Isnin, 26 April 2010

Thumbs Up untuk mereka

“dah sampai mana?” meseg ringkas dari fara masuk ke inboxku..saat itu aku sedang menunggu Cik Kinah di KTM serdang bersama maream..untuk seketika, kami berbalas meseg, dan diakhiri dengan pesanan hati-hati dan jangan lambat sangat..

sampai di destinasi, Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang..kami disambut fara dan bersalaman dengan fasilitator lain lantas terus menyelesaikan apa yang sepatutnya.. 

setelah dibahagikan kumpulan, aku menerima kumpulan 9 sebagai kumpulanku..seronok bersama mereka..kumpulan yang ceria, bersemangat dan sentiasa happy..gelak ketawa sentiasa mengiringi kami..hehe..dan pastinya di sebalik gelak itu masih ada input yang dikongsi…

DSC00896

kumpulan parameswara=)

satu program yang sangat bagus dan mantap bagiku..dari segi pengurusan, pengisian dan perancangan..thumbs up untuk mereka..

Modul dan kerjasama mereka cukup bagus..segala yang dirancang menjadi..bahkan, antara peserta dan fasilitator punya ukhwah yang baik..saat perpisahan bertamu, sedih menyelubungi hati masing-masing..(terharu bila ada yang menangis..esp lelaki..hehe..jgn cedih2 tok)

untuk adik-adikku, semoga terus berjya..teruskan usaha hingga ke puncak jaya..seronok bersama kalian..jadikan input yang diberikan sebagai panduan hidup yang bermakna buat kalian..akak sayang kamu..

dan terima kasih untuk fara yang memberi kesempatan ini..terima kasih juga untuk maream sam dan sakinah kerana menemani ku merentas jalan dan berprogram bersama..terima kasih untuk mereka fasilitator di program itu kerana beri dan terima kami di program..semoga ada kesempatan berprogram lagi..

sudah tentu syukran walhamdulillah keatas Allah yang memberi rahmat dan nikmat buat hamba-hambanya..syukur dan terima kasih Ya Allah kerana mngurniakan aku kesempatan untuk merasai pengalman ini, bertemu adik-adik tersayang, bertemu mereka yang hebat-hebat itu..syukran, syukran, syukran..

mukhayyam jati diri dan keunggulan sahsiah..samtk

p/s : kem yang sangat best..nak ambil modul saham dari ketua fasi..tp cmne ye..herm…

alhamdulillah, permohonan ku sudah ada yang diluluskan..terima kasih Ya Allah untuk rezeki itu..

Selasa, 20 April 2010

pusing-pusing k.l punya cerita…..

birds 

“ Hari ni nak pegi mana-mana ke kak?” mama bertanya pagi itu semasa kami sedang sibuk bersiap untuk bekerja.

“nak pergi PJ, Menara yayasan” aku menjawab ringkas..ya begitulah aku beberapa hari ini..menjelajah kl dengan hanya satu misi..misi mencari sumbangan untuk kem insan rabbani yang menjadi projek terbesarku..

tak penat ke? tak rasa membazir? duit minyak lagi, masa lagi..tidak, aku tidak akan dan tidak pernah merasa menyesal melakukan semua itu..bahkan memberi kepuasan untukku..kerana niatku hanya untuk satu dan insyallah akan selamanya begitu..semoga usahaku ini mendapat berkat dariNya..

trimas, terima kasih dan thanx untuk mereka yang sudi memberi kerjasama..especially maream sam yang sentiasa menemani aku berjalan mencari arah..hehe..(thamx dear, pusing kl ngan ko ak konpiden sikit..hehe..even sesat dalam tempat parking..hahaha) n also to madi, fitri dan sume yang terlibat secara langsung atau tidak..

selepas ini, gerak langkah untuk berdoa dan mendapatkan feedback selepas usaha dilakukan..semoga segalanya dipermudahkan..insyaallah

sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti akan menolongnya….

p/s: liqa di pantai remis???

Fara, tgu aku dtg ye…miss u..

Rabu, 14 April 2010

Aku dan mereka…

Salam Alaik buat semua yang sudi menjengah ke blogku yang sedia ada ini..setinggi kesyukuran dilimpahkan buat illahi atas kurnianya yang tak pernah berhenti buat hambanya..

agak lama aku tidak mengupdate blog..kekangan masa dengan pelbagai perkara dan kesibukan yang menjengah kehidupanku (ehem..sebuk ke?..huhu) eheh, perkara ini sudah dijangka saat aku meninggalkan nilampuri dahulu..dan aku tidak akan sesekali berpatah kembali dan memandang belakang kerana aku percaya Allah menguji hambanya sesuai dengan keupayaan hambanya..

syukur dan nikmt

biar apa pun, syukur atas nikmat tetap mengiringi kehidupanku kerana sang pemberi nikmat sentiasa ada untuk terus memberi kepada hamba-hambaNya tanpa jemu..teruslah panjatkan kesyukuran buat Allahu Rabbi..

apa yang disebukkan sangat? kan tengah cuti??.. herm cuti untukku adalah cuti yang bekerja..bekerja untuk sesuatu yang mampu menyumbang buat mereka..bukan kerja yang sia-sia kerana Allah tidak melihat hasil tapi melihat sejauh mana usaha itu..kerana itu aku lebih rela dan suka untuk usaha itu biarpun aku tahu hasilnya nanti mungkin tidak seberapa..berdepan dengan pengalaman yang mematangkan jiwa dan mengajarku bermacam perkara..seronok..

saban pagi setiap isnin hingga jumaat, laungan suara dari si kanak-kanak kecil menyuktik semangatku..

“Assalamualaikum Ustazah Amalina”

hehe..ini kerja baru aku..seronok bertemu dengan jiwa-jiwa kecil yang punya inkuiri untuk belajar..belajar mengenal dunia..dalam kelas, ada saja gelagat mereka..

“ustazah tadikan dia kacau saya buat kerja”

“ustazah, tengok dia ni..dia main kad ustazah”

“ustazah, dia ambil pensel saya”

dan macam-macam lagi..ustzah itu, ustazah ini..pening kadang-kadang, tapi aku seronok dengan cabaran-cabaran ini..

orang kata, kanak-kanak tak pandai berbohong..dan sangat aku setuju dengan kenyataan ini..kerana asasnya mereka memang tak pandai berbohong..cuma kehidupan yang mengajar mereka begitu..kerana itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya..

dan masa cuti ini, kancil hijau itu menjadi kenderaan setiaku kemana saja aku mahu menyelesaikan misi..hehe, pertama kali jelajah jalan kl dengan kereta..pengalaman parking kereta dengan harga RM 10..huhu..(sangat mahal)

apa pun, aku sangat berharap agar gerak langkah ku hanya untuk satu tujuan demi satu matlamat..bantulah hambaMu ini ya Allah..dalam mengorak langkah ke arahMu..amin..

p/s :cuti yang bermisi….huhu..sape nak tolong? kedip mata..hehe

 

program di jeram??? camne ye..herm…