Khamis, 25 Februari 2010

study week dan exam..

Alhamdulillah, aku masih bernafas di muka bumi ini..kini, aku sedang menghabiskan saki baki kehidupan di APIUM Np ini yang tinggal hanya 2 minggu..ahad ini, bermulalah perjuangan di medan peperiksaan bagi sekalian mahasiswa dan mahasisiwi APIUM_NP ini..Selamat berjuang sahabat sekalian..

minggu ini minggu sunyi atau lebih dikenali study week bagi kami..tapi bagi aku, minggu sunyi ini tidak begitu sunyi apabila pelbagai perkara perlu diselesaikan dan mencabar masa dan kekuatan mental dan fizikalku untuk menyelesaikan pelbagai perkara itu..biarpun begitu, aku seronok..kerana ia akan menjadi sebahagian dari kenangan aku disini..bertambah lagi koleksi cerita dan warna-warni aku sepanjang bergelar mahasiswa APIUM_NP ini..Syukran walhamdulillah atas setiap kesempatan yang Kau kurniakan Ya Allah..

SABTU ( 20 Februari 2010) -rehlah puteri-

"Amal, ko gi amek kete..aku tolong kinah wat sandwich" meseg ringkas dari Nadia untukku pagi itu..dengan segera, aku bersiap.. setelah selesai segalanya disini, akhawat Majmuah 8 bergerak ke lata belatan dengan 2 biji kereta..kali ini, rehlah yang hanya disertai akhawat tanpa ada seorang pun akhi yang ikut sama..sungguh, sangat seronok..selama ini, tiap kali rehlah, pasti kami di akhawat ini agak kurang untuk bermandi manda..tapi kali ini aku puas..tanpa perlu ada yang hiporit..tanpa perlu ada yang berlagak baik..tanpa perlu ada yang masuk campur urusan jantina lain..kenangan itu cukup indah..sebelum bergerak pulang, kami singgah ke rumah Syamimi..jam 5, kami pulang ke apium dengan pengalaman dan kenangan itu..Ya Allah, terima kasih untuk kesempatan itu..seronok main air

AHAD (21 Februari 2010) -ke SMKA Wataniah dan bandar Jertih-

Pagi itu, aku, mimi, kinah, raihan dan diana bertolak ke SMKA Wataniah, dalam perjalanan itu, ada bermacam cerita..hehe, biarlah kami je taw..sampai di sekolah, kami terus ke pejabat untuk berjumpa Umi bagi menyelesaikan urusan kami..sebelum pulang, kami sempat bertemu dengan adik2 tingkatan 3..terharu dengan ukhuwah yang terbentuk..dan kami berjalan di bandar jertih untuk mencari hadiah bagi majlis perpisahan akan datang..buat adik-adik, buku yang kami hadiahkan itu moga dimanfaatkan..ketahuilah, setiap insan di sekeliling adik2 amat mengharapkan kejayaan dari kamu..semoga berjaya

ISNIN (22 Fenruari 2010) -Tamrin untuk Mt baru Ikhlas-

Usai liqa untuk malam Muktamar, aku ditahan pika..
"amal, esok ko tolong drivekan boley tak? Abi mintak tolong" pika memulakan bicara..
"nak pergi mana?" aku tertanya..menghitung-hitung untuk menolong atau tidak..
"ko ikut je..follow muslimin, aku pon tak taw nk g mana" pika memberikan jawapan yang cukup mengelirukan..
"herm, aku kena pergi cari hadiah ikhlas esok..tapi t aku bncg ngan nadia dulu cmne" aku memberika kata putus..dan esoknya, aku mengikuti pika..dan semasa perjalanan barua aku taw, bakal2 mt itu diuji dan dilatih dengan sesuatu yang bermanfaat aku kira..tabik spring untuk firli atas tamrin itu..hehe..semoga pengalaman itu memberi manfaat untuk kalian untuk meneraju ikhlas supaya lebih mantap di masa akan datang..tahniah dan teruskan perjuangan..

SELASA ( 23 Februari 2010)

hari ini ada dua cerita istimewa..

Majlis Perpisahan Majmuah 8 yang cukup istimewa dan mewah aku kira..bertempat di restoran Cheng mai..restoran masakan ala Thai dengan suasana 3 bintang (betul ke 3 bintang..huhu, bantai aku je)..seronok..kami makan dengan kenyang tgh hri itu..bahkan masing-masing dari kami dapat hadiah lagi..(hehe, aku dapat anugerah banyak celoteh n cabutan bertuah)..mungkin ini yang terakhir untuk kita dan aku berkumpul seperti itu lagi..semoga 4 semester yang dilalui bersama mematangkan kita dan menjadi kenangan terindah untuk kita..insyaallah

kek salam perpisahan dan salam ukhuwah yang ada nama setiap kami..

Malam Muktamar Ikhlas 09/10 yang bertempat di dewan makan AMK..suasana yang ceria dan sayu mengiringi perjalanan majlis..ceria kerana kami berkumpul bersama-sama untuk majlis tahunan dan sayu kerana selepas ini, tiada lagi majlis seperti ini yang mengumpulkan kami untuk bersama-sama..aku ditugaskan menjadi kd hadiah malam itu agak sibuk juga menguruskan bermacam perkara..semoga masing-masing seronok dengan hadiah yang diterima..dan pimpinan baru untuk meneruskan persatuan ini diumumkan..teruskan perjuangan untuk memajukan lagi Ikhlas..chaiyok3

dan akhirnya..Rabu dan hari2 seterusnya yang berbaki 4 hari untuk ke minggu exam menjadi milikku untuk menelaah pelajaran2 yang perlu ditelaah..tapi, godaan katil itu sangat kuat..huhu..biarpun begitu, aku masih perlu teruskan mengulangkaji supaya tak terkandas nanti..huhuhu..

Selamat mengulangkaji dan salam imtihan buat semua mahasiswa dan mahasiswi APIUM_Np..teristimewa buat sahabat2 majmuah 8, anak2 ikhlas dan teman sebilik..semoga berjaya...teruskan perjuangan..chaiyok3

p/s : dh kompim ak x bley join dinner sem4..insyaallah, 10hb ak pulang ke rumah..semoga urusan ku dipermudahkan..huhu(cedih cmpur epi..eh cmne tu??)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan