Ahad, 25 Oktober 2009

Ragam manusia

Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan..Ya benar pepatah ini..setelah sekian lama tidak turun Kuala Lumpur, bumi pembangunan yang sentiasa sesak dengan manusia..aku keluar dengan suatu misi..berjumpa teman lama..namun dalam perjumpaan itu, bermacam jenis manusia telah aku temui..dan bermacam ragam manusia berjalan di depan mata..saat itu, serasa ingin tumpah air mata ini melihat manusia yang lupa pada Allah.berjalan berpelukan di antara bukan muhrim tanpa memikirkan dosa pahala..di hati cuma berdoa, semoga mereka dilimpahkan hidayah..namun lekas-lekas aku buang su'uzan itu..mungkin mereka sudah berkahwin, mudah-mudahan..

betapa aku sedih melihat kaumku melihatkan aurat mereka dengan begitu bangga..Ya, aku tahu, aku tak layak untuk berbicara perkara sebegini..aku juga bukan manusia yang baik untuk menegur manusia lain agar terus menegakkan syiar tegak berkembang..namun andai aku terus berfikiran sebegini, aku takut akan disoal kerana tidak menjalankan tugas sebgai Muslim kerana setiap yang muslim itu perlu berjihad menegur kemungkaran yang berlaku di depan mata...

Sahabat sekalian, renung kembali..siapa kita? untuk apa kita hidup? lalu apa tugas kita? tepuk dada tanya selera..jawapan itu ada pada kalian..cari lah dan teruskan hidup dengan melaksanakn tugas sebagai hambaNya yang bertanggungjawab menegakkan agama Islam..ingat sahabat, masyarakat kita sudah terkena serangan yang berada di tahap amat kritikal..serangan fikiran yang disuntik secara perlahan untuk melemahkan umat islam..dan kini mereka berjaya..Ya Allah selamatkan umat Islam ini..jangan Kau biarkan kami terus hanyut...

kerana serangan fikiran ini jugalah akhirnya wujud istilah 'open minded'..open mindedkah kita andai islam itu ditolak tepi..open mindedkah kita andai Islam diperlekehkan..open mindedkan kita andai sanggup melihat Islam tercinta ini dihina? tepuk dada tanya selera..sesungguhnya Islam itu diturunkan untuk menjaga kemaslahatan umatNya..tiada jumud dalam Islam..rugilah manusia yang hidup tidak mengikut landasan yang betul..

lalu diri ini tertanya..siapakah yang bertanggungjawab untuk membasuh kembali pemikiran umat ini..usah dituding jari pada sesiapa..kerana tanggungjawab ini ada pada aku dan sekalian manusia yang bergelar muslim dan muslimah..Ya Allah, ampuni dosaku..hambaMu ini sering lupa padaMu dan takut untuk menegakkan kebanaran..Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk terus berjihad di jalanMu..

selamat berjuang sahabatku..

1 ulasan:

  1. Allah telah berjanji dlm kitab sucinya Al-Quran bahawa akan ada sekumpulan manusia yang akn mengajak kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran.
    akan tetapi jangan kita hanya brgantung kepada golongan ini sahaja, ini juga tanggaung jawab kita yang telah bebaiah dengan allah dengan ucapan syahadah.

    BalasPadam