Rabu, 14 April 2010

Aku dan mereka…

Salam Alaik buat semua yang sudi menjengah ke blogku yang sedia ada ini..setinggi kesyukuran dilimpahkan buat illahi atas kurnianya yang tak pernah berhenti buat hambanya..

agak lama aku tidak mengupdate blog..kekangan masa dengan pelbagai perkara dan kesibukan yang menjengah kehidupanku (ehem..sebuk ke?..huhu) eheh, perkara ini sudah dijangka saat aku meninggalkan nilampuri dahulu..dan aku tidak akan sesekali berpatah kembali dan memandang belakang kerana aku percaya Allah menguji hambanya sesuai dengan keupayaan hambanya..

syukur dan nikmt

biar apa pun, syukur atas nikmat tetap mengiringi kehidupanku kerana sang pemberi nikmat sentiasa ada untuk terus memberi kepada hamba-hambaNya tanpa jemu..teruslah panjatkan kesyukuran buat Allahu Rabbi..

apa yang disebukkan sangat? kan tengah cuti??.. herm cuti untukku adalah cuti yang bekerja..bekerja untuk sesuatu yang mampu menyumbang buat mereka..bukan kerja yang sia-sia kerana Allah tidak melihat hasil tapi melihat sejauh mana usaha itu..kerana itu aku lebih rela dan suka untuk usaha itu biarpun aku tahu hasilnya nanti mungkin tidak seberapa..berdepan dengan pengalaman yang mematangkan jiwa dan mengajarku bermacam perkara..seronok..

saban pagi setiap isnin hingga jumaat, laungan suara dari si kanak-kanak kecil menyuktik semangatku..

“Assalamualaikum Ustazah Amalina”

hehe..ini kerja baru aku..seronok bertemu dengan jiwa-jiwa kecil yang punya inkuiri untuk belajar..belajar mengenal dunia..dalam kelas, ada saja gelagat mereka..

“ustazah tadikan dia kacau saya buat kerja”

“ustazah, tengok dia ni..dia main kad ustazah”

“ustazah, dia ambil pensel saya”

dan macam-macam lagi..ustzah itu, ustazah ini..pening kadang-kadang, tapi aku seronok dengan cabaran-cabaran ini..

orang kata, kanak-kanak tak pandai berbohong..dan sangat aku setuju dengan kenyataan ini..kerana asasnya mereka memang tak pandai berbohong..cuma kehidupan yang mengajar mereka begitu..kerana itu, melentur buluh biarlah dari rebungnya..

dan masa cuti ini, kancil hijau itu menjadi kenderaan setiaku kemana saja aku mahu menyelesaikan misi..hehe, pertama kali jelajah jalan kl dengan kereta..pengalaman parking kereta dengan harga RM 10..huhu..(sangat mahal)

apa pun, aku sangat berharap agar gerak langkah ku hanya untuk satu tujuan demi satu matlamat..bantulah hambaMu ini ya Allah..dalam mengorak langkah ke arahMu..amin..

p/s :cuti yang bermisi….huhu..sape nak tolong? kedip mata..hehe

 

program di jeram??? camne ye..herm…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan