Khamis, 25 Februari 2010

salam Maulidurrasul



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Selawat dan salam buat nabi junjungan..Rasulullah s.a.w..hari ini, telah tercatat bahawa Maulidurrasul jatuh pada hari jumaat..penghulu segala hari..entri kali ini hanya mahu mengajak kalian untuk bersama-sama berselawat dan menambahkan rasa kecintaan kita pada Rasulullah yang tercinta..

Rasulullah amat mengasihi umatnya..sehinggakan saat kematiannya, baginda masih memikirkan soal umatnya.."jika mati begini dahsyat peritnya. Biarlah aku yang menanggung beban mati seluruh umatku agar mereka tiada rasa sakitnya" ini ucapan dari seorang nabi yang sangat kasihkan umatnya..tapi kita?? seringkali leka dan lalai dalam mengingati baginda..ucapan di bibir seringkali mengagungkan dunia yang hanya sementara..jarang sekali perkataan-perkataan di bibir berselawat, bertasbih dan mengingati maha pencipta jua Rasulullah tercinta..

Sahabat, dalam diri Rasulullah itu, terlalu banyak yang perlu dicontohi..beliaulah qudwah hasanah terbaik buat kita..kita kata kita cintakan Rasulullah, tapi jarang sekali kita amalkan sunnahnya..kita kata kita sayangkan Rasulullah, tapi kita takut untuk meneruskan perjuangan Rasulullah menegakkan kalimah Allah..kita kata kita kasihkan Rasulullah, tapi hati lebih mengingati dunia sementara dari mengingati Rasulullah..renunglah sahabat sekalian..juga peringatan untuk diri sendiri..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah)..

Subahanallah begitu besar ganjaran buat mereka yang mengamalkan sunnah rasulullah, tapi dalam konteks kita sekarang, amalan menghidupkan sunnah hanya dalam perkara tertentu..bila sebut bab poligami, masing2 kata mahu ikut sunnah nabi, sedang sunnah lain ditinggalkan..jangan begitu, hidup ini akan terasa sangat indah andai setiap saat itu dipandukan dengan Al-Quran dan Sunnah..bukan dalam bab tertentu saja..semoga kita sentiasa menjadi sebahagaian dari mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran dan Assunnah..insyaallah...

sedang sibuk menelaah tadi, hati terpanggil untuk mencari artikel berkenaan Rasulullah dalam laptopku..dan akhirnya ketemu ini..semoga bermanfaat.insyaallah..

Arrasul Qudwatuna

Rasulullah berdoa dengan khusyuk.... airmatanya sentiasa berlinangan, wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata yang memandangnya, sangat elok dan sempurna wajahnya.

Rasulullah memiliki perasaan yang halus, mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir sehingga lena, suka makan secara beramai-ramai dari keseorangan, bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik.

Rasulullah makan apabila lapar.. berhenti sebelum kenyang, tidak pernah mengumpat, mencerca orang lain,memakai serban di atas kopiah.

Rasulullah memberi salam kepada ahli rumah ketika berpergian atau kepulangan, sangat berlemah-lembut dengan isteri dan ahli keluarga, sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya, bersalam dengan sahabat dan memeluknya apabila bertemu, apabila berjabat tangan.. Rasulullah tidak melepaskannya sehingga yang dijabatnya itu melepaskannya.

Rasulullah mengangkat tangan apabila melepasi kanak-kanak, tanda hormat kepada mereka, tidak pernah menatap atau merenung wajah orang lama-lama, sangat menghormati orang tua , sangat mengasihi orang muda dan kanak-kanak.

Rasulullah tidak bangun dari majlis makan sehingga tetamu lain bangun, tidak pernah melunjurkan kakinya di depan sahabat, suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya, tidak pernah ketawa terbahak-bahak, tetapi tersenyum lembut.

Rasulullah sangat fasih dan manis tutur bicara, tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran atau kesusahan, amat kasih terhadap umatnya, tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah melebihi keperluannya, rezeki yang berlebihan akan ditabur untuk jihad fisabilillah.

Rasulullah sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan, tidak pernah menghina orang miskin, tidak pernah merasa terhina bergaul dengan ornag miskin, suka memberi makan kepada fakir dan sering duduk bersama mereka.

Rasulullah amat pemurah sehingga digambarkan seperti angin yang lalu, tidak suka tidur dalam bilik gelap, tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi, bersikap tegas, pemaaf, dan pengasih dalam perjuangannya.

Kami merinduimu Ya Rasulullah,

p/s: ahad ini exam..ulum hadis sebagai permulaan..

Result STPM dah keluar..tahniah buat sahabat-sahabat yang berjaya dalam STPM..

SPM dan STAM lepas ni..good luck..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan