Isnin, 4 Januari 2010

maafkan saya...

Insyirah termenung panjang..Ya Allah, betul ke tindakan aku ni? berikanku petunjukMu ya Rahman..hatinya nekad..sudah lama dia memikirkannya..hatinya tidak putus-putus berdoa..lantas butang send ditekan..semoga awak tabah dan menerima keputusan ini..maafkan saya awak.....

Assalamualaikum..
awak, maaf andai emel ini mengganggu ketenangan awak..izinkan saya mencuri masa awak untuk seminit dua..maaf sekali lagi..

awak,
dah lama saya fikirkan ini..dah lama juga saya tekadkan hati untuk buat keputusan ini..sebelum itu, saya mohon awak dapat tenang untuk meneruskan apa yang akan awak baca..awak, hubungan yang dibina ini hampir 2 tahun, dan dalam masa 2 tahun ini, macam-macam yang saya dapat..

maafkan saya.
keputusan saya dahulu untuk membataskan kekerapan kita berhubung mungkin telah menyeksa awak, tapi ketahuilah ia amat bermakna buat saya..dan selama itu..saya dan awak ibarat tidak pernah berhubung..tapi awak kembali menghubungi saya setelah sekian lama tidak berhubung..saya terharu awak masih mengingati saya..dan paling saya terharu, awak kembali menghubungi saya semasa hari jadi saya..terima kasih awak..

tapi awak,
saya terkejut bila awak kata awak masih tunggu saya..masa tu, saya tak tau nak cakap macam mana supaya awak lupakan saya sebab saya dah ada kekasih baru..maafkan saya..

kusyairi mustakim,
kehadiran awak telah menyedarkan saya erti berkasih sayang, erti cinta sesama manusia yang dikurniakan Allah untuk hambaNya..terima kasih awak, tapi awak..saya sedar satu lagi hakikat cinta yang tak mampu di lawan oleh mana-mana kisah cinta di dunia ini..cinta yang benar-benar sejati..cinta yang tak mungkin akan mati walau badan hancur di mamah tanah..

awak yang diingati..
saya sayang kekasih baru saya..bila saya sedih, saya ingat Dia..saya akan baca surat-surat Dia..masa tu, hati saya akan tenang sangat..masa saya dengan awak pun awak pujuk saya tapi kekasih saya ini lagi pandai memujuk..awak taw, bila malam, saya suka bersendiri melutut menghadapNya..saya akan merintih dan mengadu tentang apa saja, dan Dia pasti akan mendengar..Dia ni pandai tau awak, macam-macam Dia bagi pada yang meminta tanda kemurahanNya..dan yang penting, Dia lebih memahami saya sebab Dia taw segalanya pasal saya..sebab tu saya tak kesah apa orang nak kata..yang penting, saya ada Dia..saya cintakan Dia awak, saya harap awak pun sama..Allah yang Maha esa...

Muhd Kusyairi Mustakim b Arifin..
saya mohon maaf berjuta maaf..andai memang benar jodoh kita sudah diatkdirkan, Insyaallah kita akan ditemukan tapi biarlah di jalan yang benar-benar di landasan syarak..dan seandainya tidak, redhakan hati, pasrahkan diri untuk menerima kerana sesungguhnya segala-galanya sudah ditentukan oleh Dia yang maha Bijaksana..saya sentiasa doakan awak akan bertemu seseorang yang lebih baik dari saya dan seseorang yang mampu bersama-sama awak menempuh jalanNya..terima kasih untuk segala-galanya awak..

maafkan saya.....
Nur Insyirah Kamal

kenapa baru sekarang?? argh, aku betul-betul sayangkan dia..kenapa dia buat macam ni....kusyairi membentak di dalam hati..sungguh, hatinya sakit..sangat sakit..seolah-olah ditusuk parang tajam..terus ditutup emel itu..mencapai telefon bimbitnya, mencari nombor sahabat baiknya, nama haziq terus didail..hatinya ingin mencari sesuatu untuk mengubat luka..sesuatu yang akan menghilangkan rasa sakit dihati..sesudah haziq, didail pula nombor akmal untuk menyertai mereka..tempat biasa mereka melepaskan tekanan dituju..pemilik studio jamming itu seolah-olah sudah mengenali mereka..di situlah tempat mereka melepaskan tekanan selepas penat memerah otak untuk belajar dan segala macam perkara lagi..

bersambung...

p/s :
ini cubaan pertama. thanx dayah untuk nama tu..hehe..terima kasih Ya Rahman untuk kesempatan dan idea ini..kerana hakikatnya..........


1 ulasan:

  1. salam..aiwah..mabrOuk la enti ni...aku bwu nk buat cite psl ni..tp enti mendahului...teruskan ye...p'juangn nti masih pnjg..=)

    BalasPadam