Ahad, 6 September 2009

1 cerita, sebuah memori tercipta..

Alhamdulillah, nikmat iman dan islam itu masih dikecapi..dan aku terasa sgt2 bersyukur kerana masih mampu hidup dgn pelbagai nikmat..entri kali ni aku nk berkongsi satu cerita, satu pengalaman yang sgta aku hargai sepanjang aku hidup 19 tahun ini..tanggal 5 september 2009..sebuah tarikh bersejarah yang terjadinya 2 peristiwa penting dalam hidup aku...tarikh aku selamat dilahirkan dan mendapat nafas untuk melihat kemuka bumi 19 tahun ni dan tarikh aku bersua dengan adik-adik baru...

Alhamdulillah majmuah 8 berjaya mengadakan program di rumah anak yatim pengkalan chepa dan yang paling istimewa, ia terjadi di tarikh hari kelahiranku dan ia satu hadiah paling bermakna dalam hidupku..hadiah yang mungkin tak mampu aku dapat dimana-mana..hadiah yang sangat-sangat istimewa...

Kami bertolak jam 7.30 pagi..sampai disana kami disambut dengan muka ceria penghuni di sana..program bermula dengan pendaftaran, kemudian pembahagian kumpulan..aku ditugaskan menjaga kumpulan 10..melihat muka mereka terasa sayu di hati..dan aku agak cemburu dengan mereka..mereka diberi nikmat yang sangat istimewa..nikmat ujian untuk manusia yang beriman..x mampu aku bayangkan sekiranya aku ditempat mereka..

program diteruskan dengan sedit permainan dan tayangan video..seronok rasanya melihat muka mereka yang ceria saat bermain..mereka dibenarkan rehat untuk seketika..aku diajak naik oleh salah seorang peserta kebilik mereka..terharu bila menerima layanan baik mereka..saat itu sungguh aku teringat pada adik-adikku dirumah(xpe, jummat ni sampai umah..hehe)..lepas rehat, kami solat berjemaah di dewan arafah, dan bermula sesi tadarus..aku memilih untuk mengajar adik-adik yang masih bertatih membaca iqra'..usai membaca, kami bersembang...disinilah aku mula mengetahui pelbagai cerita..seterusnya bermula lah LDK 1 dan 2..alhamdulillah kerjasama diberikan cukup baik..semoga pengisian yang diberikan juga diambil dengan baik..

kemudian kami solat asar berjemaah..usai solat, kami bermain pengkhianat..(masa ni ad bekeng ckit..hehe..sori dik) macam2 jenis peta terlukis..tahniah buat pengkhianat...hehe..kemudian kami berkmpul..rupa-rupanya, ada salah seorang peserta yang sama tarikh lahir(Fatin Nadhira)..aku maklumkan pada radi dan kami berama-ramai menyanyikan lagu 'ALLAH SELAMATKAN KAMU'..ingat nak senyap-senyap je tarikh sendiri tapi akhirnya bocor juga..kemudian sambung pula nyanyikan untuk aku..malu dan terharu rasanya..tapi ini antara pengalaman trmanis untukku..kemudian kami bersiap untuk berbuka dengan tamar dan segelas air..solat maghrib berjemaah dan langsung berbuka nasi dan lauk pauk(masa ni makan nasi kawah sama dengan adik-adik..tingat zaman skolah dulu)..

usai makan, aku diajak berbual dengan mereka..fatiha, faizah, shafira, husna n ramai lagi..mereka menghalang kami balik..terharu rasa, takpe dik..nnti kami dtg lagi ye..tunggu kami..mse ni lah sesi memberi biodata untuk setiap fasi..lalu diteruskan dengan slot sharing moment by Zikri selepas selesai solat isyak dan terawih berjemaah, saat ni baru aku tahu faizah kehilngn kedua ibu bapanya..sabar ye dik..kamu insan terpilih...Zikri bercerita tentang ayah yang sakit..sungguh aku juga teringat pada ayahku yangsakit..dan sungguh aku juga takut kehilangan..tapi ak tahu, ak harus bersedia..kemudian bas sampai dan kami terpaksa balik..lambaian selamt tinggal mengiringi kami..semoga pertemuan ini membawa beribu erti bagi kami dan mereka..

tahniah diucapkan kepada semua ahli majmuah 8 terutama badan pelaksana..buat adik-adik, jangan cepat putus asa..kalian adalah insan pilihan yang tersangat istimewa..kalian sentiasa dihati..Ya Allah yang maha pengasih, Kau limpahkanlah rahmatMu ke atas jiwa-juwa suci ini..Kau berikan hidayah dan kekuatan buat mereka untuk terus menempuh dunia Mu yang menipu..Lindungi mereka dengan kasih sayangMu..ENgkau yang Maha Mengetahu lagi Maha Penyayang...

p/s: gambar akan dimasukkan untuk entri akan datang...ada plan nk g jupe diorg sblm balik..sape nk ikot?..hehe

1 ulasan:

  1. Salam...Allah selamatkan kamu...3x..
    hee da tua da ye kak ama...hik3
    Moga panajng umo dan d murahkan rezeki..
    Moga seluruh umurmu diberkati..

    tahniah lah kpd majmuah 8 yg wat program tu ye..Mabruk3

    BalasPadam