Ahad, 27 Jun 2010

bakal melangkah ke situ..

salam alaik...

4 julai 2010..tarikh keramat kepada bakal mahasiswa UM..yang akan memulakan langkah baru menuju masa depan gemilang..dan aku salah seorang dari mereka..bermacam rasa ada..takut, malas, risau, happy, dan segala macam rasa lagi..

segalanya perlu diuruskan..dari pembayaran yuran, medical checkup, dan mcm lagi..pening rsenye..ditambah dengan tugasan yang bermacam cerita..tapi segalanya adalah langkah dan ketetapan yang telah ditetapkan Dia, sang pencipta yang esa..kerana Dia yang tahu segalanya..sebagai hamba, hanya doa mampu dilayangkan agar segalanya berjalan dengan baik..

selepas ini, aku akan mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah rendah agama pekan semenyih..tempat aku mencari pengalaman bekerja dan mengajar..membuka peluang untuk aku mengenal dunia, melihat realiti kanak-kanak kini..membuat aku faham tugas seorang guru..membuat aku lebih menghargai sesiapa juga yang bergelar guru..juga membuat aku mengerti lebih dalam tentang tanggungjawab kepada semua yang ada sekeliling ku..

dan selamat datang UM..ku mohon Ya Allah, agar setiap langkah ku selepas ini untuk Mu, demiMu, keranaMu dan hanya padaMu..Alhamdulillah untuk tiap nikmat yang Kau kurnia kepada ku dan rakan-rakan ku..sesungguhnya tiap yang Kau takdirkn punya hikmah tersendiri yang terbaik untuk hamba-hambaMU..betapa bijaksananyaMu..terima kasih ya Allah...

selamat melangkah ke fasa menjadi mahasiswa..

p/s: baru lepas jamuan 2 damai, 6 jujur..terima kasih semua..

broadband k.lily sudah dibeli..k.nani pula lepas ni..

ad lg urusan yang belum selesai..antaranya shopping!!..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan