Rabu, 30 Jun 2010

saje nak mengarut..hehe

salam alaik semua..aku sedang dalam keadaan yang rileks..tapi masih memikir beberapa perkara yang perlu diselesaikan..hehe..rileks kerana akhirnya tanggungjawab ku selesai hari ni..selepas ini aku akan merindukan telatah mereka..guru-guru, anak-anak muridku terutamanya 2 damai, 2 jujur, 6 jujur, dan semua kelas drjh 6..seronok bersama mereka..terkadang aku jd senyum sendiri terkenang kenakalan mereka..

mohon maaf andai sepanjang perkhidmatan ku ada yang terkurang dan terlebih..dan buat anak-anak muridku..maaf lau cubitan ustazah itu berbisa..kenangla ia sebagai tanda kasih dan sayang dari ustzh..hehe..kerinduan untuk mengajar kamu pasti ada nanti..semoga ia menjadi kenangan untuk kita..

tadi sempat bersalaman dengan guru-guru disitu..ada macam-macam pesanan yang diberi..
"belajar rajin ye"
"jaga diri ye, jangan main-main"
dan macam-macam pesanan lagi dan antara pesanan yang membuat aku tersenyum,
"belajar betul-betul, jangan bercinta-cintun ni" hehe..pesanan dari kak husna..
berbeza pula dengan pesanan dari mak angkat ku..
"nanti kat sana tu tengok-tengok la mana-mana yang berkenan..kawan-kawan je lin"

hehe..pesanan yang macam-macam..membuat aku berfikir tentang cinta..heh..cinta yang bermacam cerita..
untuk kak husna, maaf ye, saya akan bercinta tapi bukan cinta sang teruna yang menipu..saya bercinta dengan Allah, Rasul, Keluarga, kawan2, buku dan ilmu..insyaallah..hehe
untuk cik mah..lin akan tengok-tengok..tapi semua orang kawan lin..:)..jangan risau, sampai jodoh lin t, cik mah orang pertama lin gtaw..hehe

dan buat semua yang mendoakan, terima kasih..semoga kalian diberkati Allah..insyaallah..
doaku untuk semua juga ada dilayangkan dalam setiap doaku....

aku sering berdoa agar jodohku nanti..
mencintaiku kerana cintanya kepada penciptaku..
menyayangiku kerana sayang dia kepada agama yang ada padaku..
merinduiku kerana rindu dia untuk syahid di jalan dakwah..
kerana aku mahu menjadi sayap kiri sang pejuang yang tak pernah gentar..
dan aku ingin melahirkan mereka2 seperti ulama-ulama islam yang tak pernah gentar perjuangkn kebenaran..
agar cintaku, sayangku, rinduku pada Illahi kian bertambah dan tidak akan pudar...
aku mohon Ya Allah...

p/s: budak-budak zaman sekarang "ustzh, nak emel facebook.." haha

kerja dah selesai..lepas ni urusan lain pula..

minggu ni mingu bz..

ada sesuatu yang difikirkn..isy..susah btul..huhu

Ahad, 27 Jun 2010

bakal melangkah ke situ..

salam alaik...

4 julai 2010..tarikh keramat kepada bakal mahasiswa UM..yang akan memulakan langkah baru menuju masa depan gemilang..dan aku salah seorang dari mereka..bermacam rasa ada..takut, malas, risau, happy, dan segala macam rasa lagi..

segalanya perlu diuruskan..dari pembayaran yuran, medical checkup, dan mcm lagi..pening rsenye..ditambah dengan tugasan yang bermacam cerita..tapi segalanya adalah langkah dan ketetapan yang telah ditetapkan Dia, sang pencipta yang esa..kerana Dia yang tahu segalanya..sebagai hamba, hanya doa mampu dilayangkan agar segalanya berjalan dengan baik..

selepas ini, aku akan mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah rendah agama pekan semenyih..tempat aku mencari pengalaman bekerja dan mengajar..membuka peluang untuk aku mengenal dunia, melihat realiti kanak-kanak kini..membuat aku faham tugas seorang guru..membuat aku lebih menghargai sesiapa juga yang bergelar guru..juga membuat aku mengerti lebih dalam tentang tanggungjawab kepada semua yang ada sekeliling ku..

dan selamat datang UM..ku mohon Ya Allah, agar setiap langkah ku selepas ini untuk Mu, demiMu, keranaMu dan hanya padaMu..Alhamdulillah untuk tiap nikmat yang Kau kurnia kepada ku dan rakan-rakan ku..sesungguhnya tiap yang Kau takdirkn punya hikmah tersendiri yang terbaik untuk hamba-hambaMU..betapa bijaksananyaMu..terima kasih ya Allah...

selamat melangkah ke fasa menjadi mahasiswa..

p/s: baru lepas jamuan 2 damai, 6 jujur..terima kasih semua..

broadband k.lily sudah dibeli..k.nani pula lepas ni..

ad lg urusan yang belum selesai..antaranya shopping!!..hehe

Rabu, 23 Jun 2010

bila hati berbisik

sejak beberapa hari ini, ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan ketenanganku..ada perasaan sedih, takut dan kecewa bersama..sungguh, sangat mahu meluahkan..tapi biar hanya Dia yang tahu..

aku mahu menegur kepada mereka yang menjadikan kecewa itu bersama perasaan ini..ya! aku kecewa dengan mereka yang hanya tahu berkata-kata, memberi komen itu dan ini tapi bila diminta tampil kehadapan lari jauh kebelakang..katanya takut dan tak mampu..

kepada kamu..kamu kata kamu sayang sahabat kamu, tapi kenapa kamu biar mereka begitu? kenapa kamu mengundurkan diri? sedih..sgt sedih hati ini..kamu sangat hebat bila didepan mic..apa saja kamu boleh katakan..bila cakap tentang dakwah..wahh..serah saja pada kamu tapi kenapa kamu tidak kedepan bila ada sesuatu yang akan menjadikan apa yang kamu katakan itu dipraktikkan..

sebab kamu hanya tahu menghukum!

menghukum manusia yang begitu dan begini seolah-olah kamulah yang terbaik sedang kamu tak pernah cuba untuk memahami dan meletakkan diri kamu di keadaan mereka..peringatan untuk diri sendiri juga..percayalah sahabat, biarpun sedikit amar makruf itu, pasti ada yang terkesan..Allah itu maha mendengar..bukankah selemah-lemah iman adalah menegur didalam hati..biar sedikit usaha itu jangan tiada langsung! kamu bukan tidak tahu tentang method dan mehnah dakwah..bahakn kamu arif tentang itu..tapi kenapa kamu hanya tahu angkat bendera putih bila berdepan situasi itu??

Ya Allah..tenangkan hatiku..maaf kepada kamu..hanya luahan hati..tiada unsur marah cuma kecewa sedikit..

sedih bila segalanya berubah dan bila ilmu yang dulu didapatkan berlalu tanpa ada amalan..ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah..

takut untuk berdepan dengan dunia..masihkah ada ruang dihati mereka untuk itu? ya Rahman jangan Kau tarik hidayah yang ada dengan kami dan tambahkan hidayah itu agar kami dekat denganMu..ameen..

"(yaitu) org-org yg mnjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. maka pada hari ini(kiamat), kami melupakan mereka sebagaimana mereka dahulu melupakan pertemuan hari ini, dan kerana mereka mengingkari ayat-ayat kami" -Al-a'raf, 51

p/s: tga mood mahu belajar..hilang mood utk mengajar..hehehe

sebuk mahu menguruskan macam-macam

30 jun tarikh akhir aku di sraps..syukran semua ala kulli hal..

4 julai..UM here i comes..

Khamis, 17 Jun 2010

ada waktu dan ketikanya..

salam ukhuwah semua..lama sudah niat mahu mengupdate tapi tak terupdate jugak..hehe..macam-macam yang bermain difikiran..tapi mungkin kesempatan untuk berkongsi itu kurang..seminggu ini aku dalam dilema..dilema memilih antara yang dekat atau jauh (huhu, macam apa je)..

dan akhirnya Allah ilhamkan pujangga ini(bak kata abg yus, pujangga yang sedih..huhu)
"ada masanya sendiri itu perlu, ada masanya bersama mereka itu penting"

ya, ada waktunya, bersendiri memberikan ketenangan.
.jauh dari kata-kata manusia yang memeningkan kepala..
sebab kadang-kadang ada yang akan membuat kita sakit..
sakit jiwa, sakit hati, sakit mata dan sakit segalanya..
juga ada masanya membuat jiwa kecewa dan tertekan..
kerana itu ada masanya sendiri itu perlu..
sangat perlu..
dengan dunia sendiri bersama pencipta Yang Esa..
merintih, memohon dan mengadu tentang apa saja kepada Dia yang sentiasa ada buat kita setiap saat, waktu dan ketika..
sedang Rasulullah juga pernah mengasingkan diri dan menghambakan diri hanya untuk pencipta(ingat kisah Rasulullah saat menerima wahyu pertama)..
dan ada ketikanya bersama mereka akan mengubat jiwa yang lara..
bersama teman-teman yang ceria akan membuat bibir tersenyum gembira..
mengubat rindu yang tersimpan didada..
bercerita, bergelak tawa, dan bersedih bersama..
kerana ukhuwah itu indah..
lagi indah andai diniatkan untuk Allahuakbar..
sebab itu Allah temukan kita dengan bermacam jenis manusia..
dengan pelbagai ragam dan ceritanya..
agar kita mengambil iktibar dari kisah mereka..
sebab hidup kita sentiasa dikelilingi manusia..
dari bangun tidur hingga celik kembali..
"sesungguhnya orang islam itu bersaudara"
p/s:nak ke pd @ ts??
tahniah mr. fitri..UM destinasi seterusnya..
laporan dah slmt dhntr ke pihak tertentu..alhamdulillah..

Rabu, 9 Jun 2010

Jom Jalan-jalan..

Salam ukhwah, hanya mahu bercerita tentang kami yang berjalan melihat alam ciptaan tuhan..bermula cuti sekolah, agenda yang bersusun itu pun bermula (padahal keje bertimbun..huhu)..apa pun syukurlah atas nikmat yang dikurnia kerana hanya padaAllah selayaknya pujian itu diberikan..

Sabtu – lawatan ke kuala lumpur bersama murid darjah 3 sraps..macam-macam gelagat mereka, pening kepala ustazah dy melayan..biasala amal, budak-budak..P1010224

planetarium yang mengagumkan..subhanallah..

P1010227

suasana dlm bas..

P1010228

semangatnyer adik oi..

P1010230

ustazah pon nk bergambar..hehe

P1010237

mira, madi  n amal..3 anak dara pinggitan..hehe

isnin- pusing kl lagi..tapi kali ni bersama murid darjah 4 pula, yang ni, lain pula peelnye..apapun, ustazah dia masih mampu bersernok..hehe

P1010242

hehe..anak-anak muridku..

P1010254

buat eksperimen(cube korg tengok dak kai spek tu..sama macam sape ek)

P1010256

pakai jap ye..tapi taknak beli…jangan mara ye kak kedai..hehe..

P1010261

kak naemah, madi n amal..

rabu- ha, kali ni jalan-jalan yang spesel bagiku..dah lama nak ke tempat ini, akhirnya Alhamdulillah, Allah kurniakan kesempatan itu hari ini..syukur padaMu ya Allah..

“Amal, nak gerak kul bape ni?” sms itu ku reply seringkasnya..jam 9 pagi aku sudah sampai di rumah maream sam sementara menunggu cik madihah yang menunggu di mines..

selesai kerja mengangkut, maka berjalanlah kami bertiga..sesat jugak nak sampai ke sana..signboard yang tak berapa nk betul(haha, signboard gak salah) tapi thanks to akak bersama anak-anaknya yang tolong bawa kami..terima kasih kak, semoga Allah membalas jasa akak..

sampai saja, kami makan dan aku puas hati..dapat ke rumah 4 musim(walaupun hajat nk merasai winter xdapt..summer pon summer la) dan paling best, berbasikal..(haha, basikal dengan kasut tinggi) anak dara bertiga berbasikal..haha, yang kelakarnya  madihah menyorong basikal kerana penat..aku dan maream gak yang setia mengayuh..jangan mara madi..hehe

ni gambar kami..

P6060073

berjalan pon sempat posing ek..hehe

P6060082

cantikkan landskap ni..subhanallah..dlam rumah 4 musim

P6060085 

subhanallah..thumbs up untuk mereka yang mereka..

P6060088

senyum..

P6060089

aku dan cik yam

P6060092

di depan nya..

P6060094

anak rusa dan saya..teringat lagu anak rusa..sapa taw?

P6060096

jom main basikal..

P6060097 

tu dia cik yam n cik madi..hehe

P6060098

kami bertiga..peace..:p

p/s: sekian lama tidak mengayuh basikal, akhirnya…hehe

ada plan bersama cik yam utk jalan-jalan bersama mad’u..insyaallah..

wahai cik madihah, dh ke indon tu jgn lupe kami ye..haha

tadi setiap 1 jam pasti enset seseorang tu berbunyi..isy2..hahaha

Rabu, 2 Jun 2010

mereka masih bercakap tentang itu..

Alhamdulillah Ya Allah, aku masih lagi panjang umur saat ini..syukran atas segala nikmat yang Kau kurniakan buat hambaMu yang hina ini..kali ini tetbe terrajin nk post sesuatu..sekian lama tidak mengupdte akibat kekangan masa..(sebuk ke?) bak kata cik nasihah basri, "jangan kacau ama, ama bz" hehe..perli yang bermakna..maaf buat kawan2..bukan bermakna anda dilupakan, tapi anda masih di hati..cuma ada ketika masa tidak mengizinkan..

mereka masih bercakap tentang itu? tentang apa? apa la kamu merepek ni cik kak..hehe, sekadar mahu memnaskan jari untuk menulis dan bercerita..kem insan Rabbani, kem yang sgt2 bermakna untuk diriku secara peribadi..kem yang mengajar aku erti jihad untuk islam, erti pengorbanan sejati..berbulan lamanya aku merancang kem ini..berbulan lamenya aku mengurus kem ini..berbulan lamanya, kepala ku pusing memikirkan kem ini..ulang alik dari rumahku ke sana, ke kotaraya kerana sumbangan...dari aku tak tahu jalan jadi tahu celah kl yang sesak itu..kenal di mana bangunan dbkl, yayasan slngor, ypm, baitulmal yang tersorok..huhu dan sebagainya, dan kancil hijau itulah yang sentiasa membawa aku kemana saja aku pergi..

dan buatku tahu bagaimana prosedur n proses permohonan sumbangan di ngo dn bukan ngo..pengalaman bermakna buatku..syukran Ya Allah..dan aku sangat2 beruntung kerana punya sahabat2 yang membantu (biarpun ada waktunya, kekecewaan itu ada..) akhirnya kini aku sudah mampu menarik nafas lega kerana segalanya selesai..betul ke selesai?? tidak!! teringat kata syuhada, program yang sebenar bukan bermula saat program itu mula, tapi sesudah program itu..untuk melihat sejauh mana input yang diberikan sampai untuk mereka amalkan..Subhanallah, cabaran yang besar aku kira..buat sahabat2 fasi..tolong, tolong jangan putuskan hubungan silaturrahim antara kamu dan adik-adik..mereka amat perlukan sokongan kamu..

sedih dan bangga yang terselit buat adik2 peserta kem..sedih kerana hal paling remeh dalm kehidupan tidak diketahui..bangga kerana mereka mampu mencabar diri untuk sesuatu yang mengajar mereka tentang erti hidup..tahniah adik-adikku..ambil setiap input yang kamu dapat..jangan sesekali biarkan ilmu yang ada hilang tanpa amalan..

buat sahabat-sahabat fasi n urusetia, teruskan ukhwah yang ada..jangan disimpan didalam hati...semoga jihad ini, pengorbanan n perjuangan ini diberkati olehNya..ameen

p/s: tga pening tanda kertas pekse..macm2 jwpn dak2 ni, nak tergelak ad, bengang pon ad...herm, budak2

ad plan nk g bukit cerakah, sape nk ikut? hehe