Khamis, 30 September 2010

sahabat itu...

assalamualaikum..

sedang menunggu waktu untuk jamuan raya di JDPI..dan untuk mengisi masa ini..blog yang simple ini mahu diisi..memikirkan rentak untuk jari ini menari menulis apa yang dirasa..terlihat perkataan 'sahabat'..apa erti sahabat itu?? setiap orang ada tafsiran tersendiri tentang sahabat itu..dan bagi aku, sahabat adalah untuk mereka yang istimewa..yang benar-benar seorang 'sahabat'

sahabat itu..
sentiasa ada saat aku gembira..
bukan hanya di waktu duka..
untuk berkongsi rasa..
meminjam bahu menongkat dunia..

sahabat itu..
memahami aku apa adanya..
menerima baik buruk ku dengan hati yang rela..
menegurku saat aku lupa..

dan sahabat itu..
mengingatkan aku kepada Dia..
menjadikan hatiku tunduk kepadaNya..

juga menghargai ku sebagai sahabat..
sebagaimana aku menghargai dia sebagai sahabat..

terima kasih untuk sahabat-sahabatku..Alhamdulillah atas semua kurniaanMu Ya Allah..kurniaan bertemu sahabat-sahabat yang baik seperti mereka..moga persahabatan ini untukMu, demiMu, dan hanya keranaMu..

p/s: tetibe entri touching+puitis lak..nk terasa macm ni lak masa ni..huhu

moga perjalanan nanti dipermudahkan..Ameen..

bile la bloggie ku nk sampai ni..

sbpi amir dh dpt isi..alhamdulillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan