Isnin, 26 April 2010

Thumbs Up untuk mereka

“dah sampai mana?” meseg ringkas dari fara masuk ke inboxku..saat itu aku sedang menunggu Cik Kinah di KTM serdang bersama maream..untuk seketika, kami berbalas meseg, dan diakhiri dengan pesanan hati-hati dan jangan lambat sangat..

sampai di destinasi, Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang..kami disambut fara dan bersalaman dengan fasilitator lain lantas terus menyelesaikan apa yang sepatutnya.. 

setelah dibahagikan kumpulan, aku menerima kumpulan 9 sebagai kumpulanku..seronok bersama mereka..kumpulan yang ceria, bersemangat dan sentiasa happy..gelak ketawa sentiasa mengiringi kami..hehe..dan pastinya di sebalik gelak itu masih ada input yang dikongsi…

DSC00896

kumpulan parameswara=)

satu program yang sangat bagus dan mantap bagiku..dari segi pengurusan, pengisian dan perancangan..thumbs up untuk mereka..

Modul dan kerjasama mereka cukup bagus..segala yang dirancang menjadi..bahkan, antara peserta dan fasilitator punya ukhwah yang baik..saat perpisahan bertamu, sedih menyelubungi hati masing-masing..(terharu bila ada yang menangis..esp lelaki..hehe..jgn cedih2 tok)

untuk adik-adikku, semoga terus berjya..teruskan usaha hingga ke puncak jaya..seronok bersama kalian..jadikan input yang diberikan sebagai panduan hidup yang bermakna buat kalian..akak sayang kamu..

dan terima kasih untuk fara yang memberi kesempatan ini..terima kasih juga untuk maream sam dan sakinah kerana menemani ku merentas jalan dan berprogram bersama..terima kasih untuk mereka fasilitator di program itu kerana beri dan terima kami di program..semoga ada kesempatan berprogram lagi..

sudah tentu syukran walhamdulillah keatas Allah yang memberi rahmat dan nikmat buat hamba-hambanya..syukur dan terima kasih Ya Allah kerana mngurniakan aku kesempatan untuk merasai pengalman ini, bertemu adik-adik tersayang, bertemu mereka yang hebat-hebat itu..syukran, syukran, syukran..

mukhayyam jati diri dan keunggulan sahsiah..samtk

p/s : kem yang sangat best..nak ambil modul saham dari ketua fasi..tp cmne ye..herm…

alhamdulillah, permohonan ku sudah ada yang diluluskan..terima kasih Ya Allah untuk rezeki itu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan