Ahad, 15 Mei 2011

what life is..

The man that decide to change on 12th hour dies on 11th

Apa yang anda faham?? Apa ye maksud tersirat ayat ni?? Ada yang mahu ceritakan??

Herm, saya dapat quote ni semasa saya membaca contengan jalanan by hlovate..sungguh, quote ini amat menarik perhatian saya..

Contengan Jalanan I-Fend Book Cover  Contengan Jalanan II-K2 Book Cover Hlovate

Tentang sesuatu yang kadang-kadang terleka untuk diingati..

Tentang makna sebuah kehidupan yang perlu diteliti..

Tentang suatu hasrat yang ingin dikecapi..

Dan tentang hidup untuk suatu erti..

Ya, agak mendalam maksud quote ni kan..bagi saya, lain orang lain gaya..sebab pemahaman saya ini pasti ada yang bersetuju dan ada yang menentang mungkin..

Apa yang saya faham..ianya tentang suatu hasrat yang tidak kesampaian..hasrat untuk kehidupan yang terbaik terhenti bila maut menjengah..tragik kan..

Tapi apa hasrat tu?? Wang?? Rumah?? Kereta?? Atau suatu perkahwinan?? Herm..kalau tanya saya, saya kata hasrat itu adalah memulakan hidup yang bermakna..hidup bermakna dilandaskan suatu yang telah termaktub sekalian lama..dengan suatu tujuan dan matlamat yang abadi..tujuan yang memberi kebahagian yang tiada tara..wahh, bestnye!

Manusia itu sifatnya pelupa..dan sentiasa perlu diingatkan dan mengingatkan..jadi saya disini mahu mengingatkan dan diingatkan..mengingatkan sesuatu yang terkadang kita lupa akibat leka..tentang pengakhiran hidup yang pasti setiap manusia akan merasa..Cuma cepat atau lambat..entah kita tak tahu bile..itu rahsia..maka persiapan itu perlu..sebab bila-bila kita akan dipanggil..

Seumpama sang perajurit yang sentiasa bersiap sedia mempertahan keamanan negara biarpun pada waktu itu negara berada dalam kondisi yang sangat aman..begitulah kita seharusnya..tapi apa persiapan tu?? Ya, persiapan yang membawa suatu makna kehidupan yang membawa kesejahteraan umat seluruhnya..kembali kejalan Dia..dengan memaknakan kehidupan berlandaskan alquran dan assunnah..

  Allah berfirman “ bukankah dengan mengingati Allah hati akan tenang?” ( ar-rad)..betul..sangat tenang bila hati mengingati Dia..bila jiwa terasa resah hanya Dia pengubat rasa dan Allah itu Maha Memberi..mintalah apa sahaja pasti akan ditunaikan..tiap sesuatu itu akan menjadi sangat bermakna bila disandarkan kepada Dia yang Maha Penyayang..bahkan segala urusan akan dipermudahkanNya..insyaallah..

dan ganjarannya?? Pastilah syurga..kerana itu idaman setiap yang bergelar mukmin..ops, untuk ke syurga bukan semudah yang dijangka..perlu mujahadah dan usaha yang kuat kearah itu..hanya omong kosong mahu syurga..mimpi saja lah ye..

Maka, mulakan langkah pertama saat ini..perubahan untuk syurga bukan boleh ditangguh bila masa yang kita mahu..sebab takut nanti, belum sempat apa-apa Dia dah menjemput..saat itu hanya kekesalan yang terjadi..dan kekesalan itu sangat tiada titik noktahnya..nauzubillah..sekalipun dimulakan dengan sekecil perbuatan..mula lah..sebab yang kecil itu bila dilakukan berterusan akan membawa kesan besar..insyallah..

Jadi, tunggu apa lagi ye?? Tak nak syurga??

Berubahlah selagi masih punya rasa, dipinjam nyawa untuk difahami apa makna hidup yang dikurnia..jangan biar jiwa kosong tanpa cintaNya..kejar selagi punya masa..moga Allah redha..

teruslah mencari apa erti kita dihidupkan di dunia ini.. sekadar mahu bersuka sahaja?? atau untuk diperhamba kepada yang mencipta?? selamat mencari erti hidup yang sementara ini..

saat penantian adalah pencarian diri..

DSC_0218

p/s : moga bermanfaat..

kebosanan sudah menghantui..huhu

memikir untuk kerja..hermmmm…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan