Khamis, 6 Januari 2011

bila saya berfikir..

assalammualaikum..

terima kasih kerana sudi menjenguk ke sini..belog saya yang sangat simple..saya menulis bila ada sesuatu untuk dikongsi dan dirasai..jadi, selamat menjenguk-jenguk ye..

herm, kebelakangan ini, saya sangat-sangat terasa risau dengan beberapa perkara..tapi saya suka rasa risau ni..walaupun kadang-kadang dada saya rasa sesak seolah tak cukup nafas bila kerisauan itu datang (T_____________T)..

49ffe463ec26994f6b0c0aabd86f3611

rasa risau ini bagi saya suatu rahmat..sebab ia pun kurniaan Dia juga kan (^__^)..bila risau, pergantungan kita kepada Dia akan sangat tinggi..dan bermakna kita akan sentiasa ingat Dia..memohon bantuan Dia untuk mengatasi rasa risau yang datang dan berharap agar kerisauan itu tidak menjadi kenyataan..maka ia suatu rahmat yang sangat istimewa bagi saya..dek kerana fitrah manusia yang selalu terleka bila saja kebahagiaan datang..jarang nikmat itu disyukuri..bila diketuk dengan rasa seperti ini, barulah tersedar dan tersentak dan mencari-cari petunjuk dari Dia..maka masa-masa inilah ingatan kepada Dia semakin dalam..dan ia suatu rahmat dan ketenangan bila mengingati Dia..

ujian itu tanda kasih sayang Dia..Dia mahu mendengar keluh kesah hambaNya..supaya hambaNya tidak lupa diri..dan sedar bahawa hidup ini milik Dia…tiada satu pun boleh didakwa milik kita..hatta roh dan jasad ini milik Dia..malu rasanya bila teringat saat kelalaian mengingati Dia..tapi Dia maha penyayang..betapa banyak pun kita melupakan Dia..Dia masih mahu memaafkan kita..memberi ampun bagi hambaNya yang tulus ikhlas sujud memohon keampunan..

maka bila ujian dan risau ini datang,berlapang dada dan bersangka baik kepada Dia..sebab segalanya atas ketentuan Dia..dan syukurlah atas setiap rasa yang ada..redha atas ketentuan yang datang..cubalah untuk kurangkan rungutan dan sungutan atas setiap yang ditakdirkan..sebab itu tanda bahawa sabar, tabah dan redha ada dalam diri..dan percayalah, atas pergantungan yang tinggi kepada Dia itu ada sesuatu yang istimewa menanti..kerana tak semua yang disukai adalah yang terbaik untuk kita dan tak semua yang dibenci adalah yang terburu untuk kita..maka sabarla wahai hati..ada hikmah yang Allah sudah sediakan untuk diteliti tentang kekuasaan DIa..

Semoga Allah akan permudahkan urusan saya..dan bila saya berfikir bahawa ‘risau itu rahmat’..sedikit terubat kerisauan itu..alhamdulillah atas fikiran ini yang Kau kurniakan ya Allah..bantu kami untuk jalan ini..supaya hidayah dan rahmat kasih sayang Mu sentiasa mengiringi kami..ameen

p/s : sume orang dah dapat result..tapi jabatan saya sangat istimewa..result kami maseh surprise..oh apakah..(T_________T)

kem maseh tinggal lagi seminggu..apa la yang akan jadi..herm

sem ni saya dapat lecturer yang best best..alhamdulillah

kawan-kawan yang diingati..silakan ikhlaskan hati untuk bekerja kerana Dia..bukan seronok semata..supaya Dia akan beri ganjaran selayaknya atas pengorbanan yang dicurahkan..insyaallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan