Khamis, 7 April 2011

selesai ber'khedmat’ dan akan terus berkhidmat..

Assalammualaikum..

sekian lama tidak mengupdate belog akibat kesibukan yang melanda..alhamdulillah, nikmat Allah masih lagi mampu dikecapi untuk digunakan sebaiknya..moga kita dijauhkan dari menjadi hambaNya yang kufur nikmat yang dikurnia..Nauzubillah..

Jumaat – Ahad lepas, saya berkesempatan dan diberi peluang untuk ber’khedmat’ di Sg Udang, klang..program khidmat masyarakat anjuran jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan UM dengan kerjasama SUK Negeri Selangor dan JKKK kg sg Udang..satu program yang melatih saya dan sahabat-sahabat untuk ke luar dalam mendepani cabaran masyarakat yang pelbagai..suatu pengalaman bermakna bagi kami..

Kudrat kami seramai hanya 15 orang untuk menguruskan satu program sebesar ini sungguh menguji kami..alhamdulillah, Allah memudahkan urusan-urusan kami..Syukran Ya Rahman..bagi saya, program ini merupakan titik tolak bagi kami untuk bergerak lebih jauh selepas ini..dalam tugas kami sebagai Daie yang akan pastinya berdepan dengan masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang cintakan Allah, Rasulullah dan Islam ini Insyaallah..

 DSC_2763 copy

ok, antara ramai-ramai ni..sila cari akak kecik ;p

DSC_2890 copy

eh, bendahari sesat disitu.eheh

DSC_2988 copy

Bersama peserta dan keluarga angkat bergambar bersama ^___^

 DSC_2992 copy

kalau terer, sila cari anggota nazifatul’amal..hehe

 DSC_3023

Barisan Urusetia yang ceria..^__^

DSC_1725 copy

amacam. ada gaya tak? eheh

Saya mendoakan agar ukhuwah yang telah dibentuk atas dasar program ini akan terus berkekalan atas dasar Islam..Insyaallah Khedmat ini akan diteruskan kerana ia bukan sekadar Khedmat yang didasari atas nama program..tapi ia adalah suatu khidmat yang akan diberi dan dihulur selagi mana nyawa ini dipinjamkan untuk dibaktikan buat manusia sekaliannya..insyaallah

“Ya Allah tuhan Yang Maha Pengasih, moga program yang kami laksanakan ini mendapat redhaMu ya Rahman..izinkan kami untuk terus berjuang dan berbakti di atas jalanMu..permudahkan urusan-urusan kami..teguhkan kami di jalan ini..kuatkan hati dan langkah kami dalam menuju redhaMu..sesungguhnya hanya padaMu tempat mengadu dan meminta..”

ameen ya Rabbal a’lamin..

p/s : sejarah program ini, tercipta kumpulan baru yang konon-konon akan naik suatu hari nanti..haha..kumpulan nazifahtul ‘amalina (gabungan nama nazifah + amalina..haha..senget)

program ini tugas saya adlah berjalan memusing kg (ok, jalan cari kerja..bukan suka-suka)..oh dan saya berpeluang memegang dslr..hehe

rindu kesibukan yang ada..alhamdulillah, segalanya berlalu dengan senyuman..moga senyuman ini senyuman bermakna..

exam makin mendekat..selamat berjuang sahabat ^_______^

4 ulasan:

  1. pasti ku merindui saat ini...makaseh sume.....dlm hati ada kamu sume....moga keceriaan kita berpanjangan....Ya Allah....kau restuilah ukhwah yg terbina antara2 kami...moga kami sentiasa berada diatas landasan agamaMu...

    BalasPadam
  2. Smart r...kenangan KHEDMAT' 11 pling best utk diingati walaupun byk dugaan kita dpt..

    BalasPadam
  3. terbaiklah Amal..hehe..rasa singkat plak program ni walaupun sedikit terseksa..hehe..

    BalasPadam
  4. Teruskan dakwah kamu, aku doakan kamu semua diberikan kekuatan untuk menempuh jalan ni.. Banyak masa akan ada turun naik (kamu lebih faham semua ni dari aku, so yeah..), tetapi kamu semua adalah orang paling kuat aku pernah kenal dan pernah berkawan, kamu semua mesti boleh pergi jauh. :)
    .
    Semoga Allah menaungi setiap titik perjalanan kamu, dan semoga redha dan rahmat Allah selalu memayungi kamu semua.
    .
    Kamu semua awesome, ya kamu dari 'KAMI JDPI'.
    .
    .
    .
    HFZ.

    BalasPadam