saya jumpa di iluvislam tentang manusia, penyakit dan penyembuh..jom kita baca artikel ini untuk renungan bersama..ketahuilah, sesungguhnya Allah menguji tanda Dia amat mengasihi hambaNya..^______^

354655045m[1]

Kesembuhan itu milik Allah..

Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]

Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.

Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]

Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.

Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.

p/s : teringat teman saya yang sedang sakit..moga Allah beri kesembuhan..

terima kasih ct untuk pengalaman bermakna ^__^

kerja yang sangat bertimbun T______T..oh, moga diberi kekuatan secukupnya….

Ya Allah mudahkan urusan kami..

Jumaat, 18 Mac 2011

manusia oo manusia..

Assalammualaaikum..

dalam hidup ni, Allah takdirkan kita bertemu dengan bermacam jenis orang kan..jenis yang baik, jahat, penyabar, peramah, talam dua muka, penyebar cerita dan macam-macam jenis lagi..pertemuan yang ditakdirkan Allah itu adalah pertemuan yang membuat kita berfikir dan mengambil pengajaran dek sikap manusia untuk kita tak ulangi kesilapan sama..

Islam-Is-The-Way-Of-Life

disini saya mahu berpesan..pesan buat diri sendiri dan kamu sekalian terutamanya kamu..ya, kamu yang berkaitan..

* jangan musnahkan kepercayaan manusia lain kepada kamu..sebab nanti hidup kamu akan dibelenggu kesusahan..susah dunia, susah akhirat…

* jangan jadi manusia munafik..rasulullah beri tanda, manusia munafik adalah manusia yang tidak berpegang pada janji..bila berjanji, jangan sekali mungkiri..terutama bila kamu berjanji untuk tidak bercerita tentang rahsia yang kamu ketahui kepada manusia lain..sungguh, tanpa kamu sedar, kamu sedang menempah diri di neraka..nauzubillah…

* jangan suka menyebar cerita manusia lain yang tidak betul..ini yang mereka kata talam dua muka..di depan, lain yang dikata..belakang bukan main hebat kamu mengata tentang manusia itu..bahagia kah begitu?? ketahuilah, suatu hari nanti kamu akan hilang ketenangan hidup..

* berubahlah ke arah kebaikan..kamu pasti tak mahu terus dibelenggu kejahatan kan..Allah Maha Pengampun..semua manusia layak diberi peluang kedua..tapi, jangan disia-siakan peluang yang ada..gunalah sebaiknya..

* didik hati untuk ikhlas..setan durjana paling benci dengan manusia yang ikhlas..kerana jarum dia sukar menusuk kehati manusia yang ikhlas..tak perlualah mengungkit-ngungkit setiap perbuatan dan pemberian..biarkan yang menilai pengorbanan kamu itu Allah sebab Dia akan beri ganjaran yang terbaik..

* jangan pernah merasa diri betul..sebetul-betul kamu, ada manusia lain yang lebih betul dari kamu..cubalah menerima kritikan..manusia yang menegur kamu tanda dia sayang kamu..sebab tak mahu tengok kamu terus hanyut dan jatuh jauh dari silap kamu..

saya menegur sebagai manusia yang banyak silap..teguran ini untuk saya dan semua..sebagai peringatan dan usaha ke arah menjadi manusia terbaik disisiNya..jom sama-sama kita berusaha ^____^

p/s : moga peluang yang diberi dimanfaat sebaiknya…berubahlah andai mahu diterima

sekali lagi..memaafkan mudah melupakan payah..huhu

sekali terkena cukup buat diri berwaspada..pengajaran bermakna..jangan mudah percaya manusia biar sebaik mana dia..huhuhu

manusia tercantik adalah manusia yang kaya budi bahasa..jom jadi cantik..

Selasa, 15 Mac 2011

kerana itu..

   assalammualaikum..

Alhamdulillah, kem anak soleh berjaya dihabiskan dengan baik..moga apa yang diberi kepada adik-adik akan dapat diambil dengan baik dan diamalkan dalam proses menjadi manusia soleh untuk Islam tercinta..ya Allah, limpahkan hidayah buat mereka.

pertama kali saya berprogram bersama adik-adik kecil..kanak-kanak darjah 5 dan 6..pembawakan program kepada mereka berbeza..bukan seperti adik-adik disekolah menengah..disinilah saya mempraktikkan apa yang dipelajari dalam bidang saya..terima kasih Ya Allah atas kesempatan yang ada..seronok bersama mereka..

masa sukan..

yeah, meniarap dik..

DSCN0048

 sila cari adik comey nadia..ahaks

 terer ke lastik tu dik..

 DSCN9982

 ha, kan dah kene..sape suruh becakap..

DSCN0293

the little caliph ^__^ 

Urusetia dan Fasilititor yang ada memeriahkan suasana..hati yang kecewa dek sikap manusia sedikit terubat dengan mereka..terima kasih semua..ya, saya kecewa tapi saya masih mampu tersenyum kerana anda semua..

DSCN0043

with kak dila..penyokong kuat kem anak soleh ^___^

DSCN0262

trademark istimewa neng..haha

DSCN0249

   sentap mak..haha

DSCN9954

fasi yang ceria..sayang kamu semua ^__^

kak nadia dan senjata utamanya..cuak..hehe

berharap ada lagi kem yang melibatkan kanak-kanak sebaya mereka..seronok dengan keletah mereka..ya, mengendalikan mereka perlukan kesabaran dan skill..Insyaallah..

p/s: seronok kem ni..saya sangat banyak gelak dek urusetia yang ceria..oh, neng ( letak tangan dibahu, mata keatas)..haha

bangga dengan adik saya, siti nur anis syazana..berjaya menghabiskan sesi kem dengan baik..ambil mne yang baik ye dik..^__^

pengalaman ke arah syarikat sendiri..insyaallah..

menyelesaikan misi yang seterusnya.. ya Allah, permudahkan urusan kami..

kenapa ada manusia talam dua muka? suka makan kueh talam ey??

wahai kamu..mengapa mesti bermuka-muka..saya benci manusia sebegitu rupa..tolong berubah andai mahu diterima..cukuplah sekali saya kecewa..saya tak pernah meminta agar pengorbanan saya dihargai..tapi janganlah berpura-pura..depan saya lain yang dikata, belakang saya..kamu tuduh saya macam-macam..saya tak tau macam mana saya mau kamu tahu yang saya terasa seperti ditikam berulang-ulang kali..oh, sakitnya..sangat sakit..tolonglah..berubahlah…biarlah ini pertama dan terakhir saya terkena…sangat serik rasenye..huhuhuhu

Khamis, 3 Mac 2011

Cinta dalam Diam..

Assalamualaikum w.b.t...

emel dari seorang sahabat saya yang diingati..bercerita tentang cinta..tapi ini, cinta yang tak terluah..cinta yang disimpan dalam diam..fitrah manusia, sekuat mana pun dia..meminati itu pasti ada..saya mahu berkongsi dengan semua..oh, penulis cerita ini adalah sahabat kepada sahabat saya..credit to beliau..semoga terus thabat..sila ke belog comel beliau ^__^..~~~Hayatuna Kulluha Lillahi Ta'ala~~~ (=^_^=)

jom baca dan ambil peringatan..

19778_101967113167614_100000629784547_56548_1320320_n

Salam Mujahadah... Salam Perjuangan...(",)
Apa khabar khabar sahabat-sahabat maksue? Apa khabar iman kita? Semoga kita tergolong dikalangan hambaNYA yang solihin, mustaghfirin dan naajihin fi kullu imtihaanat fiddin fid dunia wal fil aakhirat, insyaALLAH...

Berceloteh mengenai "HUBB", pasti semua orang merasai pelbagai perasaan mengikut pengalaman hidup masing-masing. Ada yang bahagia, ada yang derita, ada yang serik, ada yang ingin mencuba, ada yang ingin mengelak, kerana Virus Merah Jambu ini punyai pengaruh yang sangat kuat, ia adalah fitrah yang menjadifitnah, kerana virus ini :

  • Nabi Yusuf a.s sanggup dipenjara
  • Habil dan Qabil mencatat sejarah tamadun manusia, Habil terbunuh kerananya
Ketika jariku menari-nari di permukaan keyboard, minda ligat berputar mencari idea mengolah ayat. Memikir ayat terbaik untuk disampaikan buat muhasabah diri dan sahabat-sahabat.

Ya, cinta itu suatu yang indah, kerana cinta, kita lahir di muka bumi ini, kerana cinta manusia menyambung keturunan, namunnnnnnnnnnn..... kerana cinta juga manusia bisa binasa. Kecuali bagi mereka yang memelihara diri mereka, pasti kan selamat dari virus ini.
Ikhwah dan Akhawat yang disayangi kerana ALLAH,
Pernah dengar ungkapan "CINTA ITU BUTA"? Apa yang kalian fikirkan saat ini?!! Adakah di minda kita terlintas suatu nama ataupun bayangan seseorang terhadap rasa yang bertunas di hati? Sebut tentang cinta, ia berkait rapat dengan jiwa dan nafsu. Kerana istilah buta itulah, remaja Islam kini kian alpa dan leka dibelai nikmat cinta duniawi. Apa jua fikiran kita saat ini, Tepuk dada tanya Iman...

Bukan beerti di sini maksue ingin menafikan fitrah semulajadi manusia, yang pasti kita amat sensitif dengannya, kerana perasaan mencintai dan ingin dicintai itu ada dalam diri setiap dari kita sejak azali. Boleh diistilahkan seseorang itu "tidak normal" andai perasaan hubb itu tiada dalam dirinya.
Siapa kata kita perlu nafikan perasaan istimewa ini, kita tidak sesekali nafikannya, cuma kita sebagai para da'ie, juga mujahid dan mujahidah Islam, kita batasi perasaan tersebut.
Bagaimana caranya??? Meh cheq nak habaq...... ^_^

Cintailah "dia" dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan

keikhlasan kerana ALLAH s.w.t…

Ketika cinta dan hubb kini hadir, bukanlah untuk Yang Maha Mengetahui, malahan saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta. Izinkanlah hati ini bertanya untuk siapakah ia muncul dengan tiba-tiba…Mungkinkah perasaan ini dengan redhaNYA atau hanya bakal mengundang kemurkaanNYA…

26363240250955m

Jika benar cinta itu kerana ALLAH s.w.t maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran ALLAH.

Mengapa?!! Semestinya kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka pasti ia berhilir pun hanya kepada ALLAH...

Firman ALLAH s.w.t. ertinya :

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.” (Surah Adz Dzariyat: 49)

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA. Dan ALLAH Maha luas (pemberianNYA) lagi Maha Mengetahui. ” (Surah An Nuur: 32)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ” (Surah Ar-Ruum:21)

Tetapi... Jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata, maka bersabarlah…

Berdo’alah… atau berpuasalah…

Berdasarkan firman ALLAH s.w.t lagi, mafhumnya :

” Wahai kaum pemuda, siapa saja di antara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata dan memelihara kemaluan. Maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadith)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (Surah Al Israa’ :32)

Mujahid dan Mujahidah harapan Ummah Islamiah yang ku kasihi,

Jangan kita nafikan perasaan suci itu. Cumaaaaa....Cukup cintai "dia" dalam diam…

  • Bukan bererti kerana kita membenci hadirnya…Tapi kita menjaga kesuciannya.
  • Bukan kerana menghindari dunia…Tapi semata-mata kita ingin meraih jannahNYA.
  • Bukan kerana kita lemah untuk menghadapinya…Tetapi ia menguatkan lagi jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai "dia" dari kejauhan…

  • Kerana hadirmu tidak kan mampu menjauhkannya dari cubaan dan dugaan...
  • Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangannya...
  • Kerana hadirmu mungkin saja kan membawa kealpaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai "dia" dengan kesederhanaan…

  • Memupuk cinta hanya akan menambah penderitaan...
  • Menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan...
  • Mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka kau cintailah "dia" dengan keIKHLASan kerana tentu kisah Saidatina Fatimah dan Saidina Ali bin Abi Thalib yang diingini oleh hati… Iya kan?!!

Tetapi sanggupkah kita, jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?!

 

Renungi mafhum dari firmanNYA :

“ …Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (Surah AlBaqarah:216)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (Surah An Nuur:26)

Cukup cintai "dia" dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan hatimu…

Sebabnya tidak lain tidak bukan hanyalah :

  • Kerana tiada yang tahu rencana ALLAH Yang Satu… Ilmu ALLAH. DIA tahu yang terbaik buatmu.
  • Mungkin saja rasa ini suatu ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
  • Kerana hati ini begitu mudah untuk berubah…
Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya...

Biarkan ALLAH yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang sendiri bila sampai waktunya…

Atau istilah lain "Bila dah sampai seru"

Terjemahan Firman ALLAH s.w..t lagi :

“Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

" ..Berikan hatimu hanya untuk ALLAH s.w.t,, pasti DIA akan temukan padamu pemilik terbaik,, dan hampar kan masa mu seluas-luasnya hanya untuk ALLAH,, pasti DIA akan aturkan dengan hidupmu sebaiknya.."

Wallahu 'Aalam...
Sekian...

coretan yang mencuit hati buat yang punya perasaan..

p/s: bulan yang sibuk sudah bermula..wahai Allah permudahkan urusan hambaMu..