Sabtu, 31 Julai 2010

yang itu pasti!

mati itu pasti!
tiada manusia yang kekal di dunia..
yang hidup pasti akan pergi..
kerana itu fitrah dunia..

sabda nabi:
"bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari"
tapi kita selalu lupa..
yang kita ingat..
kita akan hidup lama..
kita lupa untuk topup amalan untuk bekalan akhirat..

sebab kita sibuk!!
sibuk untuk topup bekalan hidup yang sementara ni..
takut miskin..
takut kecewa..
lupa Allah yang memberi rezeki..
lupa untuk letak pergantungan pada Dia..

kita hanya fikir untuk seronok..
buat sesuatu untuk seronok semata..
tak pernah ingat pada Dia yang memberi keseronokan..
kita benci sedih..
sebab sedih buat hidup kita merana..

tapi..
masa sedih tula barulah kita ingat Allah..
baru teringat..
ujian itu tanda kasih sayang Allah..
baru teringat..
rupanya kita banyak dosa..
umpama pasir dipantai dosa kita..
tak terhitung banyaknye..

baru kita sedar..
kita adalah sang hamba yang hanya menumpang..
suatu hari nanti pasti akan pergi..
baru kita sedar..
segalanya hanya pinjaman..
yang pasti akan dipulangkan..
baru kita sedar..
setiap perbuatan kita dihitung dan dihisab..
yang menentu tempat abadi nanti..

Ya Allah, tak terhitung banyaknya dosa kami..
dosa membelakangiMu..
dosa sesama manusia..
ampunkan kami Ya Rahman..

betapa Kau Maha Pengampun..
sedang kami terlalu banyak dosa padaMu..
Kau kurniakan segala nikmat yang ada hanya buat hambaMu..
tapi hambaMu ini sering melupakan Mu..

kami malu padaMu YA Allah..
anugerah kurniaanMu terlalu banyak..
tapi kami sering lupa menyatakan syukur..

betapa selama ini kami sesat Ya Allah..
kami bangga dengan dosa kami selama ini Ya Allah..
sedang kami inginkan syurgaMu Ya Allah..
ampunkan Kami Ya Rahim..
ampunkan kami..


andai ku tahu,
malaikatmu kan menjemputku
izinkan aku, mengucap kata taubat padaMu
aku takut akan semua dosa-dosaku
aku takut dosa yang terus membayangiku..
ampuni aku dari segala dosa-dosaku
ampuni aku, menangis ku bertaubat padamu..
aku manusia yang takut neraka,
namun aku juga tak pantas di surga..

p/s: takziah untuk keluarga Zulkhairil Azmi, mahasiswa Pasum Um yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 5 kolej 12th jumaat lepas, jam 2.30..semoga Arwah ditempatkan di kalangan mereka yang soleh..ameen, Al-fatihah..

kejap mase berjalan..petanda akhir zaman..
lepas ni ramadhan..

puasa belum mula, iklan raya dah tersebar..herm...

Selasa, 27 Julai 2010

selamat hari lahir teha

 

24 july 1990 telah tertulis lahir nur fatihah dayana..semoga kamu ceria selalu dan sentiasa dilindungi Allah..

awak dh tua la cik tehah;))

IMG0200A tehah nmpk cam tinggi sgt..huhu, jgn tetipu ngan kasut tinggi dy..hehe

Lovely teha

besday gurl;))

p/s: entri spesel tuk tehah..my best fren

rindu sme dy..bile agaknye boley jupe..hermm

adoi, macam-macam..

assalamualaikum..

tadi diilhamkan Allah untuk tengok 1 video..
video yg menyebabkn hati rasa bergolak..

YA ALLAH, islamku dihina..
sungguh, kecewa, sedih bersarang di dada...
salah siapa ini?

dan lalu sahabatku bertanyakan soalan yang membuat aku berfikir...
kenapa orang kafir boleh hina islam sesuka hati sedangkan dulu diorg tak berani?
jawapan dari dia..
sebab umat islam sendiri yang jadikan islam boleh dihina..

tersentak aku..
sungguh benar pernyataan itu..
mungkinkah aku sebahagian dari umat islam yang membuka ruang itu??
nauzubillah..
semoga aku dan sahabat-sahabatku dijauhkan dari itu..
semoga mereka mereka dikurnia hidayah Allah..

inilah tugas aku dan sahabat2..
sedang mencari ilmu..
bekalan menempuh jalan berliku..
semoga diberi kekuatan olehNya..

selamat berjuang sahabatku..


p/s: sedang minggu promo..nak dftr silat ke tak..hermmm

asgmnt sudh dtg mencurah curah..huhu

kena mara ngan mama sebab balik tiap minggu..hehe

nak g jln2 ngan syib ujung minggu ni..sape nk ikot??

Isnin, 19 Julai 2010

aku kini..

salam ukhuwah..

aku kini dalam mood belajar dan menuntut ilmu..semakin banyak yang aku belajar semakin banyak yang aku tak tahu..betapa luasnya ilmu Allah itu..subhanallah..

dan kini aku bergelar mahasiswa universiti..duduk pula disuasana yang bebas..bebas bergerak dan bersuara..kadang-kadang hati risau..Ya Allah, tetapkan langkahku mengikut landasanMU yang sebetulnya..

tiba-tiba teringat harapan abah, sebolehnya dia mahu aku belajar setinggi mungkin..ya! aku akan berusaha sebaiknya..insyallah, 4.oo akan dikejar..

herm, boring sebenarnya..(padahal banyak je mende boleh buat..hehe)..maaf kepada yang membace..hanya entri yang simple..

p/s: harga minyak naik..adoi..
sedang dlm fasa menyesuaikan diri..
herm, dh blaja dkt2 ni asek nak balik je keje..hehe

Ahad, 11 Julai 2010

sesuatu tentang itu..

salam ukhuwah..

baru selesai minggu haluansiswa UM yang pelbagai cerita..
sedih bercampur lega saat ini..
sedih kerana terkenangkan hadis nabi yang lebih kurang ini
"“Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).
dan aku sudah melihat keadaan itu di sekeliling ku ini..
alangkah indahnya andai islam itu diadaptasi di mana-mana..
sungguh, aku rindu saat dulu..
islam dipegang teguh..
syariat itu dilaksana sebaiknye biar ada yang tidak boleh diteruskan..
aku senang waktu itu..
Ya Allah, aku mohon agar kegemilangan islam itu mampu diteruskan lagi spertimana gemilangnya islam di zaman Rasulullah dulu..

dan aku lega..
lega kerana segalanya selesai..
aku akan meneruskan langkah utk terus belajar lepas ni..
semoga hati ku terus ditetapkan untukNya, demiNya dan hanya kerana Nya..
aku selalu berdoa agar langkahku tetap untuk menuju Dia...
Ya Allah, hambaMu ini hidup untuk keredaanMu..
bantulah hambaMu ini..

p/s : chears yg mcm2..
sokong kata-kata syis..kekuatan itu bukan hanya dapat dari chears saja, tapi dalam solat jemaah juga kita mampu dapatkan..

isnin ni bermula kelas pertama..

memikirkan hari2 yang bakal dilalui di UM........

Rabu, 30 Jun 2010

saje nak mengarut..hehe

salam alaik semua..aku sedang dalam keadaan yang rileks..tapi masih memikir beberapa perkara yang perlu diselesaikan..hehe..rileks kerana akhirnya tanggungjawab ku selesai hari ni..selepas ini aku akan merindukan telatah mereka..guru-guru, anak-anak muridku terutamanya 2 damai, 2 jujur, 6 jujur, dan semua kelas drjh 6..seronok bersama mereka..terkadang aku jd senyum sendiri terkenang kenakalan mereka..

mohon maaf andai sepanjang perkhidmatan ku ada yang terkurang dan terlebih..dan buat anak-anak muridku..maaf lau cubitan ustazah itu berbisa..kenangla ia sebagai tanda kasih dan sayang dari ustzh..hehe..kerinduan untuk mengajar kamu pasti ada nanti..semoga ia menjadi kenangan untuk kita..

tadi sempat bersalaman dengan guru-guru disitu..ada macam-macam pesanan yang diberi..
"belajar rajin ye"
"jaga diri ye, jangan main-main"
dan macam-macam pesanan lagi dan antara pesanan yang membuat aku tersenyum,
"belajar betul-betul, jangan bercinta-cintun ni" hehe..pesanan dari kak husna..
berbeza pula dengan pesanan dari mak angkat ku..
"nanti kat sana tu tengok-tengok la mana-mana yang berkenan..kawan-kawan je lin"

hehe..pesanan yang macam-macam..membuat aku berfikir tentang cinta..heh..cinta yang bermacam cerita..
untuk kak husna, maaf ye, saya akan bercinta tapi bukan cinta sang teruna yang menipu..saya bercinta dengan Allah, Rasul, Keluarga, kawan2, buku dan ilmu..insyaallah..hehe
untuk cik mah..lin akan tengok-tengok..tapi semua orang kawan lin..:)..jangan risau, sampai jodoh lin t, cik mah orang pertama lin gtaw..hehe

dan buat semua yang mendoakan, terima kasih..semoga kalian diberkati Allah..insyaallah..
doaku untuk semua juga ada dilayangkan dalam setiap doaku....

aku sering berdoa agar jodohku nanti..
mencintaiku kerana cintanya kepada penciptaku..
menyayangiku kerana sayang dia kepada agama yang ada padaku..
merinduiku kerana rindu dia untuk syahid di jalan dakwah..
kerana aku mahu menjadi sayap kiri sang pejuang yang tak pernah gentar..
dan aku ingin melahirkan mereka2 seperti ulama-ulama islam yang tak pernah gentar perjuangkn kebenaran..
agar cintaku, sayangku, rinduku pada Illahi kian bertambah dan tidak akan pudar...
aku mohon Ya Allah...

p/s: budak-budak zaman sekarang "ustzh, nak emel facebook.." haha

kerja dah selesai..lepas ni urusan lain pula..

minggu ni mingu bz..

ada sesuatu yang difikirkn..isy..susah btul..huhu

Ahad, 27 Jun 2010

bakal melangkah ke situ..

salam alaik...

4 julai 2010..tarikh keramat kepada bakal mahasiswa UM..yang akan memulakan langkah baru menuju masa depan gemilang..dan aku salah seorang dari mereka..bermacam rasa ada..takut, malas, risau, happy, dan segala macam rasa lagi..

segalanya perlu diuruskan..dari pembayaran yuran, medical checkup, dan mcm lagi..pening rsenye..ditambah dengan tugasan yang bermacam cerita..tapi segalanya adalah langkah dan ketetapan yang telah ditetapkan Dia, sang pencipta yang esa..kerana Dia yang tahu segalanya..sebagai hamba, hanya doa mampu dilayangkan agar segalanya berjalan dengan baik..

selepas ini, aku akan mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah rendah agama pekan semenyih..tempat aku mencari pengalaman bekerja dan mengajar..membuka peluang untuk aku mengenal dunia, melihat realiti kanak-kanak kini..membuat aku faham tugas seorang guru..membuat aku lebih menghargai sesiapa juga yang bergelar guru..juga membuat aku mengerti lebih dalam tentang tanggungjawab kepada semua yang ada sekeliling ku..

dan selamat datang UM..ku mohon Ya Allah, agar setiap langkah ku selepas ini untuk Mu, demiMu, keranaMu dan hanya padaMu..Alhamdulillah untuk tiap nikmat yang Kau kurnia kepada ku dan rakan-rakan ku..sesungguhnya tiap yang Kau takdirkn punya hikmah tersendiri yang terbaik untuk hamba-hambaMU..betapa bijaksananyaMu..terima kasih ya Allah...

selamat melangkah ke fasa menjadi mahasiswa..

p/s: baru lepas jamuan 2 damai, 6 jujur..terima kasih semua..

broadband k.lily sudah dibeli..k.nani pula lepas ni..

ad lg urusan yang belum selesai..antaranya shopping!!..hehe

Rabu, 23 Jun 2010

bila hati berbisik

sejak beberapa hari ini, ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan ketenanganku..ada perasaan sedih, takut dan kecewa bersama..sungguh, sangat mahu meluahkan..tapi biar hanya Dia yang tahu..

aku mahu menegur kepada mereka yang menjadikan kecewa itu bersama perasaan ini..ya! aku kecewa dengan mereka yang hanya tahu berkata-kata, memberi komen itu dan ini tapi bila diminta tampil kehadapan lari jauh kebelakang..katanya takut dan tak mampu..

kepada kamu..kamu kata kamu sayang sahabat kamu, tapi kenapa kamu biar mereka begitu? kenapa kamu mengundurkan diri? sedih..sgt sedih hati ini..kamu sangat hebat bila didepan mic..apa saja kamu boleh katakan..bila cakap tentang dakwah..wahh..serah saja pada kamu tapi kenapa kamu tidak kedepan bila ada sesuatu yang akan menjadikan apa yang kamu katakan itu dipraktikkan..

sebab kamu hanya tahu menghukum!

menghukum manusia yang begitu dan begini seolah-olah kamulah yang terbaik sedang kamu tak pernah cuba untuk memahami dan meletakkan diri kamu di keadaan mereka..peringatan untuk diri sendiri juga..percayalah sahabat, biarpun sedikit amar makruf itu, pasti ada yang terkesan..Allah itu maha mendengar..bukankah selemah-lemah iman adalah menegur didalam hati..biar sedikit usaha itu jangan tiada langsung! kamu bukan tidak tahu tentang method dan mehnah dakwah..bahakn kamu arif tentang itu..tapi kenapa kamu hanya tahu angkat bendera putih bila berdepan situasi itu??

Ya Allah..tenangkan hatiku..maaf kepada kamu..hanya luahan hati..tiada unsur marah cuma kecewa sedikit..

sedih bila segalanya berubah dan bila ilmu yang dulu didapatkan berlalu tanpa ada amalan..ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah..

takut untuk berdepan dengan dunia..masihkah ada ruang dihati mereka untuk itu? ya Rahman jangan Kau tarik hidayah yang ada dengan kami dan tambahkan hidayah itu agar kami dekat denganMu..ameen..

"(yaitu) org-org yg mnjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. maka pada hari ini(kiamat), kami melupakan mereka sebagaimana mereka dahulu melupakan pertemuan hari ini, dan kerana mereka mengingkari ayat-ayat kami" -Al-a'raf, 51

p/s: tga mood mahu belajar..hilang mood utk mengajar..hehehe

sebuk mahu menguruskan macam-macam

30 jun tarikh akhir aku di sraps..syukran semua ala kulli hal..

4 julai..UM here i comes..

Khamis, 17 Jun 2010

ada waktu dan ketikanya..

salam ukhuwah semua..lama sudah niat mahu mengupdate tapi tak terupdate jugak..hehe..macam-macam yang bermain difikiran..tapi mungkin kesempatan untuk berkongsi itu kurang..seminggu ini aku dalam dilema..dilema memilih antara yang dekat atau jauh (huhu, macam apa je)..

dan akhirnya Allah ilhamkan pujangga ini(bak kata abg yus, pujangga yang sedih..huhu)
"ada masanya sendiri itu perlu, ada masanya bersama mereka itu penting"

ya, ada waktunya, bersendiri memberikan ketenangan.
.jauh dari kata-kata manusia yang memeningkan kepala..
sebab kadang-kadang ada yang akan membuat kita sakit..
sakit jiwa, sakit hati, sakit mata dan sakit segalanya..
juga ada masanya membuat jiwa kecewa dan tertekan..
kerana itu ada masanya sendiri itu perlu..
sangat perlu..
dengan dunia sendiri bersama pencipta Yang Esa..
merintih, memohon dan mengadu tentang apa saja kepada Dia yang sentiasa ada buat kita setiap saat, waktu dan ketika..
sedang Rasulullah juga pernah mengasingkan diri dan menghambakan diri hanya untuk pencipta(ingat kisah Rasulullah saat menerima wahyu pertama)..
dan ada ketikanya bersama mereka akan mengubat jiwa yang lara..
bersama teman-teman yang ceria akan membuat bibir tersenyum gembira..
mengubat rindu yang tersimpan didada..
bercerita, bergelak tawa, dan bersedih bersama..
kerana ukhuwah itu indah..
lagi indah andai diniatkan untuk Allahuakbar..
sebab itu Allah temukan kita dengan bermacam jenis manusia..
dengan pelbagai ragam dan ceritanya..
agar kita mengambil iktibar dari kisah mereka..
sebab hidup kita sentiasa dikelilingi manusia..
dari bangun tidur hingga celik kembali..
"sesungguhnya orang islam itu bersaudara"
p/s:nak ke pd @ ts??
tahniah mr. fitri..UM destinasi seterusnya..
laporan dah slmt dhntr ke pihak tertentu..alhamdulillah..

Rabu, 9 Jun 2010

Jom Jalan-jalan..

Salam ukhwah, hanya mahu bercerita tentang kami yang berjalan melihat alam ciptaan tuhan..bermula cuti sekolah, agenda yang bersusun itu pun bermula (padahal keje bertimbun..huhu)..apa pun syukurlah atas nikmat yang dikurnia kerana hanya padaAllah selayaknya pujian itu diberikan..

Sabtu – lawatan ke kuala lumpur bersama murid darjah 3 sraps..macam-macam gelagat mereka, pening kepala ustazah dy melayan..biasala amal, budak-budak..P1010224

planetarium yang mengagumkan..subhanallah..

P1010227

suasana dlm bas..

P1010228

semangatnyer adik oi..

P1010230

ustazah pon nk bergambar..hehe

P1010237

mira, madi  n amal..3 anak dara pinggitan..hehe

isnin- pusing kl lagi..tapi kali ni bersama murid darjah 4 pula, yang ni, lain pula peelnye..apapun, ustazah dia masih mampu bersernok..hehe

P1010242

hehe..anak-anak muridku..

P1010254

buat eksperimen(cube korg tengok dak kai spek tu..sama macam sape ek)

P1010256

pakai jap ye..tapi taknak beli…jangan mara ye kak kedai..hehe..

P1010261

kak naemah, madi n amal..

rabu- ha, kali ni jalan-jalan yang spesel bagiku..dah lama nak ke tempat ini, akhirnya Alhamdulillah, Allah kurniakan kesempatan itu hari ini..syukur padaMu ya Allah..

“Amal, nak gerak kul bape ni?” sms itu ku reply seringkasnya..jam 9 pagi aku sudah sampai di rumah maream sam sementara menunggu cik madihah yang menunggu di mines..

selesai kerja mengangkut, maka berjalanlah kami bertiga..sesat jugak nak sampai ke sana..signboard yang tak berapa nk betul(haha, signboard gak salah) tapi thanks to akak bersama anak-anaknya yang tolong bawa kami..terima kasih kak, semoga Allah membalas jasa akak..

sampai saja, kami makan dan aku puas hati..dapat ke rumah 4 musim(walaupun hajat nk merasai winter xdapt..summer pon summer la) dan paling best, berbasikal..(haha, basikal dengan kasut tinggi) anak dara bertiga berbasikal..haha, yang kelakarnya  madihah menyorong basikal kerana penat..aku dan maream gak yang setia mengayuh..jangan mara madi..hehe

ni gambar kami..

P6060073

berjalan pon sempat posing ek..hehe

P6060082

cantikkan landskap ni..subhanallah..dlam rumah 4 musim

P6060085 

subhanallah..thumbs up untuk mereka yang mereka..

P6060088

senyum..

P6060089

aku dan cik yam

P6060092

di depan nya..

P6060094

anak rusa dan saya..teringat lagu anak rusa..sapa taw?

P6060096

jom main basikal..

P6060097 

tu dia cik yam n cik madi..hehe

P6060098

kami bertiga..peace..:p

p/s: sekian lama tidak mengayuh basikal, akhirnya…hehe

ada plan bersama cik yam utk jalan-jalan bersama mad’u..insyaallah..

wahai cik madihah, dh ke indon tu jgn lupe kami ye..haha

tadi setiap 1 jam pasti enset seseorang tu berbunyi..isy2..hahaha