Rabu, 26 Ogos 2009

ahlan Ya Ramadhan....


Alhamdulillah, Ramadhan bertemu lagi..semoga Ramadhan kali ini disambut dengan rasa tawaduk dan kesyukuran..di bulan inilah segala yang dilakukan menjadi ibadah..hatta bernafas juga adalah ibadah yang tidak terhingga nilaiannya...namun renung kembali, sejauh manakah Ramadhan itu benar-benar dihayati dan diambil segala kebaikannya..bagaimanakah puasa kita disisiNya?? Adakah sekadar puasa namun intipatinya kosong?? mengapa kita berpuasa?? kerana orang lain juga puasa?? takutkan pandangan yang lain?? tepuk dada tanya selera...

Ada orang yang seronok kerana datangnya Ramadhan..namun seronok kerana apakah itu?? kerana selepas Ramadhan bakal datangnya syawal yang ditunggu setiap golongan?? Hanya hati yang tahu mengapa...Alhamdulillah andai seronok kerana rahmat dan maghfirah yang ada..rebutlah segala kebaikan yang ada sepanjang bulan ini..jangan tergolong dari golongan yang rugi kerana mengabaikan masa yang ada berlalu tanpa ada ibadah padanya...

sabda Nabi yang bermaksud : barangsiapa yang mendirikan malam lailatul qadar dengan penuh keimanan akan diampunkan dosa-dosa yang lalu, dan barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan juga akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu (andai ada slah, maaf..) inilah diantara rahmat Allah kepada hambaNya, tanda kasih sayangNya yang tidak terhingga...



Kutip sebanyak mungkin mutiara dan kebaikan yang ada di bulan mulia ini kerana ia hanya datang sekali..mungkin kita tidak berjumpa lagi dengan bulan mulia ini di tahun depan...siapa tahu?? segala amalan baik yang dilakukan pada bulan ini, jangan dihentikan tatkala berakhirnya Ramadhan..istiqamahlah..ada manusia yang hanya baik saat Ramadhan, tapi bila hilangnya Ramadhan, maka hilanglah juga segala amalan baiknya..


Semoga terus istiqamah dan segala amalan diterimaNya..jangan pernah putus asa dengan rahmatNya..syawal yang bakal disambut nanti, sambutlah dengan kesyukuran..bersederhanalah..jaluk nga puro sing akeh2 ya..

Isnin, 3 Ogos 2009

Erti Persahabatan...

ukhwahfillah abdan abada..

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..

tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu...

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita...

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya...
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya...

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati...

Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita...

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka...

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah.......


Sahabat dulu kini dan selamanya