Isnin, 15 Mac 2010

Happy Birthday sehah

Nasihah yang berbaju pink..tehah di belakangnya..rindu mereka ini...

Selamat hari tua Nasihah Basri..semoga panjang umur n murah rezki..(",)
I Miss u a lot my dear..semoga ukhwah ini semakin utuh di bawah naungan kasihNya..
jgn tak ngaku umo awak dh 20..hehehe

Gurl 5.2 yang havoc

p/s : entri spesel tuk sehah..hehe..

seh, jgn lpe jumaat ni ye..

kdg2 segan nk ngaku umo 20..rse cm muda ag.haha

tga mood cuti yg xtaw nk watpe...

Ahad, 14 Mac 2010

Kem Pemantapan Bahasa Arab

suasana dewan semasa LDK
Salam alaik..sekadar berkongsi..

Kem Pemantapan Bahasa Arab

untuk pelajar tingkatan 3 SAM Rawang dan SAM paya jaras

13-14 Mac 2010 ( Sabtu dan Ahad)

Herm..pada waktu ini, aku sudah berada di rumah setelah 3 hari berkampung di SAM Rawang, sekolah ku suatu ketika dulu..saat menjejak kaki disana, rasa rindu yang sedia ada untuk bertemu teman lama semakin menggamit jiwa..tapi entri ini hanya mahu bercerita tentang kem itu..Aku telah ditaklifkan untuk menjadi urusetia unit perhubungan dan fasilitator..dan pastinya, kem ini bermatlamatkan untuk memantapkan penguasaan bahasa arab di kalangan para pelajar..semasa ditaklifkan sebagi fasilitator, aku agak cuak sebenarnya..takut tak mampu menyampaikan apa yang perlu disampaikan..tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah..hee, aku perlu berkongsi ilmu b.a yg aku ada..nasib baru lepas exam, masih 'fresh' apa yang diulangkaji..hehe..

Kump 1 yang ceria sokmo

Sebagai fasilitator, aku memegang kump 1..diorg mmg happening, seronok bersama mereka..dan mereka cukup aktif..thanx adik2 kerana memberi kerjasama yang baik buat akak..maaf andai ada yang terguris hati kerana perbuatan n percakapan akak..maaf sebab korg kena tinggal sokmo as akak kena selesaikan beberapa tugasan..syukran dan igt ini "man jadda wajada waman zara'a hasada" good luck utk PMR..ma'attaufiq binnajah insyallah..

proses perkongsian..

LDK 3..Puzzle game..betul ke tu?

Khusyuk berbincang

pilih dik, susun biar betul..

puzzle yg dah siap..tapi betul ke?

p/s : Kem ni seronok..aku dapat kawan baru..bertambah jaringan ukhwah disitu..fasilitator n urusetia mmg sporting..hehe
ad kisah di sebalik kisah..huhu
kem ini jawapan kepada soalan 'kenapa xjoin malam anugerah kolej' dan soalan 'kenapa balik awal'
sedang merancang apa nak buat sepanjang cuti...hermm..

Selasa, 9 Mac 2010

suka duka itu bercampur



Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
hilang dimata tapi di hati tidak lupa
berdoalah kita agar aman dan sentosa


Masih ingat lagu ni? lagu yang diajar masa zaman sekolah rendah dulu..hehe, tak ingat sampai habis, serangkap tu je yang masih berlegar di fikiran..lagu yang menjadikan aku terfikir tentang kami di sini, di APIUM_np ini..tentang cerita-cerita kami, tentang ragam-ragam kami, tentang kehidupan kami, tentang segala-galanya di sini..kerana selepas ini, masing-masing dari kami akan memasang tekad, membuka langkah dan menanam azam untuk meneruskan kehidupan di kampus induk nanti..

4 semester bersama, 2 tahun dilalui dengan perlbagai cerita suka dan duka..yang pasti, setiap cerita itu ada pengajaran tersendiri..manusia membesar dan belajar..belajar melalui setiap apa yang ada disekelilingnya..ini hanya sekadar catatan aku buat sahabat-sahabatku yang berada disekeliling ku..yang mengajar aku secara langsung atau tidak..yang bersama-sama mengharungi mehnah ujian dari illahi..yang sama-sama mencari dan menuntut ilmuNya yang tak bertepi..yang sama-sama jatuh, duduk, bangun dalam menghadapi kehidupan disini..yang sama-sama dalam segalanya..terima kasih, terima kasih, terima kasih untuk kalian.....

Majmuah 8 08/09

4 semester, 2 tahun..bukan tempoh yang sekejap..ke kelas bersama, makan bersama, senda gurau, duka tangis segalanya bersama..ada masa kita satu kepala, ada masa kita susah untuk bersemuka..tapi ketahuilah, segalanya adalah takdir darinya untuk mengajar kita erti hidup yang semakin menjadikan kita matang supaya kita mampu ke hadapan menempuh cabaran yang lebih dahsyat..supaya kita lebih dekat dengan Allah..dan ketahuilah sahabat sayang..aku sangat menghargai setiap detik kita bersama biarpun diakui ada masa yang menguris hati, mencalar perasaan hingga terduduk menangis..tapi aku percaya, ia adalah pengajaran bermakna buat aku..yang tak mungkin aku dapat dimana-mana..

semester 1 kita ditemukan di bawah nama, rakan sekelas, rakan sepengajian..tapi ketahuilah makna sebenar ukhwah..persaudaraan yang dipupuk atas nama Islam, agama tercinta ini..dan kita memulakan ukhwah ini dengan pelbagai cerita..

lantas, semester 2 kita lalui pula..berjalan bersama, untuk satu perjuangan demi kejayaan buat ayah bonda..ada masa kita diuji dengan ujian yang mengukur keikhlasan kita bersahabat..dan ada masa kita riang bergembira bersama..

datang pula semester 3 yang menjadikan kita lebih matang..ukhuwah yang tercipta semakin erat, kita lebih kenal sahabat-sahabat lebih dari ikatan persahabatan kerana kita umpama keluarga..keluarga yang bersama-sama keluh kesahnya..yang bersama-sama menghadapi cabaran mendatang..ku akui, bukan mudah mahu memuaskan hati semua orang tapi ia menjadikan aku lebih kuat dan tegas dalam pendirianku..terima kasih untuk pelajaran ini..

dan akhirnya semester 4 yang membawa kenangan suka duka berakhir..yang didalamnya tercoret cerita tentang kita, tentang kenangan manis kita, tentang duka lara bersama..dan paling diingati..smarties'10..cerita yang sangat-sangat menjadi kenangan buat kita dan yang menjadi pelajaran bermakna untuk aku..pelajaran menghadapi karenah kalian, pelajaran berhadapan masalah untuk diatasi dan pelajaran untuk sebuah pengurusan agar segalanya menjadi sangat bermakna..penilaiannya?? kalian tentukan sendiri..

Amal memohon maaf, dengan sebenar-benar kemaafan dipohon..terima kasih atas segalanya, ketahuilah..Amal sangat-sangat bersyukur kerana dikurniakan teman seperti kalian..jangan diingat cerita kurang enak antara kita, cuma jadikan ia pengajaran bermakna bagi menempuh hidup mendatang..dan ingatlah detik manis bersama..terima kasih

Anak Ikhlas 09/10


terima kasih kerana pernah memberi kepercayaan untuk diri ini..terima kasih kerana menyediakan sesuatu untuk diingati, tentang saat kita bersama, tentang cerita-cerita kita yang istimewa, tentang ukhuwah yang terbentuk untuk selamanya dan tentang segalanya..terima kasih..

amal mohon maaf juga kepada kalian..kenangan kita bersama cukup istimewa..maaf, maaf dan maaf..teruskan perjuangan dalam hidup kita demi menggapai redhaNya..biar sementara tapi ia tetap bermakna..

Sahabat sebilik B129 ( Dayah, Hani dan D-yah)


senda tawa kalian, gurau senda kita menjadi warna warni kehidupan amal..Amal sangat bersyukur ditemani teman seperti kalian,
(walaupun kadang-kadang amal kena tinggal sorang2..huhu)..terima kasih buat segalanya, kerana menjadi penyeri kehidupan amal di sini, kerana menjadi sebahagian hidup amal, kerana menyokong saat amal jatuh terduduk..kerana melayan karenah amal yang macama-macam ini..halalkan makan minum, dan segalanya yang terlebih mahupun terkurang..amal juga memohon maaf atas setiap kata dan perbuatan yang mengguris hati kalian..Terima kasih dan maaf

to dayah > jangan nakal-nakal taw, amal will miss your joke n laugh..jangan lupe amal ye..
to hani > tahniah untuk umi jtk..hehe, chaiyok2 utk 2 sem lg, semoga kita jupe lagi di k.l ye
to d-yah> thanx 4 da teddy bear..cute..good luck for your life..

Adik-adik program SMARTIES '10


berprogram dengan kalian besar ertinya buat akak..kerana smarties adalah lambang untuk satu ukhuwah yang tercipta ini, menjadi lambang buat kami di pihak urusetia tentang erti pengorbanan dan kerjasama..terima kasih kerana memberi komitmen yang jitu buat kami...ketahuilah adik-adik, kami sayang kalian..jangan hampakan harapan ibu bapa, jaga ukhuwah yang tercipta sesama kalian juga sesama kita..kenangan itu akan sentiasa di hati..teruskan perjuangan dalam mencari ilmu illahi..ambil input dari perkongsian tempoh hari..selamat maju jaya..

buat akhirnya, setinggi ucapan maaf dan terima kasih dihulur..semoga kita berjodoh untuk bertemu lagi dengan suasana dan tempat yang baru..dan yang pasti, segalanya mengajar kita sesuatu..dan ingat ini, setiap pertemuan pasti akan temu detik perpisahan, kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu...
(tetiba teringat lagu penyembuh rindu mawi-diana danielle..huhu)..salam sayang dariku...

Taqdir kadangkala mempertemukan sesuatu yang tak diundang,
menduga dalam bermacam ragam,
memberi apa yang tak dirancang,
membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan,
dan taqdir juga membuatkan kita rasa kehilangan,
namun taqdir memberi kita erti perkenalan,
menyulam kasih sayang.
mengenali erti sebuah persahabatan,
merasai erti kegembiraan,
mengenali sebuah ketabahan
& memberi erti sebuah keakraban,
memberi peluang menilai siapa sebenarnya sahabat, kawan
& siapa sekadar kenalan dalam mengisi ruang dalam episod kehidupan.......

p/s : sedikit puitis entri ini..dah lama tak menulis dengan gaya puitis mcm ni..hehe

ikhlasnya..ini mmg lahir dari hati..buat kalian, sahabat apium np..

tibe2 rasa rindu sama teha, wani, jannah, ci-a, intan n sume teman lama..huhu

happy besday to nadia..ko dh 20 beb, selamat ari tua




Ahad, 7 Mac 2010

selamat tinggal impianku (sambungan maafkan saya)

Cinta Dunia VS Cinta Akhirat

Insyirah mengucup tenang Al-Quran yang dibacanya tadi. Kini hatinya lapang selapangnya. Baginya, tiada lagi istilah cinta manusia yang menipu itu. Cinta yang penuh noda dan dosa. Malu rasanya bila mengingat apa yang pernah dilakukannya dulu. Biarlah segalanya menjadi sebahagian kenangan dan pengajaran buatnya. Keputusan yang dibuat nekad itu setelah dia belajar di sini, di tempat yang suatu ketika dulu bukan meletakkan cita-citanya yang ditanam sejak kecil. Tapi kini, hatinya redha dan bersyukur teramat kerana mampu dan berpeluang berada di sini, di bumi tarbiyah ini, yang mengajar hati dan dirinya untuk terus bermujahadah ke jalanNya.


Insyirah masih ingat detik itu. Kalau dulu, bila diingat pasti hatinya akan kecewa, terkilan dan sedih. Tapi kini, dia hanya tersenyum dan bersyukur kerana tidak terbang ke sana. Syukur Ya Allah.


“syirah, tahniah! Awak dapat Maktab Sarawak. Saya dah agak awak mesti dapat punya,” suara ceria di sebelah sana menggamit senyuman di wajahnya.


“ yeke Liana, Alhamdulillah. Awak dapat tak?” insyirah bertanya kembali sahabat seperjuangan di bangku sekolah dulu.


“dapat kat penang, Alhamdulillah,” Liana menjawab soalan sahabatnya dengan girang. Seronok hatinya bila impian yang sama-sama dipatri suatu ketika dulu bakal menjadi kenyataan. Mereka berbual mesra sebelum mengakhirkan perbualan telefon itu.


Kini, insyirah dalam dilemma. Sama ada mahu bertukar terus ke maktab Sarawak atau meneruskan langkah di tempat ini. Sedangkan baru sebentar tadi dia mendaftar masuk, hatinya menjerit mahu keluar menurut kehendak impian yang sekian lama dibina. Tanpa berlengah, terus didail nombor mamanya. Mahu mengkhabarkan berita yang gembira baginya.


“betul ke kakak ni, Sarawak tu jauh la. Mama kat Gua Musang dah ni. Kamu nak pergi ke?” Puan Aisyah bertanya risau.


“nak lah mama, ni impian akak. Akak nak pergi juga,” insyirah menyatakan keputusannya dengan tegas. Dia tak peduli apa orang akan kata atau apa akan jadi. Yang penting baginya, impian itu dapat dilaksana. Setelah berbincang beberapa ketika, Puan Aisyah berkeputusan untuk kembali menemui anak sulungnya itu.


Malam itu selesai satu hari minggu suai kenal, insyirah tidak tidur lena. Masih memikir benar atau tidak apa yang akan dilakukan. Masih benar-benar dalam dilemma. Kata hatinya berperang satu sama lain. Sungguh, dia sangat keliru.


Argh, ni memang cita-cita aku. Jauh macam mana sekalipun, aku tetap akan pergi.


Kau tak kesian ke dengan mama dan abah?? Mereka pusing kembali dari Gua Musang. Kau ingat dekat?? Kau tak takut ke duduk jauh-jauh dengan keluarga?? Sudahlah 5 tahun kau tinggal asrama. Takkan masih mahu belajar jauh-jauh??


Alah, orang lain pun sama je. Elok je ngan family diorg. Kau jangan cuba musnahkan impian. Aku tetap akan pergi.


Betul kau tak peduli semua tu??


Hatinya rimas dengan bicara hati nya yang berbelah bagi. Dia akui, rasa bersalah tetap menggigit sanubarinya. Bersalah kerana memaksa ibu bapanya berpusing kembali untuk mengambilnya kembali semata-mata mahu memenuhi impiannya yang satu itu. Argh, dia malas ambil pusing lagi, dicuba juga untuk dilelapkan mata yang kantuk itu.


Pagi itu, dia bangun awal. Memenuhi tentative minggu suai kenal yang dilalui. Sama-sama teman-teman baru untuk bangun qiyamullail. Dan terus melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan. Sungguh, tika itu, hatinya cukup tidak selesa berada disitu. Pembawakan program yang agak syadid yang tidak dapat diterima dirinya. Hatinya membentak mahu cepat keluar. Sudahlah datang jauh-jauh, asyik dimarah saja, entah mana silap di mata kakak-kakak dan abang-abang ni pun dia tak faham. Perlu ke untuk dimarah hanya kerana tidak memakai stongan? ? Tak boleh ke ditegur dengan cara baik??


Hari ke-3 dia disitu, dia dipanggil ketika sedang menerima taklimat kursus. Kak ain membawanya keluar dan dilihatnya mama dan abah menanti di bawah pokok. Hatinya seronok, sebentar lagi dia akan keluar dari tempat yang tidak disukai ini. Terus dicium tangan ibu bapanya.


“kakak betul-betul nak pergi ke? Jauhla kak, Sarawak yang kat pedalaman tu,” Puan Aisyah cuba memujuk anaknya untuk mengubah fikiran.


“yelah mama, ni cita-cita akak. Peluang datang sekali je.” Insyirah menyatakan tegas pendiriannya.


“syirah jangan macam tu, mama syirah risau syirah pergi sana. Ingat dik, redha ibu bapa tu penting. Kalau syirah pergi sana, tak ada redha mak ayah syira belum tentu syirah boleh berjaya. Hidup kat sana bukan macam sini, hari tu akak pergi Sarawak sebab ada program susah nak jumpa masjid. Fikir elok-elok dulu ye,” kak Ain cuba untuk memancingnya.


“akak nk pergi juga. Mama ni cita-cita n impian akak, kat sini pun bukan akak boleh bawak. Akak tak suka Bahasa Arab, nanti kalau akak gagal mama marah,” syirah menjawab dengan suara yang dikawal tangisnya agar tidak terhambur keluar.


“tak, mama tak marah, kakak cuba dulu. Sarawak tu jauh, tempat yang kakak dapat tu kena naik flight 2 kali.” Puan Aisyah masih mencuba untuk memujuk, hatinya tiba-tiba sebak. Takut untuk melepaskan anak sulungnya itu pergi jauh. Tanpa disedari air matanya gugur juga.


“akak nak pergi juga. Mama tolonglah, akak nak pergi,” akhirnya Insyirah kalah, air matanya gugur juga. Hatinya membentak kenapa semua orang tak nak faham apa yang dia mahu?


“tak susah dik, kat sini semua pensyarah baik-baik. Senang je dik, cuba dulu. Mama ayah adik hantar adik sini dengan harapan, takkan nak hancurkan macam tu je? Adik kat sana tu nanti tak ada siapa boleh tolong. Saudara mara pun tak ada,” kak Ain masih cuba memujuk. Sayang sungguh andai Insyirah pergi meninggalkan bumi tarbiyah ini.


“nanti kakak nak pergi kelas pun kena naik sampan, nanti balik kakak dah tak pandai bawak kereta,” Puan Aisyah memujuk lagi, cuba untuk memancing anaknya.


“alah, kalau kat sini pun sama, kat rumah pun bukan mama bagi akak bawak. Ma, akak tak kisah pasal lesen tu. Akak nak pergi. Ma kat sini ada Bahasa Arab, akak tak suka,” Insyirah tetap dengan pendiriannya. Ya Allah, tolong hambaMu ini, aku mahu pergi.


“kakak belajar je sini, nanti dah sambung K.L abah belikan kereta,” Encik Kamal bersuara setelah menjadi pemerhati.


Insyirah mencebik “abah cakap je lebih, bukan dapat pun nanti,”


“dapat, belajar je sini.” Encik Kamal cuba meyakinkan anaknya.


Dan akhirnya, dia tinggal disitu dengan berjuraian air mata selepas ibu bapanya memujuk. Sungguh, saat itu tiada perkataan yang mampu menafsir perasaannya. Hatinya kecewa dan terkilan bukan kepalang. Cita-cita dan impian yang ditanam sedari kecil musnah begitu saja. Ya Rabbi, tabahkan hatiku. Sebelum mama dan abah pulang, sempat dititipkan buatnya pesanan dan doa. Menambah lagi sedih di hatinya.


Dirinya beralah selepas rasa bersalah kuat menyelubungi hati. Bersalah melihat air mata ibunya, selepas menyedari tinggi harapan ibu bapanya, meneyedari dia anak sulung yang perlu menjadi contoh untuk adik-adiknya, menyedari dia sangat menyayangi keluarganya, menyedari rezki Allah dimana-mana. Menyedari segala-galanya adalah dari Allah.


Selama dia hidup 18 tahun itu, tidak pernah dia melihat air mata mamanya gugur mencium pipi, tidak pernah juga dia dipeluk abahnyaselepas dia mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Dan ini pertama kalinya, setelah sekian lama. Betapa dia merasakan tinggi harapan ibu bapanya untuk melihat dia Berjaya. Biarlah kali ini dia beralah, sedang hatinya pedih menahan kecewa dan terkilan. Dipujuk juga hatinya agar tenang menghadapi segalanya.


Dia teringat mimpinya sebelum menjejak kaki ke tempat ini. Mimpi ketika selesai solat istikharah memohon petunjuk Rabbi arah tuju hidupnya nanti. Mungkin inilah jawapannya. Ya Azim andai engkau mentakdirkan aku disini, redhakan hatiku dan permudahkan perjalanan ku disini. Ya Rahman, aku kecewa, aku terkilan, aku sedih, tapi aku tahu setiap yang engkau takdirkan pasti punya hikmah yang tak aku ketahui. Tenangkan hatiku Ya Karim.


Dan kini, dia sangat bersyukur kerana hikmah itu jelas buat dirinya. Hubungannya bersama keluarga semakin rapat, dia didekatkan dengan cahaya dan jalan hidup Islam yang hakiki. Bahasa Arab yang dianggap susah suatu ketika dulu kini menjadi mudah di matanya. Benar kata tokoh Sondra Anice Barnes : "ia menjadi susah apabila saya terpaksa, dan ia menjadi senang apabila saya mahu". dipujuk juga hatinya demi menggembirakan hati ibu bapanya. Alah bisa tegal biasa, akhirnya dia menerima segalanya dan mampu menukar istilah susah kepada mudah. Terima Kasih Ya Rahman, Terima kasih kerana menempatkan aku di bumi tarbiyah ini.Terima kasih kerana menjadikan aku sebahagian dari mahasiswa Akademi pengajian Islam Nilam Puri ini. Terima kasih walhamdulillah. Al-Quran yang dipegang sedari tadi diletak kembali ke tempatnya, membuka langkah untuk ke musolla Khadijah untuk solat Isyak berjemaah.


p/s : sambungan cerpen maafkan saya yang lepas, maaf kalau tidak memuaskan..hanya sekadar mencuba.

cerita benar yang sedikit diedit dan diubah nama watak dan situasi atas sebab peribadi..ambil pengajaran mana yang baik di situ ye..

esok exam paper last..lepas tu balik..Ya Allah, permudahkan urusanku..bas, flight o kete??? herm.....

Jumaat, 5 Mac 2010

Rasamas or Pizza hut??

Salam alaik buat semua..Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurnia..herm, entri kali ni just wanna share some of my best moment..hee, semalam..for the first n last time keluar ngan member bilik..kami keluar ke KB Mall tuk jamuan bilik a.k.a makan-makan..(erk, jamuan tu makan-makan la kan..huhu)..disebabkan sekarang tengah musim exam, maka kami sekadar ke sana dengan niat untuk makan je, tanpa berbelanja (actually dah rambang mata tengok barang2 kat sana semalam..hehe)..

Pilihan kami, antara Rasamas atau Pizza hut..pilihan pertama Pizza hut..jadi kami berjalan ke sana..tapi kami memilih untuk menukar selera memandangkan tempat di Pizza yang penuh, maka kami memilih ke Rasamas..makanan situ?? boleh tahan la..dan mengenyangkan..sementara tunggu makanan, apalagi, bergambar la(ada pakcik tengok pelik kami..haha, lantakla)..

Seronok, semoga ukhuwah ini berkekalan dan lillahitaa'ala..insyaallah..setiap detik kita bersama akan sentiasa di hati..sayang kamu..-dayah, hani, d-yah-(",)

p/s: tinggal lagi 3 paper untuk habis..lepas tu balik, aku kena balik awal as kem b.a hujung minggu depan..so tak dapat nak join Malam Anugerah kolej..sedih, tapi takde rezki..so..kena terima hakikat la..huhu

pening nak cari fasi ganti madi n yam..Ya Allah, permudahkan urusanku..

pulangku nanti membawa pelbagai misi..huhu