Sabtu, 27 Februari 2010

selamat hari lahir amir

Masa darjah 3, dapat anugerah pelajar cemerlang tahap 1...tahniah

"Happy Birthday," ucapan pertamaku untuk adikku ketika talian bersambut..

"terima kasih, nak hadiah..hehe" jawapan yang membuatku tersenyum

"tak malu mintak hadiah, nak apa?" sekadar bergurau dengannya dan yang pastinya, aku akan tetap membelikannya hadiah..hadiah apa? ntah, masih dalam perancangan..

Buat Muhammad Amir Fikri b. Misron,
semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya, teruskan menjadi anak soleh kebanggaan keluarga. Jangan lekas berputus asa..teruskan usaha hingga ke puncak jaya..semoga kejayaan dunia akhirat menjadi milikmu..insyaallah..letakkan sepenuh pergantungan pada Dia yang Esa..sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa atas hambaNya..Good luck untuk UPSR dan PSRA yang bakal diduduki..banyakkan usaha dan doa..Kami sentiasa mendoakan kamu..

p/s: saja usik Amir tadi, suh kurus..hehe,

esok exam..good luck semua..ulum hadis sebagai pembuka..

Khamis, 25 Februari 2010

salam Maulidurrasul



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Selawat dan salam buat nabi junjungan..Rasulullah s.a.w..hari ini, telah tercatat bahawa Maulidurrasul jatuh pada hari jumaat..penghulu segala hari..entri kali ini hanya mahu mengajak kalian untuk bersama-sama berselawat dan menambahkan rasa kecintaan kita pada Rasulullah yang tercinta..

Rasulullah amat mengasihi umatnya..sehinggakan saat kematiannya, baginda masih memikirkan soal umatnya.."jika mati begini dahsyat peritnya. Biarlah aku yang menanggung beban mati seluruh umatku agar mereka tiada rasa sakitnya" ini ucapan dari seorang nabi yang sangat kasihkan umatnya..tapi kita?? seringkali leka dan lalai dalam mengingati baginda..ucapan di bibir seringkali mengagungkan dunia yang hanya sementara..jarang sekali perkataan-perkataan di bibir berselawat, bertasbih dan mengingati maha pencipta jua Rasulullah tercinta..

Sahabat, dalam diri Rasulullah itu, terlalu banyak yang perlu dicontohi..beliaulah qudwah hasanah terbaik buat kita..kita kata kita cintakan Rasulullah, tapi jarang sekali kita amalkan sunnahnya..kita kata kita sayangkan Rasulullah, tapi kita takut untuk meneruskan perjuangan Rasulullah menegakkan kalimah Allah..kita kata kita kasihkan Rasulullah, tapi hati lebih mengingati dunia sementara dari mengingati Rasulullah..renunglah sahabat sekalian..juga peringatan untuk diri sendiri..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah)..

Subahanallah begitu besar ganjaran buat mereka yang mengamalkan sunnah rasulullah, tapi dalam konteks kita sekarang, amalan menghidupkan sunnah hanya dalam perkara tertentu..bila sebut bab poligami, masing2 kata mahu ikut sunnah nabi, sedang sunnah lain ditinggalkan..jangan begitu, hidup ini akan terasa sangat indah andai setiap saat itu dipandukan dengan Al-Quran dan Sunnah..bukan dalam bab tertentu saja..semoga kita sentiasa menjadi sebahagaian dari mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan Assunnah..insyaallah...

sedang sibuk menelaah tadi, hati terpanggil untuk mencari artikel berkenaan Rasulullah dalam laptopku..dan akhirnya ketemu ini..semoga bermanfaat.insyaallah..

Arrasul Qudwatuna

Rasulullah berdoa dengan khusyuk.... airmatanya sentiasa berlinangan, wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata yang memandangnya, sangat elok dan sempurna wajahnya.

Rasulullah memiliki perasaan yang halus, mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir sehingga lena, suka makan secara beramai-ramai dari keseorangan, bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik.

Rasulullah makan apabila lapar.. berhenti sebelum kenyang, tidak pernah mengumpat, mencerca orang lain,memakai serban di atas kopiah.

Rasulullah memberi salam kepada ahli rumah ketika berpergian atau kepulangan, sangat berlemah-lembut dengan isteri dan ahli keluarga, sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya, bersalam dengan sahabat dan memeluknya apabila bertemu, apabila berjabat tangan.. Rasulullah tidak melepaskannya sehingga yang dijabatnya itu melepaskannya.

Rasulullah mengangkat tangan apabila melepasi kanak-kanak, tanda hormat kepada mereka, tidak pernah menatap atau merenung wajah orang lama-lama, sangat menghormati orang tua , sangat mengasihi orang muda dan kanak-kanak.

Rasulullah tidak bangun dari majlis makan sehingga tetamu lain bangun, tidak pernah melunjurkan kakinya di depan sahabat, suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya, tidak pernah ketawa terbahak-bahak, tetapi tersenyum lembut.

Rasulullah sangat fasih dan manis tutur bicara, tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran atau kesusahan, amat kasih terhadap umatnya, tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah melebihi keperluannya, rezeki yang berlebihan akan ditabur untuk jihad fisabilillah.

Rasulullah sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan, tidak pernah menghina orang miskin, tidak pernah merasa terhina bergaul dengan ornag miskin, suka memberi makan kepada fakir dan sering duduk bersama mereka.

Rasulullah amat pemurah sehingga digambarkan seperti angin yang lalu, tidak suka tidur dalam bilik gelap, tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi, bersikap tegas, pemaaf, dan pengasih dalam perjuangannya.

Kami merinduimu Ya Rasulullah,

p/s: ahad ini exam..ulum hadis sebagai permulaan..

Result STPM dah keluar..tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya dalam STPM..

SPM dan STAM lepas ni..good luck..



study week dan exam..

Alhamdulillah, aku masih bernafas di muka bumi ini..kini, aku sedang menghabiskan saki baki kehidupan di APIUM Np ini yang tinggal hanya 2 minggu..ahad ini, bermulalah perjuangan di medan peperiksaan bagi sekalian mahasiswa dan mahasisiwi APIUM_NP ini..Selamat berjuang sahabat sekalian..

minggu ini minggu sunyi atau lebih dikenali study week bagi kami..tapi bagi aku, minggu sunyi ini tidak begitu sunyi apabila pelbagai perkara perlu diselesaikan dan mencabar masa dan kekuatan mental dan fizikalku untuk menyelesaikan pelbagai perkara itu..biarpun begitu, aku seronok..kerana ia akan menjadi sebahagian dari kenangan aku disini..bertambah lagi koleksi cerita dan warna-warni aku sepanjang bergelar mahasiswa APIUM_NP ini..Syukran walhamdulillah atas setiap kesempatan yang Kau kurniakan Ya Allah..

SABTU ( 20 Februari 2010) -rehlah puteri-

"Amal, ko gi amek kete..aku tolong kinah wat sandwich" meseg ringkas dari Nadia untukku pagi itu..dengan segera, aku bersiap.. setelah selesai segalanya disini, akhawat Majmuah 8 bergerak ke lata belatan dengan 2 biji kereta..kali ini, rehlah yang hanya disertai akhawat tanpa ada seorang pun akhi yang ikut sama..sungguh, sangat seronok..selama ini, tiap kali rehlah, pasti kami di akhawat ini agak kurang untuk bermandi manda..tapi kali ini aku puas..tanpa perlu ada yang hiporit..tanpa perlu ada yang berlagak baik..tanpa perlu ada yang masuk campur urusan jantina lain..kenangan itu cukup indah..sebelum bergerak pulang, kami singgah ke rumah Syamimi..jam 5, kami pulang ke apium dengan pengalaman dan kenangan itu..Ya Allah, terima kasih untuk kesempatan itu..seronok main air

AHAD (21 Februari 2010) -ke SMKA Wataniah dan bandar Jertih-

Pagi itu, aku, mimi, kinah, raihan dan diana bertolak ke SMKA Wataniah, dalam perjalanan itu, ada bermacam cerita..hehe, biarlah kami je taw..sampai di sekolah, kami terus ke pejabat untuk berjumpa Umi bagi menyelesaikan urusan kami..sebelum pulang, kami sempat bertemu dengan adik2 tingkatan 3..terharu dengan ukhuwah yang terbentuk..dan kami berjalan di bandar jertih untuk mencari hadiah bagi majlis perpisahan akan datang..buat adik-adik, buku yang kami hadiahkan itu moga dimanfaatkan..ketahuilah, setiap insan di sekeliling adik2 amat mengharapkan kejayaan dari kamu..semoga berjaya

ISNIN (22 Fenruari 2010) -Tamrin untuk Mt baru Ikhlas-

Usai liqa untuk malam Muktamar, aku ditahan pika..
"amal, esok ko tolong drivekan boley tak? Abi mintak tolong" pika memulakan bicara..
"nak pergi mana?" aku tertanya..menghitung-hitung untuk menolong atau tidak..
"ko ikut je..follow muslimin, aku pon tak taw nk g mana" pika memberikan jawapan yang cukup mengelirukan..
"herm, aku kena pergi cari hadiah ikhlas esok..tapi t aku bncg ngan nadia dulu cmne" aku memberika kata putus..dan esoknya, aku mengikuti pika..dan semasa perjalanan barua aku taw, bakal2 mt itu diuji dan dilatih dengan sesuatu yang bermanfaat aku kira..tabik spring untuk firli atas tamrin itu..hehe..semoga pengalaman itu memberi manfaat untuk kalian untuk meneraju ikhlas supaya lebih mantap di masa akan datang..tahniah dan teruskan perjuangan..

SELASA ( 23 Februari 2010)

hari ini ada dua cerita istimewa..

Majlis Perpisahan Majmuah 8 yang cukup istimewa dan mewah aku kira..bertempat di restoran Cheng mai..restoran masakan ala Thai dengan suasana 3 bintang (betul ke 3 bintang..huhu, bantai aku je)..seronok..kami makan dengan kenyang tgh hri itu..bahkan masing-masing dari kami dapat hadiah lagi..(hehe, aku dapat anugerah banyak celoteh n cabutan bertuah)..mungkin ini yang terakhir untuk kita dan aku berkumpul seperti itu lagi..semoga 4 semester yang dilalui bersama mematangkan kita dan menjadi kenangan terindah untuk kita..insyaallah

kek salam perpisahan dan salam ukhuwah yang ada nama setiap kami..

Malam Muktamar Ikhlas 09/10 yang bertempat di dewan makan AMK..suasana yang ceria dan sayu mengiringi perjalanan majlis..ceria kerana kami berkumpul bersama-sama untuk majlis tahunan dan sayu kerana selepas ini, tiada lagi majlis seperti ini yang mengumpulkan kami untuk bersama-sama..aku ditugaskan menjadi kd hadiah malam itu agak sibuk juga menguruskan bermacam perkara..semoga masing-masing seronok dengan hadiah yang diterima..dan pimpinan baru untuk meneruskan persatuan ini diumumkan..teruskan perjuangan untuk memajukan lagi Ikhlas..chaiyok3

dan akhirnya..Rabu dan hari2 seterusnya yang berbaki 4 hari untuk ke minggu exam menjadi milikku untuk menelaah pelajaran2 yang perlu ditelaah..tapi, godaan katil itu sangat kuat..huhu..biarpun begitu, aku masih perlu teruskan mengulangkaji supaya tak terkandas nanti..huhuhu..

Selamat mengulangkaji dan salam imtihan buat semua mahasiswa dan mahasiswi APIUM_Np..teristimewa buat sahabat2 majmuah 8, anak2 ikhlas dan teman sebilik..semoga berjaya...teruskan perjuangan..chaiyok3

p/s : dh kompim ak x bley join dinner sem4..insyaallah, 10hb ak pulang ke rumah..semoga urusan ku dipermudahkan..huhu(cedih cmpur epi..eh cmne tu??)



Khamis, 18 Februari 2010

cerita aku

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran dipanjatkan kepad Allah yang memberi berbagai macam nikmat kepada hambaNya..Syukran walhamdulillah..hari ni merupakan hari terakhir kuliah berlangsung..tapi masih ada kuliah yang terpaksa diadakan kerana mengganti kelas-kelas lepas yang tertunda..apa pun, masing-masing dari kami perlu memulakan sesi ulangkaji untuk exam yang bakal menjelang selepas study week ini..

aku baru lepas pulang dari rumah isnin malam lepas..seronok menghabiskan masa di rumah setelah sekian lama tidak pulang..dan lega setelah menyelesaikan beberapa perkara..terima kasih untuk teman2 yang sudi datang untuk bermesyuarat di smkyl dan sudi datang ke rumah yang tak seberapa...maaf andai layanan dari kami kurang memuaskan..thanx to syuhada, fatin, hana, jannah, azim, fitri, anuar, adib n kak asila..semoga urusan kita selepas ini dipermudahkanNya..ameen..dan semasa pertemuan ini, ada cadangan dari mereka untuk ber-renion di Port Dickson..hehe..seronok juga..semoga jadila hendaknya..dan sebelum bertolak pulang kelantan, keluargaku dan keluarga acik yah ke sungai congkak..dan buat pertama kalinya aku berhadapan dengan keadaan yang ramai orang ditempat itu..tapi aku puas kerana mampu menghabiskan masa hanya untuk keluargaku..terima kasih atas kesempatan itu Ya Allah..

seminggu untuk study week dan dua minggu untuk exam..bermakna tiga minggu lagi aku akan menghabiskan masa di nilam puri dan selepas itu, menunggu masa untuk meneruskan langkah di Universiti Malaya dalam ijazah..bermacam rasa ada..seronok, tak sabar, risau, takut, gembira, sedih dan bermacam lagi..yang pasti setiap detik itu mengajar aku sesuatu..tak kiralah aku disini atau dimana saja aku belajar..belajar itu perlu walau dimana saja kan?? dan untuk 3 minggu ini, macam yang akan berlaku..semoga segalanyadipermudahkan..akan ada rehlah puteri dikalangan sahabat-sahabatku, dinner terakhir kelasku dan malam anugerah kolej untuk semester 4(yang ni, aku xkompim bley join x)..biar bagaimanapun, kita hanya merancang, Allah juga merancang tapi perancangan Allah lebih baik..

buat akhirnya, selamat maju jaya buat sahabat sekalian..jadikan hari-hari terakhir kita disini sentiasa bermakna buat hidup kita..dan terima kasih atas segalanya..doaku semoga kita bersama-sama beroleh kejayaan bersama redha dan rahmat kasih sayangNya..aku sayang korang..good luck dan teruskan perjuangan..

p/s : x sabar nk abes, menyampah dengan seseorang..

adik-adik wataniah ada plan nk datang UM_Np..tapi masih tak taw jadi x...

ahad ni akan bergerak ke wataniah untuk menyelesaikan perkara penting..insyaallah..

good luck semua

Ahad, 7 Februari 2010

SMARTIES '10 yang berakhir..

Tempat: SMKA Wataniah, Besut
Tarikh : 4-6 Februari 2010
Sasaran : semua pelajar tingkatan 3 SMKAWA
Tema : Kegemilangan akhlak menjana kematangan intelektual

Alhamdulillah, kesempatan utk mengupdate blogku yang semakin berhabuk ini datang lagi..saat aku menulis ini, sudah sehari program SMARTIES 10 ini berakhir..dan alhamdulillah akhirnya segala yang dirancang dapat dilaksanakan sebaikny..semoga perkongsian yang diberikan di manfaatkan sebaiknya..insyaallah..

jutaan terima kasih diucapkan kepada :

Pihak sekolah SMKA Wataniah besut,
Pengetua Sekolah, Puan Dayang, GPK HEM, Tn Hj Safihi, Ketua Warden, Ustaz Kassim, Kaunselor sekolah, Cikgu Md Nor dan Cikgu Nor..banyak membantu kami sepanjang program dijalankan..terima kasih atas kepercayaab yang diberikan, kami mohon maaf andai ada yang tidak kena sepanjang program berlangsung..terima kasih banyak-banyak..

Adik-adik tingkatan 3 SMKAWA 2010,
terima kasih atas kerjasama yang diberikan..kami hadir disana hanya sebagai pemudah cara..untuk berubah atau mengambil input yang diberikan, itu ditangan adik-adik..kami hanya mampu berkongsi atas apa yang kami tahu..ambillah manfaat atas setiap yang diberikan..seronok bertemu dengan adik-adik sekalian..jagalah ukhwah antara kalian..berusaha untuk sebuah kejayaan yang mampu memberi kemanisan hidup..nawaitu lillahi taala itu penting..maafkan kami andai ada yang tidak kena sepanjang program..kami sayang kalian..

sahabat-sahabat urusetia dan fasilitator,
terima kasih atas komitmen yang diberikan..ujian yang kita hadapi adalah tanda kasih sayangNya yang tidak terhingga..semoga kita bersama-sama mampu untuk berdepan dengan ujian-ujian itu dengan ikatan ukhwah yang tidak putus ini..maafkan amal seandainya sepanjang pengurusan program ini ada yang tidak kena dan sebagainya..amal hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan..maafkan amal..

dan akhirnya..buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, jutaan terima kasih dan kemaafan dipohon..halalkan apa yang terlebih dan terkurang..semoga pertemuan itu akan diadakan lagi dengan izinNya disertai keredhaan Allah layaknya...

p/s : seronok bertemu dengan adik-adik..komen yang diberi cukup positive

ada yang sudah menerima panggilan dan sms dari adik-adik..teruskan perhubungan itu, jangan diputus tali persaudaraan yang terjalin..ukhwah fillah..insyaallah..

rabu dan khamis HTUM..aku pulang ke selangor rabu malam..setelah sekian lama tidak pulang...rindu sangat dengan suasana rumah..