Rabu, 30 Disember 2009

mudahnya berkata-kata...

"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (As-saff:2-3)


Ya, satu perkara yang sangat dibenci Allah bahkan sekalian makhluknya buat sesiapa jua yang hanya pandai berkata-kata tapi tidak berbuat apa yang dikata atau dengan perkataan yang lebih mudah, cakap tak serupa bikin..ini satu peringatan buat kalian yang bergelar insan dan aku selaku hambaNya yang hina..


Hari ni, Allah telah membuka ruang fikiranku untuk berfikir berkenaan 'cakap tak serupa bikin' ini...apabila sejak kebelakangan ini, aku dikelilingi oleh orang sebegini..orang-orang yang hanya tahu memberi nasihat, sedang diri jauh dari apa yang dinasihati..orang-orang yang sangat pandai berkata-kata tapi hakikatnya, berbeza dengan apa yang dikata..kasihan ye...mungkin mereka tidak sedar, atau tidak disedarkan atau sengaja tidak mahu sedar..entah, hanya mereka yang tahu...


Cuba buat tengok


pernahkan dikalangan kita terjadi perkara sebegini, sedang kita menasihati seorang lalu dia menempelak dengan berkata "cakap memang senang, cuba buat tengok"...apa perasaan kita tatkala itu? marah? terdiam? mencari-cari alasan yang terbaik untuk menjawab tempelak itu? tepuk dada tanya iman...sungguh, berkata-kata itu sangat mudah, tidak perlu menggunakan banyak tenaga untuk membuka mulut dan berkata-kata, tapi hakikatnya...susah untuk melaksanakan apa yang dikata...kerana itu, berhati-hatilah apabila berkata-kata..


sabda Rasullullah s.a.w : barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah menyakiti jirannya dan barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamu dan barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, berkatalah dengan kata-kata yang baik atau diam..


kata-kata yang sedikit itu kadang-kadang boleh membawa kesan yang sangat besar..terutama apabila kata-kata itu digunakan untuk 'cakap tak serupa bikin'...mampu membawa kepada perpecahan, terbit dendam di hati, dan paling parah...hilang rasa hormat pada individu itu, bahkan mungkin mampu mengundang rasa benci..nauzubillah, minta kita dijauhkan...tapi hakikatnya inilah yang terjadi...


mudah kan, cakap je dengan penuh berkobar-kobar dan menasihati satu dewan untuk menyokong sesuatu dan menasihati sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan..menyeru agar sekalian manusia turut sama dalam menyertai sesuatu dan beri saranan apa yang seharusnya dilakukan..tapi apabila dipinta untuk menolong bagi melancarkan lagi...dengan mudah juga berkata..tak boleh, tak mahu, ada kerja dan seribu satu alasan lagi..haha kelakar rasanya..sangat kelakar..Ya Rahim, limpahkan hidayah dihatinya...

Ya Allah, tuhanku yang maha Agung, yang mengetahui tiap sesuatu..aku mohon agar aku dan sahabat-sahabatku jua muslimin muslimat dijauhkan dari melakukann perbuatan yang dibenci Mu..kami takut kemurkaanMu ya Azim..sesungguhnya kami banyak berbuat dosa..ampuni dosa-dosa kami samaada sedar atau tidak Ya Karim..sesungguhnya hanya padaMu kami bersandar dan meletakkan setinggih harapan..semoga cita-cita kami untuk berada di syurgaMu mampu kami perolehi dengan redhaMu ya Rahman...

p/s: geram dengan beberapa orang..semoga Allah berikanku ketenangan..

banyak sangat masalah..tapi aku yakin pasti ada jalan keluar kerana Allah ada bersamaku...

dlm proses menyiapkan asgmnt n menyelesaikan masalah yang datang...hanya padaNya aku bersandar....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan