Rabu, 30 Jun 2010

saje nak mengarut..hehe

salam alaik semua..aku sedang dalam keadaan yang rileks..tapi masih memikir beberapa perkara yang perlu diselesaikan..hehe..rileks kerana akhirnya tanggungjawab ku selesai hari ni..selepas ini aku akan merindukan telatah mereka..guru-guru, anak-anak muridku terutamanya 2 damai, 2 jujur, 6 jujur, dan semua kelas drjh 6..seronok bersama mereka..terkadang aku jd senyum sendiri terkenang kenakalan mereka..

mohon maaf andai sepanjang perkhidmatan ku ada yang terkurang dan terlebih..dan buat anak-anak muridku..maaf lau cubitan ustazah itu berbisa..kenangla ia sebagai tanda kasih dan sayang dari ustzh..hehe..kerinduan untuk mengajar kamu pasti ada nanti..semoga ia menjadi kenangan untuk kita..

tadi sempat bersalaman dengan guru-guru disitu..ada macam-macam pesanan yang diberi..
"belajar rajin ye"
"jaga diri ye, jangan main-main"
dan macam-macam pesanan lagi dan antara pesanan yang membuat aku tersenyum,
"belajar betul-betul, jangan bercinta-cintun ni" hehe..pesanan dari kak husna..
berbeza pula dengan pesanan dari mak angkat ku..
"nanti kat sana tu tengok-tengok la mana-mana yang berkenan..kawan-kawan je lin"

hehe..pesanan yang macam-macam..membuat aku berfikir tentang cinta..heh..cinta yang bermacam cerita..
untuk kak husna, maaf ye, saya akan bercinta tapi bukan cinta sang teruna yang menipu..saya bercinta dengan Allah, Rasul, Keluarga, kawan2, buku dan ilmu..insyaallah..hehe
untuk cik mah..lin akan tengok-tengok..tapi semua orang kawan lin..:)..jangan risau, sampai jodoh lin t, cik mah orang pertama lin gtaw..hehe

dan buat semua yang mendoakan, terima kasih..semoga kalian diberkati Allah..insyaallah..
doaku untuk semua juga ada dilayangkan dalam setiap doaku....

aku sering berdoa agar jodohku nanti..
mencintaiku kerana cintanya kepada penciptaku..
menyayangiku kerana sayang dia kepada agama yang ada padaku..
merinduiku kerana rindu dia untuk syahid di jalan dakwah..
kerana aku mahu menjadi sayap kiri sang pejuang yang tak pernah gentar..
dan aku ingin melahirkan mereka2 seperti ulama-ulama islam yang tak pernah gentar perjuangkn kebenaran..
agar cintaku, sayangku, rinduku pada Illahi kian bertambah dan tidak akan pudar...
aku mohon Ya Allah...

p/s: budak-budak zaman sekarang "ustzh, nak emel facebook.." haha

kerja dah selesai..lepas ni urusan lain pula..

minggu ni mingu bz..

ada sesuatu yang difikirkn..isy..susah btul..huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan