Isnin, 17 Januari 2011

penat yang bermakna..

3 hari saya tak cukup tidur..

kepenatan yang teramat..

tapi saya puas hati..alhamdulillah

dan saya rasa penat ini sangat bermakna…

terima kasih Ya Rahman untuk kesempatan itu..

Alhamdulillah..akhirnya KEM KEPIMPINAN SMKYL ‘11 berjaya diakhiri dengan sebaiknya..sasaran kem ini adalah barisan kepimpinan sekolah yang menjadi tulang belakang sekolah untuk dilatih menjadi pemimpin terhebat..bertempat di sungai congkak (kem rimba ria) benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal kami dan adik-adik..tapi alhamdulillah, segalanya berjalan baik tanpa sebarang masalah yang mematahkan semangat kami..terima kasih atas kerjasama semua..   

ini merupakan percubaan pertama saya membuat program di tengah hutan rimba..Alhamdulillah..atas rahmat dan kasih sayang Dia, segala yang terjadi menjadi sangat bermakna..saya mahu mengucapkan sejuta terima kasih buat teman-teman urusetia yang sudi membantu saya..tanpa mereka, saya pasti tak berjaya mendidik mereka..

DSC01010

DSC01017

nuar, topx, fatin dan fairuzah: sanggup turun padang dari jauh walaupun bersusah payah demi mendidik adik-adik menjadi pemimpin hebat sehebat sultan muhamad al-fateh..tak terbalas rasanya jasa mereka ini

Syuhada dan hana : sanggup juga turun padang walaupun kelas dan ujian perlu dihadapi..kehadiran mereka memang sangat bermakna

Faisal : mahu turun sekejap berjumpa kami walaupun hanya beberapa jam..terima kasih untuk kek yang sedap tu (^__^)

Thaha : sanggup menyediakan bermacam perkara untuk kami dengan kepakaran yang ada..juga t-shirt yang cantik itu..terima kasih..semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi..

Ahjoy, Syukri, Affy, Syibrah, Shikin, Maream, dan Madihah : sahabat-sahabat UM saya yang mahu meluangkan masa membantu adik-adik yang hadir menjadi pemimpin terbaik..juga sanggup membantu walaupun di saat-saat akhir..terima kasih dari hati ini..

Fitri : sudi membantu saya bersusah bermula dari sebelum kem sehingga kini..sungguh, tak terbalas rasanya segala usaha dan pengorbanan yang diberikan..saya doakan semoga dirahmati Allah selalu..

dan special thanks saya untuk ust amin : mahu datang membantu kami walaupun sehari..sungguh, kehadiran ust membawa kekuatan kepada kami untuk membentuk adik-adik..tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan akan di jadikan pedoman untuk kami..terima kasih ust..semoga ust juga dirahmati Allah selalu..

tak lupa juga..guru-guru sekolah SMKYL yang sentiasa mendukung kami untuk membentuk pelajar mereka..terima kasih dari saya..

tak terbalas jasa mereka ini..hanya Allah mampu membalasnya..sangat banyak kenangan dari kem ini..bagi saya, ini adalah kem yang istimewa kerana ukhwah antara kami pihak urusetia terjalin baik dan rapat seolah-olah sudah lama kenal..saya seronok dan happy walaupun ada masanya kesihatan saya seolah-olah tidak mengizinkan..tapi kak fai mengingatkan saya..bahawa, ini untuk islam..maka saya gagahkan diri..terima kasih untuk kata-kata itu (^_^)

DSC00866

DSC00854

untuk adik-adik yang diingati..semoga apa yang disampaikan memberi kalian 1001 makna untuk digunakan sepanjang kehidupan kalian sebagai hambaNya..jadikan ini kenangan yang terindah buat kita..bersama kalian walaupun hanya 3 hari 2 malam umpama bersama sepanjang tahun rasanya..doa kami sentiasa megiringi kalian..ingat ikrar yang telah dilafazkan..terima kasih untuk kerjasama yang diberikan..bukan niat kami mahu memarahi kalian..tapi ia adalah suatu bentuk didikan untuk membentuk adik-adik menjadi pemimpin hebat..teruskan usaha.. 

p/s : suara saya masih seperti bintang rock..adeh..(T_________T)

kenangan kem ini..enset masuk air lagi..tape..ad hikmah kot..

pagi-pagi turun, kete kena clamp..sampai a.i, matrik card masuk longkang..(T______T)

tak jadi join tanyalah ust..sangat kepenatan..

berjumpa dengan kak fardila..senior sekolah dulu..masih dengan gayanye yang dulu..

ust rizal datang memberi ceramah..sudah seperti reunion pula..menjadikan kem ini lebih bermakna (^__^)

 

4 ulasan:

  1. wah... biar penat tapi pus.. salm kenal n dah follow kamoo..

    BalasPadam
  2. salam..sesungguhya pengorbanan itu indah..teruskan berjuang duhai sahabat..terima kasih kerana beri peluang kak fai bersama kalian semua...moga usaha kecil ini mendapat redhaNya..

    banyak kenangan di kem kali ini..

    doakan kak fai cepat sembuh ya..

    BalasPadam
  3. deanza> salam kenal :)
    permata> sama-sama kasih..syukran untuk kesudian meluangkan waktu..hanya Allah mampu membalas segalanya..ameen

    BalasPadam
  4. Sy tido selama 3 jam setengah dalam tempoh 3 hari kem itu. Naik bukit hanya berbekalkan tido 1 jam setengah. Hoho..

    Weh, terharu aku ko tribute kat aku. Nangis2 aku baca. Haha!

    BalasPadam