Rabu, 23 Jun 2010

bila hati berbisik

sejak beberapa hari ini, ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan ketenanganku..ada perasaan sedih, takut dan kecewa bersama..sungguh, sangat mahu meluahkan..tapi biar hanya Dia yang tahu..

aku mahu menegur kepada mereka yang menjadikan kecewa itu bersama perasaan ini..ya! aku kecewa dengan mereka yang hanya tahu berkata-kata, memberi komen itu dan ini tapi bila diminta tampil kehadapan lari jauh kebelakang..katanya takut dan tak mampu..

kepada kamu..kamu kata kamu sayang sahabat kamu, tapi kenapa kamu biar mereka begitu? kenapa kamu mengundurkan diri? sedih..sgt sedih hati ini..kamu sangat hebat bila didepan mic..apa saja kamu boleh katakan..bila cakap tentang dakwah..wahh..serah saja pada kamu tapi kenapa kamu tidak kedepan bila ada sesuatu yang akan menjadikan apa yang kamu katakan itu dipraktikkan..

sebab kamu hanya tahu menghukum!

menghukum manusia yang begitu dan begini seolah-olah kamulah yang terbaik sedang kamu tak pernah cuba untuk memahami dan meletakkan diri kamu di keadaan mereka..peringatan untuk diri sendiri juga..percayalah sahabat, biarpun sedikit amar makruf itu, pasti ada yang terkesan..Allah itu maha mendengar..bukankah selemah-lemah iman adalah menegur didalam hati..biar sedikit usaha itu jangan tiada langsung! kamu bukan tidak tahu tentang method dan mehnah dakwah..bahakn kamu arif tentang itu..tapi kenapa kamu hanya tahu angkat bendera putih bila berdepan situasi itu??

Ya Allah..tenangkan hatiku..maaf kepada kamu..hanya luahan hati..tiada unsur marah cuma kecewa sedikit..

sedih bila segalanya berubah dan bila ilmu yang dulu didapatkan berlalu tanpa ada amalan..ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah..

takut untuk berdepan dengan dunia..masihkah ada ruang dihati mereka untuk itu? ya Rahman jangan Kau tarik hidayah yang ada dengan kami dan tambahkan hidayah itu agar kami dekat denganMu..ameen..

"(yaitu) org-org yg mnjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. maka pada hari ini(kiamat), kami melupakan mereka sebagaimana mereka dahulu melupakan pertemuan hari ini, dan kerana mereka mengingkari ayat-ayat kami" -Al-a'raf, 51

p/s: tga mood mahu belajar..hilang mood utk mengajar..hehehe

sebuk mahu menguruskan macam-macam

30 jun tarikh akhir aku di sraps..syukran semua ala kulli hal..

4 julai..UM here i comes..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan