Rabu, 16 Disember 2009

usul ditolak lagi...

TYDP, kami selaku perwakilan pembangkang, sama sekali tidak bersetuju dengan usul kita pada hari ini kerana kami yakin dan percaya bahawa sesungguhnya F1 1Malaysia bukan satu pembaziran...

begitu persidangan itu berlaku..dan alhamdulillah, usul itu ditolak..dan apabila ditolak, maka perwakilan pembangkang menguasai persidangan...aku adalah pembangkang jadi bermakna aku menang(mende yang aku belit ni..ngee)..dan sekali lagi...bez debater itu diberi..alhamdulillah..suasana persidangan tadi memang cukup hangat dengan kehebatan kedua-dua pihak...teringat zamn dulu lg..(aisy,asek msuk memory lane je...huhu)

herm, tapi di sebalik semua ini, aku belajar sesuatu..sesuatu yang aku lupakn..sesutu yang menyebabkan aku lalai dan leka..ceritanya begini..malam sebelum debat itu, hatiku sudah sangat frust kerana tak ketemu hujah untuk debat ini..maka aku sangat stress sehingga ada rasa untuk menangis..namun pagi itu, sesuatu telah membuatkan aku berfikir berkenaan matlamat sebenar aku masuk debat ini..dan akhirnya aku tersedar, matlamat sebenar adalah keranaNya..dan mula saat itu, semangatku yang luntur terus melonjak naik dan lebih berkobar-kobar untuk memulakan debat yang benar-benar keranaNya..dan sungguh kali ini aku benar-benar merasakan satu nikmat yang sangat sukar diperoleh...nikmat meletakkan pergantungan dan harapan hanya padaNya...dan aku mula sedar, menang kalah, perkara ke-2..dan akhirnya rezeki itu masih milikku...terima kasih Ya Rahim..semoga hidayah ini terus kekal denganku...ameen...

ingat ye sahabat sayang...tak rugi meletakkan sepenuh pergantungan dan kepercayaan padaNya..kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya..di dalam hidup ini tidak pernah wujud kebetulan kerana setiap perilaku dan perbuatan kita telah ditakdirkan olehNya.teruskan berusaha dan berdoa padaNya...sungguh,..sangat tidak rugi bahkan sangat menguntungkan..

selamat beramal..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan