Isnin, 11 Januari 2010

Terima Kasih Ya Allah

Pernah dengar kan "Di sebalik kepayahan pasti ada kesenangan"..aku sangat bersetuju dengan ungkapan ini kerana setiap yang ditakdirkan Allah bukanlah untuk sesuatu yang sia-sia..kebelakangan ini, hati dan fikiranku penat..penat kerana perlu menguruskan bermacam perkara..namun disebalik semua itu, aku sangat-sangat bersyukur padaNya kerana memberikan mehnah ini..

Ya Allah, terima kasih untuk air mata ini..air mata tanda aku kerdil, aku hambaMu yang hina..yang sangat memerlukan bantuanMu..namun Ya Allah, aku tahu, kau mengurniakan air mata ini sebagai cara untuk aku melepaskan segalanya..sebagai cara untuk mengingatkanku agar sentiasa mengingatiMu bukan hanya saat aku kesusahan tapi juga di saat kesenangan..sebagai pengajaran untukku agar selalu bersedia menghadapi ujianMu dengan sabar..terima kasih atas sedikit kesabaran dan ketabahan yang Kau titipkan buat kami, hambaMu yang sangat berhajatkan pertolonganMu..

Ya Rahman, terima kasih juga untuk sahabat-sahabatku..sahabat-sahabat yang sentiasa bersama di sebalik senang dan susah..sahabat-sahabat yang sangat aku sayangi..sahabat-sahabat yang sentiasa mendokong ku..yang sentiasa membantuku..terima kasih Ya Rahim..limpahkan rahmat dan kasih sayangMu buat mereka..ampuni dosa mereka Ya Ghafur..kasihi mereka Ya Allah..buat sahabat-sahabat maj8..nadia, sakinah, fatin, aisyah, raihan, aini dan semua...terima kasih..(thanx for lending me your shoulders to cry on)..sahabat sebilik yang sentiasa memahami diri ini..syukran ye dayah n hani..uhibbukunna fillah...sayangi dan cintai mereka Ya Allah...

Ya Azim, terima kasih kerana mengurniakan guru-guru yang sentiasa mencurahkan ilmuMu yang tidak bertepi..yang berkorban demi melihat Islam di hati-hati kami..yang mengingatkan kami tanpa jemu dan letih..ampuni dosa mereka Ya Rahman..limpahkan mereka rahmat dan maghfirahMu..

Ya Karim, terima kasih juga untuk keluarga yang aku sayangi..keluarga yang sentiasa dihati..keluarga yang menyokong diri ini..sayangi mereka juga Ya Rahim..ampuni dosa-dosa mereka..limpahkan rahmat untuk mereka..terima kasih mama untuk kata-kata semangat itu..doakan kakak..sesungguhnya anakmu ini terlalu rindu pada keluarga..dan hati ini terlalu ingin berjumpa kalian...ya Allah, tabahkan aku..kejap je lagi amal..perjuangan menuntut ilmu perlukan pengorbanan..ingatlah wahai diri...

Terima Kasih untuk ujian itu Ya Allah..
kerananya aku belajar bermacam perkara yang mendidik jiwa..
kerananya aku kenal siapa dan bagaimana aku ini..
kerananya aku sedar bahawa aku dikurniakan orang-orang istimewa di sekelilingku..
kerananya aku faham, hidup tanpa ujian hidup yang membosankan..
kerananya aku mengingatkan diri bahawa aku banyak berbuat dosa padaMu..
kerananya aku menjadi ingat bahawa Kau sentiasa ada buat hambaMu yang mengingatiMu..

syukran walhamdulillah Ya Allah....

p/s: rabu ni, ke sekolah wataniah untuk pengurusan lagi..malam itu, bergerak bersama-sama ke kuala terengganu..Ya Allah, permudahkan urusan-urusan itu..kerana segalanya sudah ditentukan olehMu..bantulah kami..

1 ulasan:

  1. mekasih amal..^_^..
    sabar ye...dyh n hani slalu ad d blik..hihi...
    psni jgn sdey2..n nak ckp nak blk umah..(",)
    hepy2 ye...

    BalasPadam