Selasa, 15 September 2009

sedihnyeee....

Pejam celik, pejam celik..Ramadhan hampir meninggalkan kita dalam 3 hari lagi...adakah sepanjang sebulan yang dilalui dimanfaat sebaiknya atau dibiar berlalu begitu saja..tepuk dada tanya selera..Tirai Syawal semakin terbuka luas untuk dilalui..dalam bersemangat menyambut lebaran yang bakal tiba..adakah kita muhasabah kembali diri untuk sebulan yang dilalui...Ya Allah, betapa hambaMu ini lalai dalam memanfaatkan masa yang berharga ini yang hanya mampu dilalui sekali setahun...adakah aku mampu untuk bertemu dengan Ramadhan lagi?? saat hampirnya Ramadhan, aku seronok kerana mampu melalui satu bulan barakah yang sangat istimewa..dan aku amat berharap akan bertemu lagi Ramadhan karim ini..Ampunkan dosa hambaMu yang hina ini Ya Rahman yang Maha Pengasih..Hanya padaMu tempat ku bersandar..



semoga 3 hari yang tinggal ini akan dilalui sebaiknya..semoga kita beroleh keberkatan di bulan mubarak yang tinggal ini...syawal yang dirai, sambutlah dengan sederhana..ziarah menziarahi terus dijadikan amalan dan maaf memaafi sentiasa diberi...semoga lebaran terus memberi 1001 makna buat kita semua...mohon maaf andai ada yang pernah terasa hati dengan diri ini....jaluk nga puro sing akih2 ya..



sekadar berkongsi: ada seseorang yang beri pesanan ini melalui YM..baca dan hayati ye..


“Anakku, ingatkan kamu pesan ulama Rabbani, jangan kamu menanam pohonan syurga dengan benih-benih neraka?” Mengerjakan solat dengan kesungguhan tetapi tahajud langsung tidak membantu mendekatkan diri kepada Allah. Hanya tahajud, hanya gerakan badan, sedangkan hati tidak bersama-sama. Hanya bangun di malam hari sedangkan simbahan cahaya pada mata hati redup sekali. Bacaan al-Quran yang hanya menjadi gerakan bibir dan basahan lidah sedangkan akal tidak mengerti dan jiwa semakin kontang. Hanya zikir yang terlafaz sedangkan mata tidak menangis. Hanya merenung dosa dengan ingat-ingatan bukannya dengan jiwa dan rasa mendalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan