hampir dua minggu berlalu..baru sekarang nak mengupdate..poyo bz je sebenarnya..haha
seperti yang dimaklumkan sebelum ini, ini post update tentang kisah perjalanan kami..kisah suka duka kami tentang sesuatu yang kami perjuangkan bersama..sebuah perjuangan yang penuh cabaran dalam menempuh jalan yang dilalui suatu ketika..jalan yang tidak pernah sunyi dari dugaan untuk mencapai matlamat dakwah..
ada masa kami tersungkur, terduduk dek ujian dan dugaan yang menghampiri..
pernah juga kami tersenyum bahagia atas kurniaan nikmat dariNya..
satu demi satu kami lalui..
Alhamdulillah..
misi kami berjaya dipenuhi..
dan ini cerita tentang mereka..
hampir menitis air mata meneroka kisah mereka..pengalaman lalu benar-benar menjadikan mereka menghargai setiap inci kehidupan dunia..hidup mereka sederhana..cukup dengan apa yang ada..bersyukur nikmat kurniaan yang Esa..berusaha sedaya mungkin agar dakwah dapat disampaikan dengan baik kepada umat manusia..
Allah..
saya melihat dan mendengar sendiri kisah mereka diseksa suatu masa dahulu oleh manusia yang bukan manusia..kekejaman yang cukup membuatkan hati rasa sebal dek perbuatan manusia yang tidak punya rasa..berlagak umpama tuhan yang sesuka hati menarik nyawa manusia..beribu manusia mati kerana kekejaman manusia yang bernama pol pot..
kesannya sehingga hari ini..tinggal bersama mereka dalam tempoh kurang seminggu menjadikan kami bersyukur dapat berkongsi nikmat atas dasar kita bersaudara..kehidupan mereka umpama malaysia di zaman 60-70 an..memasak hanya menggunakan kayu api, tidur beralas tikar, makanan diambil dari sumber asli di sekeliling mereka..
kesusahan mereka membuatkan kami muhasabah..kita mudah terleka apabila dikurniakan nikmat yang banyak dariNya..betapa nikmat kemerdekaan itu suatu nikmat yang besar yang perlu dipelihara..berkongsi apa yang ada akan membuatkan hidup lebih bermakna..ya, sangat bermakna
oh, saya rindu kemboja!
terima kasih buat semua yang membantu misi ini untuk berjaya dilaksana..ia tidak mudah tapi juga bukanlah susah..banyak yang dah kami lalui bersama..permulaan perancangan yang hanya dianggap tidak serius menjadi nyata..kalau nak bercerita tentang kisah kami tak terkira panjang post ini nanti..haha..kisah suka duka tawa derita yang kami rasa bersama membawa ukhwah yang tiada nilainya..Alhamdulillah..
eh, siapa kami?
kami adalah kami..haha..kami adalah krew progasi yang bersama-sama menjayakan misi..misi atas nama dakwah illahi..membawa manusia untuk turut berkongsi setiap inci nikmat yang dirasai..
bermula dari Ummu solehah (pengarah program), nazifah, azmatun, siti aminah dan saya yang menjadi terasa asas program..setia memastikan misi perlu diteruskan biar apa pun caranya..
kemudian disertai fitri, fauzi, firdaus dan nik hafriz untuk terus bersama meneraju misi hingga akhirnya..
adik-adik saya, wawa, atikah, seha, athirah, putri, liyana, rozlin, ridzuan, farith, nik anwar, nadzwan dan amir bersama berusaha meneruskan misi yang digalas berjaya disempurna..
Dr Norrodzoh juga turut sama menyertai misi kami sebagai pelengkap kisah cerita misi ini..
terima kasih semua..moga ia menjadi bekal akhirat membawa bukti bahawa kita pernah berjalan bersama atas nama dakwah..Insyaallah..moga ukhwah yang tercipta hingga ke syurga..kalian memang terbaik :)
buat para penyumbang kepada misi kami, ketahuilah bahawa sumbangan kalian sudah selamat kami sampaikan kepada mereka..melihat wajah kegembiraan mereka menerima sumbangan kalian membuatkan hati kami terharu dan tersentuh..betapa mereka menghargai setiap inci pemberian manusia yang diberi..terima kasih menghadirkan senyuman di wajah mereka..
mari, biar gambar pula yang berbicara..
sebelum berlepas
sampai di sana
"berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu." (Al-An'am : 11)
kembara misi progasi melabuhkan tirai..mungkinkah ada kembara seterusnya? :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan