Khamis, 18 Februari 2010

cerita aku

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran dipanjatkan kepad Allah yang memberi berbagai macam nikmat kepada hambaNya..Syukran walhamdulillah..hari ni merupakan hari terakhir kuliah berlangsung..tapi masih ada kuliah yang terpaksa diadakan kerana mengganti kelas-kelas lepas yang tertunda..apa pun, masing-masing dari kami perlu memulakan sesi ulangkaji untuk exam yang bakal menjelang selepas study week ini..

aku baru lepas pulang dari rumah isnin malam lepas..seronok menghabiskan masa di rumah setelah sekian lama tidak pulang..dan lega setelah menyelesaikan beberapa perkara..terima kasih untuk teman2 yang sudi datang untuk bermesyuarat di smkyl dan sudi datang ke rumah yang tak seberapa...maaf andai layanan dari kami kurang memuaskan..thanx to syuhada, fatin, hana, jannah, azim, fitri, anuar, adib n kak asila..semoga urusan kita selepas ini dipermudahkanNya..ameen..dan semasa pertemuan ini, ada cadangan dari mereka untuk ber-renion di Port Dickson..hehe..seronok juga..semoga jadila hendaknya..dan sebelum bertolak pulang kelantan, keluargaku dan keluarga acik yah ke sungai congkak..dan buat pertama kalinya aku berhadapan dengan keadaan yang ramai orang ditempat itu..tapi aku puas kerana mampu menghabiskan masa hanya untuk keluargaku..terima kasih atas kesempatan itu Ya Allah..

seminggu untuk study week dan dua minggu untuk exam..bermakna tiga minggu lagi aku akan menghabiskan masa di nilam puri dan selepas itu, menunggu masa untuk meneruskan langkah di Universiti Malaya dalam ijazah..bermacam rasa ada..seronok, tak sabar, risau, takut, gembira, sedih dan bermacam lagi..yang pasti setiap detik itu mengajar aku sesuatu..tak kiralah aku disini atau dimana saja aku belajar..belajar itu perlu walau dimana saja kan?? dan untuk 3 minggu ini, macam yang akan berlaku..semoga segalanyadipermudahkan..akan ada rehlah puteri dikalangan sahabat-sahabatku, dinner terakhir kelasku dan malam anugerah kolej untuk semester 4(yang ni, aku xkompim bley join x)..biar bagaimanapun, kita hanya merancang, Allah juga merancang tapi perancangan Allah lebih baik..

buat akhirnya, selamat maju jaya buat sahabat sekalian..jadikan hari-hari terakhir kita disini sentiasa bermakna buat hidup kita..dan terima kasih atas segalanya..doaku semoga kita bersama-sama beroleh kejayaan bersama redha dan rahmat kasih sayangNya..aku sayang korang..good luck dan teruskan perjuangan..

p/s : x sabar nk abes, menyampah dengan seseorang..

adik-adik wataniah ada plan nk datang UM_Np..tapi masih tak taw jadi x...

ahad ni akan bergerak ke wataniah untuk menyelesaikan perkara penting..insyaallah..

good luck semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan