Khamis, 17 Jun 2010

ada waktu dan ketikanya..

salam ukhuwah semua..lama sudah niat mahu mengupdate tapi tak terupdate jugak..hehe..macam-macam yang bermain difikiran..tapi mungkin kesempatan untuk berkongsi itu kurang..seminggu ini aku dalam dilema..dilema memilih antara yang dekat atau jauh (huhu, macam apa je)..

dan akhirnya Allah ilhamkan pujangga ini(bak kata abg yus, pujangga yang sedih..huhu)
"ada masanya sendiri itu perlu, ada masanya bersama mereka itu penting"

ya, ada waktunya, bersendiri memberikan ketenangan.
.jauh dari kata-kata manusia yang memeningkan kepala..
sebab kadang-kadang ada yang akan membuat kita sakit..
sakit jiwa, sakit hati, sakit mata dan sakit segalanya..
juga ada masanya membuat jiwa kecewa dan tertekan..
kerana itu ada masanya sendiri itu perlu..
sangat perlu..
dengan dunia sendiri bersama pencipta Yang Esa..
merintih, memohon dan mengadu tentang apa saja kepada Dia yang sentiasa ada buat kita setiap saat, waktu dan ketika..
sedang Rasulullah juga pernah mengasingkan diri dan menghambakan diri hanya untuk pencipta(ingat kisah Rasulullah saat menerima wahyu pertama)..
dan ada ketikanya bersama mereka akan mengubat jiwa yang lara..
bersama teman-teman yang ceria akan membuat bibir tersenyum gembira..
mengubat rindu yang tersimpan didada..
bercerita, bergelak tawa, dan bersedih bersama..
kerana ukhuwah itu indah..
lagi indah andai diniatkan untuk Allahuakbar..
sebab itu Allah temukan kita dengan bermacam jenis manusia..
dengan pelbagai ragam dan ceritanya..
agar kita mengambil iktibar dari kisah mereka..
sebab hidup kita sentiasa dikelilingi manusia..
dari bangun tidur hingga celik kembali..
"sesungguhnya orang islam itu bersaudara"
p/s:nak ke pd @ ts??
tahniah mr. fitri..UM destinasi seterusnya..
laporan dah slmt dhntr ke pihak tertentu..alhamdulillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan