Selasa, 1 Februari 2011

bila lagi kita semua satu hati..

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah atas rahmat Allah yang tak pernah putus mengiringi hambaNya..saya baru selesai menjalani kem pemantapan dai’e..kem yang dianjurkan jabatan saya..jabatan dakwah dan pembangunan insan Universiti Malaya..ternyata memberi satu pengalaman yang bermakna untuk kehidupan mendatang saya..insyaallah..

kem yang menggabungkan 3 ipt (UM, USIM. dan KUIS) ini sememangnya menjalinkan ukhwah yang rapat antara kami..di dalam kem ini, kami diingatkan bahawa kami adalah dai’e yang memegang amanah Allah untuk menyebarkan risalah Islam agung..betapa tugas itu bukan semudah membaca ABC..ia perlu kekuatan dan keikhlasan hati yang tulus dari hati..kerana tugas itu adalah tugas utama kami..kerana ia bukan pilihan untuk kami..semoga Allah memudahkan urusan kami..

Insyaallah apa yang saya dapat dari kem ini akan saya aplikasikan untuk mencapai sasaran saya..moga Allah permudahkan ini juga..sebab usaha saya adalah untuk mencapai redha Allah..itu matlamat utama saya insyaallah..sesuatu yang membuat saya berfikir bila mengungkapkan bahawa “cukuplah Allah bagiku”..adakah selama ini, pergantungan saya cukup kuat kepada Dia..atau saya hanya mencari Dia saat susah..ya tuhan ampunkan hambaMu ini kerana sering melupakanMu..

1st year jdpi  1st year student yang ceria (^__^)

 

kump 6

Para Dai’e kumpulan 6 yang mantap

Ada rezki, panjang jodoh moga berjumpa lagi..insyaallah..persahabatan dan ukhwah yang terjalin untuk Dia..jom sahabat..kita doakan sahabat-sahabat kita di Mesir selamat..hanya Allah yang berkuasa atas segalanya..ya Rahman, bantu mereka menghadapi cabaran ini..berikan keselamatan untuk mereka..

p/s> assignment perlu disiapkan..kerja kuat ye..chaiyok2..

masalah yang satu telah diselesaikan…

Teha, seha ap cerite ni? jadi ke x plan kite? hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan