Ahad, 3 Januari 2010

aku dah besar...

Alhamdulillah, kesyukuran dilimpahkan padaNya yang memberi nikmat pada tiap hambaNya..herm tahun demi tahun semakin meninggalkan manusia seiring masa yang tak pernah menunggu manusia..beberapa hari lepas, aku dapat satu mesej dari sahabat baik ku dari sekolah dulu...
Buat kawan-kawan yang lahir pada tahun 1990,
esok adalah hari terakhir tahun 2009,
ni bermakna, budak-budak yang lahir tahun '90,
esok adalah hari last untuk hidup sebagai budak usia belasan tahun..
lepas ni..kita semua akan say hai kat umo puluhan pulak..
so, selagi ada masa, manfaatkan sepenuhnya usia remaja kita..

mesej ini ditujukan buat yang lahir pada tahun 1990 kerana masuknya tahun 2010 maka bermulalah manusia-manusia ini melangkah ke fasa menjadi dewasa..tiada lagi remaja dan kanak-kanak..segalanya menjadi kenangan buat kami generasi 1990..ya, sangat bernilai setiap saat yang berlalu itu..oleh itu, belajarlah melalui pengalaman, kerana sebaik-sebaik guru adalah pengalaman lalu..

dan aku terfikir, sepanjang umurku dari sa ke belas lalu bakal menjadi puluh ini, apa yang telah aku lakukan untuk diriku, keluarga, sahabat, islam tercinta dan negara ini..entah, serasa tiada apa..lantas aku perlu membaiki diri kerana aku sedar sebaik-baik manusia, adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain..Ya Allah ampuni hambaMu ini..

sahabat sekalian, benar kata mesej itu, manfaatkan sepenuhnya usia remaja kita kerana zaman itu hanya datang sekali..jangan sekali kotori zaman itu dengan perkara yang bakal membuat hidupmu yang mendatang menjadi sia-sia dan tidak berguna apa-apa juga untuk disesali..jadilah remaja muslim terbaik di antara yang terbaik..jangan lekas terperangkap dengan bisikan dunia yang menipu ini..semoga kita dikurniakan hidayah dan petunjuk dariNya..Ya Allah, selamatkan kami dari tipu daya dunia..

selamat tinggal usia belasan..selamat datang usia puluhan...

p/s: macam tak percaya aku dah nak masuk umur 20tahun..rasa macam baru semalam main masak-masak n pondok-pondok..cepatnya masa berlalu...

banyak tugasan...esok kena tasmi' hadis, moga dipermudahkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan