Rabu, 2 Jun 2010

mereka masih bercakap tentang itu..

Alhamdulillah Ya Allah, aku masih lagi panjang umur saat ini..syukran atas segala nikmat yang Kau kurniakan buat hambaMu yang hina ini..kali ini tetbe terrajin nk post sesuatu..sekian lama tidak mengupdte akibat kekangan masa..(sebuk ke?) bak kata cik nasihah basri, "jangan kacau ama, ama bz" hehe..perli yang bermakna..maaf buat kawan2..bukan bermakna anda dilupakan, tapi anda masih di hati..cuma ada ketika masa tidak mengizinkan..

mereka masih bercakap tentang itu? tentang apa? apa la kamu merepek ni cik kak..hehe, sekadar mahu memnaskan jari untuk menulis dan bercerita..kem insan Rabbani, kem yang sgt2 bermakna untuk diriku secara peribadi..kem yang mengajar aku erti jihad untuk islam, erti pengorbanan sejati..berbulan lamanya aku merancang kem ini..berbulan lamenya aku mengurus kem ini..berbulan lamanya, kepala ku pusing memikirkan kem ini..ulang alik dari rumahku ke sana, ke kotaraya kerana sumbangan...dari aku tak tahu jalan jadi tahu celah kl yang sesak itu..kenal di mana bangunan dbkl, yayasan slngor, ypm, baitulmal yang tersorok..huhu dan sebagainya, dan kancil hijau itulah yang sentiasa membawa aku kemana saja aku pergi..

dan buatku tahu bagaimana prosedur n proses permohonan sumbangan di ngo dn bukan ngo..pengalaman bermakna buatku..syukran Ya Allah..dan aku sangat2 beruntung kerana punya sahabat2 yang membantu (biarpun ada waktunya, kekecewaan itu ada..) akhirnya kini aku sudah mampu menarik nafas lega kerana segalanya selesai..betul ke selesai?? tidak!! teringat kata syuhada, program yang sebenar bukan bermula saat program itu mula, tapi sesudah program itu..untuk melihat sejauh mana input yang diberikan sampai untuk mereka amalkan..Subhanallah, cabaran yang besar aku kira..buat sahabat2 fasi..tolong, tolong jangan putuskan hubungan silaturrahim antara kamu dan adik-adik..mereka amat perlukan sokongan kamu..

sedih dan bangga yang terselit buat adik2 peserta kem..sedih kerana hal paling remeh dalm kehidupan tidak diketahui..bangga kerana mereka mampu mencabar diri untuk sesuatu yang mengajar mereka tentang erti hidup..tahniah adik-adikku..ambil setiap input yang kamu dapat..jangan sesekali biarkan ilmu yang ada hilang tanpa amalan..

buat sahabat-sahabat fasi n urusetia, teruskan ukhwah yang ada..jangan disimpan didalam hati...semoga jihad ini, pengorbanan n perjuangan ini diberkati olehNya..ameen

p/s: tga pening tanda kertas pekse..macm2 jwpn dak2 ni, nak tergelak ad, bengang pon ad...herm, budak2

ad plan nk g bukit cerakah, sape nk ikut? hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan