Isnin, 20 Julai 2009

EXPERT Samtaj Sg Besar

Alhamdulillah, setelah 3 hari berkampung di Samtaj, berakhirlah sudah sebuah perjalanan program yang penuh kenangan suka dan duka. Program yang bermatlamatkan untuk membentuk pelajar cemerlang itu dijalankan dengan kerjasama dari semua pihak, samaada pihak sekolah, pelajar mahupun urusetia dan fasilitator berjalan dengan jayanya

Harapan yang digantung kepada kami para urusetia dan fasilitator dari pihak sekolah amatlah tinggi. Atas dasar itulah kami melaksanakan tugas dengan sebaiknya biar masih banyak komitmen lain menanti.

Melihat muka adik-adik tingkatan 3 dan 5 ini membuat kami yakin dan percaya bahawa mereka mampu berjaya. Buat adik-adik sayang, kami hadir sebagai pembantu dan pemudah cara untuk adik-adik melangkah ke hadapan. Perubahan adalah di tangan adik-adik. Semoga terus berjaya.


Buat sahabat-sahabat sekalian, doakan adik-adik kita berjaya dunia akhirat. Semoga apa yang diberi akan dimanfaatkan mereka.

p/s : rindu ngan adik-adik kumpulan 2. semoga terus maju..chaiyok-chaiyok..hehe


2 ulasan:

  1. nice program for samtaj students. aku pon dak situ dlu,

    BalasPadam
  2. SRIKANDI SAMTAJ(2F)(2011)10 Disember 2011 pada 5:59 PTG

    I LOVE SAMTAJ........SO MUCH.......SEMOGA SAMTAJ SG. BESAR MEMBANGUN MEMBANGUN DAN TERUS MEMBANGUN.KAMI TIDAK AKAN MUNDUR..AMIN...

    BalasPadam