Jumaat, 6 Julai 2012

coretan kosong

Assalammualaikum

sudah masuk pagi. dan saya masih tidak ada tanda-tanda untuk melelapkan mata. mood muhasabah diri kembali menusuk tangkai hati. mencari-cari erti hamba pada diri.

mula berfikir kisah hidup yang penuh rahsia ini. betapa tiap langkah dalam takdirNya ada rahsia tersendiri yang buat hati semakin tegar menjalani hari. terkenang kisah lalu yang pernah menyaksikan saya terduduk sepi. tegar menahan hati.  senyum menghiasi hari dan bermacam kisah lagi mula buat saya berfikir akan agungnya Illahi..

tiada takdir dariNya yang sia-sia. setiap yang berlaku ada hikmah yang meneguhkan jiwa. duhai hamba, masih kah kau mahu leka dibaluti dunia sementara. nanti kau akan bertemu Dia. lalu apa hadiah yang akan kau bawa?

oh, terasa malu padaNya. mulut bicara cinta Dia. mengakui kebesaranNya. tapi sering hati terleka dibuai godanya dunia. ampunkan kami duhai Allah. sungguh hidayahMu tak mengenal siapa. tanpa tahu bagaimana cara menyusup dalam jiwa manusia. Alhamdulillah atas nikmat yang diterima. semuanya. Alhamdulillah Ya Azim.

cinta yang hadir itu anugerah Dia. kerana cinta, manusia temui kebahagiaan. manusia mula menemui hakikat dunia. manusia sanggup berbuat apa saja kerananya.

tapi terkadang cinta buat hati keliru. benar kataNya. syaitan itu tak pernah berehat menggoda anak adam dari terus terleka. sering kali tanpa sedar, diri membiarkan durjana syaitan terkekeh ketawa meraikan menangnya dia menghasut anak adam jauh dari Illahi rabbi. dan lalu cinta itu ujian buat jiwa. apa cinta yang hadir itu untuk dekat padaNya atau sekadar mainan nafsu semata?.

dan saya adalah manusia yang juga tak lepas dari diuji cinta ini. bertemu dengan seseorang yang buat saya faham erti cinta dan semuanya benar-benar menguji jiwa. kadang buat saya leka dan kadang buat saya kembali padaNya. tapi hadirnya istimewa. cukup buat saya faham takdir Allah penuh rahsia. lalu sebagai hamba  perlu serah semua pada yang Maha Mengatur. dan bersyukur atas kasih sayangNya pada hambaNya yang hina ini.

mula terasa takut berdepan hari mendatang. takut apa yang diharap tak seperti dalam bayangan. terutama tentang kisah hati. saya tahu Allah sudah sediakan yang terbaik untuk saya, awak, mereka dan semua. ya, urusan jodoh urusan Dia. sebagai hamba hanya perlu berusaha. natijahnya dari Dia.

Ya Allah, penuhi hati kami dengan cinta kepadaMu melebihi cinta kami pada makhlukMu. permudahkan urusan kami. izinkan kami bersatu atas namaMu bila itu atas izinMu. teguhkan hati kami dalam setiap takdirMu. mohon diberkati tiap langkah yang kami lalui. juga usaha yang kami penuhi. Kau tahu setiap inci dari kami. tiada apa yang menjadi rahsia antara kami denganMu ya Illahi Rabbi.  hanya padaMu tempat memohon segalanya. kisah ini hanya Kau tahu Ya Allah. kami memohon hanya yang terbaik dariMu

akan terus bersabar, berusaha dan berdoa.

p/s : sudah pukul 2 pagi rupanya. oh mata sila la tidur.

maaf andai ada yang tak berkenan dengan entri ini.

takut hilang dia. Allah permudahkan bila sampai masanya. doalah duhai hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan