Dengan kuasa-Mu (Nur One)
Dengan kuasaMu
Assalammualaikum..
entri ini saya mahu berkongsi tentang bagaimana menjadi yang cantik dan gagah dalam kehidupan..saya jumpa di facebook..bila salah seorang teman saya berkongsi..saya kira ia punya manfaat buat kita dalam berdepan kehidupan yang pelbaai cerita..
ok, ini tips tu..tips menjadi cantik untuk sang adam dan gagah buat sang hawa :)
Kecantikan Lelaki Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
Surah Al-Ahzab:Ayat 71
"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."
jom kita menjadi cantik dan gagah untuk redhaNya Dia..:)
p/s : alhamdulillah..presentation bhsa arab sudah setel
fiqh aulawiyat sangat diperlukan saat ini T__T
semoga dipermudahkan segala urusan..
jatuh cinta dengan lagu Dengan KuasaMu-Nur One..:)
Assalammualaikum..
lamanya saya tak mengupdate cerita dalam belog ni..banyak yang mahu dikongsi..tapi kesempatan masa membataskan..(eheh, gaya macam bz sangat pulak)..sudah masuk minggu ke 6 saya meneruskan pengajian disini..macam-macam cerita yang memberi makna dalam hidup saya dan mereka disekeliling saya..
ada pelajaran bermakna yang menghiasi setiap masa yang dilalui..ada yang menjadi kenangan manis yang bakal diingati sepanjang hidup..dan ada kenangan yang menjadi teladan dan pelajaran buat diri..
saya percaya bahawa setiap yang dilalui itu atas takdirNya Illahi Rabbi..yang mengajar untuk terus kuat dalam menghadapi hari mendatang..dari cerita tentang mereka disekeliling, cerita hati yang menjadi rahsia juga cerita mereka yang menjadi teladan buat diri menjadikan usaha untuk meraih cintaNya adalah matlamat kehidupan..Insyaallah..
hanya berkata tanpa usaha tiada hasil yang mengiringi..usaha itu perlu..bahkan ia kunci untuk kejayaan menghampiri..dekatkan diri pada Illahi atas setiap perbuatan yang dilaksana..insyaallah, rahmat dan kasihNya Dia sentiasa mengiringi..yakinlah duhai hati..Allah itu dekat, bahkan sangat hampir pada hambaNya..semoga mujahadah kecil ini dirahmati..moga hati ini menjadi tenang kerana kasihNya Illahi..
Allah, kurniakan kami cintaMu..jadikan jihad hati kami jihad yang menjadikan kami semakin hampir padaMu…tiada keindahan dalam hidup ini melainkan saat kami dapat bertemuMu dalam irama ketaatan hanya padaMu..
sesungguhnya cinta Allah sentiasa ada buat hamba yang mengerti..semoga sentiasa didalam cahaya cintaNya..
“Bila hamba Ku bertanya tentang aku katakanlah aku dekat..dst” (Tafsir Imam Attabari Juz 2 hal 158, Tafsir Imam Ibn Katsir Juz 1 hal 219),
p/s : assignment sudah bersusun denga cerianya..eheh
selesai berkampung di Ulu Yam 3 malam..17 – 20 okt 2011
moga dikurniakan kekuatan menghadapi cerita hati..moga kesabaran ini menjadi bunga..:)
legasi yang memberi erti..^__^